Selamat sejahtera saya megucapkan kepada Pengurus Emosi Subjek ZZZT2253 yang dihormati, Dr. Zamri. Salam Satu Malaysia. Pada 10 Ogos 2011, kami telah menghadiri kelas subjek ZT yang ketiga di Kuliah 1, Fakulti UKM, Kuala Lumpur. Topik kelas ini meliputi "Emosi Negatif", "Teori Aras Adaptasi" serta "Teori Solomon". Berdasarkan sumber pembacaan, emosi negatif mempengaruhi kita dari setiap perilaku dan suasana yang juga meninggalkan kesan negatif terhadap hidup dan kehidupan kita. Kebanyakan orang yang kurang berjaya memiliki emosi negative berbanding kepada mereka yang berjaya dalam hidup. Emosi negatif adalah pembunuh jiwa, membantutkan kecemerlangan diri dan memusnahkan kebahagiaan. Memikirkan sesuatu perkara dalam keadaan diri yang penuh beremosi sangat menarik perkara negatif berlaku dalam kehidupan. Andai diri sentiasa dibelenggu oleh emosi negatif maka perkara yang difikirkan ketika itu akan berterusan berkunjung dalam kehidupan. Apakah penyebab emosi takut? Kita takut terhadap sesuatu yang berpotensi membahayakan diri kita. Ancaman bahaya itu bisa berupa rasa sakit, terhina dan terluka, atau bahkan kematian. Misalnya kita takut terhadap ular karena ular kita nilai membahayakan bagi kita. Kita takut naik pesawat terbang, karena berpikir pesawat terbang tidak aman. Kita takut dalam gelap, karena dalam kegelapan banyak bahaya yang tidak bisa kita antisipasi. Kita takut pada seseorang karena bisa menyakiti kita. Kita takut untuk membaca sebuah buku kontroversial karena khawatir itu akan menggoyahkan kepercayaan lama kita. Pendek kata, segala sesuatu yang kita anggap berbahaya bisa menimbulkan rasa takut. Dari berbagai penyebab takut di atas, dapatlah kita menggolong-golongkan takut. Setidaknya ada empat kategori takut yang berbeda, yakni :
'Shame' bererti malu tetapi tindakan itu hanya sendiri yang tahu. Juga disebabkan melakukan sesuatu yang secara sosialnya todak diterima walaupun tidak salah di segi moral… U Perasaan malu boleh dikaterikan kepada hal personal dan professional. Maly yang besifat personal. Contoh: malu bila perhatian orang lain tertumpu kepada hal-hal peribadi seperti kesilapan diri kita dan sebagainya. Juga disebabkan oleh tidakan seperti didapati berbohong, buat silap, kalah dalam sesuatu pertandingan dan sebagainya. Diikuiti tanda-tanda seperti tersipu-sipu, berpeluh, gementar, tergagap-gagap dan gelisah. Malu professional melibatkan urusan yang berkaitan dengan pekerjaan, persisnya kemudahan, perbelanjaan, kehilangan nyawa dan sebagainya. Perasaan malu disebabkan oleh keperluan setiap individu untuk menjaga imej dan reputasi diri. Perasaan malu mampu mengelakkan seseorang daripada melakukan kesalahan. Inilah sebabnya kita tidak suka kelemahan diri diketahui secara publiknya. Kita akan melakukan sesuatu secara lebih baik di Sedih adalah suatu perasaan ketika kita mengalami kerugian dan kehilangan. Sekiranya serious membawa keapada kemurungan intervensi daripada pakar. Apabila sedih, seseorang itu akan menjadi pendiam, tidak bersemangat dan suka asingkan diri. Segelintir pula tidak beringinan untuk berjumpa dengan orang lain malahan berpotensi membunuh diri. Tanda-tanda sedih termasuk muka tunduk, badan condong ke depan dan sebagainya. Orang sedih proses maklumat dengan lebih perlahan dan kurang ketepatan berbanding orang yang gembira. Oang yang sedih memerlukan sumber kognitif yang lebih untuk memproses maklumat dengan tepat berbanding dengan orang yang gembira. Kajian turut menunjukkan orang yang sedih dengan ciri-ciri pendiam. Dalam pandangan ramai, orang yang sentiasa gembira mempunyai sifat penayang, orang yang sedih kurang berupaya, orang yang sedang marah pula dirasakan berkuasa dan dominan. Kemarahan hasil daripada rasa empati, marah bertambah jika kita tahu tindakan yang menyebabkan kemarahan adalah sengaja. Kemarahan yang semakin memuncak akan sampai pada tahap kemuncak dan memerlukan masa untuk turun ke tahap tenang. Orang yang mengalam kemarahan yang melampau biasanya ada pemikiran atau pendapat yang tidak rasional. Oleh itu, dalam pepatah Negara Barat, kemarahan dikatakan sebagai kegilaan temporari. Dalam Islam, kemarahan dianggap tanda kelemahan. Langkah pertama yang boleh dijadikan panduan semasa marah ialah mengakui hakikat bahawa anda berada dalam keadaan marah. Kedua, menilai sama ada situasi tersebut sesuai untuk meluahkan kemarahan atau tidak. Ketiga, sekiranya anda rasa sesuai untuk meluahkan kemarahan, nilaikan adkah anda perlu menggunakan pendekatan secaa langsung atau tidak. Bertindak , imbas kembali apa yang dialami dan tindakan untuk tujuan membaiki diri. Pada pendapat saya, kita tidak sepatutnya mudah-mudah menunjukkan kemarahan. Ini kerana emosi negatif adalah berjangkit. Sebaliknya, kita harus berfikir dalam dan cuba menemui kemaafan. Untuk menangani emosi negatif, hidupkanlah perasaan-perasaan yang menyenangkan sesering mungkin, termasuk untuk hal-hal yang kamu inginkan terjadi. Misalnya perasaan gembiraketika kelak kamu bertemu dengan kekasih hati, ketika kelak kamu mendapat pekerjaan / bisnis yang kamu impikan. Itu adalah salah satu cara emosi untuk membantu mewujudkan impianmu menjadi kenyataan. Belajarlah mengucapkan syukur dalam segala keadaan. Hati yang penuh dengan mengucap syukur akan membuat hidup lebih ringan, pikiran lebih jernih dan perasaan lebih nyaman sehingga mengendalikan perasaan bukan lagi beban yang berat. Kesimpulan, emosi negatif adalah sama penting dengan emosi positif. Tanpanya wujudnya perasaan negatif, perasaan positif juga turut hilang ertinya. Setiap perkara mempunyai unsur positif dan negatif untuk menonjolkan erti dan nilai kewujudannya. Misalnya, kegembiraan tidak bererti sekiranya kesedihan tidak wujud. Begitu juga dengan kehidupan. Kita tidak akan mengetahui kemanisan kebahagiaan jika kesukaran tidak pernah dilalui, kita tidak akan mengejari kejayaan sekiranya tidak pernah menemui kegagalan. Emosi positif dan emosi negative yang pada seseorang individu mestinya seimbang untuk menjaga kesempurnaan emosi insan.
Kelas diteruskan dengan pembelajaran tentang teori aras adaptasi. Konsep asasnya, kita bertindakbalas terhadap sesuatu rangsangsan baru pada asas aras adaptasi kita ketika itu. Aras adaptasi dalam diri seseorang merupakan fungsi semasa pada tahap neutralnya berkenaan dengan seberapa stimulasi keadaan yang khusus. Secara automatiknya, kita menubuhkan suatu poin neutral atau adaptasi untuk setiap stimulasi yang berbeza. Penilaian kita terhadap sesutau situasi menyebakan berlakunya pengalaman emosi. Misalnya dalam pembelajaran, jikalau seseorang itu dapat mengikuti sukatan pengajaran tanpa stres yang "prominent", ini adalah dalam aras adaptasi. Aras adaptasi boleh berubah-ubah mengikut keadaan yang telah disesuaikan serta tempoh perubahan itu sendiri. Persisnya, jika anda puas dengan apa yang anda ada sekarang, anda tidak akan berterusan gembira sehingga anda mendapat sesuatu yang lebih baik. Teori Proses Berlawanan Solomon adalah hasil ubahsuaian teori aras adaptasi. Ia merupakan model psikologi yang dicadangkan oleh Richard Solomon pada tahun 1980 mengenai perlakuan yang ketagihan. Dalam Teori Proses Berlawanan Solomon, setiap emosi yang dilahirkan akan mengakibatkan terbitnya emosi yang berlawanan. Emosi adalah berpasangan, bila sesuatu emosi dialami, pasangannya akan ditahan. Teori Proses Berlawanan Solomon mempunyai dua keadaan: keadaan awal dan keadaan berlawanan. Pertama, keadaan awal dihasilkan, kemudian keadaan ini mencetuskan keadaan emosi yang berlawanan. Dalam keadaan awal, sesuatu respond tersebut adalah automatik dan tidak dipelajari. Keadaan berlawanan pula mengandungi emosi yang berlawanan daripada keadaan awal, tahan lebih lama, bersifat semakin kuat sekiranya keadaan diulang, diikuti dengan pengurangan keaadaan awal. Misalnya, semasa bertungkus-lumus mengejar pengetahuan, kita rasa susah dan stres menghadapi keadaan. Namun, setelah kuat berusaha untuk suatu tempoh, kita mendapat keputusan yang baik dan berasa gembira pula. Teori ini juga menyatakan bahawa, mengulangi sesuatu pengalaman emosi akan meningkatkan kekuatan relative emosi yang berlawanan. Contohnya dalam sky diving, makin banyak terjun, makin seronok dan kurang takut.
Dua quiz telah disediakan oleh Dr. Zamri untuk menguji kefahaman kami mengenai pembelajaran yang lepas. Kumpulan yang menang akan diberi dua markah merit extra dalam pemberian markah pembentangan. Kebanyakan soalan dalam quiz pertama meliputi Teori Plutchik, Basic Adaptive Emotion dan Teori Kitaran Emosi. Dalam quiz kedua pula, kita diuji ilmu berkenaan Teori Maklumbalas Wajah oleh Tomkins, kajian Hess, kajian Zajonc. Secaranya bertuahnya, kumpulan kami mendapat markah penuh dalam ujian mini ini. Kelas tersebut tamat dengan keujaan dan kegembiraan. |
Sunday, August 14, 2011
A131759 Koh Chooi Lin LJ03
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment