Tuesday, August 9, 2011

A131527 Gan Chen Ling LJ02 Kebahagiaan

Selamat sejahtera, jurnal ini merupakan jurnal kedua saya tentang apa yang diajari dalam kuliah Penguruasan Emosi ZZZT2253 pada 3 Ogos 2011. Kuliah ini telah dibahagikan kepada tiga sesi. Sesi pertama adalah kuliah tentang 'Izard's Innate Facial Expression', sesi kedua merupakan sesi kuiz and sesi ketiga merupakan kuliah tentang emosi positif. Kuliah ZZZT2253 pada hari Rabu yang lepas diakhiri dengan sesi pembentangan pelajar tentang pendapat mereka terhadap kuliah hari ini. Jadi, dalam jurnal ini saya akan membincangkan pendapat saya tentang 'Izard's Innate Facial Expression' dan apa yang telah saya pelajari dalam kuliah ini. Dalam teori ini, Izard telah membuktikan bahawa mekanisme neural untuk ekspresi wajah dan persepsi ungkapan terhadap emosi merupakan sesuatu yang semula jadi. Emosi sendirinya juag merupakan sesuatu yang semula jadi dan pembelajaran juga akan meniggalkan impact kecil terhadap pengalaman emosi kita. Pendapat Izard ini dapat dibuktikan melalui dua kajian yang telah dijalankan, iaitu, "cross-cultural studies" dan "newborn's 'born to smile' studies".

 

Dalam kajian 'born to smile' studies, ungkapan emosi dikesan ketika lahir, ungkapan emosi kemarahan dan kejutan diekpresskan ketika 3 atau 4 bulan usia, malu dan takut ketika 5 atau 6 bulan, ungkapan kandungan kepuasaan manakala diekspresskan ketika 1 tahun dan rasa bersalah pada awal tahun dua. Tetapi, senyuman bayi tidak bermakna dia gembira! Hal ini adalah kerana bayi ini kurang pengalaman hidup. Tidak bersalah jika saya berpendapat bahawa bayi itu sendiri pun tidak tahu apa makna sebenarnya bersenyum. Bayi itu bersenyum mungkin hanya merupakan satu refleksi daripada mekanisme neuralnya. Selain daripada itu, kita ataupun boleh mengambil contah daripada kehidupan dewasa kita sendiri. Kadang kala, kita bersenyum bukan kerana kita gembira tapi tujuan kita bersenyum ini adalah untuk menyimpan perasaan kita daripada orang lain supaya orang lain tidak tahu bahawa kita tidak bergembira. Hal ini adalah kerana tidak mahu mempengaruhi perasaan orang lain dan membebankan mereka. 

 

Manakala dalam kajian "cross-cultural studies", Ekman telah melakukan kajiannya di Amerika Syarikat, Brazil, Chile, Argentina dan Jepun dengan menunjukkan beberapa gambar kepada orang awam dan bertanya mereka bahawa gambar ini menunjukkan apa emosi. Keputusan daripada kajian Ekman ini adalah bahawa pendapat terhadap emosi ini adalah sama daripada 5 negara yang berbeza yang mempunyai 5 budaya yang berbeza. Jadi, daripada keputusan kajian ini, Ekman membuat kesimpulan bahawa ungkapan emosi tidak sepenuhnya semula jadi tapi, ia telah diubah suai oleh pengalaman budaya. Paul Ekman menyokong kesejagatan mimic muka dengan emosi. Contohnya, oleh kebanyakkan orang mengekspresskan perasaan gembira mereka dengan cara yang sama iaitu bersenyum atau melompat dengan keriangan, ataupun wajah gembira merupakan ungkapan emosi yang paling biasa dilihat dan dikenali, jadi, wajah gembira lebih dikenalpasti dari wajah takut. Scherer dan Wallbott meneliti kajian-kajian meliputi 37 negara dan 5 benua dan mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil. Yang berbaza adalah bagaimana emosi itu dialami dan dikawal, bukan pada bagaimana emosi itu dizahirkan.

 

Selain daripada Teori Izard, menurut teori "Learning and experience", emosi juga merupakan satu hasil daripada pengalaman daripada pandangan biologi dan pengalaman melalui pandangan pembelajaran. Melalui pendapat Izard, setiap emosi sensitizes bayi itu kepada ciri-ciri tertentu dalam persekitaran kita dan memudahkan dan membantu pembelajaran bayi itu. Emosi ini adalah untuk mempengaruhi tingkah laku bayi ini. Tetapi, dengan pengalaman hidup kita dan pengalaman melalui pandangan pembelajaran, emosi semula jadi yang diungkapkan oleh bayi ini telah menjadi satu personaliti. Manakala, melalui pengalaman daripada pandangan biologi, emosi dicungkilkan oleh aktivators yang berbeza pada individu yang berlainan. Contohnya, sesetengah orang yang takut terhadap anjing akan mengungkapkan emosi takut tetapi juga ada sesetengah orang yang suka anjing akan mengungkapkan emosi gembira semasa bertemu dengan anjing.

