Sunday, August 14, 2011

A131656 Chiew Wern Way LJ03

             Salam sejahtera. Jurnal ini merupakan jurnal ketiga yang telah saya hasilkan daripada kuliah yang diberi oleh Dr. Zamri. Selama kuliah tersebut, terdapat tiga tajuk yang telah dibentangkan oleh Dr. Zamri iaitu, "Emosi Negatif", "Teori Asas Adaptasi" dan "Teori Solomon". Banyak yang telah saya pelajari dan ingin saya berkongsi melalui jurnal ini. Kuliah dimulakan dengan tayangan video lagu yang telah diubah. Walaupun lagu tersebut tidak sesedap jika disbanding dengan yang asli, namun isi yang dinyanyikan amat menyayat hati. Lagu itu didedikasikan kepada semua ibu yang pengorbanannya memang tidak dapat dinafikan.


            Kuliah dimulakan dengan tajuk "Emosi Negatif". Emosi negatif yang pertama ialah ketakutan. Ketakutan merupakan sesuatu tindak balas emosi kepada bahaya dan risau. Emosi ini merupakan sesuatu mekanisma untuk meneruskan kehidupan dan kebanyakkan disebabkan oleh stimulasi negatif tertentu. Sebagai contoh, seseorang budak yang terjatuh ke dalam perigi, dia akan berasa takut kepada air (hydrophobia) dan ruangan tertutup (claustrophobia). Emosi ini kebanyakan dijanakan oleh objek dan persekitaran fizikal, dan mungkin disebabkan oleh konsep abstrak. Contohnya, seseorang akan berasa takut semasa ternampak ular. Ular merupakan sesuatu objek yang fizikal. Selain itu, seseorang mungkin akan takut semasa berasa dalam kegelapan. Kegelapan merupakan sejenis persekitaran fizikal. Seseorang mungkin akan berasa takut selepas menonton wayang seram. Ini merupakan kepada konsep abstrak. Dalam pengalaman saya, saya pernah mengalami pelbagai ketakutan yang juga disebabkan oleh sebab-sebab tertentu. Semasa saya masih kecil, nenek akan menceritakan tentang hantu kepada saya. Ini secara langsung telah menjana ketakutan disebabkan konsep abstrak. Saya akan berasa takut jika keadaan yang telah diceritakan oleh nenek saya berlaku. Selain itu, saya juga pernah takut kepada anjing kerana saya telah dikejar oleh anjing suatu hari semasa menunggang basikal. Anjing merupakan sesuatu objek fizikal yang telah menjana ketakutan saya. Saya juga mempunyai ketakutan kepada ketinggian. Ini merupakan sejenis persekitaran fizikal yang telah menyebabkan ketakutan saya. Semasa seseorang takut, exspresi muka akan berubah. Antaranya ialah mata seseorang akan terbuka dan membesat, bibir atas akan terangkat, kening akan ke dalam dan bibir melurus.


            Emosi kedua ialah malu. Malu merupakan sesuatu keadaan emosi disebabkan seseorang telah mengalami sesuatu keadaan atau melakukan sesuatu perbuatan yang tidak dapat diterima oleh orang ramai. Kemaluan juga akan menyebabkan seseorang kehilangan maruah diri. Malu dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kemaluan peribadi dan kemaluan profesional. Kemaluan peribadi disebabkan oleh perhatian yang terlebih oleh pihak lain terhadap isu-isu peribadi. Isu-isu yang akan meyebabkan seseorang berasa malu adalah seperti kalah dalam pertandingan dan melakukan kesalahan. Seseorang yang berasa malu akan bersipu-sipu, berpeluh, gementar, tergagap-gagap dan gelisah. Seseorang yang malu akan cuba berpura-pura senyum untuk menyembunyikan emosinya. Kemaluan profesional pula berlaku selepas sesuatu penerangan atau keyakinan yang diberi melalui seiring perbuatan tanpa berdasarkan fakta-fakta yang benar. Dalam hal ini, kemaluan akan bertambah jika melibatkan tugasan rasmi atau kemudahan tempat kerja, jumlah wang yang besar, bahan-bahan yang banyak, atau melibatkan nyawa seseorang. Di samping itu, antara contoh-contoh lain ialah kegagalan dalam dasar kerajaan, pendedahan amalan rasuah dan perbuatan yang tidak beretika.


            Emosi seterusnya ialah sedih. Sedih ialah sesuatu emosi yang menunjukkan perasaan kehilangan sesuatu atau kelemahan. Kesedihan yang berpanjangan akan menyebabkan seseorang berasa murung. Seseorang yang sedih akan menjadi lebih senyap, tidak bertenaga serta tidak suka bergaul dan keluar dari rumah. Seseorang tersebut juga akan selalu menunduk kepala, tidak meluruskan badan, bibir muncung ke depan dan aktiviti fizikal yang lemah. Dalam pendapat saya, kesedihan akan dialami oleh setiap orang. Kesedihan tersebut juga bergantung kepada faktor yang meyebabkan kesedihan tersebut. Sebagai contoh, seseorang yang terhilang barang kesayangannya mengalami kesedihan tidak seteruk seseorang yang kehilangan orang kesayangannya. Walau bagaimanapun, emosi ini perlulah dikawal dengan baik kerana seperti yang telah dinyatakan di atas, kesedihan yang berpanjangan akan menyebabkan seseorang berasa murung. Seseorang yang sedih perlulah meluahkan perasaannya kepada seseorang yang boleh dipercayai supaya masalah dan kesedihan itu dapat dikongsi. Menurut Isen, Keupayaan seseorang untuk memproseskan informasi ipengaruhi oleh emosi seseorang. Oleh itu, setiap orang perlu mempunyai emosi yang positif setiap hari supaya aktiviti seharian dapat dijalankan dengan lebih lancar.


            Selain itu, emosi seterusnya ialah marah. Marah merupakan sesuatu tindak balas kepada kesakitan, penderitaan atau ancaman. Kemarahan dapat ditunjukkan secara aktif atau pasif. Contoh kemarahan yang ditunjukkan secara aktif ialah semasa seseorang memarahi atau bertindak agresif terhadap individu yang membangkitkan kemarahannya. Kemarahan yang ditunjukkan secara pasif ialah seperti permusuhan, ketegangan dan tingkah laku pasif-agresif. Kemarahan juga boleh dibangkitkan semasa terdapat gangguan. Setiap orang akan berasa marah jika sesuatu keadaan berlaku. Semasa marah, akan terdapat perubahan fisiologi dalam badan kita seperti degupan jantung bertambah laju, tekanan darah meningkat, kadar pernafasan meningkat. Muka seseorang juga akan bertukar merah disebabkan oleh pengaliran darah yang bertambah cepat. Semasa seseorang marah, keupayaan seseorang untuk mengawalnya amatlah penting. Ini adalah kerana seseorang yang marah mungkin akan bertindak secara tidak waras dan mengakibatnya terdapat kerugian sama ada sendiri atau pihak lain. Dalam pengalaman saya, saya pernah melihat rakan saya yang marah bergaduh dengan orang lain. Dia langsung tidak dapat mengawal emosinya dan akhir bergelut dengan orang tersebut. Akibatnya, dia tercederakan diri sendirinya pada bahunya. Jika dia dapat mengawal diri sendirinya pada masa tersebut, dia mungkin tidak akan tercedera.


            Selain itu, satu teori yang telah saya belajari ialah Soloman Opponent Process Theory. Teori ini adalah hasil pengubahsuaian Teori Aras Adaptasi (Adaptation Level Theory). Ini merupakan satu model psikologi yang dicadangkan oleh Richard Solomon pada tahun 1980 yang menjelaskan kelakuan addictive. Teori Solomon ini menjelaskan bahawa - emotions balance toward a neutral point not only in the long run but also in short run. Every emotion causes an opposite emotion to occur. It asserts that emotions are paired, and that when one emotion in a pair is experienced, the other is suppressed. Contohnya, saya berasa mengulangkaji pelajaran merupakan sesuatu yang membosankan akan tetapi setelah saya mendapati bahawa megulangkaji dapat membantu saya lebih memahami apa yang saya belajar. Saya akan berasa mengulang kaji tidak lagi bosan.

 

           Tambahan pula, "Repeating the emotional experience increases the relative strength of the opposing emotion". Ini dapat diberi contoh dengan orang yang suka bermain dengan paying terjun. Jika seseorang tersebut bermain pada kali pertama, dia pasti akan berasa takut. Jika orang tersebut telah bermain banyak kali, seseorang itu akan bersa seronok semasa bermain paying terjun dan hilang rasa ketakutan tersebut.

 

            Kesimpulannya, banyak yang telah saya pelajari dalam kuliah ini terutama tentang emosi-emosi negatif. Kesan-kesan emosi negatif tidak dapat dinafikan dan saya pasti akan cuba mengawal emosi-emosi negatif saya.

No comments:

Post a Comment