Ashta a/p N.Mailvaganam Pillai
A131729
Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia saya tujukan kepada pensyarah pengurusan emosi Dr.Zamri dan rakan-rakan sekalian.Pada 10 Ogos yang lalu, saya telah menghadiri kuliah ketiga yang menggariskan isu emosi negative. Sebelum kuliah bermula, pensyarah telah menunjukkan sebuah slide show berkaitan dengan bagaimanakah sikap seseorang indvidual dan masyarakat, mahupun negara dalam menentukan kekayaan dan kemiskinan dalam kehidupan seharian. Sebenarnya, kekayaan tidak hanya disebabkan oleh kekayaan alam sumber tetapi disebabkan oleh sikap individual dan sesebuah komuniti dalam mengusahakan sebuah industri. Contohnya, Negara Jepun, sebuah negara yang kebanyakan terdiri daripada gunung-ganang (80%), sering diserang gempa bumi dan pelbagai bencana alam.Walaubagaimanapun, mereka mampu menjadi sebuah negara kuat,kaya,dan maju dari segi ekonomi, intelektual,dan teknologi.Di samping itu, mereka juga merupakan importer bahan asli antara yang terbesar di dunia dan menjadikan bahan-bahan asli tersebut sebagai hasil elektronik dan seterusnya menjadi exporter terbesar dari segi quantiti dan qualiti pelbagai bahan elektronik terbaru di pasaran. Selain itu, Negara Singapura sebuah negara yang sangat kecil dari segi saiz dan tidak mempunyai lading-ladang kelapa sawit, namun, mereka adalah negara export terbesar bagi hasil refinary kelapa sawit di dunia. Begitu juga, dengan portal utama minyak pretroleum di seluruh Asia Tenggara.
Seterusnya, kuliah dimulakan dengan tajuk emosi negative contohnya takut, malu, sedih dan marah. Kuliah hari ini menyatakan bahawa 4 emosi ini adalah negatif dan mudah dikenalpasti oleh orang sekeliling dengan melihat riak wajah muka,tindakan dan pemikiran.
Manusia seringkali menghadapi dan tidak akan terlepas daripada pelbagai emosi negatif yang boleh megubah mood seperti takut, malu, sedih dan marah. Emosi negatif berkemungkinan boleh membawa padah dan mudarat kepada diri sendiri dan komuniti ataupun ia boleh membuatkan seseorang itu lebih kuat dan tabah bergantung kepada cara setiap individu mengharungi cabaran hidup dan menguruskan emosi.Apa-apa pun, hasil daripada mengharungi emosi negatif adalah bergantung kepada kesabaran setiap individu dalam pengurusan emosi yang dialami. Sekiranya emosi ini tidak dapat dikawal dan terlarutan dengan begitu lama, maka ia boleh memberi kesan yang buruk pada mentaliti, perasaan, minda dan kehidupan seharian dalam setiap aspek dan prinsip hidup.
Emosi negatif yang pertama yang dibincangkan ialah takut. Ketakutan menunjukkan tindak balas terhadap sesuatu keadaan yang dianggap bahaya oleh seseorang secara fizikal dan emosi ataupun dianggap mendatangkan mudarat. Ia sering dikait rapat dengan perasaan gelisah, bimbang dan pelbagai perasaan yang lain. Walaupun ketakutan adalah sebahagian daripada emosi negatif, ia amat penting dalam kehidupan manusia dari segi keselamatan setiap individu. Sebagai contoh, apabila terserempak dengan seekor beruang, kita akan merasa takut dan perasaan ini yang juga dianggap sebagai sesuati stimuli akan merangsang minda dan badan kita untuk melarikan diri dengan kadar segera agar dapat menyelamatkan nyawa dan mengelakkan daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini. Ketakutan juga boleh dilahirkan melalui pengalaman yang pernah berlaku tidak kira di mana jua.Misalnya, sesuatu insiden seperti seseorang yang fobia membawa kereta akibat pernah mengalami kemalangan jalan raya.Seseorang individu boleh berasa takut untuk membawa kereta walaupun kemalangan yang berlaku pada masa lalu adalah minor tidak melibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa.Contoh lain bagi perasaan takut ialah takut kehilangan kawalan emosi seperti yang boleh dilihat dan dicerminkan pada diri seseorang yang takut mendapat kritikan atau takut penolakan. Antara ekspresi-ekspresi wajah yang melambangkan ketakutan ialah mata dibuka dengan besar, bibir di bahagian atas terangkat, bulu kening berapat ke tengah dan bibir kelihatan mendatar.Kesemua expresi wajah di atas membolehkan seseorang mengesan perasaan takut pada riak wajah muka orang lain.
Perasaan malu pula, adalah perasaan yang berlaku dan dirasai apabila berlakunya sesuatu yang tidak diterima oleh orang ramai tidak kira adalah dalam pekerjaan atau norma masyarakat. Perasaan ini melibatkan maruah,riak wajah dan air muka seseorang dan sering kali perasaan malu tersebut juga disebabkan oleh kelakuan yang tidak diterima secara socialnya tetapi adalah betul dari segi moral dan agama. Misalnya, jika seseorang tersilap memakai stoking (sarung kaki) yang berlainan warna secara tidak sengaja, maka akan menjadi bahan lawak orang sekeliling.Situasi sebegini boleh mendatangkan perasaan malu dalam diri seseorang dan nada kalanya orang tersebut akan merasai keinginan untuk menyembunyikan diri buat sementara waktu untuk mengelakkan daripada merasai perasaan malu tersebut. Namun, sebenarnya kesilapan tersebut adalah tidak salah kerana kemungkinan kesilapan tersebut berlaku kerana kesuntukan masa sebelum keluar dari rumah menuju ke destinasi tertentu dan ini menyebabkan orang tersebut diketawakan orang lain walaupun mereka sedar bahawa perkara yang sama munkin berlaku kepada mereka di kemudian hari. Perasaan malu juga dibahagikan kepada dua cabang iaitu personal dan professional. Dari segi personal, adalah disebabkan oleh kesilapan diri sendiri atau apabila orang ramai menumpukan perhatian pada hal-hal peribadi diri. Manakala dari segi professional, melibatkan kesilapan terutamanya dalam pekerjaan seperti salah guna kuasa.Kesilapan seperti ini boleh dilakukan secara tidak sengaja ataupun boleh juga disengajakan.Malu professional juga boleh terhasil selepas kenyataan yang menyebutkan keyakinan dalam kursus yang dinyatakan tindakan atau tidak mengambil kira segala untuk keterangan. Apa yang lebih memalukan ialah apabila ia melibatkan tugas-tugas rasmi dan orang-orang kenamaan, kemudahan kerja, jumlah wang, bahan-bahan besar dan terutama sekali kehilangan nyawa manusia. Ini akan menyebabakan seseorang itu berasa malu untuk meneruskan tugasnya dan untuk berdepan dengan orang ramai kerana bimbang apa yang bermain di fikiran mereka mungkin berunsur pandangan negative terhadap diri kita. Contoh keadaan-keadaan yang boleh melahirkan perasaan malu professional ialah kegagalan dalam dasar awam kerajaan, pendedahan amalan rasuah atau kelakuan lain yang tidak beretika, selebriti atau artis-artis pujaan ramai yang tabiat kehidupannya menerima penelitian orang awam, berhadapan dengan tindakan undang-undang atau pegawai-pegawai yang terperangkap dalam situasi peribadi yang amat memalukan kerana tidak mengikut prinsip-prinsip agama.
Perasaan sedih pula merupakan suatu reaksi semulajadi, perasaan kerugian dan kehilangan dan akan membawa kepada kemurungan dan perlu diintervensi oleh pakar. Seseorang yang sedih mudah dikenal pasti terutamanya melalui riak wajah, sepertilah seseorang akan menjadi pendiam dan mengurankan percakapan, tidak bermaya dan sentiasa letih, tidak bersemangat dan suka mengasingkan diri dari orang ramai atau rakan yang sering berkeliling dengan mereka. Malah, seseorang akan mencederakan diri dan dengan lebih extreme lagi, akan cuba membunuh diri jika keimanan diri tidak kuat. Forgas, 1992 pernah menyatakan bahawa orang yang sedih akan memproses maklumat dengan lebih perlahan dan kurang ketepatan. Tanda-tanda yang mencerminkan perasaan sedih turut termasuklah muka tunduk, badan condong kedepan, bibir ke dalam dan pergerakan perlahan dan lemah.
Akhirnya, perasaan marah, akan dimanifestasikan secara aktif atau pasif. Perasaan marah yang aktif adalah seperti serangan verbal atau fizikal serta menyebabkan reaski-reaksi yang keterlaluan. Manakala, kemarahan pasif termasuklah bermuka masam dan tidak mengendahkan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling.
Emosi yang negative tidak akan mendatangkan mudarat sekiranya kita mempraktikkan pengurusan emosi yang efisien.
No comments:
Post a Comment