Tuesday, August 9, 2011

LUA YIN SAN LJ 02 A131726

LUA YIN SAN LJ 02 A131726
Selamat sejahtera dan salam satu malaysia, pada hari rabu yang lepas 3.8.2011, saya telah menghadiri lecture yang kedua untuk ZZZT 2253 Pengurusan Emosi yang disampaikan oleh Dr. Zamri. Kali ini, saya telah diminta untuk mengarang sebuah lagi journal yang berpanjang 1000 patah perkataan tentang apa yang telah disampaikan.
Izard's innate facial expression menyatakan bahawa emosi merupakan perasaan yang naturally dihasilkan. Jadi, dia merupakan sesuatu yang wujud dan dikeluarkan dari hati diri sendiri secara natural. Dengan ini, dia turut menyatakan bahawa emosi ini tidak boleh diperlajari. Izard turut menyatakan terdapat dua bukti yang menyokong penyataan tersebut, iaitu newborn's born to smile studies and cross-cultural studies. Menurut born to smile studies, dia mengatakan bahawa kewujudan emosi berlaku sejak seseorang dilahirkan. Seseorang akan berasa marah dan terkejut seawall-awalnya bulan 5 atau 6. Ini memang benar kerana kita boleh lihat bayi-bayi yang kurang daripada umur 1. Walaupun mereka masih kecil, mereka sudah boleh menyampaikan perasaan kepada orang lain walaupun dengan cara yang mungkin susah difahami. Mereka boleh memberikan emosi mengikut perasaan mereka ataupun sebagai reaksi terhadap apa yang dialami atau sebagai tindak balas terhadap environment itu. Mereka akan memberikan banyak emosi seperti yang dikatakan tadi kalau dia berasa sebegitu. Seterusnya merupakan cross-cultural studies. Scherer dan Wallbott meneliti kajian-kajian meliputi 37 negara dan 5 benua dan mendapati bahawa konsep-konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil. Yang berbeza adalah bagaimana emosi itu dialami dan dikawal bukan pada bagaimana emosi di zahirkan. Namun begitu, emosi boleh diubah sedikat sebanyak sekiranya seseorang mengalami budaya yang berbeza. Sebagai contoh, oleh sebab budaya yang amat berbeza, seseorang tidak akan mengalami perasaan dan mengeluarkan emosi yang sama berbanding dengan orang yang dipengaruh oleh budaya lain. Ini sedikit sebanyak disebabkan budaya yang bebeza menyebabkan seseorang itu berfikiran dengan berbeza dan menyebabkan dia mempunyai perasaan yang berlainan.
Terdapat 3 bentuk emosi positif, iaitu, gembira, bahagia dan kasih. Kegembiraan merupakan sesuatu emosi yang meliputi enjoyment, pleasure, dan satisfaction. Kegembiraan terdapat dalam dua bentuk, iaitu short term dan satu long term. Sebenarnya, bukan sahaja kegembiraan malah emosi-emosi serta perasaan lain juga mempunyai bentuk sebegini. Long term merupakan emosi yang berasal dari latar belakang yang lama dan consistent. Kegembiraan berbentuk ini berlaku secara berterusan dari minggu ke minggu ataupun berbulan-bulanan. Short term pula merupakan kegembiraan yang disebabkan peristiwa yang berlaku kebelakangan ini. Ini mempunyai kaitan yang rapat dengan apa yang berlaku pada seseorang pada jangka masa yang pendek. Salah satu contoh ialah apabila seseorang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Orang itu akan berasa gembira tetapi kegembiraan itu hanya untuk sebuah jangka masa yang pendek dan apabila dia menghadapi peperiksaan yang seterusny ataupun mendapatkan keputusan peperiksaan yang seterusnya, kegembiraannya akan berubah dan dia akan mengeluarkan emosi yang lain. Secara umumnya, Kegembiraan merupakan combinasi daripada kegembiraan kesan panjang dan kesan pendek.
Salah satu tajuk atau tema yang besar dan diterangkan sepanjang lecture merupakan Kegembiraan dan factor yang mempengaruhinya. Menurut Argyle, Kegembiraan yang terbesar ialah jatuh cinta diikuti keputusan peperiksaan yang lulus dan seterusnya ialah sembuh daripada sesuatu penyakit. Lelaki dan Perempuan telah berpendapat bahawa kegembiraan berasal daripada perkahwinan. Terdapat satu pengajian yang dijalankan oleh Veroff el al yang menyatakan bahawa orang yang bercerai merupakan orang yang paling tidak gembira berbanding dengan peratus orang yang berkahwin dan menyatakan mereka gembira. Peratus lelaki dan perempuan yang gembira tetapi masih bujang merupakan antara kedua-dua yang disebut tadi.
Jadi, apa yang menyebabkan seseorang itu berasa gembira dan bahagia. Perkahwinan menyebabkan seseorang gembira ataupun seseorang yang gembira menyebabkan perkahwinan itu gembira? Ini merupakan satu soalan yang amat interesting. Pada pandangan saya, seseorang yang gembira tetap akan berasa gembira sama ada dia bujang atau kahwin. Hal ini desebabkan bahawa seseorang itu berasa gembira dengan sebab-sebab lain yang mungkin termasuk perkahwinannya. Orang seperti ini perlu dicontohi, dihargai dan amat penting kerana merekalah yang boleh menyebabkan suasana menjadi harmoni dan gembira kerana orang yang gembira akan mempengaruhi orang yang sekitarnya turut gembira. Seterusnya pula berkaitan dengan perkahwinan. Perkahwinan boleh menyebabkan seseorang itu gembira kerana seseorang itu telah mendapat seorang life time partner yang mengikutnya sepanjang hayat. Ini amat penting kerana banyak orang yang bujang ataupun bercerai berasa tidak gembira oleh sebab ini, jadi, kita boleh lihat bertapa penting dan pengaruh yang kuat untuk mempunyai seorang life time partner. Perkara ini turut menyampaikan message bahawa perasaan bersendirian amat membimbangkan dan turut menyebabkan seseorang berasa tidak gembira. Selain itu, dengan adanya seorang partner sepanjang hayat, beban orang itu mungkin akan menjadi lebih ringan atau berat tetapi tetaplah dua orang yang mengangkat keberatan itu. Ini sedikit sebanyak memupuk rasa kasih dan sayang antara satu sama lain dan menyebabkan kegembiraan.
Terdapat juga factor-faktor lain yang menyebabkan seseorang gembira selain perkahwinan. Antaranya ialah kesihatan, agama, kerja, persahabatan dan lain-lain. Saya akan meneruskan dengan pengaruh penghayatan agama terhadap kegembiraan seseorang. Di sini, kegembiraan turut dikaitkan dengan kebahagiaan. Menurut kajian, orang yang patuh kepada agama akan berasa kurang stress dan berasa gembira secara dua ganda kepada mereka yang tidak. Ini adalah berdasarkan survey yang dijalankan oleh Gallup, the Natonal Opinion research Centre and the Pew Organisation. Terdapat satu juga analisis terhadap 200 social studies yang menyatakan orang yang patuh kepada agama mempunyai kadar yang render terhadap melakukan aktiviti yang buruk seperti membunuh diri dan menyalahgunakan dadah. Mereka juga mempunyai peluang yang lebih rendah untuk mendapatkan depression. Ini mungkin berkait rapat dengan kepuasan mereka terhadap kehidupan mereka dan juga kesedaran sebagai seorang manusia yang baik, puas hati dan turut gembira.
Kasih sayang meliputi rasa sayang dan cinta yang amat luas dan termasuk juga perasaan-perasaan seperti kepercayaan, kesayangan, pengikatan. Ketiga-tiga benda ini berkait rapat antara satu sama lain dan mempunyai kombinasi yang belainain berdasarkan kadar perasaan yang mana lebih dominant untuk menhasilkan rasa kasih dan sayang. Terdapat banyak contoh yang menceritakan kasih sayang dan ini boleh dilihat daripada banyak situasi. Antaranya ialah kasih sayang antara manusia, kasih sayang terhadap alam sekitar dan kasih sayang terhadap binatang atau haiwan. Antara manusia kita berasa kasih sayang terhadap ibu bapa kita, suami serta anak-anak kita.
Sebagai kesimpulan,daripada facial expression, kita memperlajari bahawa emosi kita datang dan hasil daripada hari kita dan bukan dari process pembelajaran ataupun dari pengalaman kita. Kegembiraan boleh dihasikan dengan pelbagai cara.

No comments:

Post a Comment