Sunday, August 14, 2011

A131552 Tan Su Fang LJ03 Are you blue today?

Salam sejahtera kepada semua. Kali ini merupakan kali ketiga saya menulis jurnal untuk kuliah ZT 2253 Pengurusan Emosi. Walaupun baru sahaja lepas peperiksaan akhir modul kedua, saya telah mempunyai banyak mesyuarat dan aktiviti seperti latihan perbahasan , mesyuarat pertama persatuan Asian Medical Student Association ( AMSA ), kerja seminar Medicine and Society, mesyuarat aktiviti Mega kolej – Fiesta Synergi Intelek yang  mengisi kebanyakan masa lapang. Kadang - kala saya akan berasa mempunyai tekanan yang tinggi. Kebetulan ini, Dr. Zamri telah membincangkan topik " Emosi Negatif " dalam kuliah minggu ini. Setiap minggu Dr. Zamri akan memperkenal topik-topik yang  baru kepada kami, terutamanya yang berkaitan dengan emosi seperti minggu lepas beliau telah membincangkan topik yang membawa maksud yang bertentangan dengan topik minggu ini iaitu " Emosi Positif ". selain topik tersebut, beliau juga telah memyampaikan syarahan kedua yang menyentuh tentang Teori Aras Adaptasi.

 

Seperti minggu lepas, Dr. Zamri telah memulakan kuliah kali ini dengan sebuah lagu yang amat menyentuh hati para pelajar perubatan iaitu lagu yang bertajuk " ummi ". Hal ini kerana lagu ini menggunakan musik lagu " Baby " yang dinyanyi oleh Justin Bieber dan lyricnya diubah jadi berkaitan dengan " ummi " yang bermaksud ibu dalam bahasa Arab. Selepas menengok video ini, saya telah dapat merenungkan jasa ibu  telah penat membesarkan saya dan saya selalu tidak mendengar nasihat beliau semasa waktu kecil. Saya berasa beliau sangat berkemampuan kerana beliau telah mendorong saya supaya saya dapat mencapai keinginan saya iaitu memasuki kursus perubatan dan selalu menasihatkan saya supaya saya selalu berkelakuan baik. Saya amat menghargai jasa beliau dan ingin memberi sumbangan kepada beliau selepas saya telah bekerja.

 

Selepas itu, Dr. Zamri telah membincangkan topik berkaitan " kejayaan bergantung kepada sikap ( attitude ) individu seseorang ". Kata dalam cara lain, sikap seseorang adalah penentu kejayaan dan kegagalan seseorang itu. Bagi pendapat saya, keazaman dan kesedaran menjadi penentu masa hadapan seseorang. Individu yang selalu memotivasikan diri dan matang mampu berfikir secara bernas bagi menentukan masa depan mereka sendiri akan mencapai kejayaan. Individu yang sentiasa positif dan mempunyai sasaran yang jelas mampu memupuk keazaman yang tinggi. Ada satu penyataan yang menarik mengatakan bahawa jika kita tambah nombor alphabet dalam perkataan " attitude " , iaitu " A " mewakili 1, " L " mewakili 12 dan sebagainya, kita akan dapat 100 sebagai jumlahnya. Ini menunjukkan bahawa hanya dengan mempunyai attitude atau sikap yang baik dan munasabah, seseorang itu baru boleh mencapai kecemerlangan ( iaitu mendapat 100 markah ). Kejayaan bukan dimiliki oleh orang yang bijak atau pintar, tetapi kepada orang yang sudi berusaha dan mengorbankan keselesaan sendiri.

 

Kemudian, Dr. Zamri telah masuk topik utama kuliah ini iaitu emosi negatif. Dr. Zamri telah menerangkan empat emosi negatif yang kita selalu hadapi, iaitu takut, malu, sedih, dan marah. Sebelum kuliah ini, saya rasa emosi negatif adalah emosi yang tidak baik dan tidak harus kita mempunyai. Setiap orang memang mempunyai emosi negatif, tetapi kita harus mengawalkan emosi kita supaya emosi negatif tidak datang secara tiba- tiba.

 

Tetapi menurut ajaran Dr. Zamri, emosi negatif juga merupakan satu unsur yang semula jadi yang manusia mempunyai. Emosi ini dapat membantu manusia untuk lari diri semasa menghadapi kebahayaan atau menghentikan manusia untuk melakukan sebarang sikap yang tidak betul. Pertama sekali, beliau telah memperkenalkan perasaan takut. Perasaan takut merupakan satu kesan emosi terhadap situasi bahaya dan berkaitan dengan kebimbangan. Perasaan takut merupakan satu mekanisme untuk jaga hidup dan biasanya timbul waktu menghadapi rangsangan negatif. Saya rasa hujahan tersebut sangat sesuai kerana bukan sahaja manusia, binatang dan haiwan- haiwan juga mempunyai perasaan takut dan saya yakin unsur ini merupakan sebab utama binatang yang berada di bawah piramid makanan ( herbivore dan pengguna primer ) dapat hidup di alam semula jadi. Hal ini kerana apabila pemangsa mendekati mangsanya, mangsa tersebut akan terjaga-jaga dan berasa takut. Perasaan takut akan mestimulasikan sistem saraf simpatetik untuk menambah kelantangan darah pergi ke otak dan otot untuk menjadi lebih jaga dan menyedia untuk lari diri. Oleh itu, walaupun pengguna primer tidak dapat melindingi dirinya dengan " senjata " yang kuat, tetapi mereka boleh menlindingi dirinya dengan reaksi yang pantas. Konsep ini juga mirip dengan manusia waktu menghadapi kebahayaan.

 

Seterusnya, Dr. Zamri telah menerangkan perasaan negatif yang kedua, iaitu malu. Menurut definisi beliau, perasaan malu merupakan satu keadaan emosi yang tidak menyenangkan semasa telah melakukan sesuatu yang tidak dapat diterima oleh masyarakat atau prefesional atau semasa disaksi oleh orang lain atau didedahkan oleh orang lain. Biasanya seseorang individu itu akan rasa kehilangan kehormatan dan maruah mengikut tahap keadaan malu secara individu. Perasaan malu boleh secara personel yang disebabkan oleh perkara sendiri seperti bohong telah didedahkan atau kalah sangat teruk dalam satu pertandingan. Individu tersebut akan berasa tersipu-sipu, berpeluh, tergagap-gagap dan berasa gelisah. Perasaan malu profesional atau rasmi pula berlaku di tempat kerja dan berkaitan dengan tanggungjawab, sumber kewangan, atau kehilangan nyawa manusia, seseorang itu akan berasa malu kerana tidak dapat menjalankan tugas.

 

Apabila kita buka radio, tida susah hendak mendengar lagu yang sedih. Saya rasa perasaan sedih merupakan emosi negatif yang paling biasa kita hadapi. Perasaan sedih merupakan emosi yang menunjukkan kehilangan dan kelemahan. Perasaan ini boleh menyebabkan kemurungan dan memerlukan rawatan oleh profesional. Dalam keadaan yang sedih, seseorang itu biasanya akan menjadi senyap, kurang bertenaga dan menarik diri dari aktiviti dan orang ramai. Kita boleh mendapati seseorang itu berada dalam keadaan sedih kerana mempunyai beberapa ciri kesedihan seperti tunduk kepala, mengecutkan badan dan aktiviti fizikal yang lemah. Ada kajian yang menunjukkan orang yang lebih gembira mampu memproseskan informasi dengan lebih cepat berbanding orang yang berada dalam emosi muram. Saya bersetuju dengan penyataan ini kerana semasa gembira, saya lebih bertenaga dan boleh menyiapkan kerja dengan lebih efisien; semasa sedih, saya tidak ingin membuat apa-apa dan akan tunda semasa menyiapkan sesuatu tugas. Oleh itu, saya rasa setiap orang harus belajar cara untuk menguruskan perasaan sedih ini supaya efikasi kita tidak dipengaruhi.

 

Akhir sekali, Dr. Zamri telah menerangkan perasaan marah dalam syarahannya. Menurut kata beliau, manusia selalu mempunyai perasaan marah. Seseorang individu berasa marah tidak semestinya dia yang dilayan dengan buruk, kadang kala semasa  mengetahui seseorang telah dibuli, manusia juga akan berasa marah kerana ini merupakan satu reaksi empati. Perasaan ini akan menjadikan manusia tidak memproses maklumat dengan logik dan akan bertindak tanpa fikir banyak. Perlakuan ini sangat bahaya. Untuk menurunkan marah, kita perlu melalui satu fasa turun angin (wind-down phasa). Badan akan mula relaks tetapi perlu jangka masa yang panjang. Dalam Islam,marah merupakan tanda lemah. Oleh itu, kita perlu belajar untuk mengawal perasaan marah supaya tidak bertindak secara tidak waras.

 

Sebagai konklusi, emosi negatif merupakan emosi yang boleh mengawasi kita tentang sesuatu situasi yang bahaya dan membantu kita menjauhinya. Tetapi apabila emosi ini menjadi keterlaluan, ini akan mempengaruh kehidupan kita dan menyebabkan situasi menjadi lebih teruk. Oleh itu, kita perlu pandai menguruskannya dan menggunakannya dalam cara yang betul.

 

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment