Kegembiraan lahir dari satu perasaan bahagia yg hadir dalam diri. Setiap manusia mempunyai cara yang tersendiri untuk merasa gembira. Misalnya, tahap kegembiraan seorang pembaca blog terletak pada keghairahan beliau membaca entri yang ditulis oleh orang lain manakala kegembiraan seorang penulis blog pula adalah keghairahan apabila beliau menulis blognya atau kegembiraan melihat sambutan yang menggalakkan pada entri beliau. Tetapi, ada pula sesetengah penulis blog tidak mempamerkan secara umum apa yang ingin ditulisnya. Justeru, kegembiraan pada penulis blog tersebut bukanlah pada penerimaan dan sambutan pembaca terhadap penulisannya tetapi barangkali lebih kepada keghairahan serta kepuasan yang dikecapi melalui penulisannya.
Umumnya, kita mengetahui bahawa kegembiraan merupakan tekanan yang positif dalam diri kita. Walaubagaimanapun, kita haruslah mengetahui cara-cara yang betul bagi mengendalikan tekanan positif ini agar ia dikendalikan di jalan yang betul. Kesilapan dalam menyalurkan tekanan positif ini bakal mengundang akibat yang negatif walaupun ia berasal dari tekanan yang positif. Kegembiraan merupakan sesuatu yang subjektif dan tidak dapat diukur menggunakan apa-apa skala sekalipun kerana ia bukanlah kuantiti yang boleh dihitung.
Kegembiraan juga bukanlah ditentukan oleh harta yang banyak, kereta yang besar, rumah yang besar mahupun isteri yang besar sekalipun. Kegembiraan setiap orang terletak pada sebab-sebab yang pelbagai. Misalnya, orang yang kaya sekalipun hartawan mahupun jutawan, barangkali gagal mengecap kegembiraan atau kebahagiaan yang hakiki andai rumah tangga yang dibina porak – peranda. Orang yang miskin pula bukanlah pula gagal mengecap kegembiraan andai gagal memiliki rumah yang selesa, kereta yang besar, tetapi barangkali mereka lebih gembira berbanding orang kaya yang punya segalanya. Kerana barangkali orang yang miskin memiliki kekurangan dari segi harta benda tetapi kaya dari segi kasih sayang dan perhatian. Seperti yang saya katakan sebentar tadi, tiada sebarang titik muktamad dalam menentukan sama ada seseorang itu berjaya mengecap kegembiraan hakiki atau sebaliknya.
Kajian menunjukkan negara yang berbeza memiliki peratusan kegembiraan yang berbeza. Orang Asia dikatakan mempunyai tahap kegembiraan yang lebih rendah berbanding masyarakat yang lain. Orang yang paling gembira menurut kajian dikatakan adalah orang – orang yang tinggal di kawasan Amerika Utara, Australia dan Eropah. Hal ini barangkali disebabkan oleh persekitaran, keadaan hidup yang selesa dan tahap ekonomi yang stabil. Orang yang paling bijak menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling adalah orang yang mengecap tahap kegembiraan yang tertinggi.
Terdapat dua tahap utama kegembiraan iaitu kegembiraan jangka panjang dan kegembiraan jangka pendek. Lazimnya, kegembiraan jangka panjang merupakan kegembiraan yang berterusan dari hari ke hari, dari bulan ke bulan dan dari tahun ke tahun berikutnya. Kegembiraan ini biasanya merupakan kegembiraan yang bermula dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa. Kegembiraan jangka pendek pula lazimnya merupakan kegembiraan yang lahir berikutan berlakunya sesuatu peristiwa seperti Berjaya dalam peperiksaan, memperoleh cahaya mata, berbulan madu dengan pasangan serta lain – lain peristiwa yang menggembirakan.
Menurut Freud, seorang pakar psikologi, kegembiraan bersama ibu bapa adalah hasil dari asuhan serta didikan yang diterima sejak dari kecil. Kegembiraan sewaktu kecil akan membantu penerusan kegembiraan di waktu dewasa. Menurut kajian pada tahun 1981, pasangan yang sudah berkahwin memiliki tahap kegembiraan yang lebih tinggi berbanding kegembiraan yang dimiliki oleh pasangan yang belum berkahwin. Tambahan pula, pasangan yang sudah bercerai pula memiliki tahap kegembiraan yang lebih rendah berbanding individu lelaki dan perempuan yang belum berkahwin.
