Sunday, August 14, 2011

LUA YIN SAN LJ 03 A131726

LUA YIN SAN LJ 03 A131726
Selamat sejahtera dan salam satu malaysia, pada hari rabu yang lepas 10.8.2011, saya telah menghadiri lecture yang ketiga untuk ZZZT 2253 Pengurusan Emosi yang disampaikan oleh Dr. Zamri. Kali ini, saya telah diminta untuk mengarang sebuah lagi journal yang berpanjang 1000 patah perkataan tentang apa yang telah disampaikan. Kuliah pada hari ini tentang emosi yang negative, iaitu takut, malu, sedih dan juga marah.
Takut merupakan tindakbalas emosi terhadap situasi bahaya, berkaitan dengan emosi bimbang. Antara sebab-sebab takut adalah, kejadian yang memberikan kesan trauma. Sebagai contoh, apabila seseorang menemui perompak atau melihat pengganas-pangganas melakukan jenayah, dia akan berasa takut. Ini adalah hasil otak kita memprocess apa yang kita lihat ataupun kejadian yang kita alami. Sebenarnya, inilah yang memberikan kita signal bahawa keselamatan kita diancam dan kita berasa tidak selamat atas apa yang di sekitar kita ataupun apa yang kita alami. Satu lagi contoh menyatakan bahawa perasaan takut sebenarnya berasal daripada kejadian yang menakutkan yang pernah seseorang alami. Ini memberikan kesan kepada seseorang itu untuk menyimpan peristiwa atau pengalaman yang menakutkan itu dalam minda mereka. Jadi, apabila sesuatu yang hampir sama berlaku seperti kematian, kemalangan, memori akan diaktifkan dan orang itu akan berasa takut.
Malu dirasai apabila melakukan sesuatu yang tidak diterima secara social. Selalunya, ini akan menyebabkan orang itu kehilangan penghormatan. Contohnya, seseorang memakai baju terbalik apabila keluar. Benda yang tidak diperasan ini turut diberitahu oleh kawan-kawan atau sesiapapun. Jadi, orang itu pun berasa malu atas kecuaian diri sendiri. Sebenarnya perasaan malu ini selalu dikaitkan dengan rasa tidak sama dengan orang lain dan orang itu turut rasa dia seolah-olahnya unik dan banyak orang akan berasa tidak selesa dengan perasaan ini. Jadi mereka akan cuba mengelakkan melakukan benda-benda tersebut supaya tidak diketawai atau digelak oleh orang lain. Sebaliknya, kalau seseorang berasa confident atas perbuatannya, dia tidak akan berasa malu walaupun telah melakukan sesuatu yang dianggap tidak diterima oleh orang lain. Jadi, malu boleh dikatakan bergatung pada tahap keyakinan diri seseorang.
Sedih merupakan perasaan yang tidak gembira. Selain itu, Ini merupakan perasaan yang melambangkan seseorang itu kehilangan sesuatu. Sebagai contoh, Ali telah memelihara seekor kucing. Kucing ini bersama Ali selama 5 tahun dan dia selalu bermain dengannya, memberi makanan kepadanya serta bersama dengan Ali apabila dia sedih dan gembira. Kesayangan Ali kepada kucing dia amat mendalam seperti seorang sahabat. Suatu hari, kucing ini telah hilang apabila Ali pulang daripada rumah. Dia turut bertanya kepada ibunya tentang kucing dia dan rupa-rupanya kucing itu telah mati dilanggar oleh lori. Ali turut menangis dan sedih atas kematian kucing kesayangannya. Ini menunjukkan perasaan sedih yang dihasilkan apabila seseuatu yang disayangi telah tiada ataupun diambil oleh Tuhan daripada sisi seseorang. Selalunya, seseorang akan menjadi pendiam dan tidak bersemangat apabila berasa sedih. Dalam situasi ini, dia perlu diberikan nasihat dan juga kata-kata sokongan agar dia pulih daripada impak dari kejadian yang melukainya itu. Jika tidak, sama ada dia akan mengalami depression dengan kesedihan yang berjangka panjang ataupun memanjangkan masa untuk dia pulih daripada peristiwa itu. Kesedihan merupakan sesuatu yang tidak sihat dan tidak baik kalau dialami dengan masa yang panjang, namum ia umpama cabaran yang diberi oleh Tuhan untuk memeriksa ketabahan dan kesabaran manusia. Jadi, dengan megalahkan cabaran ini, barulah seseorang akan mendapat pengajarannya ataupun melangkah ke tahap kehidupannya yang seterusnya.
Kemarahan adalah emosi dan tindak balas seseorang apabila dia berasa sakit ataupun berasa diancam atas cabaran yang ditempui. Ini adalah berbeza daripada perasaan takut, kerana tindak balas yang berbeza. Kemarahan menimbulkan rasa tidak puas hati dan jauh lebih aggresif daripada ketakutan. Marah bertambah jika kita tahu tindakan yang menghasilkan kemarahan itu adalah sengaja. Sebagai contoh, A sengaja menyepak B, iaitu pihak lawannya apabila bermain bola sepak dalam satu pertandingan bola sepak. B tentunya akan berasa marah kerana bukan sahaja dia berasa sakit, malah dia berasa dia diancam dan sebagai tindak balas dia berasa marah atas perbuatan A. ini mungkin akan menyebabkan pergaduhan berlaku akibat daripada perbuatan aggresif yang menyalakan perasaan tidak puas hati oleh pihak yang menjadi mangsa. Selain itu, kemarahan ini juga ditimbul apabila orang yag bersalah itu tidak mengakui kesalahannya dan tidak minta maaf daripada orang yang berasa marah atas salah lakunya. Jika orang yang bersalah berasa salah dan minta maaf, selalunya segala akibat-akibat yang buruk seperti pergaduhan dapat dielakkan. Semua orang pernah mengalami kemarahan, oleh itu, cara-cara untuk mengawalnya amat penting supaya pergaduhan tidak berlaku. Pertamanya, orang itu harus berfikir sama ada sesuai atau tidak untuk berasa marah dan apa yang akanberlaku akibatnya. Dengan ini, seseorang itu tidak mudah berasa marah walaupun telah diancam oleh orang lain. Namun beitu, hal ini susah untuk dilakukan sebabnya masa untuk seorang befikir amat pendek disebabkan masa yang pendek untuk menghasilkan emosi kemarahan ini. Dengan ini, memang mudah untuk menghasilkan kemarahan.
Next, I would talk about the theory of adaptation level. It is said that we, human adapt to whatever we encounter in wherever we would be. This is a normal and natural way of we ourselves to react against the stimuli we encounter so that we can later live with it. This has some effect on our emotion too or simply the feelings. For example, if a person gets an iphone which he or she has longed to own one, the person would certainly feel happy and overwhelmed with joy after achieving the target. However, as time passes on, the person may still be happy but the intensity of happiness has already gone down. Simply saying, ones is not so happy anymore since the stimulus which is the iphone has become a part of the life and the person has adapted to it, so it is no longer stimulating the feelings and emotion from that person. Therefore, a new target or a new stimulus must be encounter to lit up the flame of happiness once again.
In conclusion, I have learned about sadness, embarrassment, anger and fear, the all four negative emotions that a normal person would experience and encounter as a part of the life. This is pretty useful as the information helps us to know better of them so that we would not misinterpret them, leading to unwanted outcome that might hurt us. I can say that these would help me a lot in future when I "see" them again
 

No comments:

Post a Comment