Tuesday, August 9, 2011

A131467 Yap Mann Yin LJ02:Emosi Positif dan Emosi Negatif


          Selamat sejahtera diucapkan kepada Dr Ahmad Zamri Mansor yang dihormati dan rakan sekalian.Saya ingin meluahkan pendapat-pendapat saya mengenai subjek pengurusan emosi setelah menghadirkan diri dalam kuliah yang ketiga,iaitu 3 Ogos 2011.Tajuk kuliah pada hari tersebut adalah mengenai emosi positif.Saya berasa tajuk kuliah ini adalah amat menarik sekali kerana semua ilmu pengetahuan yang kami pelajari adalah berkaitan rapat dengan diri sendiri.

          Kaedah pembelajaran melalui kuliah adalah sangat unik dan dapat menarik perhatian semua pelajar.Pada permulaan kuliah ini,Dr Ahmad Zamri telah menwujudkan suasana pembelajaran yang relaks melalui menyiarkan satu video muzik yang bertajuk "You Came To Me".Melalui video muzik ini,saya telah sedar  akan cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dan diharungi oleh seseorang muslim,terutamanya dalam menghadapi emosi negatif.Sehubungan itu,dengan adanya pegangan agama yang kuat,emosi negatif dapat diatasi.Berdasarkan pendapat saya, semangat kerohanian adalan lebih senang disemai melalui pegangan agama yang ikhlas.Sehubungan itu,dengan adanya semangat kerohanian,saya yakin bahawa emosi negatif termasuk sedih,kecewa,marah ,iri hati dan sebagainya dapat dikawal dan memberikan inspirasi dan ketenteraman dalam pengurusan diri seharian dan juga pergaulan antara satu sama lain.

          Saya akan membincangkan emosi berdasarkan beberapa toeri yang dinyatakan di bawah.

Teori Izard's inate facial expression

Teori ini telah menyatakan bahawa emosi seseorang adalah semula jadi(innate) manakala pengalaman merupakan proses pembelajaran.Sejauh manakah teori ini disahkan betul dan boleh dipercayai?Kesahihan teori ini telah dibuktikan melalui 2 kajian.Kajian yang pertama ialah "Newborn's born to smile studies".Senyuman yang manis adalah satu emosi yang ditunjukkan secara semula jadi.Tanpa diajarkan dan tanpa mengira budaya serta kaum,bayi-bayi yang dilahirkan memang tahu bersenyum.Walaubagaimanapun,kesahihan kajian ini tidak dapat dibuktikan seratus peratus.Hal ini disebabkan terdapat sesetengah orang berpendapat bahawa senyuman yang ditunjukan oleh bayi-bayi tidak semestinya menunjukkan bayi-bayi tersebut mempunyai emosi gembira.Senyuman ini mungkin tidak membawa apa-apa makna pun atau hanya sebagai sejenis cara berkomunikasi dengan orang ramai.Berdasarkan pendapat saya, walaupun senyuman daripada bayi-bayi tidak semestinya membawa makna kegembiraan,saya masih percaya bahawa senyuman itu adalah sangat penting untuk menunjukkan keadaan pisiologi seseorang bayi.Ini memang merupakan idea yang senang.Sebagai contoh,jika seseorang bayi kurang senyuman dan seterusnya menangis,ibu bapa akan sedar bahawa bayi itu mungkin lapar,berasa kurang selesa ataupun sakit.Adalah tidak mungkin bahawa seseorang bayi yang berada dalam ketiga-tiga keadaan yang dinyatakan di atas masih boleh bersenyum.Apabila bayi-bayi membesar dan berumur lima hingga enam bulan,mereka akan mula menunjukkan perasaan terkejut dan marah.Pada umur dua tahun,mereka akan tahu berasa bersalah dan tajut apabila melakukan sesuatu yang salah.Pada umur ini,mereka akan mengalami emosi dalam kombinasi.Melalui pengalaman saya,apabila seseorang budak yang berumur dua tahun memecahka pasu bunga ibunya,dia akan menangis kerana takut didenda oleh ibunya dan berasa bersalah kerana pasu itu merupakan pasu kesayangan ibunya.Inilah pemerhatian saya.

Dalam kajian yang kedua,iaitu "cross-cultural studies",gambar-gambar yang mempunyai pelbagai air muka telah diambil dan subjek dikehendaki mengenali emosi yang ingin ditunjukkan.Kajian ini telah melibatkan banyak Negara.Sebagai contoh,US, Brazil, Chile, Japan dan Argentina.Kajian ini adalan mudah dijalankan.Sehubungan itu,mahasiswa-mahasiswa yang terdiri daripada fakulti perubatan tahun dua telah mempunyai peluang untuk cuba menganalisasikan emosi yang ingin ditunjukkan melalui gambar-gambar yang disiarkan dalam bentuk"power point".Kami dapat teka jawapan yang betul.Walaubagaimanapun,adakan kajian ini dapat sahkan teori ini betul?Menurut pandangan sesetengah orang,Negara-negara yang menjalankan kajian ini adalah negara-negara yang maju dan mempunyai tahap pendidikan yang tinggi.Justeru,mereka dapat menjawab soalan-soalan dengan lebih tepat dan mudah sekali.Sehubungan itu,Ehman telah menjalankan kajian di New Guinea dan Borneo dan telah menunjukkan bahawa teori ini adalah betul dan tepat.

Teori "Learning and Experience"

Teori "Learning and Experience" ini adalah teori yang berdasarkan dua aspek yang berbeza.Yang pertama,pengalaman melalui pandangan biologi.Ini membawa maksud pengalaman memainkan peranan yang kurang penting dalam emosi kita tetapi punca-punca biologi yang banyak menentukan emosi kita.Secara jelas,salah satu punca biologi ini ialah ketakutan terhadap darah.Walaupun ketakutan darah ini bukan sesuatu penyakit yang boleh diturunkan secara turun-temurun berdasarkan ilmu scientific(positive family history),saya pernah mengenali seorang rakan yang ada ketakutan terhadap darah ini turut mempunyai ahli-ahli keluarga yang lain juga mempunyai ketakutan yang sama.Seperti mana yang kita tahu,bukannya semua orang mempunyai reaksi yang sama apabila melihat darah. Justeru,saya percaya bahawa inilah yang dimaksudkan pengalaman melalui pandangan biologi walaupun mekanisme yang sebenarnya masih tidak dapat ditentukan.Manakala,dari segi pengalaman dari pandangan pembelajaran,idea ini memang bertentangan dengan idea pangalaman dari pandangan biologi.Sebagai contoh,seseorang budak yang pernah dikuncikan berseorangan dalam bilik yang gelap dalam situasi kecemasan,dia akan mempunyai phobia terhadap bilik yang kecil dan gelap.Apabila dia membesar,dia mungkin akan sedar bahawa sebenarnya bilik yang kecil dan gelap itu tidak semestinya tempat yang berbahaya,tetapi ketakutan terhadap keadaan ini masih tidak dapat diatasi.Hal ini telah menunjukkan adanya masalah psikologi dalam seseorang itu.

          Kadangkala,sesuatu emosi itu akan mempunyai 2 sifat yang bertentangan,sama ada positif atau negatif.Apakah emosi tersebut?Emosi tersebut ialah tekanan(stress).

Kawan saya telah mencadangkan saya membaca buku"Robb O.Stanley and Graham D.Burrows".Melalui buku ini,saya telah mendapat idea bahawa tekanan adalah satu proses dan bukan hanya satu emosi.Tekanan wujud adalah disebabkan oleh pelbagai factor sama ada keadaan sekeliling,kehidupan seharian dan juga punca diri sendiri.Sebagai seorang mahasiswa fakulti perubatan,kami memang tidak dapat mengelakkan diri daripada tekanan kerana adanya banyak ujian besar ,ujian kecil dan ulangkaji yang perlu dilakukan.Selain itu,perbandingan keputusan setiap modul antara satu sama lain akan dilakukan oleh kawan walaupun saya tidak berminat.Ini adalah factor keadaan sekeliling yang membawa tekanan kepada kami.Selain itu,oleh sebab banyak aktiviti perlu diselesaikan,banyak ilmu perlu dipelajari dan banyak journal perlu ditaip setiap minggu,kami tidak cukup tidur dan mempunyai masa yang berkurangan untuk hiburan.Inilah factor kehidupan seharian yang menambahkan tekanan kami.Tambahan pula,sekiranya kami berfikir negatif dan tidak ingin menghadapi akar tekanan kami,sebenarnya kami akan berasa lebih tertekan.Contohnya,jika kami tidak ingin menaip journal,kami memilih jalan lain seperti pergi tidur dan bermain.Selepas kami habis tidur dan habis bermain,kami tetap masih berasa tekanan juga kerana akar tekanan ini boleh dipotong lagi.Oleh sebab itu,kami mestilah mewujudkan sikap yang positif dan proaktif dalam melakukan sesuatu yang kami ingin melarikan diri daripadanya kerana selepas kami betul-betul menghadapi dan menyelesaikan akar tekanan itu,kami boleh tidur dengan nyenyak dan bermain dengan berpuas-puasnya.

          Akhir kata,emosi ini adalah reaksi yang semula jadi.Saya berharap semua orang boleh membezakan antara emosi yang positif dan emosi yang negatif dan mengawal kedua-dua emosi ini dengan minda yang rasional.Berdasarkan pandangan saya,nilai kesederhanaan adalah amat penting dalam pengawalan emosi kami.Saya yakin bahawa semua orang ada keupayaan untuk menukar emosi negatif  kepada emosi positif.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment