Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr Zamri dan sesiapa sahaja yang sudi meluangkan masa untuk membaca jurnal saya pada kali ini. Setelah berjaya menyiapkan dua jurnal yang lepas, kini sudah tiba masa untuk saya melaksanakan jurnal saya yang ketiga ini. Harapan saya terhadap jurnal saya pada kali ini adalah supaya saya dapat melaksanakannya dengan lebih padat dengan info-info serta lebih menarik untuk tatapan umum.
Jurnal saya pada kali ini adalah berkaitan dengan kuliah yang lepas iaitu Emosi Negatif (takut, malu, sedih dan marah) dan juga teori aras adaptasi. Emosi Negatif yang dipelajari daripada kuliah kali ini adalah lebih kepada emosi takut, malu, sedih dan marah. Emosi-emosi negatif inilah yang sering dialami oleh setiap individu. Emosi negatif ini mempunyai dua cabang yang utama iaitu sama ada emosi negatif ini memberi kesan buruk kepada seseorang individu yang mengalaminya ataupun ia akan memberi faedah atu dalam kata lainnya membawa kepada sesuatu yang positif. Manakala teori adaptasi pula lebih merujuk kepada adaptasi seseorang individu it kepada sesuatu stimulasi yang dihadapi.
Setiap emosi yang berlainan mempunyai definisi serta ciri-cirinya yang berbeza dari satu sama lain. Begitu juga dengan emosi seperti takut, malu, sedih, dan marah di mana ia mempunyai kelainana di anatara satau sama lain. Justeru kita akan dapat membezakan di antara satu emosi dan emosi yang lain. Seperti emosi negatif yang pertama iaitu emosi takut, ia wajar di alami oleh setiap manusia apabila berdepan dengan sesutau yang digeruninya atau sesuatu yang tidak mahu atau tidak sanggup dialami. Oleh itu, jelaslah bahawa perasaan takut memang ada dalam setiap manusia, Cuma yang membezakan antara satu dengan yang lain adalah tahap serta perkara yang membuatkan mereka takut. Walaubagaimana sekalipun kita merasai takut, kita harus boleh mengatasinya dan hadapinya dengan tenang.
Malu merupakan sifat yang semulajadi yang ada di dalam diri seseorang. Sifat ini memang harus ada pada setiap diri individu tetapi bagaimana cara mereka mengahadapi malu itu adalah sesuatu yang harus dititikberatkan. Tidak salah jika ada perasaan malu, tetapi jika terlalu malu sehingga mengganggu perjalanan sesuatu kerja itu, malu tersebut telah manjadi suatu masalah dan inilah yang dikatakan sebagai emosi yang negatif kerana malu itu sendiri telah memberi kesan buruk kepada seseorang individu tidak kiralah dari sudut emosi, fizikal, fisiologi mahupun rohani. Oleh itu malu itu perlu ada dalam setiap individu tetapi harus difahami bahawa kita tidak seharusnya terlalu malu atau tidak malu langsung. Setiap sesuatu itu, mesti mempunyai keseimbangan, begitu juga malu yang di mana ia memerlukan keseimbangan supaya tidak terlebih atau tidak langsung mempunyai perasaan malu. Hal ini kerana, jika berlaku ketidakseimbangan, akan menimbulkan kesan yang buruk.
