Tuesday, August 9, 2011

A131472 Sha Allyza Herdayu Sabarudin LJ02

SENYUM TANDA BAHAGIA???
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah telah selesai sudah tugasan saya yang pertama. Dan hari ini sekali lagi saya menulis jurnal tentang subjek pengurusan emosi. Kuliah yang kedua yang berlangsung pada 3 ogos 2011 merangkumi dua tajuk iaitu 'Izard's Innate Facial Expression dan Learning and Experience Theories. Sebelum saya menerangkan lebih lanjut tentang kedua-dua kuliah ini. Saya ingin menyeanaraikan beberapa perkara penting yang berlaku ketika kuliah pada minggu lepas. Antaranya dua pop kuiz yang merangkumi dua tajuk kuliah dan pembentangan dari 3 orang rakan iaitu Nisa ,Shima dan Sarina. Ketika kuiz ini berlangsung saya amat lega kerana kuiz ini diadakan secara berkumpulan kerana jika kuiz ini dijalankan secara individual, mungkin akan memberikan tekanan yang cukup besar kepada saya. Sekurang – kurangnya apabila ia dijalankan secara berkumpulan saya dapat berbincang dan mendengar pendapat dari rakan yang lain. Ini dapat mengukur tahap pemahaman antara kami dan dapat memperbetulkan segala kesalahan pahaman saya ketika kuliah yang lalu. Tahap pemahaman setiap individu berbeza. Jika dilihat terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tahap pemahaman masing-masing. Antaranya ialah keselesaan tempat dan waktu. Berbanding dengan diri saya, saya lebih menyukai kuliah diadakan pada awal pagi kerana saya berada dalam keadaan yang amat segar dan senang menyerap semua ilmu yang diberikan. Kerana pada saya, otak saya amat lambat pada waktu petang. Hal ini menyebabkan saya perlu meneliti perkara yang disampaikan berkali-kali. Pada saya kuiz ini amat berkesan kerana jika dilihat, kami sebagai pelajar perubatan seperti orang yang tidak cukup masa untuk mengulang kaji semua subjek yang kami ambil untuk semester kali ini. Jadi apabila kuiz ini dijalankan sekurang-kurangnya kami dapat mengingati kembali pengisian kuliah sebelumnya.

Kuliah yang pertama ialah 'Izard's Innate Facial Expression. Teori ini menerangkan tentang pengawalan emosi oleh sistem saraf wajah. Kajian yang dilakukan iaitu Born to Smile Studies menyatakan bahawa bayi akan menunjukkan perasaan marah dan terkejut pada umur tiga hingga empat bulan . Perasaan malu dan takut pula ketika berumur lima hingga enam bulan. Perasaan puas hati akan ditunjukkan ketika berumur setahun dan akhir sekali dia akan menunjukkan perasaan bersalah ketika mencecah usia 2 tahun. Jadi emosi bayi dipengaruhi oleh rangsangan emosi sebenar bayi tersebut. Namun terdapat kritikan terhadap kajian ini yang menyatakan senyuman bayi tidak bermakna mereka sedang gembira tetapi itu hanyalah medium untuk mereka berkomunikasi. Mungkin ya dan mungkin tidak. Jika dilihat dalam kehidupan seharian ramai yang mengamalkannya. Mereka cuma tersenyum tetapi tidak menegur. Saya juga sering mengamalkannya. Ini kerana mungkin tiada hal penting untuk dikatakan. Sekurang- kurangnya pabila seseorang memberikan senyuman kepada kita. Itu bermakna mereka tidak mempunyai masalah ataupun perasaan tidak puas hati terhadap kita. Kebanyakan orang tidak gemar memberikan senyuman. Sedangkan menurut kajian apabila kita tersenyum kita hanya menggunakan sedikit otot pada bahagian wajah jika dibandingkan dengan memasamkan muka. Di sini saya ingin berkongsi sebuah lagu yang dipopularkan oleh Malique dan Najwa yang bertajuk "SENYUM".
Senyum senyum senyum
Senyum senyum
Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit
Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa
Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina
Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Lagu ini memberikan impak positif kepada masyarakat dan memberikan nasihat kepada masyarakat kita yang kurang memberikan senyuman.Bak kata pepatah 'senyum itu sedekah'. Senyum itu sederhana tetapi memberi makna raksasa. Senyum amat mudah tapi sangat berharga. Selain itu terdapat beberapa faedah tersenyum antaranya ialah:
  1. senyum membuatkan kita lebih menarik
  2. senyum mampu mengubah perasaan sedih kepada gembira
  3. senyum menghilangkan stress
  4. senyum meningkatkan sistem pertahanan badan
  5. senyum menurunkan tekanan darah
  6. senyum membuatkan kita awet muda
  7. senyum membuatkan kita sentiasa berfikiran positif.
Dalam sebuah kajian ahli fisiologi perancis menyatakan bahawa senyum dapat mempengaruhi hormon secara positif. Dan ekspresi wajah seperti marah,geram, dan sebagainya memberikan kesan negatif. Kita lebih senang bergaul dengan orang lebih banyak tersenyum ini akan mengeratkan lagi tali persahabatan. Selain itu terdapat satu lagi kajian iaitu Cross Sectional Study. Kajian yang dilakukan oleh Ekman dinegara-negara terpilih. Kajian ini menyatakan bahawa emosi dipengaruhi oleh budaya yang diamalkan oleh individu itu sendiri. Jadi setiap individu mempunyai emosi yang berbeza mengikut budaya tersendiri. Contohnya makan menggunakan tangan. Masyarakat melayu sering mengamalkan budaya ini. Dan apabila kita melihat masyarakat lain yang mengamalkan pemakaian sudu dan garfu ketika makan. Mungkin kita akan menyatakan mereke sengaja merendah-rendahkan bangsa kita. Namun itu hanyalah budaya.

Kuliah seterusnya ialah mengenai emosi positif iaitu makna kebahagian. Setiap individu mempunyai makna kebahagian menurut pandangan masing-masing. Apabila kita gembira, seronok dan senang hati ini akan mengalami perasaan bahagia. Terdapat juga kajian tentang kebahagian yang menyatakan bahawa negara di Asia merupakan negara yang mempunyai tahap kebahagiaan yang paling rendah. Kebahagiaan terbahagi kepada 'Long Term Affective State' dan 'Short Term Affective State'. Long Term Affective State merujuk kepada kebahagiaan jangka masa panjang. Kebahagiaan yang kita rasai sejak kita kecil lagi hingga kini. Sebagai contoh mempunyai keluarga yang bahagia. Keluarga memberikan impak yang besar kepada kebahagiaan setiap individu. Short Term Affective State merupakan kebahagiaan yang baru dialami. Sebagai contoh baru melangsungkan perkahwinan atau berjaya dalam peperiksaan. Keluarga bahagia juga mempunyai definisi yang berbeza bagi setiap individu. Saya bersyukur dilahirkan dalam sebuah keluarga yang cukup lengkap. Mungkin pada jiran sekeliling pergaduhan kami adik beradik menunjukkan masalah kekeluargaan. Namun pada saya itu merupakan satu cara kami mengenal diri masing-masing.

Akhir sekali tentang tayangan video hari raya. Video ini memberikan makna yang cukup mendalam tentang jasa ibubapa. Seorang ibu atau bapa dapat bersabar melayan kerenah anak- anak. Namun seorang anak belum tentu mampu melayan kerenah ibubapa mereka. Jadi di sini saya mengingatkan kepada diri saya sendiri dan kawan-kawan. Hargailah kedua ibubapa mereka ketika mereka masih bernyawa di dunia ini. Jagalah mereka seperti mana mereka menjaga kita.
Sekian.


No comments:

Post a Comment