Salam sejahtera. Pada haribulan 10 Ogos lepas kuliah kketiga bagi ZT Pengurusan Emosi telah diadakan pada pukul 2 petang.Ini merupakan jurnal ketiga yang saya tulis bagi menyempurnakan tugas yang diberikan. Perkara yang dipelajari memang berkaitan dengan pengalaman hidup saya.Mula –mula En Zamri telah menayangkan sebuah lagu yang bertemakan ibu.Ibu merupakan satu persaudaraan yang tidak dapat digantikan dengan nilai wang atau benda lain.Beliau merupakan anugerah tuhan bagi setiap orang.Syurga terletak di tapak kaki ibu..Kasih saying yang ditunjukkan oleh beliau tiada tolok bandingnya.Saya menyedari pengorbanan ibu saya selama ini dan mahu menjadi anak kesayangannya sehingga akhir hayat. Beliau merupakan tempat saya mengadu segala hal dan sentiasa memberikan sokongan dan dorongan yang tidak terkira. Pada masa ini juga, saya berasa pilu mengenangkan nasib ibu yang ditinggalkan oleh anak-anak mereka di rumah orang tua. Saya berharap agar generasi sekarang dapat menghargai jasa ibu mereka dan tidak menjadi seperti kacang lupakan kulit.Apalah dosa mereka sehingga mereka sanggup mengabaikan dan menghina mereka?Walaupun ibu tidak berada di sisi kita, tetapi jiwanya sentiasa bersama dengan kita. Kuliah kali ini berkisar tentang perasaan takut,sedih,marah dan gembira.Yang pertama ialah perasaan takut yang disebabkan oleh kejadian yang memberi kesan trauma.Ekspresi yangditunjukkan oleh manusia yang takut ialahmata terbuka luas,kening dalam dan bibir atas naik atas.Kadang –kadang perasaan takut juga boleh menjad ganas dan menyebabkan kematian.Ia mungkin merupakan keadaan biasa atau meman berbahaya yang menyebabkan seseorang menjadi takut.Takut bukan bermaksud seseorang itu penakut dan tidak boleh diharapi.Memang terdapat sesetengah perkara yang kita perlu takut dan tidak boleh dielakkan. Misalnya setiap manusia di muka bumi ini patuttakut kepada tuhan, pencipta kita. Kita patut menyedari setiap gerak geri kita diperhatikan oleh tuhan dan pasti ada balasannya. Yang berbuat baik dibalas baik manakala yang dibuat jahat dibalas dengan jahat.Tetapi kita tidak boleh menjadi penakut yang takut kepada semua perkara kerana ini akan menghalang kita daripada berjaya dalam hidup.Terdapat sesetengah orang yang suka menyembunyikan perasaan takutnya sehingga tidak diketahui oleh orang lain. Mereka berpura-pura berani di depan orang lain padahal dalam hati takut.Ini bukan perkara yang baik.Contohnya saya mempunyai seorang kawan yang takut kepada mercun .Dia telah menyembunyikan daripada kami semua kerana tidak mahu merosakkan kegembiraan kami.Ini akan meninggalkan kesan yang mendalam jika berterusan.Akhirnya saya dapat tahu perkara ini apabila terlihat dia menutup telinganya apabila mendengar bunyi mercun meletup di luar. Dalam ingatan saya apabila dikatakan kejadian yang menakutisaya ,saya teringat sebuah kemalangan yang teah dialami beberapa tahun lepas..Ia berlaku pada waktu tengah malam apabila kami sekeluarga badalam perjalanan balik ke rumah dari lapangan terbang.Bapa saya telah terlelap dan hilang kawalannya terhadap kenderaan. Kereta telah masuk separuh ke gaung.Hati saya berdebar –debar dalam ketakutan dan badan saya berpeluhSaya bertanya dalam hati adakah riwayat hidup saya akan berakhir di sini.Saya berasa begitu takut kerana saat itu ialah soal hidup mati sekeluarga kami.Nasib baik akhirnya kami telah diselamatkan dan saya bersyukur kepada Tuhan..Apa yang menyebabkan kita menjadi takut sebenarnya?Situasi atau keadaan yang tidak diingini atau tidak boleh dihadapi dengan berani membawa kepada takut.
