Assalamualaikum wbt
Alhamdulilah…Pejam celik pejam celik.... Dah masuk jurnal ketiga. Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru saja hantar jurnal kedua hari tu. Tengok-tengok dah masuk jurnal ketiga dah saya tulis. Baiklah, apa yang saya nak tulis dalam jurnal kali ni. Tapi, mula-mula kena la tahu apa yang saya belajar masa kuliah ketiga. Masa kuliah ketiga, Dr Zamri telah mengajar dua topik iaitu emosi negatif dan teori asas adaptasi. Mula-mula saya nk ulas tentang topik emosi negatif, lepas tu saya akan ke tajuk seterusnya. Tapi rasa nk lebih tumpukan kepada tajuk emosi negatif. Kenapa saya nak ulas tajuk emosi negatif ni? Sebab saya belajar. Jadi, kenalah saya ulas tajuk ini. Memang la sebab saya belajar tapi sebenarnya sebab saya rasa tajuk ni menarik. Semua orang ada emosi ni. Tapi sejauh mana emosi ni negatif? Itulah persoalan yang bermain dalam minda saya. Bagi saya, emosi seperti takut, malu, sedih bukanlah keseluruhannya negatif. Ia terpulang kepada seseorang individu itu sama ada membuat emosi ini menjadi negative ataupun tidak. Kenapa saya kata macam tu? Sebab.. emosi macam ni juga boleh membawa kepada kesan positif. Tapi kena la tahu cara menzahirkannya dan cara mengawalnya.
Baiklah, pertama sekali kita ke emosi takut. Apa maksud takut? Takut ialah satu emosi yang tindak balas terhadap bahaya yang bakal berlaku, ia juga berkaitan dengan rasa bimbang. Takut ialah satu mekanisme kehidupang yang terjadi hasil tindak balas daripada ransangan yang negative. Adakah emosi takut ni keseluruhannya ialah emosi negatif? Bagi saya,tak!! Kenapa? Sebab kadang-kadang emosi takut ni member kesan positif. Contohnya, macam Dr Zamri kata hari tu. Kita sedang berhadapan dengan seekor harimau. Apa terjadi kalau masa tu kita tak ada sedikit pun perasaan takut? Kita hanya memandang harimau tu tanpa berbuat apa-apa. Mesti harimau tu pun hairan kenapa kita tak lari. Jadi, apa yang terjadi? Mungkin kita dah mati dibaham harimau. Kalau kita ada perasaan takut, kita akan cuba melakukan sesuatu untuk menyelamatkan diri. Nampak tak kesan positif takut di situ? Takut menyebabkan kita dapat menyelamatkan diri dari dibaham harimau. Tapi… ada tapinya.. emosi takut juga boleh menjadi emosi negatif. Ia terpulang kepada individu itu untuk menjadikan emosi takut sebagai emosi negatif. Contohnya, seseorang itu takut untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidupnya. Dia takutkan kegagalan. Sedangkan kegagalan dah jadi lumrah hidup manusia. gagal sekali tak bermakna gagal selamanya kan. Kerana dia terlalu takut dengan kegagalan, dia tidak pernah mencuba perkara-perkara baru dalam hidupnya. Sedangkan dia tidak tahu sama ada dia akan gagal ataupun tidak. Jadi, dia terus dengan hidupnya yang biasa. Ini membuatkan dirinya tidak maju. Dia tidak keluat dari kepompong hidupnya. Dia masih di takuk lama. Boleh dianalogikan dengan kisah ulat. Sedangkan ulat juga berubah. Berubah menjadi rama-rama yang cantik setelah keluar dari kepompong. Walaupun ulat tahu dia tak akan menjadi ulat kembali setelah dia keluar dari kepompong, tapi dia tidak takut untuk menjadi kepompong. Ini kerana, ulat tak takut akan perubahan. Ia tahu, suatu hari pasti ada kejayaan yang menantinya. Dia akan menjadi seekor rama-rama yang cantik. Rama-rama yang dikagumi kerana kecantikannya.
Baiklah, sekarang kita bincangkan tentang emosi malu pula. Malu..malu..malu.. Dalam kuliah hari tu, malu didefinisikan sebagai satu emosi yang kurang menyenangkan yang dialami apabila perbuatan yang tak boleh diterima secara sosial atau profesional atau keadaan yang disaksikan oleh atau terdedah kepada orang lain. Selalunya malu dikaitkan dengan jatuh air muka, hilang maruah dan ia bergantung kepada situasi malu itu sendiri. Jadi, emosi malu selalu dikatakan emosi yang negatif. Dala kuliah hari tu, barulah saya tahu, rupa-rupanya malu boleh dibahagikan kepada dua iaitu malu peribadi dengan malu profesional. Rupanya malu pun ada profesional. Oklah, apa malu peribadi tu? Malu peribadi disebabkan oleh perhatian yang tak diingini terhadap benda yag peribadi. Contohnya, ditangkap kerana menipu, kalah dalam pertandingan. Selalunya malu ni, disertai dengan tindakan tersipu-sipu, berpeluh, tergagap-gagap dan gelisah. Kadang-kadang seseorang cuba selindung rasa malunya disebalik senyuman ataupun ketawa. Saya masih ingat pengalaman malu saya tingkatan empat. Saya dan kawan saya pernah termasuk tandas lelaki. Nasib baik tiada lelaki dalam tandas tu. Mulanya, saya hairan kenapa senior-senior lelaki sekolah saya menjenguk ke dalam tandas tu. Saya rasa macam kurang senang dan agak tak puas hati la sebab saya mereka menjenguk ke dalam tandas yang saya anggap sebagai "tandas perempuan". Selepas itu saya dan kawan saya pun keluar, kami terkejut apabila senior-senior lelaki tu mengelilingi kami. Mereka pun kata, " Hangpa tak tau ka tandas ni dah ditukarkan kepada tandas laki? " Terkedu kami seketika. Malu tak terkata. Tapi kami hanya buat muka biasa dan terus berlalu pergi sambil disorak oleh senior-senior tu. Selepas peristiwa tu, memang rasa malu sungguh bila terserempak dengan mereka. Penatnya cerita..Baiklah berbalik kepada malu profesional. Malu profesional termasuklah malu kerana tugas atau kemudahan tempat kerja atau malu nak menjalankan tugas. Contohnya, malu yang disebabkan kerajaan gagal dalam menjalankan dasar awam atau ditangkap kerana melakukan perkara haram. Bagi saya, malu tak selalunya negatif. Malu juga bawa kesan positif. Cuba bayangkan kalau satu negara tak ada rasa malu. Orang bebas buat macam-macam benda-benda pelik. Apa akan terjadi pada negara itu? Negara itu akan dipandang rendah. Jadi, bila ada rasa malu hidup akan menjadi lebih teratur dan sopan. Ini menunjukkan malu juga ada positifnya. Dalam Islam juga mengatakan malu itu sebahagian daripada iman.
Emosi sedih.. Adakah benar emosi sedih ialah emosi negatif? Pertama sekali, apa maksud sedih? Sedih ialah mood yang menunjukkan kelemahan dan kehilangan. Perasaan terlalu sedih akan menyebabkan tekanan. Selalunya, orang yang sedih suka berdiam diri, lemah dan suka bersendirian. Sedih memberi kesan negatif kerana sedih akan menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang lemah dan kadang-kadang tak dapat berfikir secara rasional. Ini akan menyebabkan produktiviti menurun. Tapi, sebagai manusia kita tak dapat lari daripada rasa sedih. Kadang-kadang sedih boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kuat dan lebih bermotivasi. Tapi, ia terpulang kepada seseorang bagaimana caranya dia mengawal rasa sedih itu. Ini menunjukkan sedih boleh dilihat secra dua perspektif berlainan iaitu positif dan negatif.LaTahzan.. Saya suka video yang ditayangkan hari tu.. Jangan bersedih kalau tiada kasut, lihatlah orang tak berkaki..
Marah..apa pula marah tu? Marah ialah psikofisiologi tindak balas daripada kesakitan, tekanan, penyeksaan atau ugutan. Marah juga memang salah satu emosi yang memang ada dalam diri manusia.Adakah seseorang itu dianggap normal jika dia tiada rasa marah marah walaupun sedikit. Bagi saya, marah adalah salah satu cara untuk mempertahankan diri. Cuba bayangkan kalau kita tak pernah marah walaupun ditindas. Kita akan terus ditindas dan ditindas. Sebaiknya kita perlu menegur secara berhemah.Tapi marah juga menjadi negatif bila tak dikawal. Contohnya, marahkan isteri sehingga membunuh isteri dan anak-anak, marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Jado, seseorang itu perlu tahu cara mengawal marah. Dalam Islam mengatakan jika kita marah, jika kita berdiri maka duduklah. Jika kita masih marah maka baringlah. Jika kita marah, maka berwuduklah. Marah itu ,merupakan api syaitan.
Kesimpulannya, tak semua emosi yang dikatakan negatif itu adalah emosi negatif. Kadang-kadang ia boleh menjadi emosi positif. Tapi, ia terpulang kepada individu itu sendiri sama ada ingin membuat emosi itu jadi emosi negatif atau positif. Tapi, untuk jadikan emosi negatif menjadi emosi positif, kita perlulah bijak mengawal emosi itu. Kalau tak dikawal, ia akan menjadi negatif. Baiklah setakat ini sahaja jurnal saya pada kali ini. InsyaAllah kita jumpa lagi dalam jurnal akan datang. Wassalam.
No comments:
Post a Comment