Salam sejahtera. Ulasan ini merupakan usalan jurnal reflektif kedua saya selepas menghadiri kuliah Pengurusan Emosi ZZZT2253 pada 3 Ogos 2011, Rabu lepas. Kuliah kali ini dibahagikan dengan dua iaitu, sambungan kuliah tentang teory Izard's Innate Facial Expression dan Emosi Positif.
Melalui kuliah tentang Izard's Innate facial expression, saya dapat belajar struktur dan ekspresi emosi. Izard menerangkan bahawa expresi and persepsi emosi telah wujud secara semula jadi dan pembelajaran tidak menpunyai impak yang besar. Pembuktian yang dipamerkan merupakan ekpresi emosi yang dipaparkan oleh bayi-bayi. Bayi-bayi yang dilahirkan mampu senyum secara semulajadi, seolah-olahnya mereka mula senyum dalam kehidupan interuterine. Mereka juga dapat menghasilkan emosi takut dan kesedihan tanpa diajar emosi-emosi tersebut ataupun didedahkan daripada ibu bapa mereka. Hal ini lebih boleh ditunjukkan kerana bayi tidak dapat menuturkan pendapatan dan perasaan mereka yang terdapat dalam jiwa mereka dan hanya dapat menunjukkan emosi dengan gerak muka mereka. Melalui ini, saya dapat memahami teorinya dengan jelas namun terdapat persoalan bahawa kadang-kala emosi yang ditunjukkan oleh bayi tidak senonoh dengan situasi yang dialaminya. Sebagai usalan tambahana, bayi masih boleh berasa diancam dan ketakutan apabila situasi yang melucukan. Bayi akan dilatih supaya menunjukkan perasaan yang sesuai dalam situasi yang dialami. .
Selain itu, menurut kajian Scherer & Wallbott (1994) yang meliputi 37 negara dan 5 benua dan mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil. Apa yang membezakan mereka merupakan cara emosi itu dialami dan dikawal dan bukan bagaimana emosi itu dizahirkan. Perbezaan budaya and cara hidup member impak yang lebih terhadap emosi seseorang dalam demografic tersebut. Saya dapat baca satu kajian daripada "Journal of Applied Psychology" dengan tajuk "Culture moderates the self-regulation of shame and its effects on performance: The case of salespersons in the Netherlands and the Philippines" bahawa perasaan malu adalah tindak balas automatik yang tidak sukarela kegagalan peribadi yang disebabkan oleh diri sendiri. Kegagalan ini adalah berbanding dengan harapan diri sendiri. Hal ini menunjukkan bahawa malu adalah emosi sosial yang melibatkan kesedaran diri. Kajian ini mengkaji kesan malu pada jurujual di Holland yang budaya individualistik dan Filipina yang budaya kolektivistik. Mereka mendapati bahawa pengalaman buruk dengan para pelanggan mampu menyebabkan para jurujual berasa malu dalam kedua-dua budaya. Walau bagaimanapun, akibat kepada kejadian ini adalah bertentangan dalam kedua-dua budaya yang dikaji, iaitu perasaan malu akan menyebabkan jurujual Belanda untuk menarik balik dan untuk melaksanakan tugas mereka dengan teruk, kerana mereka berfikir lebih untuk mempertahankan diri. Namun begitu jurujual Filipina yang berasa malu yang sama akan menyebabkan mereka meletakkan lebih banyak usaha dalam membina hubungan dan seterusnya untuk melaksanakan tugas mereka dengan lebih dedikasi. Hal ini senonoh dengan pengalaman saya dengan emosi bangga dalam konteks budaya Malaysia dan budaya barat. Perasaan bangga digalakkan oleh orang Barat dan difikir sebagai emosi yang positif yang mampu memotivasikan diri sendiri untuk berbuat lebih baik. Sebaliknya, budaya di Malaysia, ataupun secara umumnya, di Timur, perasaan bangga dikiatkan dengan sikap yang negatif dan tidak digalakkan. Hal ini mendorongkan saya untuk berfikir untuk mencapai keseimbangan dalam kedua-dua idea ini apabila mendapatkan kejayaan supaya dapat memotivasikan diri sendiri dan pada masa yang sama tidak digelarkan sebagai orang yang sombong.
Selain itu pula, emosi boleh sebagai hasil daripada pengalaman melalui pandangan biologi dan pengalaman melalui pandangan pembelajaran. Menurut teori "Learning and Experience Theories", iaitu teori pengalaman melalui pandangan biologi, pembelajaran memainkan peranan yang minima, contohnya teori Izard, dan emosi yang dipaparkan oleh setiap individu berlainan daripada satu individu ke satu individu yang lain. Reaksi biologi yang terkandung dalam setiap individu berbeza. Contohnya, adik saya mempunyai ketakutan serangga tetapi saya tidak ada ketakutan tersebut tetapi mempunyai ketakutan tinggi, walaupun berasal dari keluarga yang sama dan mengalami situasi yang lebih kurang sama. Pengalaman kami juga dapay memberi influensi yang hebat kepada proses kognitif dan reaksi mereka. Hai ini menyebabkan setiap proses pembelajaran menjadi faktor penyebab yang utama. Ketakutan berucap mungkin disebabkan perngalaman buruk apabila dikutuk oleh guru semasa darjah satu.
Seterusnya, kami telah didedahkan tentang topik Emosi positif, iaitu emosi gembira, kasih sayang dan kebahagiaan. Menurut pemikir kono Plato, Aristotle, terdapat banyak intepretasi kebahagiaan dalam kehidupan manusia. Ada orang menyatakan bahawa kehidupan yang tanpa masalah merupakan kehidupan yang bahagia. Tetapi secara realiti, kehidupan tetap memberi cabaran terhadap setiap insan untk menghadapi. Pada pendapat saya, orang yang bahagia merupakan orang yang dapat melihat sebalik masalahnya dan meneruskan kehidupan dengan penuh harapan masalah akan selesai dan azam untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pendapat saya selari dengan penyelidikan "cross-culture studies" dan "Asian cultures" di mana tujuan penyelidikan ini dilakukan adalah untuk menunjukkan statistic dan kadar penumpuan dan tempat di mana orang yang paling gembira berasal. Kajian ini dapat menunjukkan bahawa orang yang pandai menyesuaikan diri dengan cepat kepada sesuatu persekitaran yang baru ataupun terhadap sesuatu situasi yang baru merupakan orang yang lebih gembira dan bahagia berbanding dengan mereka gagal melakukannya. Dalam situasi yang sama, kerana kehidupan yang dinamik, kami harus menjadi dinamik dalam semua aspek untuk menjadi bahagia. Seperti pepatah Cina, orang yang bijak dapat menyesuaikan diri kepada keadaan, bagaikan air menyesuaikan sendiri dengan bekasnya.
Saya juga tahu tentang beberapa faktor yang memberi impak terhadap kebahagiaan seseorang. Faktor jangka masa pendek dan jangka masa panjang banyak menpengaruhi perasaan kebahagiaan. Selaras dengan Rim, 1993, saya dapat melihat bahawa orang yang berasal dari keluarga yang sempurna dan bahagia dari kecil mempunyai azam tinggi untuk melihat kehidupan dengan optimistik, Walau bagaimanapun, kejadiaan dalam jangka masa pendek seperti kegagalan kursus akan menjejaskan tahap kebahagiaan seseorang. Namun begitu, tahap itu akan bertambah baik jika faktor jangka masa panjang wujud dengan jelas. Terdapat faktors (Argyle, 1987) yang menyumbang terhadap tahap kebahagiaan iaitu Kesihatan, Persahabatan, Kerja dan Rekreasi.
Terdapat perhubungan antara pengamalan agama dengan tahap kebahagiaan. Dari perspektif saya, orang yang kuat pegangan agama dapat "melihat kebaikan dalam situasi yang buruk" dan mencari keazaman untuk hidup. Hal ini memberi impak yang signifikan terhadap kemahiran adaptasi seseorang. Kepercayaan terhadap satu "kebaikan yang terbesar dan universal" dapat menjadi seseorang itu berfikiran positif dan menerima cabaran sebagai ujian Tuhan.
Emosi positif seterusnya merupakan emosis kasih sayang. Menurut Kitab Injil buku 1 Korintus bab 13, ayat ke-4 and ke5, Ia menyatakan bahawa "kasih sayang itu menyabar; Kasih sayang itu murah hati; ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong. Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain." Hal ini menunjukkan dalam kebanyakan orang, cinta melebihi perasaan minat tapi melibatkan idea kepunyaan, idea penyayang dan amanah.
Kesimpulannya, kegembiraan dan kebahagiaan didefinisikan dan dilabel dengan berbeza dan boleh dikejar melalui pelbagai cara. Melalui kuliah ini, saya menyedari bahawa kebahagiaan dan kegembiraan boleh dirasai oleh setiap individu dan perlu dihargai. Bagi saya bersama orang yang tersayang adalah ssumber utama kebahagiaan.
No comments:
Post a Comment