Selain itu, terdapat beberapa faktior lain yang turut menyumpang kepada kegembiraan seseorang individu. Antara faktor – faktor tersebut adalah kesihatan, pekerjaan, persahabatan dan rekreasi. Tidak ketinggalan juga, faktor penghayatan agama turut memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada tahap kegembiraan atau kebahagiaan seseorang. Apabila seseorang mengingati Tuhannya, hati akan menjadi tenang dan lebih tenteram.
Menurut kajian, orang yang mempunyai pegangan agama yang kuat memiliki tahap kegembiraan yang lebih tinggi berbanding orang yang kurang menghayati agama dalam kehidupan. Buktinya, menurut bancian yang dibuat oleh the National Opinion Research Centre and the Pew Organisation, menyimpulkan bahawa orang yang berpegang kepada pegangan agama yang kuat lebih cenderung untuk melabelkan kehidupan mereka sebagai 'sangat gembira' berbanding orang yang tidak komited terhadap pegangan agama. Bukti kedua pula diperoleh melalui bancian yang dibuat terhadap 200 orang pelajar Sains Sosial. Bancian tersebut mendapati bahawa pelajar yang lebih kuat berpegang pada ajaran agama cenderung untuk tidak terlibat pada kes bunuh diri, tekanan emosi, dan penyalah gunaan dadah berbanding pelajar yang kurang kuat berpegang pada ajaran agama. Bukti ketiga pula diperoleh melalui jurnal yang diterbitkan berikutan 498 kajian. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang lebih kuat berpegang pada ajaran agama cenderung untuk memiliki tahap keyakinan diri yang tinggi, tahap masalah kesihatan yang rendah, tahap tekanan emosi yang rendah dan yang sama waktu dengannya. Bukti ke empat pula merupakan hasil kajian yang dilakukan oleh Keith Ward. Kajian ini menunjukkan pegangan agama menyumbang kepada kesihatan mental yang positif. Bukti ke lima pula adalah hasil berikutan kejadian yang dijalankan oleh 34 kajian baru – baru ini yang dihasilkan pada tahun 1990 hingga tahun 2001 yang menunjukkan bahawa pegangan agama mempunyai hubungan yang kuat dengan kawalan psikologi yang positif. Terdapat lagi bukti – bukti menerusi kajian – kajian lain yang tidak dapat sayan nyatakan di sini.
Ayuh kita berbicara soal cinta pula kerana cinta selalunya mempunyai perkaitan yang kuat dengan kegembiraan, bukan? Cinta bukanlah sekadar menyukai , tetapi cinta merupakan 'suka' yang disokong oleh rasa percaya, ambil berat dan bersampingan. Cinta adalah sebuah perasaan yang diberikan oleh Tuhan pada sepasang manusia untuk saling…. (saling mencintai, saling memiliki, saling memenuhi, saling pengertian dll). Cinta itu sendiri sama sekali tidak dapat dipaksakan, cinta hanya dapat berjalan apabila ke-2 belah pihak melakukan "saling" tersebut… cinta tidak dapat berjalan apabila mereka mementingkan diri sendiri. Karena dalam berhubungan, pasangan kita pasti menginginkan suatu perhatian lebih dan itu hanya bisa di dapat dari pengertian pasangannya.Cinta adalah memberikan kasih sayang bukannya rantai. Cinta juga tidak bisa dipaksakan dan datangnya pun kadang secara tidak di sengaja. CInta indah namun kepedihan yang ditinggalkannya kadang berlangsung lebih lama dari cinta itu sendiri. Batas cinta dan benci juga amat tipis tapi dengan cinta dunia yang kita jalani serasa lebih ringan.
Cinta merupakan anugerah yang tak ternilai harganya dan itu di berikan kepada makhluk yang paling sempurna, manusia. Cinta tidak dapat diucapkan dengan kata-kata, tidak dapat dideskripsikan dengan bahasa apapun. Cinta hanya bisa dibaca dengan bahasa cinta dan juga dengan perasaan. Cinta adalah perasaan yang universal, tak mengenal gender, usia, suku ataupun ras. Tak perduli cinta dengan sesama mansuia, dengan tumbuhan, binatang, roh halus,ataupun dengan Sang Pencipta.
No comments:
Post a Comment