Tuesday, August 9, 2011

A131540 Prasana Thiruchelvam LJ02 Your Happiness is Mine Too =D

Selamat sejahtera. Pada kali ini, jurnal saya adalah tentang sesi kuliah ZT2253 Pengurusan Emosi pada hari Rabu yang lepas, bertarikh 3hb Ogos 2011. Seperti kuliah yang sebelumnya, Dr. Zamri telah memaparkan sebuah lagi tayangan video klip bertajuk 'Not to Cry' yang juga berkaitan dengan tajuk pembelajaran kita iaitu, Pengurusan Emosi. Juga pada hari itu, kami telah menghadapi satu kuiz Pengurusan Emosi secara mengejut. Namun begitu, kuiz ini telah membuka minda saya lebih lagi untuk menghadapi cabaran dalam pengurusan emosi pada masa akan datang. Saya pasti bahawa pembelajaran melalui kuliah sahaja tidak memadai tetapi aktiviti- aktiviti bertemakan topic pembelajaran amatlah perlu untuk pembelajaran yang efektif.
Seterusnya, sewaktu kuliah pada minggu lepas, kami telah diperkenalkan dengan 'Izzard's Theory' atau 'Izzard's Innate Facial Expression', 'Teori Pembelajaran dan Pengalaman' dan akhirnya kami juga telah didedahkan tentang emosi positif yang merangkumi perasaan gembira, cinta, bahagia, kasih dan saying.
Tajuk kuliah yang pertama pada hari itu ialah tentang 'Izzard's Innate Facial Expression' yang sebenarnya merupakan sambungan daripada kuliah yang lepas bertarikh 27 hb Julai 2011. Teori ini mengatakan bahawa, ekspresi yang ditunjukkan pada muka seseorang dan persepsi emosi tersebut adalah innate. Teori ini berkait rapat dengan perkataan innate kerana perkataan ini dalam Bahasa Inggeris bermaksud bayi. Tetapi, mengapa teori ini dikaitkan dengan bayi? Misalnya, apabila kita meilhat bayi senyum dan ketawa, kita menganggap bahawa bayi itu rasa gembira dan bahagia, walaupun ekpresi tersebut berlaku secara automatic atau semula jadi dan tidak perlu diajar. Oleh yang demikian, 'Izzard's Innate Facial Expression' mengatakan bahawa mekanisme neural bagi ekpresi pada muka seseorang dan kemudian persepsinya adalah secara semulajadi. Teori Izzard ini telah disokong oleh keputusan beberapa kajian berbentuk 'cross-cultural' yang dikaji oleh beliau di beberapa buah negara seperti di United States, Chile, Argentina dan Japan. Kajian ini telah dilakukan secara cross- cultural dimana subjek- subjek untuk dikaji dipilah secara rawak dan ditunjukkan beberapa keping gambar yang memaparkan pelbagai emosi yang diekspres pada muka dan seterunya subjek-subjek tersebut dikehendaki teka emosi yang diekspres pada raut wajah dalam gambar yang diberikan. Sebagai contohnya, rasa gembira, takut, sedih, terperanjat, malu dan sebagainya. Kuiz yang diberi oleh Dr. Zamri pada minggu lepas juga agak sama dengan cara kajian ini dimana dalam Bahagian A yang merangkumi 10 soalan, beberapa gambar yang memaparkan pelbagai raut wajah yang menunjukkan pelbagai emosi dan pelajar sekalian dikehendaki meneka emosi yang dipaparkan itu. Keputusan akhir kajian yang dilakukan oleh Izzard menunjukkan consensus yang tinggi daripada kajian yang dilakukan atas lima kumpulan budaya yang amat berlainan.
Namun begitu, melalui lagi kajian yang dilakukan oleh Paul Ekman, keputusannya amat berkontra dengan teori Izzard. Ekman menyokong bahawa semua mimik muka dengan emosi tetapi ekspresi muka tersebut tidaklah 100 % innate atau bukanlah kesemuanya semula jadi. Hal ini kerana, ekspresi emosi boleh dipengaruhi dengan pengalaman dari segi budaya. Selain daripada itu, pada tahun 1994, Schere & Wallbott pula telah meneliti kajian-kajian meliputi 37 negara dan 5 benua dan berjaya mengesahkan bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil dan dibezakan antara seseorang dengan seorang yang lain melalui pengawalan emosi.
Selepas berbincang tentang pelbagai teori yang dikemukakan tentang emosi seseorang itu, kami telah didedahkan kepada satu lagi teori yang agak menarik iaitu, teori pembelajaran dan pengalaman. Teori ini membezakan dengan terangnya antara teori dari segi biologi dan teori dari segi pembelajaran (learning).
Perkara yang dikemukan melalui teori dari segi biologi ialah pengawalan ekspresi emosi itu iaitu berkait rapat dengan pengurusan emosi boleh dipelajari, namun demikian, emosi itu sendiri tidak boleh dipelajari dan proses kognitif juga amat berbeza antara individu. Menurut Plutchik, pembelajaran hanya akan mempengaruhi keberangkalian ekspresi sesuatu emosi.
Teori pembelajaran pula mengatakan bahawa emosi adalah sesuatu yang harus dipelajari. Misalnya, sesuatu emosi itu boleh dipelajari tetapi melalui pengaruh genetik. Kajian- kajian yang berkaitan adalah Miller's study dan Albert's study.
Kuliah pada hari itu juga diteruskan dengan satu lagi topik yang menarik iaitu emosi positif yang merangkumi tiga jenis iaitu, gembira, bahagia dan kasih. Kegembiraan sebenarnya adalah sesuatu yang memberi keseronokkan, kesenangan dan kepuasan. Terdapat beberapa falsafah berkaitan kegembiraan daripada ahli- ahli falsafah yang terkemuka di seluruh dunia, Aristotle, Plato, Epicurean dan Mills.
Pertama sekali, merupakan teori kegembiraan oleh Aristotle di mana beliau berpendapat bahawa kegembiraan itu datang hasil daripada kejayaan seseorang dalam mengejar kesenangan. Kedua, teori kegembiraan Plato pula yang mengatakan sumber kegembiraan adalah daripada nilai- nilai baik yang diamalkan dalam kehidupan. Seterusnya, teori daripada Epicurean yang berpendapat bahawa kegembiraan hanya dicapai jikalau kesenangan hidup ditingkatkan dan kesakitan hidup dikurangkan. Dan yang akhir sekali, teori kegembiraan Mills yang mengatakan bahawa kesederhanaan dalam semua aspek kehidupan mampu membawa kegembiraan.
Faktor- faktor yang mempengaruhi ekspresi emosi diklasifikasikan kepada dua aspek menurut Kozma, iaitu pengaruh jangka pendek dan jangka panjang. Pengaruh jangka pendek adalah berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam tempoh terdekat dalam kehidupan seseorang itu manakala pengaruh jangka panjang pula adalah hasil daripada pembelajaran emosi secara berterusan dan secara stabil. Terdapat juga satu model yang menggabungkan kedua-dua elemen tersebut yang dikenali sebagai model 'addictive' .
Pada pandangan saya, kegembiraan merangkumi keempat- empat teori yang telah dinyatakan di atas, iaitu hasil Aristotle, Plato, Epicurean dan akhirnya Mills. Segala nilai murni yang dipraktikkan di hidup kita serta kesederhanaan dalam semua aspek kehidupan akan menghasilkan dan meningkatkan kesenangan hidup dan seterusnya mengurangkan kesakitan hidup kita.
Saya juga telah melampirkan salah satu petikan daripada buku 'The Philosophy of Happiness', iaitu:
 
'The cry of the flesh is not to be hungry, not to be thirsty,
not to be cold. Someone who is not in any of these states, and
has good hope of remaining so, could rival even Zeus in
happiness'                                                                                                         (Long & Sedley, 1987, 21G)
Petikan di atas adalah yang paling saya minati melalui pembacaan saya dalam buku 'The Philosophy of Happiness' tersebut dan petikan tersebut bermaksud, seruan diri kita bukanlah sekadar memenuhi segala keinginan hati dan minda kita demi mencapai kejayaan.
Secara kesimpulannya, kegembiraan seseorang itu amatlah penting kerana faktor itulah yang akan menentukan perasaan dan emosi orang lain di sekitar individu tersebut terhadapnya juga. Melalui pembelajaran sewaktu kuliah pada hari Rabu yang lepas, saya telah mengerti maksud sebenarnya kegembiraan dan setuju bahawa ekspresi muka bukanlah sekadar innate sahaja tetapi boleh dipelajari melalui pengalaman sepanjang hidup kita.
rujukan: http://charleskenny.blogs.com/weblog/files/kenny_chapter_1.pdf

No comments:

Post a Comment