ASSALAMULAIKUM
Selamat membaca entri terbaru saya. Pada kuliah minggu ini, dr. zamri menyambung kuliah pada minggu lepas berkenaan emosi positif dan negatif. Jika minggu lepas, kami lebih banyak membincangkan tentang emosi positif terutamanya berkaitan dengan bahagia, namun pada minggu ini dr. lebih memfokuskan tentang emosi negatif dalam diri manusia. Emosi negatif umumnya terdapat empat iaitu takut, malu, sedih dan marah. Selalunya jika sesuatu yang negatif pasti dikaitkan dengan keburukan. Sejauh mana pula emosi negatif ini membawa keburukan kepada manusia. Bagi pendapat saya emosi takut, malu, sedih dan marah tetap penting dalam diri kita. Kita tidak boleh menidakkan daripada merasai setiap satu daripada emosi tersebut. Semua emosi datang secara naturally dalam diri. Apa yang kita mampu lakukan hanyalah mengawal emosi tersebut supaya tidak keterlaluan dan memberi kesan buruk kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Apabila kita menunjukkan emosi kita, ia akan memberi kesan kepada orang sekeliling kita.
Apa itu emosi negatif? Emosi negatif ialah emosi yang tidak menyenangkan yang mana akan menimbulkan perasaan negatif bagi orang yang mengalaminya. Takut itu salah satu emosi negatif. Takut merupakan satu respon kepada situasi bahaya yang berkaitan dengan kebimbangan. Perasaan takut juga merupakan reaksi badan yang bertujuan untuk menyelamatkan diri apabila berada ataupun menghadapi situasi berbahaya. Contohnya, jika kita terperangkap dalam hutan dan tenampak seekor harimau menghampiri kita. Pastinya kita akan berasa takut dan cuba menlarikan diri daripada harimau tersebut. Bayangkan apa akan berlaku jika tiada perasaan takut dalam diri. Jika harimau tadi datang menghampiri kita dan ingin menerkam kita, kita akan duduk sahaja kerana tiada rasa takut. Melalui contoh ini, saya dapat berasakan pentingnya perasaan takut itu dalam diri. Takut itu merupakan reaksi bukan dibuat secara sengaja. Apa yang menyebabkan kita takut? Kita selalunya akan berasa takut apabila terdedah pada bahaya di mana kita akan berasa berdebar-debar atau mengigil-gigil ketakutan. Takut juga bergantung pada seseorang. Kadang-kadang orang berasa takut apabila ternampak lembaga hitam kerana terbayangkan hantu. Kadang- kadang terdapat yang menjerit ketakutan melihat lipas merayap di dapur. Perasaan takut akan mengubah ekspresi muka seseorang dengan pantas. Contohnya mata mereka akan melebar, biji mata akan membesar, bibir atas akan menaik, kening akan ke dalam dan bibir akan meregang.
Seterusnya saya akan membincangkan tantang perasaan malu. Malu juga merupakan salah satu daripada emosi negatif. Malu dikategorikan sebagai emosi negatif kerana apabila seseorang malu, dia akan mengasingkan diri dan berasa rendah diri dengan diri sendiri. Hal ini yang menunjukkan malu itu membawa kepada keburukan. Dalam istilah inggeris malu disebut sebagai shame atau shy. Kenapa seseorang berasa malu? Malu kadangkala malu tidak membabitkan moral. Contohnya seseorang cenderung untuk malu apabila mereka memakai baju terbalik atau seluar yang dipakai terkoyak. Terdapat juga malu yang bersifat personal iaitu apabila hal peribadi menjadi tumpuan atau apabila perbohongannya dapat dikesan. Kita akan malu apabila orang bercakap tentang kita tidak kira perkara yang disampaikan itu baik atau buruk. Jika perkara baik, kita akan malu tersipu-sipu kerana ada yang memuji kita tetapi jika perkara yang diperkatakan itu perkara yang buruk pasti kita malu seperti nak halimunankan diri supaya orang tak nampak kita. Selain itu terdapat malu profesional iaitu apabila seseorang malu kerana tidak mampu membuat kerja dengan baik dan sempurna. Contohnya apabila dasar yang dibuat salah dan tidak diterima oleh pengarah.
