Tuesday, August 9, 2011

A131552 TAN SU FANG LJ02 ‘Nak bahagia, susah tak??’

Selamat sejahtera kepada semua. Dalam kuliah ketiga kursus ZT 2253 Pengurusan Emosi pada 3 August 2011, Dr. Zamri telah menjelaskan teori berkaitan dengan struktur dan ekspresi emosi serta idea berkaitan dengan kebahagiaan dengan lebih mendalam.

Pertama sekali, Dr. Zamri telah mengenalkan Izard's Innate facial expression. Teori ini menerangkan bahawa kelahiran emosi manusia adalah semula jadi, bukan berdasarkan pembelajaran. Seawal tiga atau empat bulan dalam hayat manusia, iaitu dalam peringkat bayi, manusia telah tahu mengeluarkan perasaan gembira, geram, kagum; lewat sikit, iaitu pada bulan lima atau enam, manusia telah boleh merasakan malu, seram dan takut; pada umur satu tahun, manusia sudah tahu perasaan puas hati; dan pada awal umur sua tahun, manusia sudah boleh memperoleh perasaan salah. Dari perkembangan emosi manusia, saya rasa manusia boleh belajar dan memperoleh perasaan emosi dalam proses pembelajaran dan pengalaman. Kebetulannya, pensyarah kita telah menerangkan teori belajar dan pengalaman dalam ajaran beliau seterusnya.

Teori belajar dan pengalaman menerangkan bahawa emosi bayi mula berkembang pada beberapa bulan awal dalam hayat manusia dan mula mempengaruh sifat bayi dan berperanan dalam menyedarkan seseorang bayi itu dalam keadaan sekitarnya dan memudahkan proses pembelajaran. Tetapi, emosi yang lahir secara semula jadi tadi akan menjadi emosi individu melalui proses pembelajaran dan pengalaman sendiri. Saya bersetuju dengan pernyataan tersebut. Dr. Zamri telah memberikan contoh iaitu manusia yang berlainan boleh mempunyai punca ketakutan yang lain. Ada sesetengah orang takut pada lipas, tetapi sesetengah orang tidak. Ada sesetengah orang takut pada anjing tetapi ada sesetengah orang sangat suka akan anjing. Hal ini demikian kerana orang yang takut akan lipas dan anjing kemungkinan besar pernah ditakutkan oleh mereka atau pernah digigit oleh anjing. Tetapi, dalam pengalaman saya, nasihat dan amaran juga merupakan faktor yang menyebabkan ketakutan manusia kerana semasa kecil, ibu saya selalu memberi amaran bahawa lipas sangat kotor dan jangan menyentuh mereka; ibu juga memberi amaran bahawa anjing sangat garang dan akan menggigit orang, jadi jangan mendekat dengan anjing. Satu hal yang menarik, iaitu kebanyakan manusia takut akan hantu, saya rasa peristiwa ini kerana wayang-wayang hantu dan cerita-cerita hantu yang menakutkan orang. Pendek kata, emosi manusia bukan sahaja memperoleh daripada pengalaman sendiri, tetapi juga boleh dipengaruhi daripada ajaran yang diberi oleh orang lain.

Dalam bahagian kedua kuliah ini, Dr. Zamri telah menganalisis hubungan tahap kebahagiaan dengan kelakuan kita seharian dan pelbagai faktor yang mempengaruhi tahap kebahagiaan. Perasaan bahagia ( happiness) mempunyai ciri-ciri gembira, aman dan puas hati. Pelbagai ahli falsafah telah memberi definisi mereka terhadap kebahagiaan, contohnya, Aristotle menyatakan bahagia adalah kejayaan mencapai kegembiraan, Epicurean menyatakan bahawa perasaan bahagia boleh dikembangkan dengan kegembiraan dan dikecilkan oleh perasaan sakit atau kesengsaraan. Oleh itu, kita boleh tahu bahawa kebanyakan orang mempunyai definisi atau kefahaman yang berlainan terhadap ' kebahagiaan '. Ada orang ingin mendapat kekayaan dan ini merupakan definisi kebahagiaan mereka; ada orang ingin menjadi orang yang terkenal dan mendapat kuasa yang besar; ada juga orang yang ingin mempunyai sebuah keluarga yang bahagia walaupun mungkin tidak kaya. Kepada saya, saya ingin kehidupan yang bermakna dan keluarga saya sentiasa bahagia. Tetapi, kepada sesetengah orang, definisi kebahagiaan dalam hidup mereka akan tukar selepas mengalami sebuah kejadian atau mempunyai umur yang lanjut. Oleh itu, target kehidupan saya mungkin juga akan tukar.

Sebuah penyataan yang menarik , iaitu idea daripada Freud – hubungan kita dengan ibu bapa waktu kecil merupakan satu faktor yang penting yang menyumbang kepada pelarasan dan kebahagiaan kita . Dalam perkataan lain , jika hubungan kita dengan ibu bapa lebih erat, kita lebih boleh menyesuaikan diri dalam situasi yang berlainan . Saya bersetuju dengan penyataan ini kerana saya rasa situasi dalam sebuah keluarga mempunyai persamaan dengan situasi dalam sosial . Ada orang juga berkata bahawa keluarga merupakan sebuah masyarakat yang kecil . Melalui kehidupan dalam keluarga , seseorang individu akan lebih mengetahui cara berkomunikasi dengan orang dan menjalinkan hubungan yang baik . Tetapi situasi dalam keluarga juga akan mengubah perspektif seseorang terhadap definisi terhadap kebahagiaannya . Sebagai contoh , seseorang yang hidup dalam keluarga yang tidak aman dan ibu bapa sentiasa bergaduh akan harap dapat membentuk sebuah keluarga yang bahagia ataupun menjadi lebih extrim iaitu tidak ingin berkeluarga apabila menjadi dewasa kerana takut situasi dalam keluarganya akan berlaku lagi .

Hubungan perkahwinan dan kebahagiaan adalah rumit . Ada orang kata perkahwinan boleh menwujudkan kebahagiaan, tetapi ada juga orang yang kata bahawa orang yang gembira baru boleh menwujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia . Saya rasa kedua-dua isu saling berkaitan . Ada orang berubah menjadi lebih matang selepas kahwin atau menjadi ibu bapa, tetapi personaliti seseorang juga penting untuk menjadi seorang isteri atau suami atau ibu bapa yang baik . Ada juga faktor lain yang mempengaruhi status kebahagiaan seseorang seperti mempunyai anak , status kesihatan , jalinan persahabatan , situasi pekerjaan , aktiviti rekreasi dan agama.

Dr . Zamri seterusnya menukarkan topik perbincangan kepada kasih kayang . Beliau telah menjelaskan definisi kasih sayang dengan mendalam . "I love you " , " Tiamo " , "aku cinta pada mu " ,  " wo ai ni " , " a i shi te ru " .. perkataan tersebut merupakan bahasa yang digunakan oleh manusia untuk meluahkan perasaan kasih sayang . Kita boleh sentiasa watak - watak  dalam wayang romantik meluahkan perasaan cinta kepada orang yang dicintai walaupun mereka hanya mengenali satu sama lain dalam tempoh masa yang pendek dan tidak mengenali satu sama lain dengan mendalam. Tetapi dalam realiti, saya bersetuju dengan penyataan Dr. Zamri, iaitu kasih sayang bukan hanya perasaan yang datang secara tiba – tiba. Kasih sayang akan dikuatkan dengan perasaan ikatan yang erat , perasaan sayang , dan perasaan kepercayaan. Tidak susah untuk dapati bahawa kita selalu melakukan ' aktiviti ' tersebut kepada orang yang kita sayangi. Sebagai contoh,  kita selalu risau akan orang yang kita sayang, prihatin kepada keadaan mereka berada dan hal yang mereka buat ,serta memberi kepercayaan yang cukup kepada mereka sehingga boleh memberitahu mereka tentang kata laluan akaun facebook atau kad kredit. Saya berpendapat bahawa ini merupakan satu proses yang penting untuk menwujudkan satu hubungan yang rapat. Lebih banyak seseorang memberi atau mengorban kepada orang yang lain, lebih banyak kasih sayang akan dia memberi kepada orang tersebut.

Balik kepada topik kebahagiaan, Dr. Zamri sekali lagi memberi tekanan pada faktor yang menyebabkan manusia berasa bahagia. Kaji selidik menyatakan bahawa tahap kebahagiaan tidak berkaitan dengan gender, umur ataupun bangsa. Tetapi tahap kebahagiaan rakyat saling berkaitan dengan status ekonomi sesebuah negara. Hal ini berkemungkinan besar kerana status kewangan sesebuah negara mempengaruhi keadaan infrastuktur, perkhidmatan perubatan, perkhidmatan pendidikan dalam negara dan berperanan besar untuk memenuhi keperluan asas rakyat.

Akhir kata, perasaan kebahagiaan akan dicapai selepas keperluan asas dipenuhi seperti makanan, badan yang sihat dan mempunyai tempat meninggal. Oleh itu, sebagai pelajar perubatan, kami harus sentiasa prihatin terhadap keperluan manusia dan berusaha menyembuh pesakit supaya mereka dapat berada dalam keadaan yang sihat. Ini ,merupakan cara yang paling penting untuk mewujudkan perasaan kebahagiaan dalam mereka.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment