Selamat sejahtera, seperti setiap hari Rabu yang lepas, saya telah menghadirkan diri ke kuliah ZT Pengurusan emosi yang diberikan oleh Dr Zamri. Dan seperti kuliah-kuliah yang sebelum ini, saya telah mendapat banyak manfaat dan mempelajari apa yang tidak dapat saya pelajari sebelum ini.
Sebelum kuliah bermula Dr Zamri telah menayangkan satu tayangan lagu iaitu, 'Baby' , sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Justin Bieber yang telah diolah kepada Bahasa Melayu. Dalam olahan lagu ini, lagu yang sebenar telah ditukar kepada Bahasa Melayu yang mengambarkan jasa- jasa ibu. Lagu ini telah bertemakan jasa seorang ibu terhadap anak- anaknya serta pengorbanan ibu itu kepada anak- anaknya. Setelah menonton tayangan tersebut, saya dapat pengajaran bahawa saya mestilah menghargai jasa ibu kita dan segala pengorbanan mereka. Hal ini demikian kerana ibu kita telah banyak berkorban untuk melahirkan kita dan membesarkan kita. Kita tentu akan menyesal pada suatu hari nanti jika kita tidak mengenang jasa ibu kita sekarang.
Selepas itu kuliah bermula dan topik kuliah hari itu bertemakan emosi negative. Emosi pertama yang dibicarakan merupakan emosi "Ketakutan". Menurut kuliah ini ketakutan merupakan emosi yang dijanakan apabila kita berada di keadaan yang bahaya dan kerisauan, terutamanya kami dimaksa untuk memberi tindak balas untuk menyelamatkan diri sendiri dalam situasi bahaya. Contohnya, apabila kami mendekati masa peperiksaan akhir semester, kami berasa takut jika tidak habis membaca semua yang diajar. Hal ini demikian kerana kita kurang keyakinan dan risau sesuatu yang tidak diharapi seperti terlupa fakta untuk menulis jawapan peperiksaan. Oleh itu, ketakutan ini menyediakan kita untul menghadapi perkara perkara yang tidak disangka. Ketakutan biasanya akan detunjukan. Gejala-gejala dibahagikan kepada Physiological/Somatic Symptoms, Emotional Symptoms, Cognitive Symptoms dan Behavioral Symptoms. Gejala ini merupakan reaksi simpathetik dari system saraf autonomik badan kami, iaitu mulut kering, pening, sakit perut, ingin pipis. merinding, ketegangan otot, jantung berdebar, tekanan darah meningkas dan bernafas cepat. Yang kedua Emotional Symptoms seperti ketakutan,gelisah, merasa diawasi, merasa diteror. Seterusnya, Cognitive Symptoms merupakan kekuatiran yang tidak realistis bahwa sesuatu yang buruk sudah dan akan terjadi,sukar memfokus, ketakutan kehilangan kawalan, ketakutan akan mati, kewaspadaan yang berlebihan. Selain itu, Behavioral Symptoms merupakan perbuatan ataupun sikap individu untuk menunjukkan ketakutan iaitu aksi kelarian, pengelakan, perbuatan agresi, ketidakmampuan dalam fungsi bicara & motorik, ketidakmampuan di bidang-bidang kognitif yang kompleks. Ketakutan ini merupakan emosi negative kerana kadang kala ia akan menghalangkan kita daripda mencuba sesuatu yang baru kerana kita takut akan risikonya dan kegagalan. Jadi, tidaklah dapat kita mencapai sesuatu yang lebih lagi tetapi berada sejauh mana kita yang berada sekarang ini.
Emosi negatif yang kedua merupakan 'Kemaluan'. Kemaluan merupakan satu status emosi yang tidak menyenangkan setelah membuat sesuatu yang tidak dapat diterima oleh orang lain dari segi sosial dan profesional. Biasanya kehilangan maruah tidak dapat dielakkan, dan jenis kehilangan maruah bergantung pada situasi yang memalukan tersebut. Emosi kemaluan sering disebabkan oleh kelakuan yang tidak diterima oleh masyarakat dari segi social, tetapi bukan salah dari segi moral. Contohnya silap memakai kasut, ini situasi yang memalukan, tetapi tidak salah dari segi undang-undang. Terdapat dua jenis kemaluan, iaitu kemaluan Personal dan kemaluan Profesional. Kemaluan personal biasanya disebabkan oleh kesedaran orang lain tentang hal tersendiri (contohnya kekurangan diri, kekalahan dalan satu pertandingan, didapati bercakap berbohong) yang kita tidak ingin diketahui oleh orang lain, dan sering menyebabkan perubahan fisiologi seperti tersipu-sipu, berpeluh, tergagap-gagap dan menggelisah. Emosi kemaluan juga boleh ditunjukkan secara professional, dan bertambah dalam situasi melibatkan tanggungjawab formal ataupun fasiliti berkerja, jumlah wang yang banyak dan kehilangan nyawa. Contohnya seperti kegagalan polisi public kerajaan dan sebagainya.
Emosi negatif yang seterusnya ialah emosi sedih. Kesedihan merupakan emosi yang memaparkan perasaan kehilangan dan kekurangan. Emosi kesedihan yang berterusan akan menyebabkan kemurungan, dan memerlukan intervensi daripada pakar. Bila sedih, seseorang itu akan menjadi pendiam, tidak bersemangat dan suka asingkan diri, dan juga kehilangan keinginan untuk berjumpa dengan orang lain. Tanda-tanda sedih termasuklah muka tunduk, badan condong ke hadapan, bibir ke dalam, fizikal yang lemah dan pergerakan yang. Menurut (Forgas, 1992, 1994): orang sedih proses maklumat dengan lebih perlahan dan kurang ketepatan berbanding dengan orang yang gembira. Orang yang sedih juga memerlukan sumber kognitif yang lebih untuk memproses maklumat dengan tepat berbanding dengan orang yang gembira. Contohnya orang yang sentiasa gembira mempunyai sifat penyayang, orang yang bersedih akan berasa lemah dan kurang berupaya untuk melakukan sesuatu. Saya ingin memperkenalkan sebuah lagu yang sedih dari Owlcity yang saya amat gemari, tiap-tiap kali saya dengar lagu ini akan menyedihkan saya:
The stars lean down to kiss you
And I lie awake and miss you
Pour me a heavy dose of atmosphere
'Cause I'll doze off safe and soundly
But I'll miss your arms around me
I'd send a postcard to you, dear
'Cause I wish you were here
I'll watch the night turn light-blue
But it's not the same without you
Because it takes two to whisper quietly
The silence isn't so bad
'Til I look at my hands and feel sad
'Cause the spaces between my fingers
Are right where yours fit perfectly
I'll find repose in new ways
Though I haven't slept in two days
'Cause cold nostalgia
Chills me to the bone
But drenched in vanilla twilight
I'll sit on the front porch all night
Waist-deep in thought because
When I think of you I don't feel so alone
And I lie awake and miss you
Pour me a heavy dose of atmosphere
'Cause I'll doze off safe and soundly
But I'll miss your arms around me
I'd send a postcard to you, dear
'Cause I wish you were here
I'll watch the night turn light-blue
But it's not the same without you
Because it takes two to whisper quietly
The silence isn't so bad
'Til I look at my hands and feel sad
'Cause the spaces between my fingers
Are right where yours fit perfectly
I'll find repose in new ways
Though I haven't slept in two days
'Cause cold nostalgia
Chills me to the bone
But drenched in vanilla twilight
I'll sit on the front porch all night
Waist-deep in thought because
When I think of you I don't feel so alone
Emosi yang keempat pula ialah kemarahan. Kemarahan pula, boleh diekspresikan secara aktif atau pasif, secara aktif termasuklah serangan verbal atau fizikal, manakala secara pasif termasuklah muka yang masam dan sebagainya. Bagaimanakah marah dialami? Emosi marah biasanya hasil daripada perasaan empati, contohnya marah jika orang lain dizalimi, dan perasaa marah bertambah jikalau tindakan yang diambil itu adalah sengaja. Pengawalan kemarahan tidak mudah, seseorang biasanya sukar untuk bertenang dalam masa yang singkat, dia kena tunggu sehingga tenang dahulu, orang yang mengalami kemarahan yang melampau biasanya ada pemikiran atau pendapat yang tidak rasional. Dari perspektif Islam, dalam Islam, kemarahan dianggap sebagai tanda. Bila menghadapi situasi yang menyebabkan anda marah, langkah-langkah berikut boleh dijadikan panduan: langkah pertama mengakui hakikat bahawa anda berada dalam keadaan marah. Langkah kedua iaitu menilai sama ada situasi ini sesuai untuk anda meluahkan kemarahan atau tidak. Langkah ketiga, sekiranya anda berasa sesuai untuk meluahkan kemarahan tersebut, nilaikan adakah anda perlu menggunakan pendekatan secara langsung atau tidak langsung. Langkah seterusnya, setelah anda bertindak, imbas kembali apa yang telah anda alami dan tindakan anda untuk tujuan membaiki diri.
Selepas itu, topik yang seterusnya ialah Teori Aras Adaptasi, Menurut teori ini, tindakan kita terhadap rangsangan adalah berdasarkan tahap penyesuaian kita yang sedia ada. Tahap adaptasi adalah satu titik neutral, oleh sebab itu, hanya perkara yang berlaku melebihi titik itu baru akan menggembirakan kami. Contohnya, seseorang yang mempunyai tubuh badan yang sihat, mempunyai gaji yang tinggi dan mempunyai keputusan yang baik tidak akan gembira melainkan jika hidupnya bertambah baik lagi. Hal ini dapat dilihat dengan jelas sekali dalam kalangan pelajar perubatan. Ini adalah disebabkan oleh aras adaptasi yang tidak sama antara golongan pelajar.
Akhir sekali, pensyarah juga memperkenalkan teori Solomon kepada kita. Ia dinamakan 'Solomon Opponent Process Theory', dikeluarkan oleh Richard Solomon pada tahun 1980. Berdasarkan teori tersebut, seseorang individu boleh didedahkan ke arah titik neutral dalam jangka masa panjang dan juga dalam jangka masa yang pendek. Teori itu juga menyatakan bahawa setiap emosi manusia boleh menyebabkan emosi yang bertentangan dengannya berlaku. Ia adalah berdasarkan dua peringkat. Peringkat pertama ialah seseorang itu akan menghadapi emosi, sama ada positif atau pun negative. Di samping itu, pada peringkat yang kedua pula, emosi yang bertentangan dengan emosi di peringkat pertama berlaku. Contohnya, seseorang individu akan berasa bosan semasa membaca buku teks yang tebal apabila belajar dan individu tersebut akan menghargai segala yang telah diperlajarinya pada masa depan kerana segala ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Pada kesimpulannya, kuliah minggu ini amat bermanfaat kerana kita diajar untuk mengawal emosi negatif. Kita dapatlah membuat keputusan dengan rasional dan bertindak secara cermat dan teliti tanpa menyesali jika kita dapat mengawal emosi, bukannya kita sendiri dikawal oleh emosi negatif. Akhir sekali, saya berharap untuk menimba lebih banyak ilmu dalam kuliah yang seterusnya.
No comments:
Post a Comment