 

Semasa sesi ketiga kuliah ini, kami telah diajar apa itu emosi positif. Sebelum kuliah ini, pendapat saya terhadap emosi positif adalah emosi yang akan memberi kesan yang baik terhadap badan kita, kehidupan kita dan pergaulan kita contohnya sentiasa bergembira dan bersenyum. Tetapi selepas menghadiri kuliah ini, pengetahuan saya terhadap emosi positif telah bertambah banyak. Contoh emosi positif adalah gembira, bahagia dan kasih. Kegembiraan merupakan satu keadaan emosi yang dicirikan oleh perasaan keseronokan dan kepuasaan. Menurut pandangan Aristotle, Aristotle berpendapat bahawa kegembiraan merupakan kejayaan mengejar kesenangan. Menurut pandangan Plato, Plato berpendapat bahawa sumber kegembiraan didapat daripada kehidupan yang baik. Manakala Epicurean berpendapat bahawa kegembiraan diperolehi dengan memaksimumkan keseronokan dan mengurangkan kesakitan. Mills berpendapat bahawa kegembiraan adalah kesesuaian semua tingkah laku kita. Bagaimana dengan anda? Pada pendapat saya, perkara yang akan menyebabkam saya gembira amat mudah. Perkara yang paling penting ialah kita perlu berpuas hati dengan apa yang kita ada. Kita tidak boleh tamak dan jangan meletakkan harapan kita terlalu tinggi terhadap seseorang. Dengan ini, kita akan dapat bergembira melalui setiap hari. Kalau saya dapat memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan, semua ahli keluarga saya sihat dan bergembira, saya juga akan bergembira.

 

Rin telah menyatakan bahawa orang yang dapat menyelaraskan dirinya dengan kesekitaran akan lebih gembira dan orang yang bergembira dapat menyelaraskan diri mereka dengan lebih baik. Selain itu, orang yang mempunyai tahap penyesuaian yang lebih tinggi akan dapat menghadapi semua masalah dengan lebih baik. Mereka yang dapat membangunkan strategi-strategi yang lebih berkesan cenderung untuk menjadikan mereka lebih gembira. Dalam Kozma et al 1992, dicatatkan bahawa gembira terdiri daripada 2 komponen iaitu faktor afektif berjangka panjang dan faktor afektif berjangka pendek. Faktor afektif berjangka panjang merupakan kumulatif emosi kita sejak dari kecil manakala faktor afektif berjangka pendek merupakan peristiwa terkini dalam kehidupan. Contoh-contoh peristiwa dalam kehidupan yang dalam menjadikan kita bergembira adalah jatuh cinta, sembuh daripada sakit, bercuti, berkahwin, kelahiran anak dan dinaikkan pangkat dalam kerja. Kajian telah membuktikan bahawa orang yang telah berkahwin lebih gembira daripada orang yang berseorangan dan belum berkahwin. Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa orang yang beragama lebih gembira dan kurang tekanan. Pada pendapat saya, orang yang beragama lebih gembira adalah kerana mereka yakin dan percaya bahawa Tuhan mempunyai pelan-pelan yang terbaik untuk kita dan Tuhan akan sentiasa membantu kita semasa kita mengalami kesusahan. Selain daripada gembira dan bahagia, kasih sayang juga merupakan satu emosi positif. Kasih sayang terdiri daripada 3 faktor iaitu komitmen, keintiman dan keghairahan. Kasih sayang mampu membawa kegembiraan dan kedua-dua kegembiraan dan kasih sayang pula membawa kepada kebahagiaan seseorang.     

 

Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang akan menyebabkan kita gembira dan mempengaruhi perasaan kita. Saya juga menyedari kepentingan untuk kita berpuas hati dengan apa yang kita ada untuk bergembira dan kebahagiaan dan emosi positif merupakan sesuatu yang parasaan yang amat berharga dan perlu kita hargai. Jadi, mula pada hari ini, saya akan gembira melalui setiap hari dan mengamalkan emosi positif jika boleh. =)

No comments:

Post a Comment