Sunday, August 14, 2011

Ong Wei Jie A131799 EMOSI

Ong Wei Jie A131799 Emosi sedihSalam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Pada kuliah 10 Ogos 2011, kami telah menghadiri kuliah ZT tentang emosi-emosi positif and negatif. Contoh emosi negatif ialah takut, malu, sedih dan marah.

Sesi kuliah hari ini dimulakan dengan lagu Justin Bieber yang bertajuk Baby.  tetapi lirik lagu ini telah diubahsuai dan ditukat kepada Bahasa Melayu. Lagu ini menceritaken tentang kasih saying antara seorang ibu dan anaknya. Bagi saya, lagu ini agak  unik, mungkin kerana lirik lagunya,terutamanya bahagian ini

"Ku menyesal semuanya
Dan tak mahu bertengkar
Tunggu nanti ku pulang
Ku kan pohon
Restu dan kemaafan
Ku janji tak akan ulang
Ku sayang kamu selamanya"

Pada pendapat saya, bahagian ini menceritakan tentang emosi negatif dan konflik dan akan dihadapi kebanyakan orang pada zaman remaja. Lirik ini menceritakan walaupun konflik wujud antara ahli keluarga, masalah tersebut tetap akan selesai kerana wujud kasih saying yang mendalam antara ahli keluarga akan mengatasi sebarang pancarabo hidup.

            Saya ingin mengulaskan tentang emosi negatif pertama iaitu emosi takut. Saya percaya setiap orang akan berasa takut apabila berdepan dengan masalah masing-masing. Saya teringat kembali kepada "fight and flight" mekanisma yang belajar pada kuliah pertama, iaitu badan kita akan menyalurkan hormone adrenalin dengan kadar yang tinggi kepada organ-organ barang. Adrenalin yang dirembes akan menyebabkan jantung berdegup dengan lebih laju, adrenalin juga akan meningkatkan kadar glukosa dalam badan. Dengan ini, badan kita mendapat tenaga yang cukup untuk berdepan dengan masalah-masalah yang dihadapi. Jika dikaitkan dengan kuliah lepas, pada pendapat saya, emosi takut banyak dipengaruhi oleh persepsi minda kita terhadap situasi tersebut dan emosi ini juga dipengaruhi pengalaman dan pembelajaran. Contohnya, setiap orang mempunyai emosi takut kepada berlainan situasi atau benda. sesetengah orang takut kepada serangga, sesetangah orang takut kepada hantu dan sesetengah orang takut kepada binatang. Emosi takut sebenarnya boleh diatasi dengan proses pembelajaran. Seseorang akan dapat mengatasi emosi takut kepada sesuatu benda sekiranya dia mengalami pengalaman itu beberapa kali. Contohnya, seseorang yang takut kepada serangga akan tidak akan berasa takut sekiranya dia kerap berdepan dengan serangga. Namun, Takut boleh diperolehi daripada kemalangan trauma yang meyebabkan seseorang itu fobia terhadap sesuatu perkara atau benda. Seseorang yang pernah digigit ular akan berasa takut kepada ular. Kita boleh mengesan sama ada seseorang itu dalam keadaan takut melalui ekspresi wajah. Antaranya ialah mata terbuka luas, anak mata membesar, bibir atas menaik, kening ke dalam dan bibir menegang sebaris.

            Emosi negative yang seterusnya ialah perasaan malu. Menurut Dr Zamriperasaan malu merupakan satu keadaan emosi yang tidak menyenangkan semasa telah melakukan sesuatu yang tidak dapat diterima oleh masyarakat atau profesional atau semasa disaksi oleh orang lain atau didedahkan oleh orang lain. Biasanya seseorang individu itu akan rasa kehilangan kehormatan dan maruah mengikut tahap keadaan malu secara individu. Biasanya individu tersebut akan berasa tersipu-sipu, berpeluh, tergagap-gagap, berasa gelisah serta berasa marah. Pada pendapat saya, emosi malu merupakan emosi yang akan banyak mempengaruhi tingkah-laku manusia. Perasaan malu akan menyebabkan seseorang individual takut untuk melakukan perkara. Contohnya, perasaan malu akan menyebabkan seseorang takut untuk menyampaikan pendapatnya di depan orang ramai.

            Seterusnya saya ingin mengulaskan tentang emosi sedih. Sedih merupakan emosi yang paling kerap kita alami dan sedih merupakan emosi berlawanan dengan emosi gembira. Biasanya kita akan menitiskan air mata dan mengurung diri semasa berasa sedih. Jika kesedihan berada pada tahap yang lebih serius, ia boleh menyebabkan kemurungan dan perkara ini perlu segera mendapatkan rawatan serta pemerhatian daripada pakar kaunselingKesedihan juga akan menyebabkan orang yang berada dalam kesedihan biasanya menjadi tidak bersemangat ,pendiam dan suka mengasingkan diri daripada orang lain. Mereka tidak mahu berjumpa dengan sesiapa dan tidak ada langsung keinginan untuk bersosial. Antara tanda-tanda sedih yang dizahirkan oleh tubuh manusia ialah mereka akan menangis,menundukkan wajah, dan, bibir ke dalam. Saya pernah terbaca satu artikal tentang cara-cara mengatasi perasaan sedih.

1.      Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit. 

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.          

 

2.      Buang Sikap Risau.

Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal

 

3.      Belajar Rajin Bersyukur.

Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.  

4.      Belajar Menjadi Pemaaf.

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.                      

5.      Ketawa, ketawa dan terus ketawa. 

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. 

6.      Ubah Fikiran  

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.

 

Tambahan pula, emosi negative mendatangkan kesan buruk kepada badan kita. Amat ironi apabila seorang doktor berkata penyakit berpunca kuman tertentu manakala doktor lain pula mengatakan, ia bermula daripada dalam diri. Kenyataan ini amat mengelirukan tetapi apabila dikaji pandangan kedua-duanya ada kebenaran, bergantung pada perspektif mana punca penyakit ini dikesan. Bayangkan anda kehilangan orang dikasihi dan sukar mengatasi kemurungan berbulanbulan. Tanpa disedari anda berada dalam tegangan—tekanan perasaan yang sekali gus mengubah corak kehidupan anda. Perasaan ini membuat anda lemah, tidak bermaya dan ketika ini juga anda mudah dihinggapi penyakit —sakit perut, sakit tekak, selesema atau demam.Apabila perasaan anda tertekan berpanjangan, daya tahan tubuh menjadi lemah, mudah baginya dihinggapi penyakit. Jika dikata penyakit itu datang macam ribut, pergi umpama semut, perumpamaan ini kurang tepat. Sebelum disahkan doktor anda menghidap sesuatu penyakit, tanda-tandanya sudah ada. Cuma kerap kali tanda-tanda ini tidak begitu diambil berat, mungkin kerana kurang pengetahuan ataupun anda berfikir ia masalah kecil. Sungguhpun banyak sebab tegangan dikaitkan tuntutan dan tekanan hidup, ada reaksi psikologi dan emosi seperti insomnia, raguragu, risau dan murung, ia juga meninggalkan kesan pada tubuh badan. Tegangan fizikal ini menjadi punca pelbagai penyakit.

Secara kesimpulan, emosi negatif mendatangkan banyak kesan buruk kepada kehidupan kita. Justeru, kita seharusnya belajar cara-cara mengawal emosi negative supaya tidak memudarakan kesihatan kita.

 

No comments:

Post a Comment