Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ini merupakan jurnal ketiga saya yang ditulis bagi mengulas tentang kuliah yang diadakan pada hari Rabu lepas bertarikh 10 Ogos 2011. Kuliah pada kali ini berkisar tentang emosi negatif atau kata lainnya emosi yang berlawanan kepada emosi positif. Tajuk ini merupakan kesinambungan dari kuliah yang lepas yang berkisar tentang emosi positif yang saya pasti amat diidamkan oleh semua individu. Emosi negatif terdiri daripada emosi seperti takut, malu, sedih dan marah.
Seperti kebiasaan, sesi kuliah akan dimulakan dengan tayangan video. Pada minggu ini Dr Zamri telah memilih sebuah lagu yang dipopularkan oleh Justin Bieber, Baby. Tetapi ada kelainan pada lagu ini dimana senikata atau lirik lagu di ubah kepada bahasa Melayu dan menceritakan tentang UMMI. Lirik lagu tersebut sangat santai dan bersahaja namun mesej yang cuba disampaikan oleh penyanyi lagu tetap sampai kepada pendengar. Saya dapat merasakan mesej yang cuba disampaikan oleh penyanyi tersebut. Lagu ini menceritakan tentang kasih sayang yang wujud antara seorang ibu dan anaknya. Lagu ini sekali gus mengingatkan pelajar tentang sesi pengkuliahan yang lepas.
Emosi negatif merupakan emosi-emosi seperti marah, sedih, takut dan malu. Emosi-emosi seperti ini akan menjadikan hidup seseorang itu untuk tidak lagi ceria. Sebagai contoh dengan adanya rasa malu akan mengurangkan keyakinan seseorang individu. Secara tidak langsung individu tersebut akan cuba untuk menjauhi orang lain dan mula mengasingkan diri dan akibatnya akan wujudlah satu jurang antara individu tersebut dengan orang lain. Jika mereka adalah seorang pelajar sudah pasti impak dari emosi ini akan menyebabkan pelajar tersebut untuk tidak mendapat info dan akhirnya mereka akan keciciran sedangkan pelajar yang lain lebih maju kehadapan. Mereka sudah pasti akan menghadapi kesukaran jika perkara ini terus berlarutan.
Takut adalah emosi yang wujud apabila individu berhadapan dengan bahaya, dan takut merupakan satu `survival mechanism' dalam bahaya tersebut. emosi ini mungkin boleh dikaitkan dengan prinsip `fight and flight' yang kami pelajari apabila individu berhadapan dengan suatu insiden yang berbahaya contohnya seperti ketika di kejar binatang buas. Takut bertindak sebagai pemula atau initiator yang mengaktifkan bahasa tingkah laku supaya mereka akan lari menjauhi bahaya. Apabila seseorang itu berhadapan dengan situsai yang menakutkan, hormone adrenalin akan dirembeskan. Adrenalin yang dirembes akan menyebabkan jantung berdegup dengan lebih laju, mata terbuka luas serta adrenalin akan meningkatkan kadar glukosa dalam badan. Glukosa amat penting sebagai sumber tenaga dan tenga yang tinggi perlu supaya badan dapat berfungsi dengan baik.Terdapat beberapa komponen ekspresi wajah yang sinonim dengan perasaan takut. Antaranya ialah :-
1. Mata akan terbuka luas-melihat apakah kemungkinan yang akan berlaku kemudian.
2. Anak mata membesar-untuk mendapat lebih banyak cahaya.
3. Bibir atas ternaik.
4. Kening mendekat antara satu sama lain
Emosi yang seterusnya ialah sedih. Sedih adalah emosi yang menunjukkan rasa kekurangan atau kehilangan. Kebiasaannya manusia akan merasa sedih apabila mereka berhadapan dengan sesuatu kehilangan. Sebagai contoh jika ibu, ayah atau ahli keluarga mereka meninggal dunia. Mereka suddah pasti merasa sedih atas kehilangan yang mereka hadapi. Individu yang mengalami kesedihan akan berasa kurang bertenaga, mereka akan menjauhkan diri dari orang lain dan menjadi lebih pendiam. Jika anda lihat tanda-tanda ini ada pada rakan anda yag sentiasa gembira, sudah pasti anda akan dapat merasakan sesuatu yang pelik dan sudah pasti mereka sedang mengalami situasi yang menyedihkan. Saya suka mengambil contoh dalam kehidupan seorang pelajar. Tidak dapat disangkal kita sentiasa berhadapan dengan kegagalan dan kesedihan. Tetapi ingatlah bahawa setiap kegagalan itu akan menaikkan semangat kita. Jangan pernah berputus asa apabila kita di uji dengan kegagalan. Merasa sedih itu perlu supaya kita akan menjadi lebih berhati-hati dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Kajian membuktikan bahawa orang yang sedih tidak dapat membuat keputusan dengan cepat dan baik jika dibandingkan dengan mereka yang tidak. Ramai rakan saya mengatakan bahawa buku berjudul La Tahzan adalh sangat baik bagi mereka yang mengalami kesedihan.
