Tuesday, August 9, 2011

Fw:


----- Forwarded Message -----
From: Tribal Twelve <twelvetribal@yahoo.com>
To: "ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com" <ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com>; "tugasan2253@gmail.com" <tugasan2253@gmail.com>
Sent: Tuesday, August 9, 2011 6:54 PM
Subject:

A131644 MUHAMMAD AIZUDDIN BIN NASAHROM LJ02 EMOSI LAGI

Assalamualaikum. Alhamdulliah ini merupakan jurnal saya yang kedua mengenai kuliah Pengurusan Emosi yang saya hadiri pada 3 Ogos yang lalu. Kuliah ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sambungan kepada kuliah yang pertama mengenai teori Izzard's Innate Facial Expression dan kuliah yang kedua mengenai emosi positif.
Mengenai Izzard' Innate Facial Expression, saya menghadapi masalah utnuk memahami apa yang teori ini cuba sampaikan. Saya melihat teori ini lebih kurang sama dengan teori yang terdahulu dalam membincangkan perihal ekpresi muka dalam menunjukkan emosi seseorng. Walaubagaimanapun melalui contoh yang diberikan seperti seperti kajian mengenai 'Born to Smile' saya mendapati kajian cuba menerangkan bahawa kewujudan ekspersi muka ini telah wujud sewaktu kita masih lagi didalam perut. Hal ini dapat dibuktikkan apabila satu alat pengimbas bayi menunjukkan bahawa bayi didalam kandungan ibu sedang senyum. Ada juga seperti menunjukkan wajah sedih. Hal ini sungguh menakjubkan sehingga para saintis seperti kehilangan akal untuk menerangkan fenomena ini. Melalui kajian terhadap bayi, keputusan menunjukkan bahawa tidak semua bayi yang senyum menunjukkan bahawa mereka itu gembira. Apabila kita menilai dari logik akal, kita pun sendiri tidak dapat memastikan bahawa seseorang itu sedang senyum kepada kita, adakah dia suka kepada kita atau benci kepada kita? Itu merupakan persoalan yang saya sering persoalkan kepada diri saya juga kerana sungguh sukar untuk membuktikan perkara ini.
Seterusnya cross – cultural. Kajian ini dilakukan dengan menunjukkan beberapa keping gambar menunjukkan beberapa ekspresi muka yang berbeza. Dan subjek ini dikehendaki untuk mengenalpasti apa yang sebenar yang ingin ditunjukkan oleh gambar yang diberikan. Melalui kajian ini, para pengkaji membuat kesimpulan bahawa wajah gembira lebih senang untuk di kenalpasti melainkan daripada wajah – wajah yang lain seperti terkejut, muram, dan takut. Bagi saya juga menghadapi masalah yang sama ketika hendak mengenalpasti apa yang wajah yang ditunjukkan menerangkan apa ketika kuiz dijalankan. Pada pendapat saya, hal ini berlaku mungkin disebabkan minda seseorang itu menterjemahkan dalam bentuk yang bukan sepatutnya. Scherer dan Wallbott individu yang meneliti kajian  - kajian yang meliputi 37 buah Negara dan 5 benua didapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil. Menjadi persoalan sekarang ni adalah bagaimana emosi itu dialami dan dikawal, bukan pada bagaimana emosi itu dizahirkan. Pada saya memang benar, emosi itu boleh berubah dan tidak boleh hanya sama sahaja. Mungkin ada faktor – faktor tertentu yang menyebabkan perkara ini berlaku. Dan mungkin ada kajian yang sedang rancak dijalankan bagi mengenalpasti perkara ini. Tidak semestinya dengan apa yang kita tunjukkan menunjukkan bahawa itu adalah perasaan yang ingin kita tunjukkan. Mungkin ada sebab – sebab tertentu yang menjadi penghalang. Bagi saya mungkin ada. Tidak mustahil. Tidak semua perkara lengkap dari sudut zahir sahaja.
Untuk kuliah yang seterusnya saya mempelajari  mengenai emosi positif. Sebenarnya bila saya dengar tentang positif dalam fikiran adalah perkara – perkara yang baik dan yang menyenangkan hati. Terdapat beberapa perkara mengenai emosi positif ini melalui dengan contoh yang diberikan oleh Doktor Zamri seperti gembira, bahagia dan kasih. Saya yakin semua orang mengalami emosi sedemikian dalam hidup mereka. Menjadi tanda tanya adalah adakah emosi ini kekal begitu. Kalau saya juga ingin mengalami emosi ini sepanjang hidup saya.
Selalunya emosi seperti kita alami ketika memperolehi sesesuatu kejayaan seperti berjaya dalam peperiksaan, dapat gaji dan sebagainya. Saya masih ingat satu kempen yang dijalankan oleh kerajaan untuk menggalakkan orang ramai untuk selalu bersenyum taktala berjumpa dengan orang lain sama ada yang kita kenali atau pun orang asing. Saya tidak pasti apa nama kempen tersebut tetapi pernah ditayangkan di televisyen. Dalam iklan tersebut, menunjukkan seorang pak cik yang langsung tidak senyum kepada orang lain walaupun orang yang bersua dengannya tidak pak cik itu balas. Cuba bayangkan kalau kita tengok orang yang tidak senyum bagaimana dengan wajah yang ditunjukkan. Mesti muram dan masam. Kita juga turut rasa rimas dan tidak selesa. Pada penghujung iklan itu, pak cik itu senyum jua apabila seorang pemuda memberikan isyarat kepada dia dengan menggunakan tangan mengerakkan mulutnya untuk senyum. Seperti gambar dibawah .
 
Apakah perasaan anda semua apabila melihat orang senyum. Mesti kita rasa seronok. Itu yang sepatutnya kita buat tetapi amalan ini hanya sekadar angan – angan sahaja. Kita cuma senyum kepada orang yang kita kenali sahaja. Sebenarnya dalam Islam itu sendiri menyatakan bahawa senyum merupakan suatu sedekah. Dan ini dapat dibuktikan melalui hadis ini. Di zaman Rasulullah saw., seorang sahabat yang tidak memiliki apa-apa untuk disedekahkan bertanya kepada Rasulullah, "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang bisa kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya?" tanya sahabat.
Rasulullah sebelumnya pernah bersabda,
"Bani Adam setiap harinya memiliki kewajiban untuk bersedekah sejak matahari mulai terbit."
 
Dan saya ingin memberitahu bahawa terdapat beberapa fakta yang menarik mengenai senyum. Antaranya ialah:
 
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahajaberupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kitatersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyumanmemperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanakberumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari dikalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit sertamengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selarasdengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistempertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
 
Ini sahaja jurnal saya pada kali ini. Selamat beramal.


No comments:

Post a Comment