Yang kedua ialah saya pelajari tentang perasaan malu.Ia dirasai bila melakukan sesuatu yang tidak diterima secara social.Apabila kita melakukan perkara yang bertentangan dengan norma masyarakat , kita akan dipandang serong dan perasaan tidak selesa wujud dalam diri kita. Ini yang dinamakan sebagai malu.Kategori perasaan malu ialah personal dan professional.Contohnya perhatian orang lain bertumpu kepada hal-hal peribadi seperti kesilapan diri.Tanda-tanda perasaan mallu ialah tersipu-sipu,berpeluh,gementar,tergagap-gagap dan gelisah. Saya teringat dua peristiwa yang membuatkan saya berasa malu. Ada sekali saya telah memasuki kelas yang salah apabila memasuki sekolah baru. Kedatangan telah diambil tetapi nama saya tidak ada dalam senarai nama pelajar.Barulah saya menyedari saya telah memasuki kelas lain.Semua pelajar melihat saya semacam dan ketawa sinisSaya berasa gementar dan tapak tangan saya basah kerana berpeluh.Saya cuba menyembunyikan perasaan malu dengaan senyum dan meninggalkan kelas tersebut dengan segera.
Yang kedua ialah masa saya menyertai pertandingansyarahan masa di sekolah.Sememangnya saya telah membuat latihan berpuluh-puluh kali sebelum menaiki pentas. Tetapi hanya mengeluarkan beberapa patah perkataan saya telah lupa ayat seterusnya.Ibu bapa saya melihat wajah saya dengan perasaan perasaan terkejut.Saya menjadi gelisah dan pertuturan saya menjadi tergagap-gagap.Badan saya berpeluh dan anak mata semua orang berada di situ tertumpu ke arah saya.Alangkah betapa malunya saya pada saat tersebut.
Seterusnya saya telah mempelajaritentang perasaan sedih yang biasanya disebabkan oleh kerugian dan kehilangan.Jikalau menjadi serius ia akan membawa kepada kemurunganBila sedih seseorang akan menjadi pendiam,tidak bersemangat dan suka mengasingkan diri. Mereka akan hhilang keinginan untuk berjumpa dengan orang laintanda tanda kesedihan ialah muka tunduk, badan condong ke depanbibir ke dalam dan fizkal yang lemah. Kematian sepupu saya yang berusia empat belas tahun yang sebaya dengan adik saya ialah peristiwa yang membuatkan hati saya rasa begitu pilu.Dia telah meninggal kerana mengalami sakit jantung.Saya mengambil masa yang agak lama untuk menerima tamparan hebbat ini kerana dia sangat rapat dengan saya. Kami menghabiskan masa bersama-sama kerap kali.Saya menganggapnya sebagai adik kandung saya.Proses maklumat dilihat berlaku dengan perlahan dan kurang ketepatan dalam orang yang sedih.Mereka memerlukan sumber kognitif yang lebih untuk memproses malumat yang tepat berbanding dengan orang yang gembiraContohnya orang yang gembira bersifat penyayang dan orang yang sedang marah dilihat berkuasa untuk sementara.
Akhihirnya saya telah mempelajari perasaan marah iaitu tindak balas emosi terhadap sesuatu yang tidak disukai.Kemarahan boleh ditunjukkan secara aktif dalam bentuk verbal atau fizikal ataupun secara pasif seperti muka masam dan perangdingin. Ada juga orang marah hasil daripada rasa empati iaitu dalam situasi orang dizalimi tanpa belas kasihan.Marah saya akan bertambah jika perkaraitu dilakukan secara sengaja.Keadaan akan menjadi lebih rumit jika kemarahan tidak dikawal. Memang sukar untuk bertenang dalam masasingkat dankena tunggu sehingga tenang.Orang marah tidak dapat berfikir dengan rasional.Terdapat beberapa langkah untuk mengawal marah. Langkah pertama ialah mengakui bahawa anda berada dalam keadaan marah.Langkah kedua ialah menilai sama ada situasi sesusesuai untuk meluahkan kemarahan atau tidak. Langkah ketiga ialah jika keadaan sesuai uuntuk meluahkan kemarahan, gunakan pendekatan secara langsung atau secara tidak langsung. Langkah terakhir ialah imbas kembali apa yang telah dialami dan tindakan untuk tujuan baiki diri.Saya pernahmelihat seorang rakan saya yang gagal mengawalkemarahannya dan telah bertindak melulu dengan mencederakan kawannya. Sebenarnya perkara itu kecil sahaja tetapi dia tidak dapat menerima bahawa kawannya telah berbohong. Akhirnya dia menyesal .Setakat inilah saya dapat meluahkan perasaan saya dalam jurnal ini. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment