Sunday, August 14, 2011

A130214 MOHD SHAHRUL SHAFIQIN BIN BAHARIM
            EMOSI NEGATIF…….ADAKAH SEMESTINYA IANYA BURUK PADA KITA???????
Assalamualaikum dan salam Ramadhan kepada semua. Bertemu kembali kita dalam penulisan jurnal ke tiga saya. Pada minggu ini saya akan mengulas serba sedikit berkenaan emosi negatif sebagaimana yang diulas oleh Dr Zambri didalam kuliahnya. Tajuk kuliah emosi negatif  ini merupakan kesinambungan daripada tajuk kuliah pada sesi yang ketiga lalu iaitu Emosi Positif. Secara amnya, terdapat empat emosi utama yang dikategorikan sebagai emosi negatif iaitu takut(fear), malu(embarrassment), sedih(sadness), dan marah(angry). Sebelum saya mengulas satu  persatu berkenaan komponen-komponen emosi negative,molek benar saya keluarkan satu persoalan utama terlebih dahulu. Apa itu emosi negatif?????
 Emosi negatif ialah emosi yang tidak menyenangkan yang mana akan menimbulkan perasaan negatif bagi orang yang mengalaminya. Emosi negatif akan menghasilkan permasalahan yang mengganggu individu mahupun masyarakat. Kebiasaannya, orang akan menekankan pada emosi yang negatif. Kita juga selalunya lebih cenderung untuk  memperhatikan emosi-emosi yang bersifat negatif. Sebagai contohnya  sedih, marah, cemas, tersinggung, benci, jijik, muak, prasangka, takut, curiga dan sejenisnya. Tetapi secara jujurnya  emosi-emosi tersebut amat mengganggu kita…bukan? Mereka yang mudah tersinggung,  marah-marah, dan berprasangka juga tidak akan disukai masyarakat. Malah mereka yang mengalaminya pun tidak akan merasakan sejahtera dalam hidupnya.Mengikut satu kajian yang dijalankan, emosi positif dan negatif sangat mempengaruhi perasaan seseorang. Orang yang memiliki banyak emosi positif dan kurang memiliki emosi negatif biasanya merupakan orang-orang yang berbahagia atau sejahtera dalam hidupnya. Sedangkan mereka yang lebih banyak memiliki emosi negatif kehidupannya kurang tenteram.
Berbalik kepada topic asal kita. Emosi negatif pertama yang di bincangkan didalam kuliah adalah takut(fear). Apa itu takut? Bagaimana takut di definisikan ?
Menurut wikipedia adalah sebagai berikut :Ketakutan adalah suatu tanggapan emosi terhadap ancaman. Takut adalah suatu mekanisme pertahanan hidup yang terjadi sebagai respon terhadap suatu stimulus tertentu, seperti rasa sakit atau ancaman bahaya.
Beberapa ahli psikologi juga telah menyebutkan bahwa takut adalah salah satu dari emosi dasar, selain kebahagiaan, kesedihan, dan kemarahan.Ketakutan harus dibezakan daripada emosi lain, iaitu kegelisahan, yang umumnya terjadi tanpa adanya ancaman luar. Ketakutan juga di kait dengan suatu perilaku spesifik untuk melarikan diri dan menghindar, sedangkan kegelisahan adalah hasil dari persepsi ancaman yang tak dapat dikendalikan atau dihindarkan. Setiap orang pasti pernah mengalami rasa takut.Sebagaimana anak kecil yang takut pada kegelapan. Juga pegawai rendah yang sering datang terlambat tentunya takut diketahui dek pihak atasan.Dan banyak contoh-contoh lainnya. Bukan semestinya takut buruk pada kita. Setiap sesuatu yang Allah swt jadikan pasti ada kegunaannya. Bukan semestinya semua emosi negatif itu buruk bagi kita. Sebagai contoh, jika kita diancam bahaya,contoh yang paling mudah diancam bahaya binatang buas yang ingin menerkam dan membaham kita, binatang yang besar dan ganas seperti singa dan harimau belang, jika kita tidak mempunyai rasa takut, secara tenangnya kita tidak akan lari menyelamatkan diri sedangkan perkara yang waras diterima akal pada masa itu adalah "selamatkan diri anda". Jelaslah disini bahawa rasa takut itu perlu ada dalam diri kita.
            Seterusnya emosi negatif yang kedua ialah malu(embarrassment). Secara teorinya malu merupakan keadaan emosi yang tidak menyenangkan atau tidak menggembirakan yang dirasai apabila kita melakukan sesuatu yang tidak boleh diterima secara sosial mahupun professional dan perbuatan ini diketahui oleh umum. Itu dari segi teori barat tetapi disini saya akan memjelaskan kelebihan malu yang disarankan Islam.Walaupun malu dikategorikan dalam emosi negatif, begitu indahnya Islam, yang negatif pun pasti ada kelebihannya. Para ulama' ada berkata:
"Ketahuilah bahawa Allah s.w.t mengkategorikan rasa malu itu dalam 6 ciri."
