Sunday, August 14, 2011

Muhammad Alif Farkhan B Abd Malek A126846 LJ03 Emosi negatif > Hati > Nafsu / Akal ?

Muhammad Alif Farkhan B Abd Malek

A126846

EMOSI NEGATIF> HATI > NAFSU / AKAL ?

Manusia ataupun al-insan merupakan makhluk yang sungguh istimewa di atas dunia ini sehinggakan menggalas tanggungjawab sebagai Khalifah dimuka bumi Allah. Apa itu Khalifah? Yakni seseorang yang menguruskan sesuatu urusan. Namun si Khalifah ini diciptakan bersama-sama satu bentuk daging yang dinamakan hati. Di dalam hati itu, terdapat dua pintu yang Allah kurniakan iaitu pintu kebenaran dan pintu kebatilan. Pintu kebenaran dibuka bersama-sama dengan akal fikiran dan pintu kebatilan dibuka atas nakhoda nafsu durjana. Terpulang pada kunci yang dipegang, sama ada kunci akal mahupun kunci nafsu.
(91: 7- 10)
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya) (91:7)
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa (91:8)
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (91:9)
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (91:10)
Assalamualaikum warahmatullah dan  salam sejahtera ke atas sahabat-sahabat sekalian. Kali ini, merupakan jurnal ketiga coretan saya. Jurnal ketiga ini berkisarkan tentang emosi negative yang diajar ketika kuliyah keempat zt2253 Doc zamri. Melalui sedikit tulisan diatas, sy ingin mengaitkan serba sedikit tentang emosi negative yang mempunyai hubungkait dengan nafsu. Apa itu nafsu? Melalui website http://id.wikipedia.org/wiki/Hawa_nafsu  mendefinasikan nafsu dari segi bahasa sebagai>
Nafsu (النفس): roh; nyawa; jiwa; tubuh; diri seseorang; kehendak; niat; selera; usaha.
Nafsu itu merupakan makhluk Allah yang mempunyai kedegilan maksimum super saiya ke-empat yang boleh menguasai jiwa, niat dan EMOSI seseorang. Mengapa saya mengatakan nafsu ini degil? Melalui http://ceritasekupang.blogspot.com/2010/06/kisah-kedegilan-nafsu.html ada membicarakan tentang nafsu dan akal >
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :
 
"Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya di neraka jahanam selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
 
Nafsu ini merupakan salah satu elemen ataupun makhluk yang berlawan dengan akal untuk memenangi hati dan jiwa yang lantas menggambarkan perasaan mahupun emosi. Salah satu emosi yang berkaitan dengan nafsu adalah MARAH . Marah merupakan emosi negative yang berpunca daripada ketidakpuashatian terhadap sesuatu perkara.  Ianya boleh digambarkan melalui dua cara :
1>    Aktif
2>    Pasif
Active angry emotion , ialah situasi di mana seseorang itu meluahkan perasaan marahnya terhadap seseorang (target) secara lisan ataupun fisikal. Sebagai contoh, jika ada seseorang yang meremeh-temehan ibu bapa kita, pasti darah kita akan meluap-luap dan secara tidak langsung akan bertindak secara aggressive dan secara tidak sedar, akan terkeluar 'bahasa-bahasa puitis pujangga melayu yang semestinya tidak enak didengar'. Passive angry emotion pla sering bercirikan dendam kesumat, permusuhan dan ketegangan. Sebgai contoh, seseorang yang menghantar jin untuk memusnahkan rumah tangga yang bahagia. Marah ini keselaluannya akan bertambah dan berkekalan secara tidak langsung member kesan calar pada hati seseorang. Secara physiology, neuroscience telah membuktikan bahawa emosi dihasilkan melalui 'two almond-shaped structures' dalam otak yang dipanggil sebagai amygdala. Amygdala bertanggungjawab untuk mengesan ancaman dan bertindak dengan tindakan physical yang bersesuaian dengan ancaman. Tindak balas amygdale menyebabkan beberapa physiological changes berlaku di dalam badan :
1>  Otaot badan tegang
2>  Degupan jantung meningkat
3>  Tekanan darah meningkat
4>  Kadar bernafas meningkat
5>  Muka merah
Secara teknikal nya, marah susah untuk reda pada suatu masa yang singkat. Hal ini mungkin disebabkan tindak balas adrenaline yang meningkat sewaktu keadaan yang tegang. Adrenalinedan beberapa neurotransmitter akan menyebabkan berlaku tindak balas physiology dalam badan seperti yang dinyatakan diatas. Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil bagi mengatasi perasaan amarh ini:
1>    Mengakui hakikat yang kita sedang marah
2>    Menilai situasi yang menyebabkan tercetusnya amarah. Sama ada sesuai ataupun tindak untuk kita meluahkan kemarahan .
3>    Sekiranya situasi itu sesuai untuk meluahkan perasaan amarah, langkah seterusnya ialah menilai sam ada pendekatan mana yang sesuai . Sama ada pendekatan secara langsung ataupun tidak langsung.
4>    Setelah bertindak, muhasabah kembali tindakan anda supaya dapat membaiki diri jika ada yang tersilap langkah.
Oleh itu, disini, ingin saya membuat konklusi bahawasanya , sifat amarah itu, yakni sifat marah mempunyai hubungkait yang rapat dengan nafsu>akal>jiwa> dan emosi yang akhirnya membawa kepada tindakan fisikal ataupun dendam kesumat. Emosi marah ini, sewajarnya, perlu kita hindari dan perlu kita tangani agar takhta hati itu tidak dikuasai oleh nafsu, tetapi dikuasi oleh akal yang wajar . Melalui akal yang wajar, insyallah emosi positif akan kerap mendampingi kita dan lantas dapat memberi manfaat kepada diri secara khasnya, dan secara umumnya kepada keluarga, masyarakat mahupun Negara . Sebelum saya akhiri jurnal saya kali ini, mari kita sama-sama menghayati seni kata lagu Demi Matahari yang dialunkan oleh kumpulan Sanada >
Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi


Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya


Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah


Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya

No comments:

Post a Comment