Sunday, August 14, 2011

A131322 MOHAMAD IHSANUDDIN BIN ROSDI LJ03 EMOSI NEGATIF, NEGATIFKAH IA

Assalamualikum dan selamat sejahtera sebagai pembuka bicara saya pada kali ini. Pada 10.08.2011 yang lepas,saya telah mengikuti satu lagi kuliah Pengurusan Emosi ZT2253 yang bertempat di Dewan Kuliah 1. Pada awal sesi kuliah ini, Dr Zamri telah menyediakan kami sebuah tayangan video ringkas, iaitu klip video muzik nyanyian Justin Bieber versi Melayu. Lagu ini menceritakan tentang seorang anak yang meluahkan perasaan rindunya kepada ibunya yang berada di kampung. Dia teringat akan segala dosa-dosa yang telah dilakukannya terhadap ibunya. Dia mulai merasa kesal akan segala kesalahan yang telah dilakukannya itu dan berhasrat untuk pulang untuk memohon keampunan daripada ibunya itu. Melalui klip video ini, saya mendapati mungkin Dr Zamri cuba menyelitkan isu-isu yang mungkin boleh dijadikan contoh untuk kami semua untuk memahami apa yang akan diajarnya pada hari tersebut.
Topik kuliah yang diketengahkan pada hari tersebut adalah mengenai Emosi Negatif yang merangkumi perasaan takut, malu, sedih dan marah. Perasaan takut adalah satu perasaan yang bertindakbalas dengan wujudnya rasa terancam dan ianya berhubungkait dengan kebimbangan. Takut adalah satu proses yang diperlukan untuk terus hidup, dan biasanya berlaku apabila adanya faktor-faktor nagatif yang mendorongnya untuk berlaku. Takut terdiri daripada beberapa elemen termasuklah perasaan bimbang, keganasan dan sebagainya. Takut boleh didapati jika seseorang itu terlibat dengan kemalangan, sebagai contohnya jika seorang kanak-kanak terjatuh ke dalam perigi dan tidak dapat keluar daripada perigi itu, dia akan mendapat perasaan takut akan sama ada takut kepada ruang gelap yang tertutup (claustrophobia) itu ataupun takut kepada  air di dalam perigi itu. Walaupun takut sering dikaitkan dengan takut kepada objek-objek fizikal, manusia juga boleh takutkan akan perkara-perkara yang lebih abstrak. Perasaan takut itu dapat dilihat melalui air muka seseorang antaranya adalah matanya akan membesar, ini respon yang normal untuk menjangkakan apa yang akan berlaku seterusnya. Selain itu, anak mata akan mengembang untuk mendapatkan lebih banyak cahaya, bibir akan menaik dan dua belah kening mata akan merapat antara satu sama lain.    
Selain perasaan takut, perasaan malu juga tergolong dalam perasaan negatif. Malu merupakan satu perasaan yang tidak menyenangkan yang dihadapi apabila seseorang itu apabila ditimpa perbuatan yang mampu menggugat emosinya. Kebiasaannya, malu terbit apabila melibatkan maruah ataupun kehormatan, tetapi tahap dan jenis malu itu bergantung kepada situasi tertentu. Malu terbahagi kepada dua kategori, iaitu kategori individu dan professional.
Rasa malu secara individu adalah disebabkan perhatian yang tidak diingini kepada perkara-perkara persendirian atau kecacatan dan kemalangan peribadi. Antaranya adalah apabila kesilapan yang dilakukan oleh diri sendiri,ataupun terbongkar segala penipuannya, kalah teruk di dalam sesuatu pertandingan dan lain-lain. Apabila seseorang itu malu, kebiasaannya dia akan menunjukkan tanda-tanda seperti berikut, tersipu-sipu, berpeluh, gementar, tergagap-gagap dan gelisah. Kadang-kala dia akan menyembunyikan perasaan malunya itu dengan senyuman sinis atau ketawa yang kuat. Malu akibat tindakan professional pula adalah apabila seseorang itu menyatakan pendiriannya yang terbukti menyelewang tetapi dia masih bertegas dengannya. Malu itu akan menjadi semakin parah jika iannya melibatkan keadaan yang lebih besar atau tugas-tugas rasmi, kemudahan tempat kerja, jumlah wang atau melibatkan nyawa manusia.
Manakala perasaan sedih pula memaparkan perasaan kelemahan dan rasa kehilangan. Jika rasa ini berterusan di dalam jangka masa yang lama, iannya boleh membawa kepada kemurungan, dan mungkin memerlukan campur tangan oleh golongan professional yang berkelayakan untuk membantunya. Kebiasaannya, ketika sedang bersedih seseorang itu akan menjadi tenang, kurang bertenaga dan tiak percayakan diri sendiri. Dia akan mempunyai keinginan untuk keluar dan menjadi aktif ataupun keluar untuk bersosial dengan orang lain. Tanda-tanda seseorang itu bersedih adalah dengan sentiasa menundukkan kepalanya, badannya seakan longlai, mulutnya seperti terkunci dari berkata-kata, dan pergerakan yang tidak bermaya. Sedih dianggap sebagai perasaan yang bertentangan dengan kebahagian.
Marah pula adalah satu respon fisiologi apabila kita sakit, tertekan ataupun apbila kita berasa terancam. Ancaman ini sama ada benar atau yang dibayangkan sendiri oleh badan kita. Kemarahan selalunya bertindak balas terhadap persepsi ancaman yang disebabkan oleh faktor fizikal, ketidakadilan, kecuaian, penghinaan atau pengkhianatan. Kemarahan boleh dinyatakan secara aktif ataupun pasif. Daklam kes emosi aktif, seseorang itu akan meluahkan kemarahannya dengan perkataan lisan atupun melalui perbuatan kepada faktor yang mencetuskan kemarahannya itu. Untuk emosi pasif pula, seseorang yang sedang marah pula akan lebih cenderung untuk berdiam diri, tingkah laku yang agresif, bermusuh dan sentiasa dalam keadaan tegang.
Kemudian kami diajarkan pula tentang teori asas adaptasi. Manusia sebenarnya sentiasa bertindak balas terhadap rangsangan baru dengan pendekatan yang sentiasa berubah, ataupun pendekatan terkini. Berdasarkan pendekatan terkini seseorang itu, mereka akan menetapkan tahap tertentu untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis rangsangan. Sebagaimana penerimaan kita terhadap sesuatu perubahan itu, seperti itulah emosi yang akan kita paparkan. Lazarus, Kanner & Folkman berkata penilaian kognitif kita yang akan menentukan keamatan pengalaman emosi kita. Tahap adaptasi kita akan sentiasa berada dalam keadaan neutral, dan sesuatu yang berada dalam keadaan neutral akan membuat kita merasa bahagia.
Namun begitu, pada 1980 Richard Solomon mengubahsuai teori asas adaptasi ini untuk mengambil kira tingkah laku yang berlebihan yang tidak diambil kira di dalam teori asas adaptasi itu. Teori Solomon berkata, untuk emosi itu sentiasa berada dalam keadaan neutral, iannya bukan sahaja mengambil masa jangka panjang, malah juga dalam jangka masa pendek. Setiap kali sesuatu emosi itu berlaku, emosi yang sebaliknya akan turu dihasilkan. Solomon menegaskan bahawa emosi adalah berpasangan, dan apabila satu emosi itu mendominasinya, emosi yang lain dikurangkan. Untuk teori ini, iannya terbahagi kepada 2 peringkat. Peringkat pertama adalah peringkat yang rendah, sebahagian besarnya boleh dipelajari, dan bersifat automatic. Seterusnya peringkat kedua dijana selepas peringkat pertama iaitu emosi yan bertentangan dengan emosi peringkat pertama, sentiasa lahir selepas emosi peringkat pertama, berakhir dengan lama, lebih kuat dan menjadikan emosi peringkat pertama lemah. Sebagai contoh, berdasarkan kisah hidup saya dulu saya pernah menyimpan dendam terhadap emak saya, yang mana pada masa itu emak saya sangatlah tegas dalam mendidik kesemua anak-anaknya. Segala keinginan yang saya mahukan sewaktu kecil dahulu, tidak pernah saya perolehinya bahkan segala yang saya ingin jauhi itulah yang dimahukannya. Saya berasa tersiksa kerana masa kecil saya tidak seangkatan dengan teman-teman seusia saya. Namun begitu, apabila melangkah ke alam dewasa, barulah saya bersyukur dan mengerti mengapa emak saya memperlakukan sebegitu rupa, walaupun sedikit 'kejam', namun saya tahu saya tidak mungkin akan menjadi manusia sepertimana sekarang. Sekarang ini saya masih lagi bersikap 'gila-gila'. Entahlah apa yang akan terjadi jika emak saya tidak mendidik dengan tegas, mungkin saya akan mengalahkan orang gila di kampong saya. Berbalik kepada teori Solomon tadi, semakin kita mengulangi pengalaman sesuatu emosi itu, emosi yang bertentangan itu akan menjadi semakin bertambah kuat.  
Secara konklusinya, kita manusia tidak akan terlepas daripada emosi negatif ini, Cuma bergantung bagaimana kita mengendalikannya sama ada membawa kita kea rah hidup yang lebih cerah di masa hadapan ataupun menjerumuskan kita ke lembah kehinaan, jika tidak dikendalikan dengan cara yang sewajarnya. Sekian

No comments:

Post a Comment