Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya masih lagi mampu untuk menulis jurnal saya yang ketiga bagi kursus Pengurusan Emosi ini.
Pada kuliah yang lepas, dua tajuk yang dibincangkan adalah Emosi Negatif dan Teori Aras Adaptasi. Pada kuliah tersebut juga telah diadakan kuiz-kuiz
yang memberi peluang kepada pelajar mengulangkaji kembali pada topik-topik yang telah dipelajari. Namun, saya merasakan agak tidak adil kerana
semasa kuiz, ada pelajar yang membawa laptop boleh merujuk kepada nota-nota kuliah, sedangkan pelajar lain yang tidak membawa laptop hanya
menjawab soalan-soalan kuiz berdasarkan minda semata-mata. Tetapi, tidak mengapalah. Bak kata orang putih, its not a big deal. :)
Berkenaan tajuk pertama iaitu Emosi Negatif, beberapa emosi negatif yang dibicarakan adalah takut, malu, sedih dan marah. Kuliah ini
membenarkan saya untuk mengenali dengan lebih mendalam mengenai emosi-emosi ini. Pertama sekali adalah takut. Apa maksud sebenar takut? Takut
didefinisikan sebagai satu respons emosi terhadap bahaya dan perasaan gementar. Takut juga adalah satu jenis mekanisma self survival dan disebabkan
oleh stimulus negatif yang spesifik. Perasaan takut ini adalah berkait rapat dengan emosi runsing, gelisah, gementar, taruma dan pelbagai perasan lain lagi.
Okey, sebagai contoh, bayangkan kita berada dalam situasi di mana, kita sesat seorang diri di dalam hutan, apa yang kita rasa? Obviously gementar,
runsing, gelisah dan macam-macam lagi bukan? Semua emosi ini akan menjurus kepada perasaan takut. Takut kepada apa? Takut berseorangan, takut
sebab nak balik tapi tak dapat, takut sebab terfikir tentang binatang buas dalam hutan, takut kebulur dalam hutan dan banyak lagi. Kemudian, semua ini
akan menyebabkan kita menunjukkan ciri-ciri ketakutan di wajah kita. Ciri-ciri tipikal orang yang ketakutan adalah mata membesar, berpeluh-peluh,
cepat gelabah, dan ada juga yang menangis. Jadi inilah yang boleh saya huraikan mengenai perasaan takut. Namun ada satu stimulus kepada perasaan
takut yang saya rasa semua orang mesti alami. Iaitu takut kepada ALLAH S.W.T. Takut untuk berbuat jahat sebab kita semua tahu Allah adalah Al-
Alim dan Al-Bashir iaitu maha mengetahui dan maha melihat. Jadi secara dasarnya, jika seseorang itu fully aware berkenaan ini, dia akan merasa amat
takut untuk berbuat jahat kerana dia tahu bahawa Allah itu maha tahu dan maha melihat segala gerak geri dan perilakunya.
Beralih kita kepada perasaan malu. Malu ni kita sering kaitkan dengan perasaan segan dan tersipu-sipu. Selalunya orang yang sedang malu
akan menunjukkan tanda-tanda muka kemerahan, peluh dingin, dan menggeletar. Ia merupakan terbitan daripada perasaan tidak selesa kerana
seseorang itu keluar daripada comfort zone sendiri. Sebagai contoh, seorang gadis diminta memberi public speaking secara mengejut. Sebelum ini gadis
tersebut tidak pernah memberi sebarang public speaking. Keadaan telah memaksa gadis tersebut untuk keluar daripada comfort zone atau zon
selesanya sendiri. Jadi tidak hairanlah jika ketika gadis tersebut memberi public speaking kita akan nampak tanda-tanda malu pada wajah gadis itu.
Pada kuliah yang lepas saya dapat mengetahui bahawa malu ini terdapat dua jenis yang mana saya tidak pernah tahu pun sebelum ini iaitu malu secara
personal dan malu secara profesional. Malu personal adalah disebabkan oleh hal-hal peribadi misalnya, tertangkap kerana berbohong atau dalam
bahasa pasar, terkantoi. Malu jenis ini diikuti dengan tanda-tanda tersipu-sipu, berpeluh dan gagap. Kadangkala orang yang malu personal ini akan cuba
untuk menutup malu dengan ketawa lebih-lebih lagi dalam situasi yang berkenaan dengan etiket. Malu profesional pula adalah malu yang melibatkan hal
-hal berkaitan dengan kerja atau pun sesuatu yang rasmi. Contohnya, dasar kerajaan yang gagal.
Seterusnya perasaan sedih. Sedih adalah gambaran perasaan kerugian dan kehilangan. Jika serius, ia akan membawa kepada kemurungan.
