Sunday, August 14, 2011

Fw: zt

mohamad norazrin bin mohd abas
a131248
emosi negatif!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,10 ogos yang lepas saya telah menghadiri kuliah pengurusan emosi dimana pada hari itu 3 tajuk diajar sekali gus,walaupun agak padat tetapi dr.zamri telah menjadikan ia lebih mudah difahami.ini adalah jurnal saya yang ketiga dan saya akan menceritakan tentang apa yang saya faham mengenai emosi negatif dalam kehidupan kita
Sebelum memulakan syarahanya,seperti biasa,Dr zamri telah menyediakan sebuah tayangan video muzik untuk hiburan kami. Minggu ini muzik video yang menjadi pilihan ialah artis dari amerika iaitu Justin Bieber tetapi video muzik itu bukan dalam versi Bahasa Inggeris tetapi telah diubahsuai dalam versi Bahasa Melayu. Lagu 'Baby' telah diubahsuai liriknya menjadi perkataan lain iaitu 'ummi'. Lagu itu mengingatkan tentang ibu,walaupun video itu mencuit hati tapi ia turut mengingatkan diri saya mengenai ibu. Selepas itu, kuliah dimulakan dengan tajuk 'Emosi Negatif'. Emosi negatif merangkumi beberapa jenis perasaan iaitu perasaan sedih, marah, malu dan lain-lain perasaan lagi. Takut, malu,marah selalunya sering dilabelkan sebagai perasaan negatif tetapi perasaan itu tidak semestinya negatif kerana ia ada boleh dibahagikan kepada beberapa tahap-tahap tertentu.
 
Marah?ia sesuatu perasaan yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan seharian.   Berdasarkan bacaan saya , perasaan marah ialah tindakbalas emosi terhadap ketidak puas hati, kesengsaraan , kesakitan ataupun ancaman. Perasaan ini boleh timbul walaupun ia tidak terjadi pada diri kita. contohnya apabila seseorang itu membaca tentang peperangan di Negara lain,penderitaan orang lain yang ditindas dan diseksa,,dia turut akan berasa marah walaupun dia hanya sekadar membaca dan tidak menjadi mangsa kepada penindasan atau penyeksaan tersebut. Rasa marah itu akan bertambah jika seseorang itu tahu perkara yang dibencinya dilakukan oleh orang lain yang menyebabkan marah pada seseorang itu dibuat secara sengaja. Perasaan marah boleh diekspresikan  kepada aktif atau pasif. Kemarahan, jika diekspresikan secara aktif, seseorang itu akan menzahirkan dengan perkataan atau dengan perbuatan secara langsung kepada orang yang membuatkannya marah seperti menghamburkan kata-kata kesat atau memukul orang tersebut. Manakala, jika  dizahirkan dari segi pasif, mereka hanya akan menunjukkan ciri-ciri seperti menjadimengasingkan diri atau merajuk. Marah perlu dikawal bagi mengelakkan individu bertindak di luar batasan akal. Sesungguhnya orang yang paling kuat bukanlah orang yang kuat tubuh badanya tetapi orang yang boleh mengawal perasaan marah dari mempengaruhi diri.Dalam islam,berwuduk adalah digalakkan apabila diri sedang dalam perasaan marah kerana ia dapat menenagkan jiwa dan perasaan.Dari sudut positif,perasaan marahjuga  dapat membantu seseorang itu untuk melakukan kerja dengan lebih bersemangat dan cekap.
 
Dr Zamri ada menyatakan bahawa emosi banyak di ekspresikan melalui muzik dan lagu. Kebiasaannya emosi yang di tonjolkan adalah emosi yang negatif seperti sedih dan kecewa.saya mengambil contoh lagu yang dinyayikan oleh allahyarham sudirman yang bertajuk salam terakhir.lagu ini sangat menyentuh jiw a dan dibawah saya sertakan liril lagu tersebut.
 
Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang
Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu
 
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya
 
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu
 
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya
 
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu
Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan
Salam ku yang terakhir
 
 
 Sedih adalah lawan kepada perkataan gembira.daripada fakta ini sahaja kita sudah boleh mengagak bahawa perasaan sedih datangnya dari perasaan kehilangan atau kerugian .Perasaan sedih akan membuatkan seseorang itu menitiskan air mata dan mengurung diri.Jika kesedihan berada pada tahap yang lebih serius, ia boleh menyebabkan kemurungan dan perkara ini perlu segera mendapatkan rawatan serta pemerhatian daripada pakar. Seperti yang kita tahu bahawa orang yang berada dalam kesedihan biasanya menjadi tidak bersemangat ,pendiam dan suka mengasingkan diri daripada orang lain. Mereka tidak mahu berjumpa dengan sesiapa dan tidak ada langsung keinginan untuk bersosial. Antara tanda-tanda sedih yang dizahirkan oleh tubuh manusia ialah mereka akan menangis,menundukkan wajah, dan, bibir ke dalam." Banyak hal yang menyenangkan tetapi tidak baik buat kita, sebaiknya banyak yang tidak kita senangi ternyata sangat bermanfaat bagi kita."
" Berbahagialah mereka yang sedih tetapi tawakal karena akan dapat penghiburan."
" Hidup memang derita, mari kita cari sebabnya, dan yakinlah bahwa ada jalan menghilangkan duka, yaitu jalan tengah."ini adalah beberapa ungkapan yang menunjukkan  bahawa perasaan sedih akan membawa manfaat kepada kita sekiranya kita menguruskanya dengan langkah yang betul dan tepat.d
Malu atau segan adalah perasaan yang cukup sinonim dengan sifat yang ditunjukkan oleh wanita dari timur.Malu,perkataan mudah untuk menerangkan ia ialah apabila seseorang itu melakukan perkara yang tidak disangka dan dijangkakan oleh manusia normal . Malu juga merupakan sesuatu perasaan yang terjadi apabila kita melakukan sesuatu yang tidak diterima oleh masyarakat . Perasaan malu juga dihadapi jika sesuatu rahsia yang kita sembunyikan disaksikan oleh orang lain ataupun dibocorkan kepada orang lain. Perasaan Malu selalunya terjadi disebabkan disebabkan perbuatan yang  dilakukan tidak  dilakukan oleh manusia normal  seperti memakai baju terbalik dan memakai kasut yang berlainan warna.  Malu boleh dibahagikan kepada dua iaitu personal dan professional. Malu kategori personal ialah malu yang terjadi kepada diri sendiri apabila perhatian orang lain tertumpu kepada perkara-perkara peribadi atau kesilapan diri sendiri. Antara penyebab perasaan malu pada diri sendiri ialah berpunca daripada kesalahan diri sendiri seperti penipuan yang dilakukan telah dibongkarkan. Pebuatan yang dilakukan ketika malu ialah tersipu-sipu, berpeluh, muka menjadi merah, gementar, gagap ketika memberisesuatu ucapan dan perasaan resah gelisah sentiasa menyelubungi diri.Terdapat segelintit manusia yang menyembunyikan perasaan malunya dengan tersenyum simpul atau ketawa,dimana ia selalunya berlaku di majlis-majlis. Rasa malu boleh wujud secara profesional  contohnya sekiranya seseorang itu menggunakan atau menyelewengkan wang syarikat dan telah dibongkarkan,dia akan malu dengan semua rakan sekerjanya.
.
Kesimpulannya perasaan negatif perlu dikawal dan dibendung agar tidak menjadi lebih serius kerana ia boleh memudaratkan diri sendiri.Emosi negatif juga akan membuatkan kita mempelajari sesuatu kesilapan atau kesalahan dalam kehidupan kita sekiranya kita bijak menguruskan perasaan negatif tersebut.Sekian



No comments:

Post a Comment