Selamat sejahtera dan Salam Satu Malaysia saya ucapkan. Seperti setiap hari Ahad, saya telah menghadiri kuliah pengurusan emosi pada hari Rabu yang lepas juga bertarikh, 10 Ogos 2011. Melalui kuliah ini telah memberikan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan emosi- emosi postif dan negative secara sangat mendalam.
Sewaktu kuliah ini, Dr. Zamri seperti biase telah menayangkan satu tayangan lagu iaitu, 'Baby' iaitu sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Justin Bieber yang telah diolah kepada Bahasa Melayu. Dalam olahan lagu ini, lagu yang sebenar telah ditukar kepada Bahasa Melayu yang berasaskan jasa- jasa ibu.. Lagu ini telah bertemakan jasa seorang ibu terhadap anak- anaknya serta pengorbanan ibu itu kepada anak- anaknya. Selepas menonton tanyangan tersebut, saya dapat menghayati bahawa saya perlu menghargai jasa ibu kita dan segala pengorbanan mereka. Hal ini demikian kerana ibu kita telah banyak berkorban untuk melahirkan kita dan membesarkan kita. Kita sudah tentu menyesal nanti jika kita tidak mengenang jasa ibu kita.
Bukan itu sahaja, Dr Zamri juga telah menayangkan video yang berkaitan dengan kesan-kesan negatif yang wujud melalui peperangan yang begitu zalim sekali terhadap rakyat Palestin tanpa mengira umur. Saya turut berasa begitu sedih kerana ramai orang telah dikorbankan.Semasa menonton tayangan ini, saya akan turut cuba membayangkan perasaan saya jika saya berada di sekitar tempat peperangan.Saya akan berasa takut kerana saya berada dalam situasi yang begitu membahayakan saya sekal dan saya turut akan berasa marah jika orang kesayangan saya meninggal dunia disebabkan oleh peperangan dan ada kemunkinan perasaan membalas dendam akan timbul. Pada pendapat saya,saya sedar bahawa semua emosi yang timbul melalui peperangan adalah emosi yang negatif yang susah diatasi dan dielakkan.
Di samping itu, kami juga telah ditunjukkan tayangan slide berkenaan dengan sikap masyarakat terhadap kekayaan dan kemiskinan. Perkara yang tersirat dalam slide ini adalah bahawa kekayaan dan kemiskinan tidaklah disebabkan oleh kekayaan alam sumber tapi disebabkan oleh sikap seseorang individu itu dan sesebuah masyarakat dalam mengusahakan sebuah industry. Hal ini amat ketara di negara seperti Negara India. Negara India merupakan sebuah Negara yang mempunyai sumber alam yang kaya seperti dengan tenaga kerja yang ramai, tanah yang luas tetapi mereka tidaklah sekuat seperti Negara- Negara lain yang lebih kecil dan lebih maju seperti Jepun dan Singapore. Hal ini dengan ketaranya menunjukkan bahawa kekayaan dan kemiskinan bergantung kepada sikap seseorang individual dalam sesebuah masyarakat itu.
Intipati kuliah ini mengutarakan empat sahaja emosi yang negatif iaitu takut, malu, sedih dan marah. Emosi pertama iaitu, takut ialah tindak balas terhadap situasi yang bahaya dan juga berkaitan dengan emosi bimbang. Semasa kita rasa takut, reaksi yang mengikuti seterusnya mesti diikuti dengan perasaan bimbang dan risau. Hal ini adalah kerana kejadian tersebut yang memberikan kesan trauma. Contohnya sekiranya seseorang jatuh ke dalam perigi yang gelap, yang sempit serta nyaris tenggelam di dalam perigi tersebut, kemungkinan besar dia akan mengalami clautrophobobia dan hydrophobia. Oleh yang demikian, ketakuatan itu adalah sesuatu emosi yang sangat abstrak. . Ketakutan ialah satu reaksi yang instinctive, serta bukannya yang dirancang secara sedar. Selain itu, manusia juga mudah terpengaruh dengan perasaan takut,sehingga menyebabkan mereka menurut kata-kata orang lain sampailah mengabaikan keselamatan diri sendiri.
Bagi emosi negative kedua iaitu malu adalah ketika seseorang itu melakukan sesuatu yang tidak boleh diterima langsung oleh diri sendiri serta masyarakat, yang melibatkan maruah dan air muka sendiri. Mereka kemungkinan akan melakukan sesuatu yang secara sosial tidak dapat diterima tetapi mungkin ia betul dari segi moral. Sebagai contohnya, tersilap pakai kasut, seluar terkoyak, zip seluar rosak, terpakai baju terbalik adalah insiden- insiden yang akan menyebabkan seseorang itu berasa malu. Perasaan malu boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu malu personal dan malu professional. Malu personal adalah perasaan yang merujuk kepada sesuatu situasi apabila perhatian orang lain bertumpu kepada hal-hal peribadi kita seperti kesilapan diri kita sendiri. Sebagai contoh, jika seseorang bohong, muka dan telinga dia akan bertukar menjadi merah. Otaknya pula akan berfungsi secara keras sehingga bercakap salah dan akan melakukan kesilapan dalam perbualannya itu. Olehyang demikian, kesilapan dia akan justeru menjadi tumpuan perhatian orang lain dan menunjukkan 'malu personal'. Bagi jenis kedua pula iaitu malu professional, malu professional melibatkan segala urusan yang berkaitan dengan perkerjaan contohnya kemudahan dan perbelanjaan. Contohnya, apabila seseorang itu yang menyalah gunakan kuasanya misalnya di tempat kerja atau di mana-mana sahaja.