Simptom-simptom sedih ialah menjadi pendiam, tunduk, kurang bertenaga dan tidak mahu berjumpa dengan orang. Saya amat pasti semua orang mesti
pernah merasai perasaan ini. Baik sedih sebab result tak memberangsangkan atau kena marah dengan parents ataupun sebab gaduh dengan kawan-
kawan. Banyak lagi sebab-sebab yang akan membawa kepada perasaan sedih ni. Sedih ni bagi saya perlu. Tapi tak boleh lama-lama. Sebab saya dah
katakan tadi kalau serius ia akan pergi kepada fasa kemurungan. Murung ni lebih serius dari sedih sebab ia telah melibatkan tahap psikologikal
seseorang. Sebab ramai remaja sekarang tak tahu macam mana nak atasi perasaan sedih ni. Gaduh atau putus cinta je, nak bunuh diri. Come on la.. Life
is so much worth than that. Kalau kita ada kawan-kawan yang agak fragile atau vulnerable dengan kesedihan ni, kita kena ada dengan dia sentiasa.
Sebab orang yang tengah sedih ni tak boleh nak berfikir dengan tepat. Kajian menunjukkan orang yang sedih memproses maklumat dengan lebih
perlahan dan kurang tepat berbanding orang yang gembira kebolehan untuk memproses maklumat adalah sangat dipengaruhi oleh mood atau perasaan
seseorang. Jadi, bukan tak boleh nak sedih tapi jangan sedih lama-lama. Semua yang berlaku adalah ketentuan Allah dan percayalah, ada hikmah
disebalik setiap kejadian. Harapan baru muncul setiap pagi bersama matahari. Jadi, kenapa nak sedih? :)
Perasaan terakhir yang dibincangkan ialah marah. Apa itu marah? Mrah ialah satu respon psikofisiologikal kepada kesakitan, penderitaan
ataupun ancaman. Ancaman-ancaman ini mungkin yang benar, dibincangkan atau khayalan. Marah boleh diekspresskan secara aktif ataupun pasif. Jika
secara aktif, ia melibatkan perkataan dan fizikal misalnya pukul-memukul. Berbeza pula dengan pasif, ia hanya melibatkan muka masam dan perang
dingin sahaja. Dari segi Islam, kemarahan adalah disifatkan sebagai satu jenis kelemahan. Ini kerana Rasulullah S.A.W. pernah bersabda,
"Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya
ketika marah".
Di sini dapat kita lihat, sesungguhnya melawan kemarahan itu adalah lebih susah daripada pergelutan. Selalu sangat kita lihat orang yang sedang bersusah
payah nak tahan marah sehingga wajahnya bertukar kemerahan dan turun naik dadanya. Sebab, seiously nak tahan marah ni betul-betul susah. Tapi
mungkin mudah bagiorang yang dah biasa buat dan selalu buat. Jadi, orang yang benar-benar kuat adalah orang yang mampu melawan dan mengawal
diri ketika marah. Dalam hadis yang lain pula,
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. "Berwasiatlah kepadaku, "Lalu Nabi s.a.w menjawab: "Janganlah
engkau menjadi seorang yang pemarah." Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab: "Janganlah engkau menjadi seorang
yang pemarah."
Riwayat al-Bukhari
Jadi, ingatan buat saya sendiri juga, Islam amat tidak menggalakkan kita menjadi seorang yang pemarah. Kerana dari perasaan itu, boleh muncul
perasaan negatif yang lain dan kita sangat vulnerable kepada godaan dan hasutan syaitan ketika marah. Jadi, kalau-kalau rasa dah tak dapat nak tahan
marah tu, cepat-cepat pergi ambil wudhuk. Sebab semua orang tahu yang marah ni sifatnya api. Jadi dengan ambil wudhuk, insyaAllah, redalah
kemarahan tu. Kalau tak dapat nak ambil wudhuk, kita istighfar banyak-banyak. :)
Berganjak kita pula kepada tajuk kedua yang dikuliahkan iaitu Teori Aras Adaptasi. Konsep asasnya adalah kita memberi reaksi kepada
rangsangan baru berdasarkan tahap adaptasi kita yang terkini. Contohnya, jika kita sudah terbiasa dengan gred-gred dan keputusan peperiksaan yang
cemerlang, jika tiba-tiba markah peperiksaan kita jatuh, kita akan rasa tidak puas hati ataupun sedih. Berbeza bagi orang yang sudah biasa mendapat
markah cukup-cukup makan, jika dia tiba-tiba mendapat keputusan cemerlang, sudah tentu dia akan merasa tersangat gembira. tak pastilah kalau
contoh ni sesuai atau tidak tapi inilah yang saya faham tentang teori aras adaptasi.
Akhir kata, kuliah minggu lepas amat membantu dalam mengenali dan memahami emosi negatif dengan lebih mendalam agar pelajar dapat
mengatasi emosi negatif dengan cara yang terbaik..:)
No comments:
Post a Comment