Emosi ketiga ialah sedih. Apabila seseorang sedih, dia akan menjadi pendiam, tidak bersemangat dan suka bersendirian. Kita juga dapat detect orang yang sedih iaitu apabila kita lihat badannya lemah, condong ke hadapan dan kepalanya tunduk ke bawah. Kajian juga menunjukkan ciri-ciri sedih ialah orang yang pendiam, lemah dan kurang bermaya. Berbeza dengan orang yang gembira, mereka lebih periang dan bersemangat. Seperti saya, apabila saya sedih saya tidak ada mood untuk bercakap dan berborak dengan rakan-rakan saya. Dengan itu rakan-rakan saya dapat tahu bahawa saya sedang sedih, lalu memberi ruang untuk saya mengurangkan perasaan sedih dahulu sebelum kembali pada keadaan asal. Perasaan sedih selalunya dapat dilihat apabila seseorang mengalami kehilangan dan kecelakaan. Sebagai contoh, kita berasa sedih apabila saudara mara kita meninggal dunia. Ketika situasi seperti ini, memang kita sepatutnya menunjukkan kesedihan kita. Namun perlu diingatkan kesedihan yang tidak terkawal akan menyebabkan kesan buruk malah mungkin ia akan membawa kemudaratan. Melalui kuliah saya mendapat tahu bahawa orang yang sedih akan memproses maklumat lebih perlahan dan kurang tepat berbanding orang yang gembira. Jadi apabila penghujung semester pastikan setiap orang berasa gembira supaya kita mudah memproses maklumat untuk peperiksaan.
Emosi yang terakhir ialah marah. Marah boleh diekpresikan secara pasif atau secara aktif. Aktif mungkin melakukan serang balas. Manakala jika secara pasif hanya dengan menunjukkan ekspresi muka masam. Apabila sudah marah kita akan sukar untuk tenang. Jadi elakkan perasaan tersebut seperti sabda Rasulullah SAW.
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi Muhammad SAW. "Berilah wasiat kepada aku". Sahut Nabi :" Janganlah engkau marah". Kemudian dia mengulangi beberapa kali. Sabda Nabi:"Janganlah engkau marah".
Riwayat Imam Bukhari (sumber Hadith 40)
Rasulullah SAW juga telah mengajar kita bagaimana untuk menghilangkan perasaan marah. Kerana apabila kita marah kita tidak mampu untuk membuat keputusan dengan betul. Kita akan membuat sesuatu secara melulu dan tidak memikirkan akibat daripada kita.
Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah pernah berkata kepada kami: "Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring".
Sabda Nabi pada hadis yang lain: "Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anak Adam". Cuba kita lihat bagaimana jika seseorang dalam keadaan marah. Kedua-dua matanya merah dan urat lehernya akan kelihatan timbul. Rasulullah pernah menerangkan: "Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah oleh seseorang kamu maka hendaklah ia berwudhuk".
Oleh yang demikian, ketika marah kita tidah boleh membuat keputusahilangkan perasaan itu dahulu atau tangguhkannya pada masa lain. Ahli falsafah turut berpendapat marah itu patut ditangguhkan pada masa yang lain. Selain itu perkara lain yang perlu kita teliti sebelum kita marah. Pertamanya lihat siapa yang hendak kita marah adakah dia ialah bos kita atau pekerja kita. Kemudian fikir patut atau tidak kita lepaskan kemarahan. Jangan lupa, keemarahan tetap boleh dikawal walaupun emosi ini semulajadi dalam diri.
Akhir kata, marilah kita kawal emosi negatif ini supaya ia tidak memberi keburukan kepada kita. Seperti saya kata pada entri sebelum ini kita mampu menjadikan yang negatif kepada positif jika kita positifkan pemikiran kita. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment