Bismillah
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada semua sahabat-sahabat, kawan-kawan dan sesiapa yang mengenali diri ini.
Minggu lalu, saya berbicara tentang emosi, darisegi pengenalan, teori-teori dan sedikit luahan hatiku mengenai emosi.Pada minggu ini pula, 3 ogos 2011 saya menghadiri kuliah Pengurusan Emosi yang menbincangkan tajuk "emosi positif" . Seperti biasa saya akan datang lewat sedikit ke kuliah yang mana ketika saya datang Dr. zamri sudah memberi ulasan mengenai jurnal miggu lepasn yang dihantar di dalam blog. Walaupun datang lewat dengan perasaan berdebar kerana yang datang lewat biasanya kena duduk di barisan depan dalam dewan kuliah.Alhamdulilah, saya gembira kerana kuliah belum dimulakan oleh Dr Zamri walaupun saya kelewatan sedikit dan ada lagi kawan kawan yang datang lewat daripada saya dan terpaksa berada di barisan yang lebih depan daripada saya.Berbalik kepada kuliah pengurusan emosi pada 3 ogos 2011. Dr. Zamri menerangkan emosi terbahagi kepada dua iaitu emosi positif dan emosi negatif. Dan hari ini, kuliah bertajuk emosi positif di terangkan oleh Dr.zamri. Emosi positif seperti gembira, kasih ,teruja, ceria dan lain-lain. Bercakap mengenai emosi positif ini, saya percaya ia adalah emosi atau perasaan yang memang diingini oleh setiap manusia, tidak mengira warna kulit, bangsa mahupun agama. Namun, bagi saya yang beragama islam kegembiraan mestilah mengikut batas-batas yang Islam tetapkan seperti pengharaman arak, zina dan judi yang mana bagi sesetengah orangh melihat ini adalah kemuncak kegembiraan . namun ini semua hanya sementara. Kerana kita hidup ini akan mati jua akhirnya. Semoga saya pendapat pengakhiran yang baik.amin.
BAHAGIA, kita selalu dimomokkan oleh media atau persekitaran kita bahawa bahagia itu mestilah kaya, berumah banglo, kereta import, pakaian berjenama dan macam-macam lagi yang menunjukkan seseorang itu mewah.inilah pengaruh yang ditunjukkan sehingga kita terkejar-kejar akan segala kemewahan ini. Adakah kitan tidak akan bahagia sehingga semua yang kita kejar ini tercapai?. Bagi saya, mustahil untuk kita bahagia jika inilah standard kita tetapkan untuk bahagia. Masih saya ingat kata-kata seorang ustaz ketika menghadiri kuliahnya, "Bahagia bukan apa yang kita lihat tapi cara kita melihatnya" kata-kata yang singakat ini mungkin dipandang enteng oleh sesetengah orang, namun bagi saya, kata-kata ini membawa saya satu define baru mengenai bahagia. Jika kita mempunyai rumah teres namun kita melihat rumah banglo adalah seseutu yang bahagia ,kita tidak akan bahagia selagi kita tidak mendapat bangle itu. Namun jika melihat rumah teres yang kita miliki adalah cukup dan sesuatu menggembirakan berbanding dengan sesetengah orang yang tidak mempunyai rumah pun,kita sudah bahagia. Semuanya bergantung kepada cara kita menerima apa yang kita punyai sekarang ini. Kata-kata ini juga membuatkan kita bersyukur dengan nikmat yang ALLAH s.w.t kurniakan kepada kita, kerana ALLAH s.w.t apa yang terbaik buat kita. Namun Islam tidak melarang kita untuk menjadi lebih baik ataupun kaya ,asalkan apa yang kita hajati,impi dan dapati adalah sesuatu yang dibenarkan dalam Islam.
Bagi saya sendiri,banyak peristiwa-peristiwa gembira yang menyulam hidup saya selama ini. Saya masih ingat lagi ketika mana saat yang paling gembira bagi saya sewaktu kecil adalah ketika mandi disungai bersama dengan kawan-kawan saya, bilamana mandi, saya tentu tidak menghiraukn masa yang berlalu, kadangkala saya dan kawan-kawan mandi selama tiga jam atau lebih dan setiap minggu pada hari jumaat. Walaupun lama, saya tidak merasa bosan kerana mandi di sungai adalah sesuatu yang saya suka dan menggembirakan saya. Dan banyak lagi benda yang saya suka dan membahagiakan saya.
Selain itu, seseorang itu akan bahagia dan gembira jika mendapat sesuatu yang dia suka atau impikan. Bagi kita , mugkin sesetengah akan gembira apabila gelaran doctor berada di pangkal nama kita dan mendapat skrol pengiktirafan kepada diri kita. Ini adalah sesuatu yang bagus. Namun ada juga yang gembira bial melihat orang lain derita seperti pencuri , perogol dan lain-lain yang gembira apabila manusia normal tidak gembira. Inilah menunjukkan bahawa Islam sesuatu agama yang boleh diterima oleh semua manusia kerana setiap apa yang bertentangan dengan islam ada musibah disebaliknyaseperti minum arak boleh membawa kepada hilang kewarasan akal, berjudi boleh menyebabkan pergaduhan,kerugian dan lain-lain lagi. Dan semua ini adalh kebahagian yang sementara. Untuk mengecapi bahgia abadi sama-samalah kita hayati kalam ALLAH ini:
لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ وَلَدَارُ الْآخِرَةِ خَيْرٌ وَلَنِعْمَ دَارُ الْمُتَّقِينَ
"Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa." (QS. Al Nahl: 30)
Lihatlah, ALLAH telah janjikan kepada kita bahawa kampong Akhirat(syurga) adalah lebih baik dan sebaik-baik tempat namun bagi orang bertakwa. Tidak mahukah kita tergolong di dalam golongan bertakwa ini untuk mendapat sesuatu kebahagian yang abadi iaitu syurga. Untuk ini, kita haruslah melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.
Tanda Kebahagiaan
Imam Ibnu Al Qoyyim mengatakan bahwa tanda kebahagiaan itu ada 3 hal. 3 hal tersebut adalah bersyukur ketika mendapatkan nikmat, bersabar ketika mendapatkan ujian dan bertaubat ketika melakukan kesalahan. Beliau mengatakan: sesungguhnya 3 hal ini merupakan tanda kebahagiaan seorang hamba di dunia dan di akhirat. Seorang hamba sama sekali tidak pernah terlepas dari 3 hal tersebut:
1. Syukur ketika mendapatkan nikmat.
Seorang manusia selalu berada dalam nikmat-nikmat Allah. Meskipun demikian, ternyata hanya orang berimanlah yang menyedari adanya nikmat-nikmat tersebut dan merasa bahagia dengannya. Kerana hanya merekalah yang mensyukuri nikmat, mengakui adanya nikmat dan menyanjung Zat yang menganugerahkannya. Syukur dibangun di atas 5 prinsip pokok:
- Ketundukan orang yang bersyukur terhadap yang memberi nikmat.
- Rasa cinta terhadap yang memberi nikmat.
- Mengakui adanya nikmat yang diberikan.
- Memuji orang yang memberi nikmat karena nikmat yang dia berikan.
- Tidak menggunakan nikmat tersebut dalam hal-hal yang tidak disukai oleh yang memberi nikmat.
Siapa saja yang menjalankan lima prinsip di atas akan merasakan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Sebaliknya, jika lima prinsip di atas tidak dilaksanakan dengan sempurna maka akan menyebabkan kesengsaraan selamanya.
2. Sabar ketika mendapat ujian.
Dalam hidup ini di samping ada nikmat yang harus disyukuri, juga ada berbagai ujian dari Allah dan kita wajib bersabar ketika menghadapinya. Ada tiga rukun sabar yang harus dipenuhi supaya kita dapat disebut orang yang benar-benar bersabar.
- Menahan hati untuk tidak merasa marah terhadap ketentuan Allah.
- Menahan lisan untuk tidak mengadu kepada makhluk.
- Menahan anggota tubuh untuk tidak melakukan hal-hal yang tidak di benarkan ketika terjadi musibah, seperti menampar pipi, merobek baju dan sebagainya.
Inilah tiga rukun kesabaran, jika kita mampu melaksanakannya dengan benar maka cobaan akan berubah menjadi sebuah kenikmatan.
3. Bertaubat ketika melakukan kesalahan.
Jika Allah menghendaki seorang hamba untuk mendapatkan kebahagiaan dan keberuntungan di dunia dan akhirat, maka Allah akan memberikan taufik kepada dirinya untuk bertaubat, merendahkan diri di hadapan-Nya dan mendekatkan diri kepada Allah dengan berbagai kebaikan yang mampu untuk dilaksanakan.
Setakat ini sajalah perkongsian saya mengenao emosi positif iaitu bahagia.sekian
No comments:
Post a Comment