Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Minggu ini kami belajar lebih mendalam tentang teori Izard berkenaan tentang Differential Emotions Theory (DET) dan Maximally Discriminative Affect Coding System (MAX). Teori ini menyatakan tentang pengecaman emosi secara semulajadi. Melalui kajian Izard, bayi yang baru dilahirkan dalam masa dua hingga tujuh bulan mempunyai emosi secara semulajadi tanpa perubahan mimik muka. Tambahnya lagi, ekspresi emosi berdasarkan pengalaman subjektif. Izard juga mengatakan "facial feedback hypothesis" berdasarkan jenis-jenis emosi yang memberi impak perubahan wajah yang berbeza dan dapat memberi klu bagi orang disekeliling bagi meneka dan mengagak emosi seseorang pada waktu-waktu tertentu. Bagi pendapat saya, apa yang saya faham daripada "facial feedback hypothesis" manusia mempunyai pelbagai emosi, dan masing-masing mempunyai emosi-emosi ini dan pernah merasainya sendiri. Berdasarkan pengalaman kendiri, kita sebagai manusia dapat mengagak emosi orang lain berdasarkan rasa hati dan pengalaman-pengalaman sendiri melalui perubahan mimic muka dan anggota-anggota badan. Sebagai contoh, orang yang berwajah muram dan mengasingkan diri dari berbicara dengan orang sekelilingnya, kita dapat mengagak dia dalam kesedihan, stress atau tertekan. Jawapannya, boleh jadi betul ataupun tidak tetapi kebiasaanya tekaan kita itu adalah benar, kerana saya percaya emosi akan di paparkan melalui perubahan wajah.
Emosi mempunyai pelbagai jenis sebagai contoh bahagia, terkejut, jijik, marah, sedih, takut dan gembira. Bagaimana emosi-emosi ini dipaparkan banyak dipengaruhi oleh factor-faktor kaum, agama dan cara hidup setempat. Kebiasaanya, paparan emosi ini dalam setiap individu berdasarkan etnik dan perbezaan cara hidup. Saya juga bersetuju, kerana manusia belajar tentang pelbagai emosi ini berdasarkan gaya hidup dan keadaan sekelilingnya. Kajian dijalankan di New Guinea, dimana penduduk disana yang telah dipastikan tidak pernah didedahkan denga televisyen dan gambar, untuk menguji samaada mereka dapat mengenal pasti tentang perubahan wajah. Kajian ini membuktikan penduduk di New Guinea dapat meneka gambar-gambar yang disediakan yang mempunyai emosi-emosi yang berbeza dengan tepat. Oleh itu, para kajian membuat konklusi emosi-emosi ini adalah semulajadi dalam setiap diri manusia. Mengukuhkan lagi kajian, mereka juga ditunjukkan dengan gambar emosi-emosi yang mempunyai umur yang berbeza iaitu dari bayi hingga ke warga tua yang kelihatan sama saja dari perubahan mimik muka mereka, tetapi mereka masih dapat menekanya dengan betul.
Kuliah yang kedua, kami diperkenalkan tentang emosi yang positif iaitu bahagia. Mutiara kata yang dapat saya kongsikan tentang perkataan bahagia ini adalah "What is the meaning of life? To be happy and useful" oleh - Tenzin Gyatso, 14th Dalai Lama
No one is in control of your happiness but you; therefore, you have the power to change anything about yourself or your life that you want to change.- Barbara de Angelis.
Kebahagian boleh didefinisikan sebagai statu mental dalam keadaan baik yang memberi impak positive yang dapat melahirkan rasa senang dan kegembiraan. Kebahagian ini dipengaruhi oleh psychologi, agama, biological dan filosofi. Bagi pendapat saya kebahagian merupakan rasa senang hati dalam diri yang tak dapat diungkap dengan kata-kata tapi terpancar jelas dengan mimik wajah individu tersebut. Cara hidup bnyak mempengaruhi kebahagian seseorang, bak kata sahabat kita, keluarga yang dapat melahirkan sikap dan emosi seseorang itu. Keluarga bermasalah melahirkan individu yang tertekan dan kurang bahagia. Bagi pendapat saya, agama memainkan peranan penting dalam kebahagian ini. Ramai yang memberi kesimpulan mengatakan individu yang mempunyai banyak masalah dan mudah tertekan ini mudah tertekan dan sedih, tetapi bagi saya sebagai seorang muslim, di sebalik kejahatan itu ada kemanisannya, di sebalik kepahitan itu ada manisnya. Jika seseorang muslim itu berpegang pada akidah dan iman yang kukuh, percaya setiap yang terjadi itu ada hikmahnya, buktinya dalam ayat 2 surah An-Akabut, Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? Manusia yang bahagia dengan dirinya sangat berkait rapat dengan kebahagian agamanya, bahagia dengan nikmat-nikmat dan peluang-peluang yang diberi yang tak semua dapat peluang sama iaitu nikmat yang paling besar dan hakiki iaitu nikmat iman dan islam. Spiritual yang baik memberi kebahagian yang mutlak pada individu tersebut.
Kemanisan iman itu dapat digapai dengan rasa hati yang bahagia. Selain itu, saya percaya kebahagian menjanjikan kehidupan yang baik. Bahagia dapat menjauhi individu daripada penyakit terutamanya sakit jantung atau hypertension. Sebagaimana yang kita tahu, individu yang tidak mampu mengawal emosi terutamanya mereka yang cepat marah dan terburu-buru dalam membuat keputusan mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat tekanan darah yang tinggi. Oleh itu, akan menyebabkan pelbagai penyakit buruk yang mampu membawa maut.
"Individuality is the aim of political liberty. By leaving to the citizen as much freedom of action and of being, as comports with order and the rights of others, the institutions render him truly a freeman. He is left to pursue his means of happiness in his own manner" oleh James F. Cooper.
Kebahagian merupakan kosep yang samar dan memberi makna yang berbeza di kalangan manusia. Merupakan satu cabaran yang besar gabi pengkaji-pengkaji untuk memahami kebahagian dalam sudut sains. Kajian menunjukkan, duit, pendidikan yang tinggi atau suhu tidaj memberi impak yang besar dalam erti kata kebahagiaan. Tapi pelbagai habits yang dapat dikaitkan dengan kebahagian itu sendiri. Seorang psikology Martin Seligman mengeluarkan asas akronim PERMA dalam kajian Positive Psychology's bagi menguatkan kajiannya untuk kebahagiaan. Iaitu:
- Pleasure –rasa senang hati(merasai makanan yang sedap, atau berendam dalam tab yang panas dan lain-lain lagi),
- Engagement-kepuasan ( perasaan puas hati apabila melakukan perkara yang mencabar atau aktiviti-aktiviti yang lasak),
- Relationships- perhubungan(ikatan social yang menjadi kayu ukur yang hebat untuk kebahagiaan kerana berasa sentiasa disokong dan mempunyai tempat mengadu apabila berhadapan dengan masalah),
- Meaning- erti atau makna (mempunyai visi dan misi hidup tuk dicapai dan merasa ingin memiliki sesuatu seperti anak atau pendidikan yang tinggi)
- Accomplishments –target (mempunyai sesuatu untuk digapai. Moto hidup seperti Berjaya dalam universiti).
Bukti juga menunjukkan manusia boleh mengubah kebahagiaan itu. Terletak pada kekuatan diri untuk merubah emosi kegembiraan itu. Itulah pentingnya sokongan manusia-manusia sekeliling terutamanya keluarga dan rakan yang sentiasa ada dan dapat berkongsi kebahagian bersama-sama.
Konklusinya, kebahagian sangat penting dalam kehidupan.kebahagian menggambarkan cara hidup seseorang. Manusia yang bahagia adalah orang yang sentiasa yakin pada diri dan positif dalam kehidupan. Manusia perlu banyak bermuhasah diri untuk memikirkan hikmah untuk sesuatu kejadian. Dalam erti kata lain, "Those who won our independence... valued liberty as an end and as a means. They believed liberty to be the secret of happiness and courage to be the secret of liberty", Louis D. Brandeis.
No comments:
Post a Comment