Hadis riwayat Tirmidzi: "Rasa malu kepada Allah yang sebenarnya adalah kalian harus manjaga kepala dan apa yang ada di dalam kepala, menjaga perut dan apa yang menjadi isinya serta sentiasa ingat kepada mati dan kebinasaan. Barang siapa yang menghendaki akhirat, maka ia lebih mengutamakan akhirat daripada dunia. Barang siapa yang berbuat seperti itu bererti ia benar-benar malu pada Allah"
Bagi manusia yang normal, perasaan sedih memang perlu ada dimana jika ia tidak mampu dikawal, akan gugurlah titisan airmata yang membasahi pipi. Sedih akan dialami apabila seseorang itu apabila menghadapi sesuatu peristiwa atau perkara yang menyedihkan. Pelbagai perkara yang boleh membuatkan seseorang itu sedih, seperti kehilangan, dikecewakan, apabila melihat kesengsaraan orang lain, apabila mengenang nasib diri mahupun apabila sedang menonton suatu drama atau filem yang menyedihkan. Kadang-kadang perasaan sedih ini mampu memberi impak atau kesan buruk kepada seseorang individu apabila emosi tersebut tidak berjaya dikawal dengan betul. Walaubagaimanapun jika individu berjaya mengawal perasaan sedih dengan betul, ia tidak akan membri kesan negatif kepada seseorang individu tersebut. Tetapi jangan dilupa dalam kita berusaha untuk mencari penyelesaian dalam menguruskan emosi sedih, janganlah pula lupa kepada Allah. Kita seharusnya bergantung harap dengan Allah dan moga-moga Dia bukakan jalan penyelesain yang lebih baik untuk kita menempuhi kesedihan yang dialami. "Kesedihan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
Tanpa Kesedihan, Kebahagiaan takkan banyak bererti
Jangan terlalu sedih bila terkena musibah atau dugaan, jangan pula meledak senang jika memperoleh keuntungan atau kebahagiaan. Bersedihlah secukupnya... berbahagialah seadanya
Bersiaplah tuk menghadapi kesedihan saat kesenangan dunia menghampiri... optimislah bahawa kebahagiaan akan datang di saat kesedihan hati tengah menimpa diri.
Jangan terlalu sedih bila terkena musibah atau dugaan, jangan pula meledak senang jika memperoleh keuntungan atau kebahagiaan. Bersedihlah secukupnya... berbahagialah seadanya
Bersiaplah tuk menghadapi kesedihan saat kesenangan dunia menghampiri... optimislah bahawa kebahagiaan akan datang di saat kesedihan hati tengah menimpa diri.
Secara umumnya, marah adalah sejenis emosi semula jadi yang ada pada setiap individu yang tercetus apabila berlaku gangguan yang berpunca daripada seseorang, sesuatu peristiwa atau kebimbangan dalam hidup sehingga menyebabkan individu tersebut tidak boleh mengawal atau menggubah emosi dirinya di mana akan membawa kepada emosi marah. Orang yang selalu marah selalu dikaitkan dengan panas baran. Hal ini adakalanya tepat tetapi tidak sesuai jika hendak mengatakan bahawa semua orang yang selalu marah itu adalah panas baran kerana setiap individu mempunyai tahap marah yang berlainan serta setiap individu mempunyai cara yang berlainan dalam mengawal kemarahan. Jika emosi marah tersebut boleh dikawal ia tidak akan membawa kepada apa-apa kesan buruk tetapi apabila marah tidak dapat dikawal, ia hanya akan memburukkan lagi keadaan sepeti akan terjadinya kecederaan fizikal atau emosi akibat tindak balas orang lain. Malah ada pakar yang berpendapat kemarahan pada peringkat rendah atau sederhana tidak menjadi masalah kerana dalam keadaan tertentu ia boleh memberi kesan positif kepada kita. Bagaimanapun, perasaan sangat marah boleh memberi kesan negatif baik pada lelaki atau perempuan.Oleh itu, hayatilah kata-kata mutiara ini "siapa yang dapat menahan marahnya mampu mengalahkan musuhnya yang paling bahaya". Saya juga ingin berkongsi antara cara-cara terbaik dalam mengatasi marah adalah:
1. Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim)
2. Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk" (Hadis Riwayat Abi Daud) .
Selesai sudah tentang emosi negatif, sekarang saya ingin masuk pula kepada teori aras adaptasi. Konsep asas teori aras adaptsi adalah apabila kita bertindak balas terhadap ransangan baru berdasarkan tahap adaptasi kita. Hal ini akan berlaku secara automatik apabila menghadapi sesuatu ransangan. Sebagai contoh seperti yang di nyatakan di dalam kuliah, apabila kita mendengar sesuatu bunyi yang tidak terlalu kuat atau perlahan, ini bermakna bunyi tersebut adalah di dalam aras adaptasi kita. Oleh itu, teori aras adaptasi ini dapat disimpulkan sebagai suatu tahap bagi setiap individu dalam menghadapi sesuatu stimulasi itu sama ada stimulasi itu di dalam lingkungan adaptasi kita atau tidak.
Secara kesimpulannya, saya bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan jurnal saya yang ketiga ini dalam masa yang telah ditetapkan. Saya berharap saya dapat memberi komitmen lagi dalam melaksanakan jurnal yang akan datang.
No comments:
Post a Comment