Pernahkah anda semua melihat gambar diatas??? Sudah tentu pernah kerana ia lukisan daripada seorang artist Belanda terkemuka dunia sekitar hujung abad ke 18/ post-impressionist era. Nama lukisan diatas adalah – The Scream dan ia adalah karya Vincent Willem Van Gogh. Namun, apa yang benar- benar menarik perhatian saya adalah expressi pada wajah wanita dalam lukisan ini kerana ia melambangkan topic kuliah yang telah dipelajari hari ini iaitu emosi negative.
Assammualaikum kepada Dr Ahmad Zamri. Pada kali ini jurnal saya ini berkaitan dengan emosi negative. Di dalam kehidupan kita ini, semestinya pernah ada saat yang kita menghadapi emosi negative. Apakah itu emosi negative???
"The term "Negative Emotions" implies all those emotions which are negative in character. They prevent us from seeing and accepting the life situations naturally. "Negative Emotions" are primarily responsible for gradual declination or downfall of our normal thinking process, which is essential for our natural (unforced) survival, even in the struggle for existence!"~ http://www.charminghealth.com/negative-emotions/negative-emotions.htm
Oleh itu, dari ini kita dapat mengetahui bahawa emosi negative ini menyebabkan kita tidak boleh berfikir secara waras dan rational, serta juga effect dalam kehidupan kita seharian. Kerana apabila kita diselubungi emosi negative kita tidak menpunyai sifat atau emosi harapan yang amat penting bagi kita untuk meneruskan kehidupan dan kerana inilah ramai yang melakukan perkara-perkara yang tidak diingini seperti menagih dadah atau yang lebih dahsyat membunuh diri.
Dari mana sebenarnya emosi negative ini timbul dalam diri kita dan apakah contoh- contoh emosi negative?? Saya telah terbaca satu blog yang yang telah menyatakan yang berikut:
"Emosi negatif muncul dalam bentuk amarah, iri hati, kebencian, kepahitan, ketakutan, kesedihan,rasa bersalah,dlsb.Biasanya emosi negatif ini muncul sebagai reaksi dari apa yang kita rasakan pada awalnya. Para ahli membahagi emosi negatif menjadi dua tahapan, iaitu primary emotions atau apa yang kita rasakan pada awalnya yang merupakan penyebab emosi negatif dan secondary emotions atau akibat yang timbul dari apa yang kita rasakan. Sebagai contoh, ketika seseorang merasa dihina, dirugikan, dilecehkan, ditekan,dibohongi dan direndahkan, pada awalnya ia akan merasa tertekan, kemudian ia akan marah. Ketika seseorang merasa kecil hati, tidak ada harapan,kesepian,terisolasi,disalah mengerti,merasa diserang,merasa tidak didukung, pada awalnya ia akan merasa tidak berdaya, kemudian ia akan mengalami depresi. Ketika merasa orang lain memiliki kemapuan yang lebih atai merasa dikalahkan, pada awalnya ia merasa minder, kemudian ia akan iri hati." ~ http://irwandeveel.wordpress.com/2009/10/12/emosi-yang-negatif-1/
Berdasarkan sini teramatlah wajar untuk kita membasmi emosi negative ini dari diri kita. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh kita praktikkan. Antaranya adalah mengurangkan emosi negative dari diri kita pertamanya dengan tidak membiarkan emosi mengongkong diri kita. Sentiasa berfikir sebelum bertindak dan menganalisa semua emosi dan perasaan ynag dirasai. Dari sudut psikologi juga kita boleh mengurangkan emosi negative dengan tidak berkawan dengan orang yang tidak positif kerana ini boleh mendorong kita kearah perasaan negative.
Selain itu, saya juga telah mempelajari tentang teori tahap adaptasi. Apakah yang dimaksudkan dengan teori tahap adaptasi pula?? Berdasarkan sumber berikut:
"Adaptation-level theory says our perceptions of things such as waiting time, size or value change based on experience. This is attractive to marketing and sales professionals because it implies our standard of "fair price" isn't fixed and can be changed." ~ http://www.answerbag.com/q_view/1930146#ixzz1UvpP2TG7
Teori ini bermula daripada Harry Helson pada 1947 dan beliau telah menerbitkan buku yang mendalami teori ini pada 1964. Di dalam buku ini juga telah diselitkan satu formula matematik yang digunakan untuk mengira tahap adaptasi seseorang. Beliau telah mengatakan dalam bukunya bahawa 2 faktor memainkan peranan dalam membentuk tahap adaptasi melalui pertamanya - pengalaman silam "AL" adalah factor yang membentuk persepsi kita dan apabila kita mendapat factor kedua adalah info baru yang menyebabkan persepsi kita akan berubah.
Berdasarkan ini, kita boleh mengatakan bahawa bila seseorang sudah biasa dengan sesuatu benda itu dikatakan dia telah adept dan akan mahukan benda yang lebih baik atau lebih mencabar selain daripada apa yang dialami sekarang. Oleh itu, boleh dikatakan manusia ini cipta Allah dengan pelbagai sifat yang mulia yang membolehkan diri kita ini menjalani kehidupan yang bukan sahaja senang lenang tetapi penuh dengan cabaran yang tidak akan dapat kita dugai kerana kita telah dibekalkan dengan sifat-sifat sebegini.
Teori tahap adaptasi ini juga merupakan cara kita berhadapan dengan sesuatu yang baru berdasarkan tahap adaptasi kini. Tahap adaptasi seseorang ini merupakan tahap neutral baginya untuk berfungsi apabila berhadapan dengan situasi yang baru. Dan seseorang manusia akan automatically mencapai tahap neutral adaptasi bagi pelbagai situasi. Di samping itu itu, kita boleh mendalamkan perasaan emosi kita berdasarkan pengalaman daripada situasi baru yang di tempuhi dan ia juga menentukan intensity emosi yang dirasai.
Justeru itu, hubungan antara emosi negative dan tahap adaptasi seseorang ialah sekiranya kita selalu beremosi negative kita akan sentiasa adept untuk berasa negative terhadap apa- apa jua dalam kehidupan dan semakin banyak atau kerap kita menghadapi situasi yang negative semakin tinggi intensity emosi negative yang kita akan rasai.
Akhir sekali, sebagai renungan marilah kita mengingat kembali bahawa kita sebagai manusia memeng akan sememangnya merasai emosi negative. Dan ia adalah tugas kita untuk tidak membiarkan emosi negative ini mempengaruhi kehidupan kita sehingga kita hanya tahu adept kepada emosi ini sahaja. Kita seharusnya mempunyai sifat positive thinking dan menghadapi pengalaman baru dengan hati yang terbuka dan redha serta mencari kebaikan dalam apa jua yang telah dikurniakan oleh Illahi. Dengan itu, sekian sahaja daripada saya sehingga jurnal yang seterusnya.
No comments:
Post a Comment