Tuesday, August 9, 2011

Mohd Shahrul Faiz Bin Roslee A132110 "Perasaan"

Salam sejahtera kepada Dr. Zamri dan rakan seperjuangan sekalian. Pada hari Rabu, 8 Ogos yang lepas, kuliah telah dibahagikan kepada dua sesi. Sesi yang pertama ialah kuliah mengenai Izard's Innate Facial Expression dan yang kedua ialah mengenai Emosi Positif. Melalui sesi kuliah yang kuliah ini, saya telah mempelajari bahawa mekanisme saraf untuk expresi wajah dan persepsi expresi wajah adalah bersifat semulajadi. Menurutnya, emosi adalah bersifat natural dan semulajadi. Pembelajaran hanya member impak yang kecil kepada pengalaman emosi pada diri kita.  Hal ini telah dibuktikan dengan kaji selidik yang expresi emosi bayi yang baru dlahirkan dan kaji selidik persilangan budaya mengenai ekspresi wajah. Berdasarkan kaji selidik tentang expresi emosi bayi itu, terdapat expresi emosi pada saat bayi dilahirkan, emosi marah dan terkejut pada umur tiga hingga empat bulan, emosi wajah malu dan takut pada umur lima hingga enam bulan, emosi muka "satistied" pada umur satu tahun dan emosi bersalah pada awal mencecah dua tahun. Berdasarkan kaji selidik persilangan budaya yang telah dijalankan oleh Ekman, ia mendapati bahawa beliau telah menemui kadar persetujuan yang tinggi dalam lima budaya yang berbeza. Scherer & Wallbott (1994) meneliti kajian-kajian meliputi 37 negara dan 5 benua dan mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil.. Ekman lagi telah menyatakan bahawa expresi emosi tidak tidak bersifat semula jadi secara keseluruhannya dan ia dipengaruhi oleh penerapan pengalaman budaya dalam diri.

Seterusnya, kami telah diajar tentang peranan pengalaman dan pembelajaran dalam expresi emosi seseorang melalui sudut pandangan biologikal dan teori pembelajaran. Melalui sudut biologikal, pembelajaran hanya mempengaruhi sedikit sahaja dalam expresi emosi. Menurut Plutchick, emosi merupakan expresi langsung dari potensi genetik seseorang dan melalui pembelajaran ia mengubah emosi tersebut. Menurut Izard pula, setiap emosi akan menyedarkan bayi tersebut kepada ciri-ciri emosi itu, dan ia membantu proses pembelajaran emosi tersebut. Emosi muncul dalam tempoh beberapa bulan yang pertama selepas dilahirkan dan ia mempengaruhi tingkah laku bayi tersebut. Emosi semula jadi akan menjadi satu personaliti melalui pengalaman dan pembelajaran. Dalam konteks ini, "activators" atau penggerak adalah situasi yang menyebabkan suatu emosi itu ditonjolkan. Sebagai contoh, emosi takut ditonjolkan disebabkan oleh pelbagai penggerak oleh orang yang berbeza. Antaranya ialah keadaan gelap, cacing, kucing dan sebagainya. Proses kognitif berbeza bagi setiap manusia. Contohnya, kita menganggap latihan yang banyak sangat membebankan tetapi pada orang lain, ia dianggap sebagai salah satu langkah untuk latih tubi untuk diri. Berdasarkan sudut teori pembelajaran pula, semua emosi adalah sesuatu yang dipelajari. Menurut kajian oleh Miller, perasaan takut tidak mempunyai asas biologi yang tersendiri. Berdasarkan kajian Albert pula, manusia juga memiliki perasaan takut melalui proses pembelajaran. Perasaan takut itu dipelajari tetapi manusia secara genetik lebih bersedia untuk takut kepada objek berbanding yang lain. Pada pendapat saya, emosi itu diperoleh melalui pembelajaran. Sebagai contoh, dari kecil lagi kita sudah ditakutkan dengan hantu oleh ibu bapa kita dengan bertujuan agar kita tidak berani keluar pada waktu malam. Minda kita sudah ditetapkan untuk berasa takut dengan hantu.

