Tuesday, August 9, 2011

A131728 Ong Hooi Yee LJ02

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.

Izard's innate facial expression merupakan mekanisme system saraf yang mengawal ekspresi muka dan percepsi ekspresi muka ini adalah secara semula jadi.  Terdapat dua kajian yang berkenaan teori ini merangkumi kajian 'born to smile' dan kajian 'cross culture'. Dalam konsep"Born to smile study", semua bayi memiliki ekspresi emosi selepas dilahirkan dan emosi tersebut akan berkembang dari semasa ke semasa. Sebagai contohnya, perasaan marah dan terperanjat wujud ketika bulan tiga atau empat, malu dan takut pada bulan lima atau enam, ekspresi kepuasan pada tahun satu dan perasaan bersalah pada tahun dua. Walau bagaimanapun, kajian ini telah mengkritik bahawa senyuman bayi tidak semestinya bermaksud kegembiraan. Manakala bagi kajian 'cross culture' , Paul Ekman telah menjalankan kajian di beberapa buah negara dan benua iaitu di US , Brazil, Chile , Argentina dan Jepun. Kaedah ini telah dijalankan dengan menunjukkan beberapa keping gambar dan meminta supaya subjek iaitu penduduk di negara tersebut untuk mengenalpasti emosi yang ditunjukkan. Kaedah ini telah mencapai persetujuan sama rata dan mengenalpasti emosi yang sama iaitu sedih, gembira, terkejut, marah dan sebagainya. Namun setelah mendapat beberapa kritikan yang mengatakan terdapat perbezaan masyarakat , Paul Ekman meneruskan kajian beliau terhadap di Borneo , dan New Guinea , dan hasilnya mengukuhkan lagi teori ini.

Sebelum sambungan kuliah tajuk ketiga kami telah diberi quiz berkaitan dengan kuliah minggu lepas oleh Dr Zamri.


Kuliah seterusnya ialah Emosi Positif. Apakah itu kegembiraan? Kegembiraan didefinisikan sebagai sesuatu keadaan emosi yang seronok, kepuasan dan . Menurut Aristotle, kegembiraan itu merupakan kejayaan dalam mencapai keseronokan. Plato menyatakan bahawa kegembiraan merupakan ciri yang penting untunk mencapai hidup yang mulia. Epicurean pula menyatakan kegembiraan bertambah dengan kehidupan yang mulai dan berkurang dengan kesakitan. Berdasarkan Mills, kegembiraan bergantung pada kesesuaian dalam semua tingkah laku. Apa dan situasi yang menyebabkan anda bahagia dan gembira? Bagi saya, saya berasa gembira apabila mendapati orang yang saya sayangi berada dalam keadaan sihat dan hidup dengan peuh bermakna. Apabila menjelang cuti, emosi saya akan bertambah gembira kerana mendapati saya dapat balik tidak lama lagi.


Menurut kajian daripada budaya yang berbeza, kegembiraan itu berbeza dari satu negara dengan negara yang lain. Contohnya, kajian budaya Asia menunjukkan kegembiraan sendiri yang rendah seseorang individu berbanding dengan yang lain. Selain itu, orang yang hidup dengan paling gembira dalam dunia ini merupakan orang dari Amerika Utara, Australia dan Eropah. Seseorang yang berupaya menyesuaikan diri hidup dengan lebih gembira. Dengan perkataan lain, orang yang mempunyai kehidupan yang gembira adalah mereka yang dapat menyesuaikan diri dengan baik kerana mereka berupaya untuk menangani semua masalah dengan baik. Bagi mereka yang mempunyai cara atau strategi tang efektif dalam menangani masalah berupaya untuk menggembirakan  diri sendiri.


Menurut Kozma et al, kegembiraan merangkumi 2 komponent iaitu . keadaan afektif  jangka masa panjang serta jangka masa pendek.  Keadaan afektif jangka masa panjang merupakan emosi secara berterusan. Sebagai contohnya, emosi yang menemani proses pembesaran kita sejak  zaman kanak-kanak . Manakala, untuk keadaan afektif jangka masa pendek adalah mengenai keadaan semasa yang kita berada ini. Sebagai contohnya, kegagalan dalam peperiksaan. Jadi, kegembiraan yang sebenar adalah  hasil daripada  keadaan afektif untuk jangka masa panjang serta jangka masa pendek.

 Menurut Frued pula, hubungan kita dengan ibubapa kita merupakan faktor yang penting untuk menentukan kegembiraan pada masa akan datang. Contoh-contoh untuk kejadian positif dalam kehidupan seharian ialah perkahwinan, kejatuhan dalam cinta, kelulusan dalam peperiksaan, permulaan cuti-cuti, ditawarkan peluang perkerjaan dan sebagainya.

Vanfossen menyatakan bahawa seseorang lelaki dan perempuan memperoleh kegembiraan yang ketara melalui perkahwinan. Selain itu, beliau juga manyatakan bahawa orang yang telah berkahwin hidup dengan lebih gambira berbanding dengan orang yang masih bujang. Pada pendapat saya, kegembiraan seseorang bergantung pada pengawalan minda diri sendiri dan bukannya bergantung pada status orang itu. Jadi, saya tidak begitu setuju dengan penyataan ini. Apakah pendapatan anda dengan perkahwinan yang menghasilkan kegembiraan atau  dua orang yang hidup gembira yang menghasilkan perkahwinan yang gembira? Bagi saya, dua orang yang bersesuaian hidup bersama untuk menghasilkan perkahwinan yang gembira. Menurut Argyle, kegembiraan turut dipengaruhi dengan kesihatan, sahabat, kerja, rekreasi dan penghayatan agama.

 

Apakah hubungan agama dengan kegembiraan? Orang yang beragama hidup dengan lebih gembira dan mengalami tekanan yang lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai agama sendiri. Terdapat enam bukti untuk membuktikan teori ini. Sebagai contohnya,bukti yang pertama merupakan kajian yang dijalankan oleh Gallup, the National Opinion Research Centre dan the Pew Organisation. Mereka merumuskan bahawa orang yang berjiwa semangat ( spiritual ) adalah dua kali lebih gembira berbanding dengan orang yang tidak begitu berjiwa agama.  Bukti yang kedua pula manyatakan bahawa mereka yang mempunyai pegangan agama yang kukuh  mempunyai kepuasan hidup dan perasaan kehidupan diri sendiri yang baik. Bukti yang ketiga menyatakan bahawa mereka yang mempunyai komitmen yang tinggi juga dapat merasakan kepuasan diri dalam kehidupan dan masalah-masalh kesihatan seperti hypertension dapat berkurang. Bukti yang keempat pula menyatakan bahawa kajian Keith Ward menunjukkan agama mempunyai pengaruhan positive kepada status mental. Bukti yang kelima menunjukkan agama mempunyai hubungan yang menyehatkan dengan pengawalan psikologi. Bukti yang terakhir pula menyatakan bahawa,berdasarkan kajian sistemik daripada 850 kertas kajian baru-baru ini, penganutan agama adalah bercirikan dengan kesejahteraan minda dan psikologi dengan kadar kemurungan, fikiran untuk membunuh diri serta kelakuan yang buruk seperti mengambil dadah. Sebenarnya, hubungan di antara kegembiraan dengan agama masih tidak jelas dibentangkan lagi. Tetapi ahli-ahli sosialogi mempercayai teori ini kerana mereka mendapati teori ini dapat membantu untuk melahirkan dan membentuk masyarakat yang lebih sihat, dari jasmani dan rohani.


Sebagai intiha, kita harus sentiasa bersyukur dengan apa-apa yang kita telah miliki maka kegembiraan akan datang secara tidak langsung tanpa kita sedari.

No comments:

Post a Comment