A131759 KOH CHOOI LIN LJ02 Selamat sejahtera saya megucapkan kepada Pengurus Emosi Subjek ZZZT2253 yang dihormati, Dr. Zamri. Salam Satu Malaysia. Pada hari 3 Ogos 2011, pukul 2 sehingga pukul 5 petang, saya bersama 200 pelajar perubatan yang lain telah menghadiri kelas pengurusan emosi yang kedua di DK1, Kampus Kuala Lumpur, UKM. Dr.Zamri memulakan kelas dengan memberi komen tentang jurnal yang dihantar pada minggu lepas. Izard's Innate facial expression adalah mechanism saraf untuk ekspresi air muka dan perception of expressions are innate. Pembelajaran mempunyai minor kesan atas pengalaman emosi. Sejurus dilahirkan, kita sudah dapat menunjukkan emosi. Kejutan dan kemarahan pada 3 dan Ekman melalukan study di US, Brazil, Chile, Argentina dan Jepun. Beliau menunjuikkan photos dan responden diminta untuk mengenalpasti emosi pada photo tersebut. Kesimpulannya, siasatan ini membuktikan bahawa kebudayaan dan latar belakang mempengaruhi ekspresi emosi seseorang itu. Beliao juga menyokong keseragaman mimik muka dengan emosi. Wajah gembira lebih dikenalpasti secara global. Pembelajaran memainkan role yang kecil dalam emosi. Kata Izard, setiap emosi merangsangkan seseorang bayi ke sesebuah characteristic alam yang specific. dan membantu dalam pembelajaran. peka terhadap perkara sekeliling. Emosi seperti takut tercungkil daripada punca yang berbeza untuk setiap individu. Proses kognitif berbeza dari seorang ke seorang. Umpamanya, dalam persediaan untuk Program-Based Learning (PBL), saya dimotivasikan untuk melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu perubatan berkenaan supaya dapat berkongsi dengan rakan-rakan serta fasilitator kumpulan. Sementelahan itu, saya dapat memperoleh info extra melalui cara pembelajaran sendiri. Saya turut mendapati sumber-sumber perubatan yang berguna untuk kelas kuliah sepanjang persediaan PBL. Namun, beberapa orang kawan saya kurang bermotivasi untuk menyiapkan kerja PBL kerana ianya telah mengganggu pembelajaran kuliah mereka. Mereka dapat belajar secara lebih efisien dengan mengikuti sukatan pembelajaran dan membaca info yang diberi oleh pensyarah. Melalui Learning Theory, segala emosi adalah hasil daripada pembelajaran. Mengikut Mille's study, perasaan takut tidak mempunyai asas biologi. Pada pertengahan kelas, Dr. Zamri mengambil keputusan untuk menguji kefahaman kami dalam kuliah. Pertama, kami diminta supaya mengenalpasti beberapa ekspresi muka yang berbeza, termasuk perasaan gembira, perasaan takut, perasaan terperanjat, perasaan jinjik dan lain-lain. Quiz ini dilakukan secara berinteraksi. Seterusnya, kami menjawab 20 soalan quiz mengenai pengetahuan kelas yang pertama mengikut kumpulan. Kami digalakkan supaya berbincang dan mencatatkan dua set jawapaan pada dua helaian kertas yang berbeza. Ketika Dr.Zamri me ngumumkan jawapan quiz, para pelajar teruja-uja mengetahui tentang keputusan. Kami dimotivasikan supaya mengulang kaji agar dapat skor yang cemerlang. Pada masa yang sama, kami dapat mengetahui kesalahan diri dalam pembelajaran pengurusan emosi di samping memperbaiki kelemahan diri. Sejurusnya, kami memasuki topik Kebahagiaan. Kebahagiaan atau kegembiraan adalah suatu keadaan pikiran atau perasaan yang ditandai dengan kesenangan, cinta, kepuasan, kenikmatan, atau kegembiraan. Berbagai pendekatan filsafat, agama, psikologi , dan biologi telah dilakukan untuk mendefinisikan kebahagiaan dan menentukan sumbernya. Melalui kelas ini, kami mendapati bahawa kebahagiaan merupakan suatu suasana emosi yang tenang, gembira dan puas. Dalam tangan yang lain, kebanyakan manusia berpendapatan kebahagiaan bergantung kepada material yang dimiliki dan status yang dipegang. Kita mengejar kehidupan yang selesa, kejayaan yang dicemburui ramai dan anak-anak yang sempurna. Kita menyangkakan bahawa itu kebahagiaan. Namunnya tidak. Kebahagiaan adalah kesyukuran tentang apa yang dimiliki. Sekiranya seseorang mendapat seluruh dunia pun, tanpa kesyukuran, dia tetap tidak mampu dapat kebahagiaan. Orang yang dapat sesuaikan diri adalah lebih bahagia, orang yang bahagia adalah lebih pandai dalam menyesuaikan diri. Orang yang tahap penyesuaiannya lebih tinggi adalah lebih baik dalam mengatasi masalah. Berdasarkan