TAN LI FEN A131517 LJ02 Kebahagiaan
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.Ini merupakan jurnal kedua yang saya bentangkan bagi kursus ZZZT2253 Pengurusan Emosi.Pada 3-8-2011(Rabu), saya telah menghadiri kuliah yang bertajuk Senyum dan Bahagia.Pada hari tersebut, Dr Zamri telah memberi tunjuk ajar kepada kami tentang teknik-teknik berguna untuk menulis jurnal yang baik .Selain itu, Encik Zamri juga bermurah hati berkongsi sabuah lagu yang menarik iaitu, sebelum kuliah kami bernama "You Come To Me".Lagu ini banyak memberi kesedaran tentang pentingnya taat kepada Tuhan dan selain membangkitkan rasa kebahagiaan.
Dalam sepanjang kuliah tersebut, saya telah banyak belajar ilmu berkaitan emosi .Menurut Izard's Innate facial expression, mekanisme neural bagi ekspresi wajah dan persepsi terhadap ekspresi adalah semula jadi.Emosi merupakan sesuatu yang semula jadi dan ia kurang dipengaruhi oleh sepanjang pembelajaran kami.Ungkapan ini dapat dibuktikan oleh "Born to smile" studies yang menyatakan bayi mempunyai emosi ekspresi sejak lahir.Bayi mempunyai perasaan marah dan kejutan kira-kira pada bulan ketiga atau bulan keempat manakala mempunyai perasaan takut dan malu pada bulan kelima atau bulan keenam.Bayi juaga akan mempunyai perasaan berpuas hati pada tahun pertama dan perasaan bersalah pada awal tahun kedua.Namun begitu, terdapat kritikan bahawa bayi yang senyum tidak bermakna bayi itu gembira.
Selain itu, Cross- cultural studies merupakan satu kajian dijalankan oleh Ekman di US, Chile, Argentina dan Japan.Dalam kajian tersebut, beberapa gambar telah ditunjukkan kepada orang ramai dan mereka digalakkan memberi pandangan berkaitan gambar-gambar yang ditunjukkan.Kajian ini menunjukkan bahawa orang ramai mempunyai pendapat yang hampir sama walaupun mempunyai kebudayaan yang berlainan.Ekspresi muka memang dapat menunjukkan perasaan seseorang.Selain itu, Ekman telah menjalankan kajian di Borneo dan New Guinea.Keputusan kajian juga membuktikan fakta tersebut. Paul Ekman (1994) menyokong kesejagatan mimik muka dengan emosi.Pilowsky & Katsikitis, 1994)menggunakan sistem analisis computer untuk menganalisis ekspresi muka (Ekman, 1971 – di Borneo & New Guinea).Wajah gembira (95-100%) lebih dominan dikenalpasti dari wajah takut (54-85%). Scherer & Wallbott (1994) meneliti kajian-kajian meliputi 37 negara dan 5 benua dan mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil.Yang berbeza adalah bagaimana emosi itu dialami dan dikawal, bukan pada bagaimana emosi itu dizahirkan.Tetapi, ekspresi semula jadi memanfd dapat diubah mengikut kebudayaan masing-masing,
Menurut Plutchik,emosi merupakan ekspresi potensi genetik dan proses pembelajaran hanya memberi pengaruh yang kecil sahaja. Matsumoto- studied,kajian berkaitan ekspresi dan emosi di Caucasian, African American, Asian and Hispanics menunjukkan asas emosi adalah sama kecuali sebahagian daripadanya.Emosi akan mendorong bayi terdedah kepada keadaan yang berlainan dan mendorong pembelajaran mereka.Emosi yang terdapat pada beberapa bulan sejak lahir akan mempengaruhi sikap sesorang bayi .Secara tidak langsungnya, emosi semula jadi akan diperkembangkan oleh proses pembelajaran dan pengalaman yang dihadapi.Penggerak mampu menyebabkan emosi sesorang dipaparkan.Sebagai contoh, anjing dapat dijadikan sebagai penggerak emosi seseorang dan menyebabkan perasaan ketakutan.Tomkin's facial feedback theory menyatakan bahawa ekspresi muka dapat memaparkan emosi seseorang .Sebagai contohnya, senyuman menunjukkan kegembiraaan.Teori ini juga menyatakan terdapatnya 9 emosi asas yang dipengaruhi oleh situasi sekeliling.
Menurut Wikipedia, ensiklopedia, Kebahagiaan ialah suatu keadaan perasaan aman damai serta gembira. Dengan kata yang lain, kebahagiaan melebihi hanya perasaan kegembiraan.Kegembiraan merupakan satu emosi senang hati dan kepuasan hati Menurut Aristotle, Kegembiraan merupakan tahap ketinggian dalam mencapaisesutu kejayaan. Plato pula menyatakan bahawa pencapaian kemulian dalam hidup membolehkan kita mendapat kebahagiaan dan kegembiraan. Menurut Epicurean, kebahagiaan dapat dimaksimasikan dengan pertambahan kegembiraan selain meminimakan kesedihan atau kepedihan hidup.Cross cultural studies menunjukkan bahawa kebahagiaan hidup sesorang berbeza antara satu negara dengan negara yang lain.(Veehoven, 1995).Kajian menunjukkan bahawa dengan kebudayaan Asian memaparkan kebahagian diri yang rendah daripada negara lain(Diener et al, 1995).Orang paling gembira tinggal di North America, Australia & Europe (Argyle, 1987). Seseorang yang mampu mengawal emosinya biasanya mempunyai tahap kebahagiaan yang tinggi.Mereka yang pandai mengawal emosi mudah menghadapi masalah atau halangan yang dihadapi.Mereka biasanya pandai mengawal emosi dengan mempunyai strategi-strategi penyelesaian masalah yang baik dan efektif.(Rim, 1993)
Menurut Kozma et al, 1992,Kebahagiaan dapat dibahagikan kepada dua komponen iaitu afektif jangka masa panjang ( long term effective states) dan afektif jangka masa singkat (short term affective states). Afektif jangka masa panjang merupakan emosi berterusan yang agak stabil yang termendap sejak bulan ke bulan atau tahun ke tahun manakala afektif jangka masa singkat merupakan sesuatu emosi dalam masa yang singkat.Sebagai contohnya, seseorang itu menghadapi kesedihan hati kerana kegagalan ujian yang dihadappi sejak kebelakangan.Konklusinya, kebahagian menrangkumi kedua-dua komponen tersebut.Hubungan antara ahli keluarga merupakan asas kepada pembinaan emosi sesorang individu.Dalam kajian yang dijalankan, percintaan mencatatkan peratusan yang tertinggi dalam kebahagiaan seseorang,Biasanyan, perkahwinan dapat mencetuskan kebahagiaan yang tinggi.Kajian menunjukkan manusia yang berkahwin lebih bahagia daripada seseorang yang tunggal.Perkahwinan yang gembira hanya akan menyebabkan pencapaian kebahagiaan yang tinggi.
Terdapat beberapa faktor yang lain mampu mempengaruhi tahap kebahagiaan seseorang,Antaranya termasuklah faktor kesihatan,persahabatan,kerja, rekreasi dan juga faktor penghayatan agama.Memang tidak dapat dinafikan tubuh yang sihat dan cergas, kerja yang bersesuaian dengan keminatan diri, hubungan persahabatan yang akrab, terdapatnya masa rehat yang mencukupi dan penghayatan agama merupakan faktor-faktor pembinaan tahap kebahagiaan yang tinggi. Kajian yang dijalankan oleh Gallup(National Opinion Research Centre and the Pew Organisation )menunjukkan sesorang yang mempunyai pegangan agama yang utuh mencapai dua kali ganda tahap kebahagiaan daripada orang yang tidak beragama.Ini dapat dibuktikan kerana seseorang yang beragama tidak mudah dipengaruhi oleh masalah ketagihan dadah atau pengambilan dadah.Mereka juga tidak mudah putus asa apabila menghadapi kekangan hidup.Mereka mudah mencapai kepuasan hati dan mereka memahami erti kehidupan. Kajian daripada Keith Ward pula menunjukkan agama mampu membina perkembangan mental yang baik.Kajian menunjukkan seseorang yang mempunyai pegangan agama mempunyai pengawalan emosi dan tahap mental yang baik.Mereka tidak mudah terjebak dalam kegiatan yang negatif.
Kasih sayang juga memainkan peranan yang penting dalam pembinaan kebahagiaan hidup.Kasih sayang merupakan keprihatinan sesorang individu dan kepercayaan yang ada pada sesorang.Hubungan romantic yang ada pada pasangan akan membina kebahagiaan hidup yang tinggi.Hal ini demikian kerana pasangan hidup dapat menjalinkan hubungan yang dengan saling memahami antara satu sama lain. Dengan adanya pasangan hidup, kami dapat mendapat kasih sayang dan keprihatinan.Selain, kekayaan hidup dapat memyebabkan pencapaian tahap kepuasan yang tinggi daripada mereka yang miskin.
Secara konklusinya, kebahagiaan hidup memang dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang berlainan.Namun begitu, Kegembiraan dan kebahagiaan hidup tidak dipengaruhi oleh kaum atau umur.Kebahagiaan hidup seseorang dapat menwujudkan masyarakat yang aman dan damai di samping negara yang makmur dan damai.Justeru, orang ramai digalakkan supaya mempunyai pengurusan emosi yang baik dan selalu bersikap positif agar kebahagiaan hidup dapat dicapai dengan jayanya.
No comments:
Post a Comment