Emosi, Adakah Semulajadi atau Menerusi Pembelajaran?
Assalamualaikum, setelah selesai peperiksaan akhir modul pada hari ini, barulah saya berkelapangan untuk menulis jurnal kedua bagi kursus Pengurusan Emosi ini. Namun, kegagalan untuk menjawab soalan peperiksaan pada hari ini membuatkan saya sedikit tertekan kerana markah untuk peperiksaan ini nanti akan dibawa kepada markah peperiksaan akhir nanti. Jikalau saya mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan akhir modul ini, bermakna saya gagal membawa bekalan markah untuk membantu saya dalam peperiksaan akhir semester kelak. Hal ini akan meningkatkan risiko untuk gagal dalam peperiksaan akhir semester.
Berbalik kepada tugasan jurnal pada minggu ini, kuliah pada 3 Ogos lepas adalah sambungan daripada kuliah sebelum yang membincangkan nota kuliah yang bertajuk Struktur dan Ekspresi emosi. Kuliah ini bermula dengan Dr. Zamri membincangkan tentang Izard's Innate Facial Expression yang juga bermaksud Ekspresi Muka Semulajadi Izard. Melalui teori ini, Izard(bukan Izzat Zulhilmi batch kami) mengatakan bahawa mekanisme saraf untuk ekspresi muka dan persepsi adalah sesuatu yang semulajadi dimana pembelajaran dalam kehidupan hanya memberi impak yang kecil atau minor sahaja di dalam pengalaman emosi seseorang. Pada pendapat saya pula, saya amat-amatlah bersetuju dengan pandangan Izard tersebut. Hal ini berdasarkan pengalaman hidup saya sebagai seorang manusia serta dengan pemerhatian saya terhadap anak-anak kecil termasuklah anak saudara saya sendiri. Saya teringat ketika saya kecil dahulu, apabila ibu membelai saya, saya secara automatic akan tersenyum dimana hal itu tidak mampu saya kawal untuk tidak tersenyum. Begitu juga apabila saya merajuk, apabila ada orang pujuk dengan cara yang agak melucukan, saya tidak mampu menahan ketawa walaupun saya dalam keadaan marah kerana rasa ketawa itu, datang dengan sendiri, bukannya dibuat-buat atau meniru perbuatan orang lain. Melalui pemerhatian saya terhadap anak saudara saya yang masih beberapa bulan umurnya di dalam kehidupan dunia, dia akan tersenyum jika saya mengusiknya dan begitu juga dengan bayi-bayi lain. Sedangkan mereka belum mengerti apa-apa lagi mengenai perasaan, tetapi, ekspresi muka setiap bayi akan sama jika kita mengusiknya. Jika kita imbau kembali ketika kita dalam keadaan bayi sekalipun, kita tidak akan ingat bagaimana perasaan kte ketika itu. Jadi, dengan hujah-hujah yang saya berikan ini, saya dengan penuh yakin, menyokong teori Izard itu dimana ekspresi muka adalah sesuatu yang semulajadi dan bukannya berdasarkan pembelajaran sepanjang hayat.
Pembuktian teori Izard ini bukan sahaja daripada hujah-hujah saya tadi, malahan, ianya juga dibuktikan oleh beberapa eksperimen lain, antaranya termasuklah Newborn 'born to smile' studies dan Cross-cultural studies yang juga bermaksud Pengkajian 'lahir untuk senyum' bayi yang baru lahir dan Kajian rentas-budaya.
Dalam Nemborn 'born to smile' studies, pakar-pakar yang mengkaji dalam kajian ini mendapati bahawa adanya ekspresi emosi selepas lahir. Sebagai contoh, setelah bayi dilahirkan di dunia, bayi itu akan terus menangis, itu adalah ekspresi emosi yang pertama. Melalui ekpspresi pertama ini, saya ada mendengar satu kata-kata yang mengusik jiwa saya sebagai seorang hamba Allah di dunia ini, iaitu, menangis selepas dilahirkan adalah adalah satu bukti bahawa manusia dilahirkan di dunia bukanlah untuk bersenang-senang, tetapi untuk bersusah-susah sebagai seorang hamba yang taat akan perintah penciptanya. Kata-kata tersebut memang menyedarkan diri saya apabila saya berada dalam keadaan yang sukar kerana tempat untuk bersenang-senang adalah di syurga. Dunia hanyalah sementara, akhirat yang kekal abadi. Dunia adalah sandiwara, dunia adalah tempat persinggahan sebelum akhirat, dunia adalah tempat bercucuk tanam, dunia adalah satu peperiksaan. Manakala, akhirat adalah kehidupan yang sebenar-benarnya, akhirat adalh destinasi atau kampong halaman sebenar kita, akhirat adalah tempat kita menuai apa yang telah kita usahakan di dunia dahulu, akhirat adalah keputusan peperiksaan kita sama ada kita lulus iaitu syurga atau gagal iaitu neraka.
Berbalik kepada Newborn 'born to smile' studies, mereka yang mengkaji juga mendapati bahawa pada usia 3 atau 4 bulan, bayi mempunyai dan mampu mengekspresikan rasa marah dan terkejut. Kemudian ketika berusia 5 atau 6 bulan, bayi mampu mengekspreskan rasa malu dan takut seterusnya ketika berusia setahun, bayi mampu mengeluarkan rasa puas hati dan kemudiannya pada umur dua tahun, bayi mula menunjukkan rasa bersalah. Namun begitu, terdapat kritikan terhadap kajian ini, mereka yang menkritik mengatakan bahawa jika bayi itu senyum, tidak bermaksud bayi itu gembira. Bagi saya sendiri, saya tidak setuju langsung dengan kritikan itu.
Untuk kajian yang kedua yang menyokong teori Izard iaitu Kajian rentas-budaya, Ekmen, iaitu nama orang yang melakukan kajian ini, melakukan kajian ini di pelbagai benua dan Negara. Antara Negara yang di kajinya termasuklah Amerika Syarikat , Brazil , Chile , Argentina dan Jepun. Cara En. Ekmen ini melakukan kajian ialah dengan memaparkan gambar-gambar ekspresi muka orang dan menyuruh subjek eksperimennya meneka ekspresi apakah yang ditunjukkan oleh orang dalam gambar tersebut. Eksperimen ini juga dibuat oleh Dr. Zamri sendiri dalam kuliahnya pada minggu ini tetapi bukanlah eksperimen yang sebenar, hanya sebagai kuiz untuk mahasiswa dan mahasiswi perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia . Pada pendapat saya, kuiz seumpama itu mampu membuatkan pelajar lebih focus ketika kuliah kerana kuiz tersebut mampu membangkitkan rakan-rakan saya yang sedang nyenyak tidur ketika kuliah, jadi wajarlah untuk setiap pensyarah menggunakan kuiz yang menarik untuk menarik perhatian para pelajar bagi mengelakkan para pelajar rasa mengantuk dan bosan kerana tahap kefokusan seseorang itu maksimanya hanyalah pada 40minit pertama. Bayangkan kuliah pengurusan emosi bermula pada pukul 2 dan berakhir pada pukul 5. Bermakna kuliah yang mencapai tahap 3 jam yang sememangnya tiada siapa mampu focus dalam kuliah sepanjang 3 jam ini. Pada pendapat saya, amat-amatlah tidak relevan untuk kuliah diadakan dengan jangka masa melebihi satu jam, apatah lagi 3 jam. Inputnya memang tiada langsung, bermakna pelajar akan membazir 2 jam masa mereka tanpa mendapat apa-apa. Jadi, amatlah wajarlah pihak universiti menkaji semula atau mengambil perhatian mengenai hal ini kerana objektif pihak universiti untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berilmu takkan tercapai jika kondisi pembelajaran tidak diambil kira. Begitu juga kondisi infrastruktur seperti keadaan dewan kuliah. Dewan kuliah sepatutnya mempunyai tempat duduk yang selesa yang tidak menjejaskan kesihatan tulang belakang para pelajar, dengan tempat duduk dewan sekarang, para pelajar perubatan terdedah dengan risiko untuk sakit belakang, tambah-tambah lagi jika kuliahnya lama. Hal ini akan mengganggu emosi para pelajar yang ingin belajar menadah tangan dan telinga untuk mendapatkan ilmu di dalam dewan kuliah keramat ini.
Berbalik kepada kajian En. Ekmen tadi, hasil kajian beliau mendapati bahawa kesamaan untuk setiap budaya yang berlainan mengekspretasi ekpresi emosi melalui gambar amatlah tinggi. Ini bermakna, walaupun berlainan budaya dan Negara, dengan melihat reaksi muka pada gambar, mereka menginterpretasikan emosi yang sama bermakna emosi adalah universal. Sebab itulah ada pepatah Inggeris yang mengatakan, 'action speaks louder than words' yang memberi makna perbuatan seseorang lebih effective berbanding kata-kata yang diperbualkan. Di dalam konteks ini, kita dapat tafsirkan pepatah itu dengan ekspresi muka sebagai perbuatan manakala kata-kata yang diluahkan seseorang itu sebagai kata-kata. Jika kita lihat perbandingan ini, ekspresi muka akan lebih mudahkita tafsir berbanding kata-kata lebih-lebih lagi dengan bahasa yang kita tidak fahami. Ekspresi muka ini juga boleh dikatakan sebagai 'body languange'. Di dalam kursus PPD(Personal and Professional Development) yang termasuk dalam modul pelajar perubatan, kami di ajar dan difahamkan bahawa 'body languange' ataupun juga dikenali sebagai bahasa badan amatlah penting dalam komunikasi harian kita dalam bersosial. Hal ini kita dapat lihat jika kita ke luar Negara dimana kita tidak memahami bahasa Negara tersebut, kita kan lebih berkomunikasi dengan orang di sana dengan menggunakan bahasa badan.
Walaupun begitu, manusia memang suka menkritik kerana perbezaan idea dan pendapat di mana hasil kajian En. Ekmen juga dikritik dimana mereka yang mengkritik mengatakan bahawa En. Ekmen hanya menguji orang-orang terpelajar dari Negara-negara yang berbeza. Jadi mereka tidak 'approve' hasil kajian tersebut. Namun, jika kita berfikiran positif, kita akan mengambil kritikan itu sebagai satu cabaran atau satu semangat untuk kita melakukan sesuatu dengan lebih baik lagi. Begitulah yang dibuat oleh En. Ekmen, di mana selepas dikritik, beliau menyambung kajian beliau di kepulauan Borneo dan New Guinea . Dengan kajian disana, En. Ekmen memutuskan bahawa keputusan kajiannya sebelum ini adalah betul kerana subjek En. Ekmen di Borneo dan New Guienea adalah orang yang tidak terpelajar namun masih memberi jawapan yang sama seperti jawapan orang terpelajar di Negara-negara lain.
Selepas Ekmen, datanglah pula Scherer dan Walbott dimana mereka mengesahkan kajian Ekmen dengan membuat kajian di 37 buah Negara di 5 benua. Mereka berdua kemudiannya memberi konklusi bahawa terdapat bukti yang konsisten untuk corak kestabilan tindakan emosi rentas-budaya. Yang berbeza adalah bagaimana emosi itu dialami dan dikawal, dan bukan bagaimana emosi itu dizahirkan.
Kemudian, saya beralih kepada tajuk seterusnya iaitu teori Pembelajaran dan Pengalaman. Teori ini mempunyai 2 peranan iaitu pengalaman pada sudut biologi dan pengalaman pada sudut teori pembelajaran. Melalui peranan pertama, ia mengatakan bahawa pembelajaran memainkan peranan yang kecil dalam emosi. Seperti yang telah dikatakan Plutchik sebelum ini iaitu emosi adalah ekspresi secara terus dan pembelajaran hanya mampu mengubahnya sedikit sahaja.
Peranan kedua iaitu pengalaman pada sudut teori pembelajaran, mengatakan semua emosi adalah hasil pembelajaran. Melalui kajian Miller, ketakutan tidak kaitan dengan asas biologi. Kajian albert pula memberi konklusi bahawa manusia dapat mempunyai rasa takut dengan proses pembelajaran. Sebagai contoh seperti yang diberikan contoh oleh Dr. Zamri mengenai takut dengan hantu, kanak-kanak yang tidak terdedah dengan ugutan ibubapa mengeanai hantu tidak akan rasa tkut pada hantu. Rasa takut akan timbul jika ibubapa yang yang beria-ia mankutkan anak mereka, maka barulah kanak-kanak itu akan mampunyai rasa takut kepada hantu.
No comments:
Post a Comment