Rim 1993, mereka yang ada strategi koping yang efektif menjadikan mereka lebih gembira. Mengikut Freud, hubungan kita dengan ibu bapa adalah penting dalam menentukan kebahagiaan dan sejauh mana kita dapat menyesuaikan diri. Ini kerana kaki ibu bapa syurgaku, dan watak ibu bapa adalah penting dalam sesebuah institusi keluarga, manakala keluarga yang sempurna asas kepada kebahagiaan seseorang individu. Sekiranya seseorang dapat menyesuaikan diri dengan persekitarannya, masalah dan kerisauan yang dihadapi akan berkurangan. Kata Aristotle, kegembiraan adalah kejayaan dalam pengejaran keseronokan. Mengikut Plato pula, sumber kegembiraan adalah kehidupan yang mulia. Epicurean berpendapat bahawa kebahagiaan diperoleh dengan memaksimumkan keseronokan dan meminimumkan kesengseraan. Mills kata, kegembiraan ialah segala tingkah laku yang betul. Terdapatnya suatu perkataan dalam skrin kuliah, iaitu "Senyuman tanda gembira". Senyuman tanda gembira, sepatutnya. Semakin kita membesar, semakin sukarnya kita menemui kegembiraan yang sebenar. Walaupun kita tetap senyum, namun kini, kebanyakan senyuman kita terpapar untuk tujuan menyenangkan orang lain dan menunjukkan kemesraan. Urbanisasi, kemajuan dan pembangunan telah membawa keselesaan material dan penghormatan. Namun, kita kekurangan kesyukuran dan kegembiraan. Untuk mendapatkan sesuatu, kita perlu mengorbankan benda yang lain. Saya ingin mengorbankan keselesaan diri untuk mendapatkan senyuman benar daripada orang lain. Jadi, saya ingin menjadi seorang doktor. Lelaki dan perempuan sedikit-sebanyak mendapat kegembiraan daripada perkahwinan. Secara keseluruhannya, individu yang telah berkahwin adalah lebih gembira daripada bujang. Namun, adakah perkahwinan mengakibatkan kegembiraan atau individu yang berfikir positik membuat perkahwinan yang gembira? Pada pendapat saya, kedua-dua faktor ini adalah penting. Umpama persoalan "kedatangan telur dan ayam", satu faktor tidak wujud tanpa faktor yang lain. Secara analoginya, ini merupakan 'positive feedback' yang dipelajari dalam pembelajaran perubatan. Faktor kegembiraan juga termasuk kesihatan, persahabatan, kerja dan rekreasi. Penghayatan agama juga antara faktor yang penting sekali. Telah dibuktikan bahawa penghayatan agama dan kegembiraan adalah berkenaan. Penghayatan agama yang kuat menurunkan risiko kemurungan dan penyalahgunaan dadah di samping menurunkan bilangan kes bunuh diri. Pada masa yang sama, masyarakat yang lebih kuat pegangan agamanya lebih berpuas hati terhadap kehidupan dan lebih tingginya rasa kesejahteraan. Selain daripada itu, agama merupakan penyumbang positif kepada kesihatan mental. Ia mempunyai hubungan mandap dengan pelarasan psikologi, aktualisasi diri dan rasa selamat serta penerimaan dalam sesuatu masyarakat. Kasih sayang bukan setakat menyukai seseorang. Ia dikaitkan dengan kualiti-kualiti seperti ikatan yang erat, perihatin dan kepercayaan. Faktor yang berkaitan dengan kasih saying ialah commitment, intimacy dan passion. Proses yang menyebabkan dua orang jatuh cinta ialah interpersonal attraction. Faktor tersebut adalah serupa tanpa mengira budaya dan gender. Kasih sayang adalah asas kepada pembinaan hidup yang bahagia. Kasih sayang boleh dilihat pada setiap orang yang mempunyai nilai simpati, Penembusan social adalah sempadan antara perasaan suka dengan perasaan cinta. Penembusan social boleh dikaji dari segi keluasan dan kedalamannya. Keluasan menerangkan jumlah kebezaan kehidupan dan personality pasangan. Kedalaman bererti tahap di mana pasangan tersebut memahami dan berkongsi kehidupan antara satu sama lain, seperti ketakutan, kebimbangan, ketidakpastian, harapan dan sebagainya. Kesimpulannya, emosi positif amat penting untuk kita praktikkan supaya kehidupan menjadi lebih bermakna. Dengan sikap mental positif, kita akan lebih siap menghadapi cabaran. Kita boleh menjadi lebih positif dengan seberapa langkah, persisnya memasukkan hiburan dalam jadual harian, menggalakkan diri supaya menjadi kuat dan mantap, berkongsi rezeki dengan orang lain, memberi apresiasi kepada orang lain dan sebagainya. |
Tuesday, August 9, 2011
A131759 KOH CHOOI LIN LJ02
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment