Assalamuailakum dan salam pembuka bahasa,
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dapat aku menyambung jurnal ketigaku berdasarkan kefahaman aku dari kuliah keempat aku dalam pengurusan emosi yang berlansung pada 11 ogos lepas bersamaan 11 Ramadhan. Minggu lepas setelah aku pelajari emosi positif, minggu ini pelajaran kami disambung dengan emosi negative dan dua topic lain. Namun minggu ini aku hanya ingin tekankan tentang emosi negative. Kenapa? Bagi aku bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini elok kita cuba untuk buang sedikit demi sedikit emosi ini tetapi jangan tinggalkan semua kerana parah jadinya nanti. Kenapa aku berkata demikian semuanya akan terjawab dalam penulisan aku kali ini. Emosi negatif mempunyai empat emosi utama iaitu takut, malu,sedih dan marah.
Takut ialah perasaan atau emosi yang membuatkan anda kurang selesa dimana kamu dikejutkan atau risau tentang sesuatu yang bahaya, menyakitkan atau buruk terhadap sesuatu yang mungkin berlaku. Itu menurut kamus Cambridge. Adakah perasaan ini betul-betul negative sehimgga kita tidak patut mempunyai? Perasaan takut tidak akan membuatkan seseorang itu melangkah ke depan kerana ia akan takut untuk menghadapi cabaran di depan. Sebagai contoh jika seseorang doctor takut akan darah maka tidak terawatlah pesakitnya yang dalam keadaan mengerikan. Tetapi bukan itu yang ingin aku jadikan contoh untuk emosi takut kali ini, tetapi tentang perasaan seseorang yang dekat dengan aku iaitu diriku sendiri. Aku memang mempunyai perasaan ini yang agak kuat, itu tak dapat aku nafikan. Tetapi perasaan ini telah mengajar aku untuk bergerak lebih ke depan. Ceritanya bermula selepas keputusan PMR keluar apabila aku mendapat 7A 1B. Jadi keluargaku mahu melanjutkan pelajaran ke MRSM tapi aku telah menolaknya tetapi aku berjanji yang aku akan ke sekolah rancangan khas pilihan mereka. Apabila terpilih ke sekolah sana, tiba-tiba timbul satu perasaan gelisah dalam diri ini sama ada aku dapat belajar seperti dulu atau tidak. Maklumlah sekolah budak-budak cemerlang, aku asyik fikirkan yang aku tidak dapat focus dan cikgu mengajar dengan cepatla, sehingga boleh menjejaskan keputusan aku. Namun, atau dorongan orang tuaku, aku ikutkan juga walau hati ini tidak rela. Selepas menjejakkan kaki ke sana dan selepas peperiksaan pertamaku disana tidak ku sangka aku mendapat tempat pertama di dalam kelas. Ini mungkin berkat doa orang tuaku dan nekad aku melawan perasaan takut itu. Daripada situaku lebih bersemangat untuk belajar dan berjaya dalam hidup. Hasilnya aku telah berada di sini menyambung ijazah dalam bidang perubatan, salah satu bidang yang kompetitif untuk mendapat tempat di university. Aku juga sudah tidak kisah dengan pelbagai cara pensyarah mengajar kerana aku akan cuba untuk memahaminya jua kerana bagiku yang ingin belajar adalah aku jadi aku harus belajar cara untuk memahami ilmu yang akan disampaikan nanti. Bak kata pepatah Melayu "kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai".
Seterusnya perasaan negative yang kedua yang kami belajar adalah malu. Aku juga tidak pasti sama ada malu itu betul-betul perasaan negative atau tidak. Kenapa ? Aku tidak nafikan malu juga akan membuat kita tidak akan melangkah jauh ke depan bak kata orang dahulu malu bertanya sesat jalan tetapi adakah itu merangkumi semua? Sudah tentunya tidak sebab malu perlulah juga bertempat kalau tidak kelam kabutlah jadinya nanti jika tidak ada perasaan itu. Dimana saja kita berada akan timbul perasaan itu sama ada pada kita mahupun teman kita. Contohnya apabila kita membuat bising disesuatu tempat tidakkah kita malu. Jika kita tidak bagaimana perasaan teman kita pada masa itu juga . tetapi aku ingin berkongsi perasaan malu yang aku alami dan aku rasa memang emosi negative adalah setiap kali berpindah ke tempat baru atau berjumpa dengan orang yang aku kenal aku merasakan begitu sukar sekali untuk suara ini untuk keluar ibarat ada sesuatu dalam mulutku ini untuk aku bertegur sapa. Sehinggakan untuk aku mendapat maklumat tentang sesuatu itu pun aku malu untuk bertanya. Perasaan itu masih lagi ada sehingga kini tetapi sudah mula berkurangan kerana aku akan cuba lawan perasaan itu sedikit demi sedikit. Apabila aku sudah rasa selasa dengan seseorang itu mulalah perangai gilaku yang asyik kenakan orang sahaja. Sehingga orang tidak mengjangkakan aku boleh berkelakuan sebegitu rupa. Ialahkan mula-mula kenal nampak aku macam budak sombong atau seorang yang serius tetapi apabila sudah lama faham-faham sajalah.
Seterusnya, sedih yang dikatakan emosi negative seterusnya. Ini memang aku tidak bersetuju sebab orang yang tidak mempunyai perasaan ini ibarat robot atau hati batu. Kenapa aku berkata demikian kerana seseorang yang sedih sudah tentunya mempunyai alasan yang begitu kuat. Contohnya kehilangan seseorang yang mereka kenal apatah lagi jika seseorang itu begitu dekat dengan mereka atau perasaan ini juga lahir dari rasa penyesalan terhadap kesalahan yang mereka lakukan. Aku bukan menidakkan perasaan ini merupakan perasaan negatif sepenuhnya kerana jika kesedihan itu tidak terkawal memang boleh melemahkan emosi atau diri seseorang itu sendiri.jadi dengan kawalan yang betul kesedihan itu boleh dijana sebagai suatu motivasi yang begitu berkesan untuk member kekuatan terhadap seseorang itu. Jika tanpa kawalan rosaklah diri ini nanti kerana kesedihan itu boleh memakan diri sehingga memaka seseorang untuk mengambil jalan singkat untuk bunuh diri.
Emosi terakhir dalam emosi negative ini adalah marah. Ini memang aku amat bersetuju kerana kemarahan ini boleh membuatkan seseorang itu bertindak di luar kawalan. Tidak dapat dinafikan emosi ini memang ada dalam diri semua orang ini tetapi sekali lagi ia bergantung macam mana seseorang itu mengawalnya. Aku jenis orang yang tidak selesa berada dalam situasi marah atau melihat aku marah, tidak tahu kenapa aku akan berasa cemas dan aku cuba lari dari tempat tersebut. Bukannya aku tidak bertanggungjawab tetapi aku tidak tahu macam mana mahu mengawalnya. Disebabkan kemarahan juga kita dapat lihat banyak pembunuhan dan penceraian yang dilapotkan di media massa. Maklum sajalah apabila keadaan ini wujud seseorang itu sudah tidak dapat memikirkannya dengan waras. Bagi umat Islam kita tahu macam mana mengawal perasaan itu sama ada dengan mengambil wudhuk, jika tidak sembahyang sunat dan sampai satu tahap itu sampai berguling atas tanah. Semuanya terpulang pada individu untuk mengawalnya.
Sebagai kesimpulan daripada kuliah lepas aku amat bersutuju tentang perasaan takut dan marah merupukan perasaan negative manakala dua lagi aku tidak begitu pasti. Biasalah setiap individu mempunyai perasaan sendiri terhadap sesuatu perkara. Tuntasnya, jadikan medan atau bulan Ramadhan ini sebagai medan untuk kita belajar mengawal perasaan dengan sewajarnya agar kita dapat bergerak jauh ke depan dan disenangi orang disekeliling kita. Setakat ini sajalah penulisan aku buat kali ini, sekian.
No comments:
Post a Comment