Seterusnya ialah, emosi sedih. Emosi ini pasti deketahui ramai kerana kita lihat kesedihan setiap kali sesuatu yang buruk dan tidak diingini berlaku. Perasaan ini juga akan wujud apabila seseorang itu mengalami kerugian yang amat merugikan ataupun apabila seseorang itu kehilangan sesuatu yang amat berharga kepadanya. Oleh yang demikian, emosi ini adalah emosi yang berlaku secara sungguh semula jadi. Ada sesetangah orang yang masih dapat mengawal emosi mereka dan akan menukarkan emosi sedih ini kepada suatu emosi yang positif. Sebagai contohnya, apabila seseorang itu terpisah dengan orang yang dicintai, dia akan rasa sangat sedih pada mulanya tapi lama kelamaan seseorang itu akan mengambil pengalamannya sebagai initipati hidupnya yang positif dan akan meneruskan hidupnya seperti biasa. Sehubungan itu, seseorang itu dapat mengelakkan kehidupannya didominasikan dan diselubungi kesedihan, tetapi akan menukarkan imej kepada yang baru untuk menjadi lebih cantik dan berpengetahuan sebelum bertemu dengan orang yang akan mencintainya pasa masa yang akan datang. Alangkah buruknya jikalau kesedihan mendominasi dirinya, ianya membawa kemurungan sahaja dan seterusnya akan mampu menyebabkan seseorang itu unutk melakukan perkara yang tidak diterima agama seperti emmbunuh diri dan juga memerlukan bantuan daripada seseorang yang professional.
Dan yang akhir sekali adalah emosi marah. Perasaan ini sebenarnya merupakan salah satu reaksi badan kita terhadap sesuatu situasi yang tertentu sahaja, contohnya semasa seseorang itu menghadapi kesakitan, kesusahan ataupun juga stress. Perasaan marah ini pula dikategorikan kepada sesuatu yang aktif atau pasif. Perasaan marah yang aktif pula merupakan perasaan apabila seseorang itu mengekpreskan perasaan marah secara verbal dan physical. Sebagai contohnya, apabila seseorang itu sangat marak terhadap sesuatu kemungkinan mereka akan mengeluarkan kata- kata kesat untuk meluahkan perasaan marah itu dan mungkin akan menyebabkan berlakunya pertelingkahan dan pergaduhan yang besar yang membawa padah kepada diri sendiri. Manakala, marah secara pasif pula, seseorang itu lebih kurang meluahkan emosi marahnya itu. Sebaliknya pula, dia akan cuba menbunyikan rasa marah itu dengan merajuk. Oleh yang demikian, perasaan marah seseorang itu dapat dikesan dengan mudahnya daripada nada suara dan percakapan seseorang itu. Seseorang yang marah juga susah sangat untuk mengawal emosi dan kemarahannya kerana kandungan adrenalin dalam badannya itu sangat tinggi akibat perasaan marahnya itu. Dalam perspektif agama Islam, perasaan marah itu dilihat sebagai satu kelemahan manusia. Muhammad s.a.w. ada meyebut bahawa orang yang kuat itu adalah mereka yang boleh mengawal kemarahan. Daripada kuliah ini saya telah mempelajari bahawa apabila berhadapan dengan situasi yang menyebabkan saya marah, saya pertama sekali haruslah sedar dan menerima hakikat bahawa saya dalam keadaan yang marah lalu menilai sama ada situasi tersebut adalah sesuai bagi saya meluahkan rasa marah saya atau tidak. Jikalau saya rasa sesuai untuk meluahkan kemarahan tersebut pula saya juga harus menggunakan pendekatan secara langsung atau tidak langsung dan seterusnya setalah bertindak , saya haruslah mengimbas kembali apa yang telah saya alami dan tindakan saya unutk tujuan membaiki diri. Sekiranya saya berasa marah pada masa akan datang saya akan cuba sedaya upaya untuk mengawal kemarahan saya itu dengan praktikalnya menggunakan petua yang telah saya hasilkan dengan efektif.
Kesimpulan, manusia mengalami kedua- dua emosi positif dan neagatif dan setiap satunya itu haruslah dikawal dengan baik supaya tidak menyusahkan diri sendiri dan juga orang lain. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment