Assalamualaikum, salam Ramadhan alMubarak, salam sejahtera, dan salam perpaduan diucapkan untuk semua rakan seperjuangan, pelajar tahun dua kursus perubatan, semoga dirahmatiNya selalu. Ini adalah jurnal saya yang ketiga setelah dua ribu patah perkataan. Setelah kita memahami tentang apakah itu emosi, teori-teori yang dihujahkan oleh para saintis barat, serta beberapa contoh emosi, pada kali ini ingin saya berkongsi pula tentang emosi negatif.
Apakah yang dimaksudkan dengan emosi negatif. Apakah kesan- kesan terhadap mereka yang mengalami emosi negatif. Bagaimanakah cara untuk mengatasinya atau menjadikan yang negatif kepada positif. Semua ini akan dirungkaikan sebentar lagi. Menurut pandangan peribadi saya, emosi negatif adalah emosi yang membawa keburukan kepada si emosi ataupun keburukan yang berlaku telah membawa kepada emosi yang negative kepada si emosi.
Terdapat pelbagai emosi negatif yang kita hadapi dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh marah, kecewa, dan takut. Sebagai insan biasa, kita tidak pernah terlepas daripada perasaan marah. Perasaan ini akan muncul sama ada semasa kita sedar ataupun tidak sedar. Hal ini berlaku apabila ada sesuatu perkara yang kita tidak berpuas hati. Sebagai contoh, mengambil petikan daripada, pmr.penerangan.gov.my berkenaan isu kenaikan harga barangan di pasaran. Kita pasti ingat pada 5 Jun lalu - ungkapan "harga petrol naik lagi" diluahkan dengan emosi marah. Tetapi kenapa situasi hari ini, kita tidak menyambut pengumuman penurunan harga petrol dengan ungkapan "harga petrol turun lagi" bersama nada gembira?
Semua orang tahu, ini kali keempat kerajaan menurunkan harga runcit petrol dan diesel. Daripada kenaikan sebanyak 78 sen empat bulan lalu, kini harga runcit petrol misalnya sudah diturunkan sebanyak 55 sen menjadi RM2.15 manakala harga diesel dikurangkan kepada RM2.05 sekarang.
Sambutan dingin dan kurang memberangsangkan ini ada sebabnya. Hakikatnya masyarakat pengguna masih menunggu para peniaga menurunkan harga jualan ke paras yang munasabah atau kembali ke harga asal ketika harga petrol RM1.92 seliter .
Ketika harga minyak meningkat pada 5 Jun lalu, harga bagi hampir semua barangan naik antara 15 peratus dan 30 peratus. Kos operasi turut naik antara 30 dan 40 peratus. Daripada barang makanan hingga kepada tambang pengangkutan, semuanya mengalami kenaikan harga atas alasan harga petrol dan diesel telah naik. Peniaga naikkan harga secepat kilat.
Tetapi kini, setelah harga petrol dan diesel diturunkan oleh kerajaan sejak lebih dua bulan lalu, terlalu banyak peniaga yang masih enggan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan kepada pengguna. Penurunan harga bahan api mungkin tidak disenangi oleh golongan peniaga. Mereka akan beri seribu satu alasan. Tetapi sikap tamak dan tidak bertimbang rasa kepada pengguna mungkin sukar dinafikan jika peniaga terlalu mengira dari sudut untung rugi.
Apa yang pelik, kita langsung tidak mendengar ada peniaga yang menyokong Perdana Menteri ketika pengumuman kenaikan harga minyak dahulu. Begitu juga ucapan terima kasih, tidak pun dinyatakan ketika penurunan harga bahan api diumumkan. Sikap degil dan tidak sensitif terhadap tekanan hidup yang dihadapi oleh rakyat cukup 'meletihkan' kita.Sepatutnya kerajaan dan pengguna tidak perlu merayu kepada para peniaga. Mereka sendiri sepatutnya sedar dan mempunyai tanggungjawab sosial dengan menurunkan harga barang secara sukarela tanpa perlu menerima desakan daripada kerajaan dan orang ramai.
Berbalik kepada emosi negative iaitu marah terdapat hadis bagaimanakah untuk kita mengawal perasaan marah itu. Siapakah manusia paling gagah? Badang? Hercules? Menurut Nabi "Manusia yang gagah bukanlah dia yang mampu menjatuhkan lawannya, sebaliknya yang gagah adalah dia yang mampu mengawal perasaan marahnya."
Mereka yang mampu mengawal perasaan marah melambangkan peribadi yang mampu mengawal diri mereka sendiri. Orang yang mampu mengawal diri sendiri untuk tunduk kepada Tuhan sedang berjalan menuju ke syurga. Sahabat Nabi bernama Abu Darda' pernah menyoal nabi, " Ya Rasulullah, tunjukkan kepadaku satu amalan yang akan membawa aku ke syurga." Nabi menjawab, "Janganlah engkau marah!" Hadis ini dilaporkan oleh Imam Thabarani da Ibn Abid Dunya dengan sanad yang baik.
-dipetik dari buku Tip-Tip Cemerlang Daripada Quran, tulisan Dr.Danial Zainal Abidin-
Dalam kuliah seterusnya, iaitu Adaptasi Level Teori. Konsep asas, iaitu kita bertindak balas terhadap rangsangan baru berdasarkan tahap kita sekarang penyesuaian. Tahap penyesuaian Seseorang sekarang, tahap neutral berfungsi berbanding dengan keadaan beberapa rangsangan tertentu. Kami akan secara automatik mewujudkan satu titik neutral atau penyesuaian bagi setiap pelbagai jenis rangsangan. Penilaian kami keadaan yang akan menyumbang kepada pengalaman emosi.Penilaian kognitif kami keadaan menentukan keamatan pengalaman emosi kita (Lazarus, Kanner, & Folkman, 1980). Sebagai contoh, mendengar beberapa bunyi di sekeliling anda.Jika bunyi yang tidak kuat dan tidak lembut, mereka pada AL anda dari segi intensiti. Jika anda mendengar kebanyakannya kuat atau bunyi yang lebih lembut untuk satu tempoh masa, AL anda naik atau turun dengan sewajarnya.Tahap pendapatan anda. AL anda akan meningkat seperti yang anda mendapat pendapatan lebih.
Jika anda gembira sekarang dengan gred yang baik dalam perjalanan, anda pendapatan yang baik, dan kesihatan yang baik, anda tidak akan terus menjadi gembira melainkan jika perkara menjadi lebih baik. AL anda sentiasa titik neutral, dan sesuatu yang hanya di atas neutral akan membuat anda merasa bahagia. Seterusnya ialah teori proses lawan Solomon. Keputusan ubahsuaian Teori Aras Kepulangan (Teori Level Adaptasi). Model psikologi yang dicadangkan oleh Richard Solomon pada tahun 1980 untuk mengambil kira tingkah laku ketagihan. Teori Solomon - emosi kira-kira ke arah titik neutral bukan sahaja dalam jangka masa panjang, tetapi juga dalam jangka pendek. Tiap-tiap emosi menyebabkan iaitu emosi yang sebaliknya berlaku.
Ia menegaskan bahawa emosi adalah berpasangan, dan bahawa apabila satu emosi pasangan berpengalaman, yang lain ditindas. Teori proses lawan Solomon mempunyai dua peringkat iaitu peringkat pertama dan peringkat kedua. Dalam Peringkat 1, iaituPeringkat Rendah, sebahagian besarnya dipelajari, automatik. Manakala Peringkat 2 pula ialah peringkat Lawan yang mempunyai empat elemen iaitu, sebaliknya emosi negeri utama, bermula lewat daripada negara utama,tahan lebih lama,kuat dengan pengulangan,negeri Rendah menjadi lemah.
Ia menegaskan bahawa emosi adalah berpasangan, dan bahawa apabila satu emosi pasangan berpengalaman, yang lain ditindas. Teori proses lawan Solomon mempunyai dua peringkat iaitu peringkat pertama dan peringkat kedua. Dalam Peringkat 1, iaituPeringkat Rendah, sebahagian besarnya dipelajari, automatik. Manakala Peringkat 2 pula ialah peringkat Lawan yang mempunyai empat elemen iaitu, sebaliknya emosi negeri utama, bermula lewat daripada negara utama,tahan lebih lama,kuat dengan pengulangan,negeri Rendah menjadi lemah.
Kesimpulanya, emosi dapat dibahagikan kepada dua iaitu emosi positif dan emosi negatif. Emosi positif adalah emosi yang dapat memberikan kebahagiaan kepada yang beremosi. Sebagai contoh, seseorang itu gembira apabila mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Inilah emosi yang kita semua idam-idamkan. Pada masa yang sama, kita juga tidak dapat lari daripada dugaan hidup yang akan memberikan kita emosi yang negatif. Kegagalan dalam sesuatu ujian akan menyebabkan seseorang itu menjadi sedih, kecewa, dan tertekan. Ini adalah emosi yang akan mengganggu ketenteraman jiwa seseorang itu. Oleh yang demikian, adalah amat penting untuk seseorang itu cuba menghindari emosi-emosi negatif ini supaya kita semua hidup dalam keadaan tenang bahagia mencintai dan untuk dicintai sesama kita. Wassalam.
No comments:
Post a Comment