Pada sesi kuliah yang kedua pula, kami telah mempelajari topik bertajuk Emosi Positif. Kebahagiaan adalah emosi atau keadaan afektif yang yang mengandungi cirri-ciri perasaan seperti  kepuasaan, keseronokan dan kegembiraan. Ini mencerminkan kepentingan sejagat manusia yang meletakkan sesuatu itu sebagai kebahagiaan. Dari sudut falsafah, Aristotle menyatakan bahawa kebahagiaan adalah mencapai kejayaan yang dihajati. Plato berpendapat  bahawa sumber kegembiraan dan kebahagiaan ialah kehidupan yang baik, Epicurean pula menyatakan kebahagiaan dikecapi dengan memaksimumkan keseronokan dan kegembiraan serta meminimakan penderitaan atau kesakitan. Mills pula berpendapat kebahagiaan adalah kesesuaian dalam setiap tingkah laku kita. Pada pendapat saya, berjaya mengecapi setiap yang dihajati serta mampu membuatka setiap orang disekeliling gembira dengan kita adalah merupakan kebahagiaan pada diri saya. Setiap tingkah laku dan perbuatan kita sering dipengaruhi oleh unsur-unsur luar seperti orang disekeling kita. Dengan membuatkan mereka gembira dengan diri kita dan setiap perkara yang kita lakukan atau kita capai, ia akan memberi kebahagiaan pada diri saya.Berdasarkan kajian "cross-sectional" yang telah dijalankan oleh Veenhoven pada tahun 1995, ia menunjukkan kebahagiaan itu berbeza mengikut negara. Di samping itu, Ada yang berpendapat orang yang pandai menyesuaikan diri merupakan orang yang lebih bahagia. Orang yang mempunyai tahap penyesuaian yang lebih tinggi lebih baik dalam penyelesaian masalah. 1993, Rim berpendapat bahawa mereka yang sangat mahir dan efektif dalam menyelesaikan masalah merupakan orang yang lebih cenderung untuk menjadikan mereka lebih bahagia. Berdasarkan Kozma et al 1992, terdapat dua komponen utama dalam keadaan afektif iaitu jangka masa pendek seperti berjaya dalam peperiksaan dan jangka masa panjang seperti sentiasa mendapat dorongan daripada keluarga dari kecil sehingga sekarang. Freud menyatakan bahawa hubungan dengan keluarga merupakan penentu yang penting dalam penyesuaian diri dan kebahgaiaan pada masa kelak. Vanfossen,1981 berpendapat bahawa kedua-dua lelaki dan wanita memperolehi kebahagiaan melalui perkahwinan. Orang yang berkahwin lebih bahagia berbanding orang yang hidup bujang. Menurut Argyle 1987, faktor-faktor lain yang mempengaruhi kebahagiaan seseorang termasuklah kesihatan, persahabatan, kerja, rekseasi dan penghayatan agama. Orang yang mempunyai penghayatan agama yang lebih tinggi dan mendalam lebih bahagia dan kurang tekanan hidup.

Selain itu, perasaan kasih sayang juga telah diajar dalam topik ini. Kasih saying bukan hanya perasaan suka terhadap seseorang yang sangat kuat. Ia juga dipengaruhi oleh rasa mengambil berat antara satu sama lain, kepercayaan dan perasaan intim. Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi kasih sayang iaitu  faktor keintiman, komitmen dan perasaan suka atau minat yang mendalam. Dalam hubungan percintaan, tarikan antara satu sama lain ialah proses yang membawa kepada percintaan dua insan. Tarikan antara satu sama lain dalam hubungan percintaan tidak akan bermula melainkan jika seseorang yang memulakan sesebuah perhubungan dan mempunyai kemahiran sosial yang cukup untuk memulakan sesebuah perhubungan dan mengekalkannya dalam apa-apa cara jua sekalipun.

Kedua-dua perasaan suka dan keberahian awal boleh menjurus ke arah keakraban dan keintiman yang lebih tinggi melalui proses Social Penetration. Pada pendapat saya, cinta itu adalah sesuatu yang sangat subjektif. Orang  lain tidak boleh dan tidak layak menilai bagaimana perasaan cinta terhadap sesorang itu. Benarlah kata orang bahawa cinta itu buta kerana cinta tidak kenal paras rupa dan wajah seseorang. Cinta adalah satu perasaan kasih sayang yang suci lahir dari hati. Cinta membuatkan kita merasa sayang dan disayangi oleh insan lain. Sekian sahaja coretan saya untuk jurnal kali ini. Terima kasih . J

No comments:

Post a Comment