Ciri-cirinya adalah Malu melakukan jenayah. Seseorang itu malu untuk melakukan jenayah bermaksud dia tidak berani untuk bersaksi melakukan pelbagi motif kesalahan. Sebagaimana rasa malunya Nabi Adam a.s ketika dia makan buah terlarang dan terus berlari bersama-sama isterinya mengelilingi syurga. Kemudian Allah menegurnya, "Kemanakah engkau wahai Adam, apakah engkau akan lari dari Ku?" Adam a.s menjawab, "Tidak Rabb-ku, bahkan aku malu kepada Mu".  Malu kerana Allah.Pengertiannya adalah perasaan malu yang timbul saat seseorang tidak beribadah kepada Allah. Siapakah yang dapat beribadah kepada Allah s.w.t secara maksimum? Pastinya terlalu sukar untuk kita temui orang sebegitu, hal ini adalah kerana kelalaian kita sendiri.Setiap kali ketaatan kepada Allah s.w.t bertambah, maka bertambah pula rasa malu yang kita rasakan terhadapNya. Setiap kali keimanan kita bertambah, maka bertambah pula rasa malu kepadaNya.Malu dalam beribadah. Malunya seorang hamba yang tahu serta taat terhadap pelindungNya. Dia tidak akan menolak perintahNya. Sebagaimana malunya Rasulullah s.a.w, ketika arah kiblat masih menghadap ke Masjid Al-Aqsa. Saat Rasulullah s.a.w begitu ingin agar arah kiblat menghadap ke Kaabah,  maka apakah Rasulullah berkata, "Wahai Rabbku,pindahkanlah arah kiblat ini?"
Allah s.w.t berfirman, "Sungguh Kami (sering ) melihat mukamu menghadap ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana sahaja kamu berada, palingkanlah muka mu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al-Kitab(Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan."  (Al-Baqarah:144)
Saat itu Rasulullah s.a.w mengarahkan kedua sudut matanya ke langit. Baginda tidak berbicara sepatah kata pun kerana malu kepada Allah s.w.t. Sungguh Rasulullah adalah orang yang sangat pemalu melebihi gadis perawan.Malu kerana cinta.Bukalah hati kita untuk Allah s.w.t  kerana kecintaan  yang luar biasa kepada Allah pasti akan menimbulkan rasa malu terhadapnya. Bahkan kita mungkin akan menitiskan airmata,dan  hati kita terasa tercekam atau seluruh anggota badan kita mungkin tidak dapat digerakkan sama sekali. Malu kerana cinta.Bukalah hati kita untuk Allah s.w.t  kerana kecintaan  yang luar biasa kepada Allah pasti akan menimbulkan rasa malu terhadapnya. Bahkan kita mungkin akan menitiskan airmata,dan  hati kita terasa tercekam atau seluruh anggota badan kita mungkin tidak dapat digerakkan sama sekali. Malu terhadap keagungan Allah.Rasa malu yang terpancar dari keagungan Allah s.w.t,sebagaimana malunya Jibrail a.s dalam perjalanan Israk dan Mikraj ketika sampai di langit ke tujuh. Ketika Rasulullah s.a.w akan memasuki Sidratul Muntaha bersama Jibrail a.s, secara tiba-tiba Jibrail a.s menghentikan langkahnya.
Rasulullah menceritakan "Aku melihat kearah Jibrail. Ternyata dia ibarat potongan kain yang koyak-rabak kerana takut kepada Allah serta malu denganNya, disebabkan dia merasakan akan kebesaran serta keagunganNya."
Perasaan malu yang wujud akan membuatkan kita berfikir seribu kali ketika ingin melakukan maksiat, kerana anda akan menentang keagunganNya.
            Seterusnya dua lagi emosi negatif ialah sedih(sadness), dan marah(angry). Sedih adalah mood yang menunjukkan perasaan kehilangan atau kerugian. Individu yang bersedih lebih banyak berdiam diri, kurang bertenaga, dan selalu bersendirian. Marah pula secara definisinya ialah tindak balas psikofisiologikal terhadap kesakitan, penderitaan atau ancaman. Marah boleh diekspresikan secara aktif mahupun pasif. Emosi marah yang aktif dikeluarkan secara fizikal atau verbal kepada sasaran manakala marah yang pasif lebih banyak berdiam diri dengan perlakuan pasif-agresif dan sering dikaitkan dengan tekanan. Dari sudut fisiologi tubuh manusia, individu yang marah mempunyai kadar degupan jantung yang tinggi, tekanan darah dan peningkatan kadar pernafasan . Tanda-tanda ini disebabkan oleh rembesan hormon adrenalin yang dirangsang oleh perasaan marah. Namun begitu, marah seseorang itu akan reda apabila sasaran tidak lagi kelihatan atau ancaman yang bersifat sementara.
            Akhir kata, secara kesimpulannya, bukan semestinya emosi negatif itu buruk sifatnya. Cuma apa, bagaimana dan dimana kita menggunakannya yang menentukan emosi itu buruk atau baik bagi kita.
            "Dalam ketenangan ada keresahan….
             Dalam keresahan ada kekalutan…..
            Dalam keresahan ada Dia…..
Untuk mengadu dan mengharap….."
Sekian……
 

No comments:

Post a Comment