Sunday, August 14, 2011

Chieng Zhin Liang A131506 LJ03 Emosi Negatif

Salam sejahtera saya ucapkan sekali lagi kepada Dr Zamri dan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Pada hari rabu minggu lepas, 10 Ogos 2011, seperti biasa saya telah menghadiri kuliah pengurusan emosi. Topic pada hari itu berkaitan dengan emosi negative, iaitu takut, malu, sedih dan marah. Semua emosi ini adalah ekspresi semula jadi bagi setiap individu apabila berdepan dengan pelbagai cabaran dalam kehidupan seharian, seperti gagal dalam peperiksaan, dibelot oleh rakan baik dan sebagainya.

 

Pada hari itu, perasaan takut merupakan perasaan yang pertama diterangkan oleh Dr. Zamri. Menurut beliau, perasaan takut ini adalah perasaan yang dilahirkan  apabila kita berdepan dengan bahaya dan perasaan ini merupakan satu sistem yang amat penting bagi kita supaya dapat mengelakkan diri daripada ancaman bahaya itu sebelumnya terjadi. Sebagai contoh, kita akan melarikan diri apabila berdepan dengan anjing liar di lorong sunyi. Walaupun anjing liar itu belum tentunya akan mengigit kita, tetapi perasaan takut yang semula jadinya berada dalam badan kita memberitahu kita agar melarikan diri sebelumnya terjadi. Selain itu, Dr Zamri juga menerangkan tentang perasaan takut ini juga mungkin lahir disebabkan tragedi yang dahsyat yang berlaku terhadap diri kita pada waktu lampau. Contohnya, seseorang itu mungkin takut dengan api akibat pernah mengalami kebakaran pada waktu kecil. Perasaan takut ini mungkin akan menjadi selama-lamanya ditanam dalam dirinya. Dalam diri saya sendiri, saya takut dengan berenang dalam sungai mahupun kolam. Hal ini disebabkan sewaktu 8 tahun,pada suatu hari  saya bersama dengan bapa saya pergi memancing di sebuah kolam, disebabkan oleh kelicinan tanah kerana hujan, saya tergenlincir lalu terjatuh ke dalam kolam itu. Nasib baiknya bapa saya sempat menyelamatkan saya. Tragedi ini masih menjadi satu halangan kepada saya pada hari ini yang fobia dengan air.

 

Seterusnya, Dr. Zamri juga menerangkan tentang perasaan malu. Perasaan malu secara amnya boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu personal dan professional.  Menurutnya, kebanyakan orang cuba menyembunyikan tindakan malunya dengan senyuman ataupun tindakan yang cuba menarik perhatian orang lain. Bagi saya, perasaan malu ini kadang-kadang boleh men jadi satu motivasi kepada kitan untuk beusaha lebih gigih lagi. Sebagai contoh, kalau kita berasa malu gagal dalam peperiksaan, perasaan ini akan mendorong kita supaya berusaha dengan lebih gigih pada masa akan datang supaya tidak gagal dalam ujian. Begitu juga dengan perlawanan bola. Perasaan malu akan menbantu kita supaya menganggap kekalahan ini sabagai satu motivasi agar berlatih dengan lebih tekun untuk mencapai prestasi yang lebih baik pada masa depan. Selain daripada itu, perasaan malu juga membolehkan kita untuk membentuk satu insane yang lebih baik dari segi akhlak dan perlakuan. Sebagai contoh, murid yang nakal akan dihukum di depan para pelajar lain semasa dalam perhimpunan. Perasaan malu ini akan mengelakkan diri dia daripada melakukan kesalahan lagi pada masa akan datang.

 

Di samping itu, perasaan sedih juga merupakan antara emosi negative yang turut diterangkan oleh Dr Zamri pada hari itu. Perasaan sedih ini boleh menjadi seseorang itu tidak bertenaga, senyap, tidak mahu bergaul dengan orang lain dan cuba mengelakkan dirinya daripada orang lain. Menurut Forgas 1992 dan 1994, perasaan sedih ini boleh menjejaskan proses pemikiran seseorang ini menjadi lambat berbanding dengan seseorang yang berasa gembira. Oleh itu, sedih memang menbawa kesan yang tidak baik kepada diri kita. Selain itu, dr Zamri juga berkongsi beberapa peribahasa yang baik untuk orang yang bersedih. Antaranya termasuklah let bygones be bygones. Peribahasa ini boleh kita gunakan dalam pelbagai keadaan dan situasi seperti kegagalan, kehilangan orang yang tersayangi. Bagi saya, perasaan sedih  sering kali dialami apabila saya tidak dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan terutamanya peperiksaan yang saya duduki sejak saya menjejak kaki ke dalam alam perubatan. Walaubagaimanapun, saya selalu menganggapnya sebagai satu dorongan yang positif agar tidak berputus asa dalam apa jua keadaan pun.

 

Perasaan yang terakhir pada hari itu ialah perasaan marah. Perasaan marah merupakan satu perasaan yang susah untuk dielakkan bagi sesetengah orang. Apabila seseorang itu berasa marah, mukanya mudah menjadi merah, darah tingginya meningkat, begitu juga dengan kadar pernafasan. Namun, signs kemarahan ini bergantung dengan tahap kemarahan. Kemarahan biasanya boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ditunjukkan dan ditanam dalam hati. Perasaan marah yang ditunjukkan contohnya seperti melaung, mencampak barang dan kadang-kadang boleh melibatkan pergaduhan dan seterusnya pembunuhan. Namun perasaan marah yang tidak ditunjukkan seperti perang dingin yang mungkin berlarutan untuk satu tempoh masa yang lama walaupunnya tidak agresif berbanding dengan perasaan marah yang ditunjukkan. Saya percaya bahawa setiap agama mempunyai cara masing-masing yang boleh membantu kita meredakan kemarahan. Antaranya termasuklah mengaku kesalahan diri terlebih dahulu, menilai balik situasi sama ada sesuai untuk kita tunjukkan perasaan dan memikir tentang akibatnya stelah kita menunjukkan perasaan marah kita. Namun, setahu saya seseorang pemarah tidak akan mempunyai banyak kawan. Oleh itu, kita haruslah mengawal perasaan kita sebelum bertindak agar tidak membawa kepadahan yang tidak diingini.

 

Pada hari itu, seperti minggu yang lepas, kita ada satu kuiz yang diadakan dalam bentuk kumpulan. Kuiz itu adalah berkaitan tentang apa yang telah kami belajar pada minggu lepas, iaitu tentang strukturv dan teori emosi. Dalam kuiz itu, saya dan kumpulan saya berjaya mendapat 18 soalan betul daripada 19 soalan. Dr. Zamri telahpun menjanjikan kepada sesiapa yang mendapat 18 soalan betul ataupun semuannya betul boleh mendapat 2 markah dalam penyertaan dan kehadiran. Dengan itu, cara pengajaran ini  menjadikan kursus ini semakin menarik dan tidak membosankan.

 

Kesimpulannya, emosi negative iaitu takut, sedih, malu dan marah merupakan emosi yang terdapat dalam setiap individu. Apa yang menjadikannya berlainan antara satu sama lain ialah cara kita mengawal emosi-emosi tersebut supaya tidak menjekaskan orang di sekeliling kita. Walaubagaimanapun, saya berasa bersyukur kerana dapat belajar tentang semua emosi ini dan harapnya dapat membantu saya suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment