LIM YINN SHIEN A131719
Salam sejahtera. Ini merupakan jurnal saya selepas menghairi kuliah Pengurusan Emosi ZT2253 yang telah disampaikan pada 3 Ogos 2011 (Rabu) bertempat di Dewan Kuliah 1, Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia Kuala Lumpur. Kuliah tersebut disampaikan oleh Dr. Zamri. Kuliah ini tentang "Izard Innate Facial Expression".
Daripada kulaih tersebut, Izard's Innate facial expression adalah sejenis saraf system mekanisme dalam expresi wajah semula jadi. Bukan sahaja itu, emosi juga adalah sesuatu semula jadi dalam setiap individu sejak dilahirkan. Oleh sebab itu, pembelajaran pengurusan emosi adalah penting dan member kesan kepada pengalaman emosi. Hal ini telah dibuktikan benar dalam "Newborn's 'born to smile' study" dan cross-cultural studies yang telah dilaksakan.
Daripada "Born to smile", kelahiran wajah emosi sejak dilahirkan, seperti kemarahan dan kejutan semasa umur tiga hingga empat bulan. Selain itu, terdapat juga wajag emosi kemaluan dan ketakutan yang hanya akan muncul semasa umur lima hingga enam bulan. Tambahan pula, emosi kepuashatian hanya muncul semasa umur satu dan rasa bersalah hanya muncul pada permulaan umur dua. Sebagai contoh, apabila seorang bayi senyum, ini tidak bermakna dia gembira. Akan tetapi, tiada bkti kesusasteraan yang menyokong 'born to smile' studies. Cross- cultural studies, ataupun kajian tentang kebudayaan, juga dikenalikan sebagai "Ekman's study" yang dilaksanakan di Amerika Syarikat, Brazil, Chile, Argentina dan Japan dengan menunjukkan gambar- gambar yang berkaitan , dan subjek- subjek yang telah ditanya untuk menunjukkan apa itu emosi. Cross- cultural studies menunjukkan kesetujuan yang begitu tinggi dalam lima budaya yang berbeza. Ekman telah melaksanakan lebih banyak kajian di Borneo dan New Guinea, dan keputusannya telah dikesahkan. Scherer & Walbott 1994 mengaji kajian di 37 negara dan 5 benua. Konklusi daripada Scherer & Walbott ialah bukti yang konsisten untuk kestabilan terhadap kestabilan corak tindak balas emosi dalm cross- cultural studies. Menurut Ekman, expresi wajah bukan kesemuanya semula jadi selepas dilahirkan, tetapi ia juga diubah suai oleh pangalaman dalam budya masing-masing. Mengikut Izard's Innate facial expression, Paul Ekman (1994) menyokong kesejagatan mimic muka dengan emosi. Daripada analisis terhadap gambar muka (Pilowsky & Katsikitis, 1994) yang digunakan dalam kajian-kajian (Ekman , 1971, di Borneo & New Guinea), wajah gembira (95-100%) lebih dominant dikenalpasti dari wajah takut (54-85%).
Scherer dan Wallbott (1994) meneliti kajian- kajian meliputi 37 negara dan 5 benua dan mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil. Apa bezanya? Bezanya adalah begaimana emosi itu dialami dan dikawal, bukannya pada bagaimana emosi itu dilahirkan. Akan tetapi, expresi sejak lahir boleh diubahsuai oleh pengalaman dalam budaya.
Tambahan pula, teori Izard juga memaparkan dua teori, iaitu "biological view of experience" dan "learning theory view of experience". Dari segi biologikal, pembelajaran memainkan peranan yang kecil dalam emosi kita. Plutchik menyuarakan pendapatnya bahawa emosi merupakan ekspresi genetik seseorang individu secara langsung dan diubahsuai oleh proses pembelajaran. Izard pula menyatakan bahawa emosi muncul hanya pada bulan pertama kelahiran untuk mempengaruhi tingkah laku bayi tersebut. Emosi merupakan satu elemen yang merangsangkan tindak balas bayi terhadap persekitarannya dan hal ini sekaligus membantu dalam proses pembelajaran. Emosi boleh dirangsangkan melalui pelbagai stimuli dari persekitaran. Contohnya, setiap individu mempunyai perasaan takut terhadap stimulus yang berlainan. Pada pendapat saya setelah pemerhatian, sesetengah individu menganggap bahawa peperiksaan sebagai beban yang berat dalam kehidupan dan mereka takut untuk menyahut sebarang cabaran dalam menjawab soalan dalam peperiksaan. Akan tetapi,bagi individu yang lain pula, ia boleh dianggap sebagai satu proses ynag penting untuk mereka belajar dan memperbaiki kelemahan diri mereka sendiri melalui kesalahan yang dilakukan dalam peperiksaan. Dari segi pembelajaran dan pengalaman, terdapat teori yang mengatakan bahawa semua emosi adalah dipelajari. Berdasarkan pengalaman saya, saya memang takut kepada ular kerana saya nyaris dipatuk ular semasa kecil lagi di kawasan lapangan kebun rumah datuk saya. Jadi, sekiranya saya berhadapan dengan ular untuk kali kedua, sudah pasti saya akan menjauhkan diri kerana takut dan sampai sekarang, saya tidak akan melawat zoo yang terdapat kurungan pelbagai species ular.
Selain itu, topic yang telah dibincangkan dalam kuliah ini adalah berkaiatan dengan emosi positif, contohnya ialah perasaan gembira, bahagia dan kasih saying dan lain- lain lagi.
Pertama sekali ialah gembira.Gembira ialah salah satu bentuk emosi yang merangkumi kepuasan, keseronokan dan kenikmatan. Terdapat beberapa pandangan faripada tokoh-tokoh falsafah mengenai gembira. Menurut Aristotle, gembira adalah satu kejayaan dalam mengejar kepuashatian.Selain itu, sumber kegembiraan adalah daripada kehidupan yang baik dan senang, menurut Plato. Tambahan pula, Epicurean berpendapat bahawa kegembiraan datang dengan memaksimumkan kepuashatian dan meminimumkan rasa sakit atau sedih. Mills pula menyatakan bahawa kegembiraan ialah kewajaran antara sifat-sifat. Pada pendapat saya pula, kegembiraan tidak dapat didefinisikan dengan tepat, tetapi ia hanya boleh dirasai dan kegembiraan itu penting untuk dirasai atau dicari untuk semua individu. Bagi saya, untuk mendapat kegembiraan, orang tersayang adalah bersama kita, contohnya ketika makan bersama keluarga dan kawan-kawan. Tiada orang yang gembira hidup secara sendirian.
Menurut kajian yang telah dilaksanakan mengenai kebahagiaan atau kegembiraan, ia berbeza bagi setiap Negara (Veenvohen,1995). Hal ini adalah disebabkan kerana setiap setiap negara mempunyai budaya yang berbeza dan ia boleh mempengaruhi kebahagiaan atau kegembiraan seseorang. Diener et al telah melaksanakan satu kajian pada tahun 1995, ia menunjukkan bahawa orang asia mempunyai tahap kebahagiaan yang lebih rendah berbanding dengan orang lain. Menurut Rim (1993), seseorang individu yang mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling adalah orang yang mampu mendapatkan kebahagiaan dalam diri mereka. Pada pendapat saya, hal ini adalah disebabakan kerana individu begini mampu menghadapi masalah-masalah ynag dihadapi dengan baik. Menurut Kozma et al (1992), terdapat dua komponen dalam kebahagiaan, iaitu Jangka pangjang keadaan afektif iaitu emosi dari masa ke masa dan jangka pendek keadaan afektif, iaitu emosi pada satu ketika itu sahaja. Menurut Freud, hubungan seseorang individu dengan ibu bapa semasa kecil akan menentukan kebahagiaan yang dirasai oleh seseorang tersebut pada masa hapadan. Pada pendapat saya, hal ini adalah kerana seseorang individu yang berhubungan rapat dengan ibu bapa lebih mudah merasa kebahagiaan dan kegembiraan kerana ibu bapa sangat penting dalam hidup kita.
Orang yang beragama lebih mudah merasai kebahagiaan berbanding dengan orang yang tidak beragama? Daripada kajian yang telah dilaksanakan oleh Gollup, National Opinion Research Centre and The Pew organization, dua kaliganda golongan yang beragama adalah lebih merasakan mereka bahagia dan gembira berbanding dengan mereka yang tidak beragama.
Kesimpulannya, setiap orang mendefinisikan kegembiraan dan kebahagiaan berbeza dan boleh dikejar melalui pelbagai cara. Melalui kuliah ini, saya menyedari bahawa kebahagiaan dan kegembiraan boleh dirasai oleh setiap individu dan perlu dihargai. Bagi saya bersama orang yang tersayang adalah ssumber utama kebahagiaan.
No comments:
Post a Comment