Selamat sejahtera,saya ucapkan kepada Doktor Ahmad Zamri Mansor. Kali ini merupakan kali ketiga saya menulis journal berkenaan dengan kuliah yang ketiga pada 3 ogos 2011. Saya akan mula membincang tentang Izard's innate facial expression . Teori ini menunjukkan bahawa emosi seseorang ialah semula jadi. Menurut "born to smile " study perasaan marah akan ditunjukkan pada bulan 3-4 dan perasaan malu dan takut akan ditunjukkan pada bulan 5-6. Perasaan kepuasan akan ditunjukkan pada usia 1. Ekman juga pernah menjalani satu experimen dengan meyuruh subjeknya untuk mengecam emosi seseorang melalui gambar. Sebenarnya, emosi seseorang boleh dikesan melalui expresinya dan kita boleh tahu bahawa orang tersebut dalam keseronokan atau kesedihan. Walau bagaimanapun , Scherer dan Walbott telah mengenal pasti bahawa experimen dipengaruhi oleh faktor taraf hidup sesebuah negara. Bagi penduduk di Negara yang lebih maju dan mendapat taraf pendidikan yang tinggi,mereka dapt menjawabnya lebih cepat dan tepat. Scherer & Wallbott (1994) meneliti kajian-kajian meliputi 37 negara dan 5 benua dan mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil. Menurut kajian , emosi gembira lebih senang dikesan berbanding dengan emosi sedih. Pada pendapat saya,emosi gembira senang dikesan kerana biasanya seseorang ingin memberitahu orang lain apabila dia menerima berita yang baik. Oleh itu perasaan gembira ledih senang diketahui berbanding dengan perasaan sedih. Pekara ini disebabkan kebanyakkan orang tidak ingin kawannya mengetahui kesedihannya.
Seterusnya, theori learning dan experience juga merupakan satu struktur dan ekspresi emosi. Ini membawa maksud bahawa pembelajaran dan pengalaman akan mempengaruhi emosi. Menurut pandangan Izard , emosi biasanya adalah disebabkan oleh situasi yang berlaku di persekitaran. Misalnya , kita biasanya akan berasa takut dengan hantu,ketinggian,atau lipas. Tetapi bagi saya , saya paling takut cicak dan ketinggian. Apabila berada dalam situasi tersebut,saya akan mula berpeluh dan gementar. Walau bagaimanapun, menurut pandangan biologi, tidak semua orang mempunyai perasaan takut terhadap cicak dan ketinggian. Setiap orang akan menggunakan emosi yang berbeza dengan saya untuk menilai sesuatu perkara yang berlaku. Contonya , saya akan menganggap peperiksaan akhir modul ini sangat menakutkan,tetapi bagi orang lain, ia mungkin merupakan satu peluang untuk menilai tahap pencapaian kendiri. Albert pernah mengatakan bahawa perasaan takut ini adalah melalui pembelajaran dan manusia adalah lebih senang belajar berasa takut terhadap sesuatu perkara. Selain itu, jika kita sendiri pernah mengalami perkara tersebut kita mudah berasa takut berbanding dengan orang yang tidak pernah mengalami. Contohnya, saya pernah dikalahkan oleh kawan saya dalam satu pertandingan. Saya akan berasa takut apabila bertanding semula dengannya.
Di samping itu, saya ingin berbincang tentang emosi positif iaitu gembira, bahagia dan kasih. Menurut kamus dewan, kegembiraan membawa maksud perasaan yang senang hati dan bangga disebabkan sesuatu perkara yang menggembirakan. Menurut Aristotle, kegembiraan menunjukkan kejayaan untuk mempunyai perasaan senang hati. Plato pula mengatakan sumber kegembiraan adalah dengan mempunyai moral dan akhlak yang mulia. Epicurean mengatakan bahawa kegembiraan akan menyebabkan seseorang berasa senang hati dan akan mengurangkan kesedihan. Manakala Mills mengatakan bahawa kegembiraan ialah kesesuian tingkah laku semua. Pada pendapat saya, saya setuju dengan pandangan Epicurean. Contohnya, apabila saya berasa sedih saya akan cuba untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti agar saya dapat mengurangkan kesedihan yang dialami. Walaupun cara ini tidak dapat mengatasi masalah yang dihadapi, tetapi saya berasa lebih selesa. Bagi saya, perkara yang paling menggembirakan ialah mendapati saya telah lulus semua subjek dalam peperiksaan akhir tahun. Walau bagaimanapun ,saya tahu bahawa kegembiraan seseorang boleh disebabkan oleh perkara yang berbeza-beza. Kajian menunjukkan budaya di Asia telah menyebabkan orang Asia kurang gembira berbanding dengan orang yang tinggal North America, Austarlia dan Europe. Di Asia, kita lebih banyak menghabiskan masa kita dalam memikir cara untuk mencapai taraf yang lebih baik. Keadaan ini menyebabakan kita selalu stress dan kurang berasa gembira.
Selain itu, saya juga belajar bahawa orang yang mempunyai strategi yang efektif untuk menangani masalah yang dihadapi adalah lebih gembira. Saya rasa bahawa pembahagian masa adalah sangat penting untuk memastikan semua kerja dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Orang yang pandai merancang dan dapat menyelaraskan semua kerja yang ditanggungjawab kepadanya adalah lebih gembira kerana mereka tidak perlu berasa risau. Semua tugas dan kerja yang diberi dapat diselesaikan dengan senang hati. Menurut Kozma , kegembiraan boleh dibahagikan kepada dua iaitu status jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Kegembiraan boleh disebabkan peristiwa yang berlaku pada masa kecil . Kegembiraan boleh disebabkan kenangan-kenangan yang manis . Kegembiraan juga boleh dipengaruhi oleh peristiwa yang buruk. Selain itu, hubungan dengan ibu bapa juga adalah penting untuk memastikan kegembiraan jangka masa panjang. Ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dan mampu mempengaruhi tingkah laku kita. Contohnya, saya berasa gembira apabila bersama dengan keluarga kita. Menurut kajian yang telah dijalankan , perasaan yang paling gembira ialah semasa kita menjatuh cinta dan diikuti lulus dalam peperiksaan.Menurut Vanfossen, lelaki dan wanita berada dalam kegembiraan melalui perkahwinan. Perkahwinan akan menyebabkan seseorang lebih gembira berbanding dengan orang yang bujang. Walau bagaimanapun, saya kurang setuju bahawa perkahwinan akan membawa kegembiraan. Ini disebabkan bukannya setiap perkahwinan akan bahagia kerana kes penceraian semakin meningkat . Saya lebih setuju bahawa orang yang gembira akan menyebabkan perkahwinan yang bahagia dan bukannya kegembiraan adalah disebabkan perkahwinan. Faktor-faktor yang lain boleh disebabkan kesihatan,persahabatan ,kerja dan rekreasi. Kesihatan dapat mempengaruhi kegembiraan kita kerana kebanyakan orang takut terhadap kematian.
Saya juga setuju bahawa orang yang mempunyai agama sebagai panduan hidup adalah lebih gembira. Apabila kita menghadapi masalah atau stress , biasanya kita akan menjadikan kepercayaan kita sebagai penunjuk jalan. Oleh itu, saya rasa bahawa agama dan kepercayaan sangat penting untuk menunjukkan kita ke jalan yang tepat.Selain itu , saya juga percaya bahawa setiap ajaran agama masing-masing akan mendorong kita untuk menjadi manusia yang baik di dunia. Orang yang mempunyai kepercayaan terhadap agama lebih kurang mempunyai keinginan untuk membunuh diri dan mereka biasanya puas hati dengan kehidupannya.
Tambahan pula, kasih sayang atau lebih dikenali sebagai "love"akan membawa kegembiraan. Kasih saying ini merupakan perasaan yang istimewa dan ia akan menyebabkan dua orang yang berbeza untuk menjatuh cinta. Kasih sayang boleh dikekalkan jika kedua-dua pihak adalah mencintai sesame sendiri. Secara konklusinya, saya berasa bahawa kegembiraan adalah sangat mudah sahaja selagi keluarga dan kawan saya berada di sisi saya. Kegembiraan tidak boleh diimbang dengan kekeyaan kerana kegembiraan tersebut bukannya kegembiraan yang benar. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment