Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Kuliah ke-3 iaitu pada 11/8/2011 yang lepas telah member I satu lagi ruang untuk saya meneruskan coretan dalam jurnal yang tidak seberapa ini.Kuliah yang yang bertajuk emosi negatif:malu,sedih,marah telah memberi input baru kepada saya tentang emosi negatif yang dialami oleh manusia .
Secara kesuluruhannya terdapat banyak jenis emosi negatif yang dipamerkan oleh kita.Bagi saya emosi yang dipamerkan memzahirkan keadaan dalaman seseorang yang tidak dapat dilihat secara kasar.
Apa itu takut?Takut ialah emosi yang dizahirkan berdasarkan tindak balas terhadap ketakutan dan takut sentiasa dikaitkan dengan emosi-emosi yang lain seperti resah dan risau.Takut boleh juga disebabkan trauma yang dialami oleh seseorang.Saya pernah menonton drama tentang seorang lelaki yang mengalami masalah claustrophobia iaitu takut kepada tempat yang sempit dan gelap.Lelaki mengalami ketakutan itu disebabkan oleh kebakaran yang berlaku di tempat kerjanya dan ketika itu dia berada di dalam lif.Setelah kejadian itu,lelaki trauma dan takut untuk menaiki lif dan tidak akan memasuki tempat yang sempit.Ekspresi yang ditunjukkan oleh orang yang dalam ketakutan dapat dilihat di wajah mereka.Pernahkah kita memerhatikan ekspresi muka mereka yang sedang marah?Ketika takut,kita cenderung untuk membuka mata dengan luas,anak mata menjadi besar,bibir atas naik ke atas dan kening ke dalam.Jika kita lihat wajah seseorang yang sedang marah inilah ekspresi muka yang mungkin mereka pamerkan.Takut juga menyebabkan seseorang menunjukkan emosi-emosi lain.Sebagai contoh,seorang gadis ketakutan yang dikacau oleh sekumpulan lelaki bertindak agresif untuk menyelamatkan diri.Gadis itu juga mungkin keresahan dan risau akan keselamatan diri ketika itu.Malahan takut juga boleh menyebabkan seseorang itu hilang kawalan dan cuba melakukan sesuatu yang member kesan buruk terhadap diri sendiri.Saya pernah sebuah novel melayu yang menceritakan tentang seorang lelaki yang sangat mencintai seorang gadis biasa tetapi gadis itu bakal menjadi isteri abang kepada lelaki itu.Oleh kerana takut kehilangan gadis itu,lelaki itu bertindak merogol gadis itu supaya gadis itu berkahwin dengannya.Jelas sekali kerana takut lelaki bertindak di luar kawalan dengan melakukan perbuatan yang tidak rasional seperti ini.
Malu juga merupakan salah satu emosi negatif yang dibincangkan oleh Dr.Zamri.Malu adalah emosi yang dipamerkan oleh seseorang apabila keadaan yang tidak menyenangkan telah dilihat oleh orang lain atau mungkin juga disebabkan oleh rahsia yang disimpan terbongkar dan diketahui oleh orang lain.Kadangkala,malu juga adalah reaksi yang ditunjukkan oleh seseorang yang segan untuk berhadapan dengan orang.Keadaan yang memalukan menyebabkanseseorang hilang maruah diri atau kepercayaan yang diberikan kepadanya.Emosi malu boleh dikategorikaan kepadaio peribadi dan professional.Malu yang dberkaitan dengan peribadi disebabkan kesilapan diri atau masalah peribadi yang diketahui orang lain.Sebagai contoh,malu kerana kalah dalam pertandingan.Malu disebabkan faktor peribadi selalunya menyebabkan seseorang tersipu malu,gelisah dan tergagap-gagap.Kadangkala,mereka cuba menyembunyikan rasa malu dengan senyum atau ketawa.Malu dalam kategori profesional disebabkan oleh penyataan yang penuh keyakinan tidak diterima tanpa bukti kukuh. Malu dalam kategori ini selalunya berlaku di tempat kerja.Situasi yang boleh menyebabkan malu ( profesional) adalah situasi yang berkaitan dengan pekerjaan.Sebagai contoh, peguam yang menerima rasuah daripada pesalah untuk melepaskan dirinya dan apabila diketahui oleh masyarakat dia akan malu dari segi professional.Seorang selebriti malu(professional) kerana disabit kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.
Apa itu pula sedih? Sedih adalah emosi yang ditunjukkan apabila seseorang kehilangan sesuatu yang sangat disayangi atau berada dalam keadaan yang merugikannya.Pada pendapat saya,sedih juga boleh disebabkan oleh sesuatu yang membuat dia terharu termasuklah mendapat kejayaan .Sedih boleh menyebabkan seseorang tertekan dan bertindak secara tidak rasional sehingga boleh membawa kepada kemurungan.Mereka yang berada dalam kemurungan memerlukan khidmat pakar kaunseling dengan segera sebelum keadaan mereka menjadi teruk.Orang yang murung juga cenderung untuk bunuh diri apabila mereka memikirkan kehidupan mereka sudah tidak bermakna atau berhadapan dengan jalan buntu.Oleh itu mereka memerlukan khidmat pakar untuk membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi.Tahukah kita orang kita sayang sedang bersedih tanpa kita ketahui? Orang yang bersedih sentiasa ingin bersendirian dan melayan perasaan sehingga mengabaikan keadaan dan orang-orang sekeliling.Malah orang yang sedang bersedih juga sentiasa diam,bermuram dan tidak suka bergaul dengan orang lain.Mereka juga kelihatan lemah dan tidak bermaya.Apakah reksi orang yang sdang bersedih? Mereka menundukkan kepala untuk mengelakkan pandangan orang lain atau untuk menyembunyikan emosinya ketika itu.Pergerakan mereka juga lambat dan lemah.Ekspresi muka mereka juga jelas menunjukkan mereka yang bersedih.Bagi saya,apabila kita bersedih jangan sesekali kita hadapinya seorang diri tetapi cubalah berkongsi kesedihan dengan orang yang rapat dengan kita seperti ahli keluarga atau rakan yang kita percayai.Mungkin kita boleh meluahkan perasaan yang terbuku kepada dia dan menangis sepuas-puasnya.Sebagai seorang muslim pula kia sepatutunya sentiasa bergantung kepada-Nya apatah lagi apabila kita bersedih.Semua ujian itu datang daripada-Nya dan kepada dia jugalah kita kembali memohon kekuatan dan pertolongan.Kajian (Isen, 1987) bahawa kebolehan untuk memproses informasi yang diperoleh dipengaruhi oleh emosi seseorang.Orang yang gembira lebih cepat dan tepat dalam memproses maklumat berbanding orang yang sedih (Forgas,1992, 1994).Kajian(Halo Effect) menyatakan bahawa orang sedar akan emosi yang dialami cenderung untuk memiliki cirri-ciri tambahan yang berkaitan dengan emosi yang dialami.Sebagai contoh orang yang bersedih akan menjadi pendiam dan orang oran yang marah akan menjadi agresif.
Marah juga merupakan emosi negatif yang selalu kita lihat pada seseorang.Marah adalah reaksi yang ditunjukkan oleh seseorang apabila dia tertekan,berhadapan ugutan atau berada dalam kesakitan.Ugutan yang dihadapan boleh dikategorikan kepada benar,bayangan atau perbincangan.Marah diekspresikan secara pasif atau agresif oleh seseorang.Marah secara pasif apabila seseorang hanya senyap dan menahan marah tanpa menunjukkan sebarang tindakan.Marah secara agresif pula menybabkan seseorang bertindak ganas atau meluahkan dengan perkataan yang kasar kepada orang dimarahinya.Pada pendapat saya,marah sememangnya mampu membuat kita hilang pertimbangan sehingga bertindak agresif terhadap orang lain.Tetapi jika kita mampu mengawalnya itulah yang paling baik.Apabila saya marah saya akan menjauhkan diri daripada orang yang marah sehingga saya rasa tenang.Selepas itu saya akan berbincang dengannya jika perlu.Jika saya tidak bertindak begitu,banyak masalah yang akan timbul.Malahan persahabatan mungkin akan terputus disebabkan kemarahan.Islam juga telah mengajar bagaimana ingin mengatasi kemarahan sebaiknya.Marah juga boleh ditunjukkan oleh seseorang sebagai empati terhadap seseorang yang juga berada dalam kemarahan.Apabila seseorang yang sedang marah menceritakannya kepada rakannya,ini mungkin juga akan menimbulkan kemarahan rakannya.Kemarahan itu juga mungkin akan menjadi lebih teruk apabila situasi yang berlaku ke atas rakannya itu sengaja dilakukan.Amydala adalah fisiologi marah yang merupakan reaksi terhadap ugutan yang dihadapi sehingga menyebahan perubahan ke atas badan.Menurut rujukan internet amygdala bertanggungjawab memproses reaksi emosi.
Perkara paling penting yang saya pelajari ialah mengawal emosi-emosi negatif ini sangat penting bagi mengelakkan kesannya pada masa akan datang.Ikut rasa binasa,ikut badan binasa.
Sekian….
No comments:
Post a Comment