Seterusnya ialah emosi marah. Marah boleh di ekspreskan secara aktif mahupun pasif. Emosi yang aktif melibatkan luahan rasa hati secara verbal dan fizikal. Secara mudahnya mungkin kita dapat membayangkan mereka yang meluahkan perasaan marah secra aktif ini akan melakukan kekerasan seperti bergaduh dan bercakap perkara yang tidak baaik seperti berkata perkara yang kesat. Manakala pengungkapan secara pasif adalah dengan cara yang baik iaitu merajuk dan kurang bercakap sebagai tanda protes. Perasaan marah mungkin akan terjadi apabila kita berhadapan dengan perkara yang menjengkelkan, rasa tidak puas hati, penghinaan dan pengabaian. Pada pendapat saya, perasaan setiap individu perlu tahu bagaimana cara yang betul bagi mengekspresikan rasa marah masing-masing. Hal ini supaya perasaan marah yang kita hadapi tidak akan menyebabkan kemarahan orang lain terhadap kita.
Sesi kuliah yang kedua membincangkan tentang Adaptation Level Thoery. Teori ini berkenaan adaptasi manusia terhadap rangsangan yang dihadapi. Kuliah yang seterusnya ialah berkenaan tentang Solomon Opponent Process Theory. Teori Solomon merupakan hasil ubahsuai Adaptation Level Theory. Teori ini mengatakan bahawa emosi adalah berpasangan. Jika slah satu daripada pasangan emosi ini aktif, pasangannya akan menjadi pasif. Menurut Solomon, terdapat dua fasa emosi:-
1. Primary stage
2. Opponent stage
Apa yang berlaku dalam primary stage biasanya bersifat automatic dan bisanya tidak dipelajari. Manakala apa yang berlaku dalam opponent stage adalah emosi yang wujud biasanya adalah lawan kepada emosi yang wujud pada primary stage. Emosi yang dialami bersifat lama, dan semakin kuat apabila emosi tersebut berulang. Hasilnya emosi yang wujud pada awalnya atau pada primary stage akan menjadi semakin lemah. Saya mengambil contoh situasi ketika seseorang individu menang dalam pertandingan, pada awalnya mereka akan merasa gembirra kerana menang dan membelanjakan hasil kemenangan mereka. Apabila hadiah yang diterima terutamanya wang sudah habis, mereka akan berasa menyesal dan sedih kerana telah bersikap boros pada awalnya.
Saya teringat bahawa Dr Zamri ada menyatakan bahawa emosi banyak di ekspresikan melalui muzik dan lagu. Kebiasaannya emosi yang di tonjolkan adalah emosi yang negatif seperti sedih dan kecewa. Saya mengambil contoh lagu yang bertemakan percintaan seperti lagu yang pernah dipopularkan oleh Mengintai Dari Tirai Kamar yang dipopularkan oleh Exists. lagu ini menceritakan kekecewaan seorang lelaki apabila cintanya ditolak oleh seorang wanita hanya kerana perbezaan status dan kedudukan. Disini saya sertakan lirik lagu tersebut.
Mengintai Dari Tirai Kamar-EXISTS
Dinginnya angin malam ini
Menyapa tubuhku
Namun tidak dapat mendinginkan
Hatiku yang kau hangatkan
Terasa tercabarnya kelakianku ini
Dengan sikapmu menentanglah
Aku ini insan kekurangan
Senangnya kau mainkan...
Siapalah aku ini untuk
Memintal buih yang memutih
Menjadi permaidani seperti mana
Yang tertulis dalam novel cinta...
Juga mustahil bagiku
Menggapai bintang di langit
Menjadikan hantaran syarat untuk milikimu semua itu
Sungguh aku tak termampu...
Silap aku juga
Kerana jatuh cinta
Insan sepertimu
Seanggun bidadari
Seharusnya aku cerminkan diri
Ku sebelum tirai kamar aku
Buka mengintaimu...
Secara konklusinya, kedua-dua emosi positif mahupun negatif adalah penting dalam kehidupan manusia. Kadang-kadang dapat kita lihat emosi yang negatif akan mewujudkan emosi yang positif juga pada akhirnya dan sebaliknya. Seperti kesedihan (negatif) yang dialami ketika gagal dalam peperiksaan akan menyebabkan seseorang itu lebih berusaha dan akhirnya berjaya dan seterusnya merasa gembira (positif). Jadi yang paling penting di sini ialah sebaik mana kita menguruskan emosi yang kita alami agar hidup kita akan lebih bermakna.
No comments:
Post a Comment