Tuesday, August 9, 2011

A131273 Nurul Sakinah Binti Anuar LJ02 Emosi Positif

          Assalamualaikum, hye dan selamat sejahtera kepada semua. Alahamdulillah, ini merupakan entri jurnal yang kedua saya setelah menghadiri kuliah ZT pada 3 Ogos 2011. Kuliah pada kali ini adalah tentang Izard's Innate Facial Expression dan juga Emosi Positif.

          Pada kali ini, daripada kuliah yang bertajuk Izard's Innate Facial Expression ini, saya mempelajari bahawa emosi itu adalah 'innate' di mana pembelajaran mempunyai sedikit impak kepada emosi itu. Ini dapat dibuktikan dengan Newborn's 'born to smile' studies dan Cross-cultural studies. Dalam Newborn's 'born to smile' studies, saya mendapati bahawa seseorang bayi itu mempunyai emosi sejak lahir lagi, marah dan terkejut pada usia tiga atau empat bulan, puas pada usia satu tahun, dan bersalah pada usia 2 tahun. Ada yang mengatakan bahawa apabila bayi senyum, ia tidak semestinya membawa maksud bahawa bayi itu gembira, tetapi ini tidak dibuktikan lagi.

Kemudian, Cross-cultural studies, saya mempelajari emosi itu bukan sepenuhnya 'innate' tetapi ia juga dipengaruhi oleh budaya dan sekitar.  Scherer & Wallbott (1994) meneliti kajian-kajian meliputi 37 negara dan 5 benua dan mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil. Perkara yang berbeza adalah bagaimana emosi itu dialami dan dikawal, bukan pada bagaimana emosi itu dizahirkan. Daripada ini juga saya mendapati bahawa proses kognitif adalah berbeza antara satu manusia dengan yang lain. Ini juga dikenali dengan persepsi. Sebagai contoh, saya berasa bahawa peperiksaan itu menyeronokkan tetapi sesetengah orang berfikiran bahwa peperiksaan itu adalah sesuatu yang menakutkan. Akhir sekali, semua emosi ini mesti dipelajari.

Beralih kepada topic kedua iaitu Emosi Positif yakni gembira, bahagia dan kasih. Tajuk ini adalah yang paling saya gemari dan saya yakin pelajar lain juga berfikiran begitu.  Gembira. Ia adalah satu emosi diiringi dengan perasaan suka, kepuasan, dan kesenangan. Ini adalah erti gembira daripada tokoh-tokoh tersohor. Aristotle berkata 'happiness is successful pursuit of pleasure'. Plato pula berpendapat  'source of happiness is virtuous life. Epicurean pula 'happiness is by maximizing pleasure and minimizing pain.  Mills 'happiness is the appropriateness of all behavior'.

Bagi pendapat saya pula, gembira itu bermaksud emosi yang positif diulit rasa suka, kesenangan, kelapangan hati, dan penuh dengan senyuman dan juga tawa. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, kegembiraan adalah berbeza antara satu Negara dengan yang lain. Menurut kajian, North America, Australia dan Europe adalah Negara yang mempunyai penduduk paling gembira. Saya pun terfikir, bagaimana hal ini berlaku. Apa sebenarnya yang menyebabkan semua ini. Saya berharap dapat berkunjung ke negara tersebut untuk melihat sejauh mana kegembiraan yang digambarkan ini.

Saya mempelajari bahawa orang yang dapat menyesuaikan diri di tempat baru adalah lebih bahagia. Hal ini terbukti apabila saya melihat rakan saya yang telah melanjutkan pelajaran ke United States. Saya melihat gambar-gambarnya  di facebook, dia kelihatan sangat gembira bersama rakan-rakan baru dan di tempat baru. Ini kerana dia pandai membawa diri dan menyesuaikan dir dengan persekitaran sekeliling. Hal ini sangat penting.  Saya juga mempelajari bahawa gembira itu mempunyai 2 komponen iaitu :

-Long term affective states

-Short term affective states

 

Long term affective states adalah dalam jangka masa panjang dan ia adalah stabil daripada kita masih kecil hingga kini. Short term affective states pula adalah dalam jangka masa pendek. Ia berdasarkan kejadian yang baru sahaja berlaku dalam hidup kita. Kegembiraan dan kebahagiaan adalah gabungan kedua-dua komponen ini.

 

           Selain itu, saya juga pelajari daripada kuliah bahawa hubugan kita dengan ibubapa kita semasa kecil adalah sangat penting dan menentukan keselesaan dan kegembiraan kita bersama ibubaa kita dalam masa akan datang. Ia boleh merubah kebahagiaan seseorang itu. Perkara yang menarik perhatian saya adalah peratusan mengikut perkara yang paling membahagiakan atau dikenali juga sebagai positive life events. Perkara yang paling membahagiakan adalah apabila seseorang itu jatuh cinta (78%). Kedua adalah lulus peperiksaan (75.5%), ketiga sembuh daripada penyakit (72.1%)dan seterusnya. Perkara ini saya setuju. Yang terakhir adalah mendapat pekerjaan dengan peratusan 56%. Satu lagi fakta menarik yang didapati daripada kajian yang telah dijalankan adalah perkahwinan membawa lebih kebahagiaan. Orang yang telah berkahwin adalah lebih bahagia dariapada orang yang masih bujang. Info tambahan yang saya pelajari daripada subjek Perubatan dan Masyarakat adalah orang yang sudah berkahwin lebih terjamin kesihatan daripada orang yang masih bujang. Pada pendapat saya, hal ini adalah kerana apabila sudah berkahwin, ada orang yang akan menjaga dan mengambil berat tentang kita setiap hari iaitu suami atau isteri kita.

 

          Terdapat satu slideshow dalam kuliah yang bertanya, yang manakah yang benar, perkahwinan menyebabkan orang bahagia atau orang yang bahagia menyebabkan perkahwinan itu bahagia. Pada pendapat saya, kedua-duanya adalah benar tetapi yang paling tepat adalah orang yang bahagia menyebabkan perkahwinan itu bahagia. Ini adalah kerana, jika orang itu tidak bahagia, masakan perkahwinan itu akan bahagia? Jadi orang yang berkahwin itu sendiri perlu bahagia. Perkara lain yang menyumbang kepada kebahagiaan adalah kesihatan, persahabtan, kerja dan juga rekreasi. Faktor penghayatan agama juga adalah amat penting. Bagi saya, orang yang tidak ada pegangan agama adalah orang yang tidak mempunyai hala tuju dalam hidup, Jadi, tidak ada apa yang ingin dikecapi dan tidak ada tempat untuk mengadu dan bergantung. Orang yang beragama adalah lebih bahagia dan mengalami kurang tekanan.

 

          Selain daripada itu, saya juga telah mendapat ilmu tentang kasih sayang. Apabila terdengar sahaja kasih sayang, semua orang pasti terbayang perasaan suka ataupun terbayang pasangan kekasih masing-masing. Tetapi sebenarnya kasih sayang lebih daripada itu. Ia lebih daripada perasaan suka. Suka diiringi bersama akrab, percaya dan mengambil berat. Terdapat tiga factor berkaitan kasih sayang iaitu commitment, intimacy dan passion. Perkara yang membawa kepada terjalin hubungan kasih saying antara dua manusia adalah tarikan interpersonal. Hal ini mempunyai hubungkait antara budaya dan jantina (Hatfield dan Ratson 1993). Hubungan tidak akan terjalin sekiranya tiada pihak yang ingin memulakan dan tidak ada kemahiran komunikasi dan social yang cukup. Terdapat satu proses yang dipanggil social penetration dimana perasaan suka boleh membawa kepada keakraban dan. Social penetration ini berkait rapat dengan breadth dan depth. Ini bermaksud sejauh mana seseorang itu tahu dan berkongsi segala perkara bersama dan sejauh mana hidup seseorang itu terkesan dengan hubungan itu. Para pengkaji telah mengatakan bahawa kebahagiaan itu terdapat dua cara komplimen iaitu anggapan bahawa hidupnya cukup memuaskan hati dan kedua adalah dominen perasaan positif berbanding perasaan negative. Orang yang bahagia kurang membuat kerosakan, kurang sakit, lebih rajin untuk menolong, kreatif, energetic, mudah memberi kemaafan dan lebih dipercayai. Akhir sekali, adakah wang ringgit dapat member kebahagiaan kepada seseorang. Pada pendapat saya, tidak, kerana apa gunanya duit yang banyak tetapi hati tidak tenang dan ramai yang membenci. Tambahan pula, kekayaan tidak dapat membeli kebahagiaan seseorang kerana hati tidak dipenuhi kehendak sebenarnya.

 

 

 

No comments:

Post a Comment