Salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Zamri dan juga rakan-rakan sekalian. Jurnal kedua ini adalah mengenai kuliah keempat yang disampai oleh Dr Zambri pada 10 ogos 2011.Seperti biasa, Dr Zamri telah menayangkan video yang agak menarik pada permulaan kuliah dan salah satu daripadanya ialah video yang berkaitan dengan kasih saying ibu. Penyanyi itu telah mengubah lirik lagu Bahasa Inggeris yang sangat terkenal iaitu "Baby"oleh Justin Bieber kepada lirik yang memuji kasih sayang ibu yang mulia. Kemudiannya , terdapat juga video mengenai peperangan bertajuk Look Into My Eyes nyanyian Outlandish, yang menerbitkan rasa empati serta simpati terhadap mangsa peperangan. Selepas menonton video tersebut, saya berasa bersyukur kerana kita berada di negara yang aman walaupun terdapat pelbagai kaum. Keamanan negara kita adalah usaha kita semua yang saling menghormati.Tujuan video-video tersebut berkaitan dengan tajuk kuliah iaitu "Emosi Negatif – Takut, Malu, Sedih dan Marah".
Kemudian, pensyarah telah memulakan kuliah secara rasmi.Emosi negatif dapat dibahagi kepada empat komponent iaitu takut, sedih, malu dan marah. Emosi negatif merupakan emosi yang tidak baik kerana ia akan menghalang kita untuk menikmati kebahagiaan. Takut didefinisikan sebagai satu respon kepada situasi yang merbahaya dan kecemasan. Perasaan takut juga merupakan satu reaksi badan kita untuk tujuan keselamatan dan menyelamatkan diri dalam situasi yang tertentu contohnya apabila diserang oleh binatang yang ganas atau perkara-perkara yang berbahaya. Selain itu, perasaan takut itu berkemungkinan timbul daripada trauma yang dialami semasa kecil. Contohnya bagi mereka yang pernah terjatuh ke dalam perigi dan menyebabkan merasa menjadi "hydrophobia", takut kepada air dan "claustrophobia", takut untuk berada di dalam ruang yang sempit. Individu-individu mempunyai tahap ketakutan yang berbeza dan juga dirangsangkan oleh benda-benda yang berbeza. Sesetengah orang mempunyai fobia terhadap serangga, manakala ada orang yang mempunyai fobia terhadap darah. Kawan saya mempunyai fobia terhadap serangga terutamanya lipas. Apabila lipas mendekatinya, dia terus menjerit dan melari.Sesetengah kawan saya takut pada hantu dan mereka langsung tidak berani untuk keluar dari rumah pada waktu malam. Bagaimanakah ekspresi muka sesorang apabila dia dalam ketakutan? Menurut Dr.Zamri, seseorang yang berada dalam ketakutan akan mempunyai ekspesi muka seperti berikut,sebelah mata yang kelihatan besar dan anak mata yang berkembang. Seterusnya, bibir atas akan kelihatan naik, dahi yang dikerutkan yang membawa kening mata ke dalam. Seseorang yang berada di dalam keadaan takut juga akan bertukar agresif kerana peningkatan hormon adrenaline dalam badan yang menyebabakan seseorang itu berkelakuan agresig dan berang.
Perasaan negatif yang kedua adalah malu. Malu adalah salah satu emosi yang tidak menyenangkan yang mungkin disebabkan oleh perlakuan yang tidak dapat diterima, baik dalam sosial atau pun profesional. Perasaan malu boleh dibahagikan kepada peribadi(personal) yang disebabkan perhatian orang lain terhadap sesuatu yang peribadi dan Profesional yang berkaitan dengan sesuatu tindakan. Perasaan malu peribadi disebabkan perhatian yang tidak dikehendaki oleh seseorang terhadap perkara sulitnya. Perasaan malu tersebut akan sentiasa disertai dengan aksi-aksi atau perubahan fisiologi seperti berpeluh-peluh, gementar, tergagap-gagap dan lain-lain. Kebanyakan orang juga cuba untuk menyembunyikan perasaan malu mereka dengan ketawa atau senyum.Namun begitu,saya tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut.Hal ini kerana saya selalu menyembunyikan perasaan malu saya dengan menangis atau berdiam diri. Manakala perasaan malu professional merupakan perasaan malu yang sentiasa dikaitkan dengan tempat kerja yang akan melibatkan kewangan dan nyawa orang. Contoh-contoh yang lain termasuklah pelaksanaan dasar keajaan yang telah gagal, pendedahan amalan rasuah atau kelakuan peribadi selebtiti yang tidak dapat diterima oleh norma masyarakat atau berhadapan dengan tindakan undang-undang dan sebagainya.
Emosi negatif yang seterusnya ialah sedih. Sedih merupakan salah satu emosi akibat berhadapan dengan situasi yang mengecewakan, dan muncul akibat penderitaan kerana luka, derita dan sakit. Emosi sedih diiringi beberapa tanda seperti muka tunduk, fizikal yang lemah dengan pergerakan yang perlahan. Selalunya kita sebagai manusia juga akan mengekspresikan emosi ini melalui tangisan. Sebab kesedihan boleh dibahagi kepada tiga, iaitu secara fungsi, motivasi dan keupayaan. Menurut Forgas(1998), kesedihan melambangkan sesuatu situasi sosial yang bahaya dan memerlukan lebih banyak perhatian, serta memerlukan proses informasi yang lebih tepat. Isen(1984) pula menjelaskan kesedihan motivasi yang kesedihannya menyebabkan mereka memerlukan lebih banyak usaha untuk mengubah situasi negatif yang dihadapi.Sebagai contoh,semua ahli keluarga saya menangis apabila nenek saya meninggal dunia pada bulan yang lepas.Hal ini demikian kerana kami kehilangan seorang ahli keluarga kesayangan kami. Perasaan ini adalah sebenarnya bertentangan dengan perasaan gembira. Setiap individu akan menggunakan cara masing-masing untuk mengurangkan kesediahan mereka.Contohnya, apabila saya berasa sedih,saya akan bersembang dengan kawan baik saya untuk meluahkan perasaan sedih dan mengurangkan kesedihan saya.
Emosi yang seterusnya ialah marah.Perasaan marah ialah satu emosi psikofisiological terhadap kesakitan, kesusahan ataupun stress dan ancaman. Ia juga merupakan satu respons psikofisiologi yang ditunjukkan selepas individu tersebut mengalami situasi yang mencabarkan sama ada berbentuk ugutan seperti sikap tidak adil pada seseorang, memalukan diri seseorang itu serta perasaan pengkhianatan ataupun mengalami kesakitan.Perasaan marah boleh diekspes secara aktif atau pasif. perasaan marah yang diekspress secara aktif ialah seseorang yang marah akan menunjukkan perasaan marah secara verbal dengan memarahi orang yang menimbulkan kemarahan mereka. Secara aktif, orang yang marah akan mengeluarkan kata-kata yang kasar ataupun cuba melakukan serangan fizikal terhadap musuhnya. Secara pasif pula, orang tersebut akan berkeadaan senyap dan kelihatan stress dan mengurungkan diri daripada sosial luar.
Seterusnya, kuliah diteruskan dengan topik "Teori Tahap Adaptasi".Teori ini mengatakan bahawa setiap orang mempunyai tahap adaptasi yang tersendiri dan akan memberi respond yang berlainan terhadap persekitaran yang baru dialami. Contohnya, seseorang yang tinggal di Kuala Lumpur akan membiasakan diri dengan kesesakan jalan raya, tetapi sekiranya mereka yang tinggal di tempat lain datang ke Kuala Lumpur, mereka akan beranggapan kesesakan jalan raya itu ialah satu kesusahan kerana mereka tidak mengadpatasikan diri mereka lagi. Teori Solomon adalah pengubahsuaian dari Teori Aras Adaptasi. Teori Solomon mengatakan bahawa emosi akan mengimbang ke arah titik neutral bukan sahaja pada jangka panjang, tetapi juga bagi jangka pendek. Teori tersebut terdapat dua peringkat, iaitu peringkat primer dan peringkat lawan. Dalam peringkat primer, ianya adalah secara automatic dan tidak dipelajari. Manakala peringkat lawan adalah melibatkan emosi yang bertentangan dengan peringkat primer dan meningkat dengan pengulangan.
Sebelum menamatkan kuliah pada hari itu,kami telah diberikan 19 soalan kuiz.Kumpulan saya telah menjawab 18 soalan dengan tepat. Melalui kuiz ini, pengetahuan saya terhadap kuliah ini telah diperkukuhkan. Ini amat penting untuk persediaan menghadapi peperiksaan dan menguji kefahaman pelajar semasa kuliah.
No comments:
Post a Comment