Tuesday, August 9, 2011

A131513 Soo Kar Chuan Emosi-Kebahagian

Selamat sejahtera , kuliah ZT pada hari 3 Ogos 2011 memberi saya pengetahuan dan pengalaman yang berfaedah dan baru daripada Dr.Zamri.Jurnal kedua ini akan menceritakan pengetahuan dan pendapatan saya terhadap apa yang saya pelajari pada hari itu. Saya amat berminat mempelajari subjek emosi kerana ia amat komplex dan saya suka benda komplex. Sebelum kuliah bermula, Dr. Zamri menunjukkan video muzik yang bertajuk "you come to me" yang dinyayikan oleh Sami Yusof. Lagu tersebut memang bermakna dan saya sangat menghayatinya. Nilai lagu tersebut bagi saya adalah keikhlasan, semangat tidak mudah menyerah kalah secara positif ,kesetiaan dan pegangan agama yang kuat.Kita, rakyat malaysia yang mengandungi pelbagai kaum menpunyai pelbagai budaya dan agama yang berbeza perlu mengamalkan nilai-nilai tersebut untuk kehidupan yang aman damai.


 Kuliah bermula dengan sambungan tajuk kuliah kedua minggu lepas iaitu struktur emosi. Sambungannya adalah " Izard Innate teori".Apa itu "Izard Innate Teori". Teori ini merupakan teori yang menghubungkaitkan ekspresi muka kita dengan emosi kita.Dan ekspresi muka itu adalah secara semula jadi.Walaubagaimanapun, kita dapat mengawal ekspresi muka kita dengan mengawal emosi kita.Contohnya,bila kita berasa sedih,kita boleh cuba berfikiran secara positif dan menghasilkan ekspresi senyum.Pengawalan emosi adalah sangat sudah dan memerlukan pengalaman yang cukup.Kadang kala,pengawalan emosi yang tidak efektif dan baik akan menyebabkan emosi kita bertambah teruk.Kenapa ekspresi itu adalah semula jadi?Bayi boleh menangis,senyum dan menpunyai ekspressi muka yang lain tanpa diajar secara bentuk lisan atau tidak. Ekspressi muka setiap orang boleh dipengaruhi oleh kebudayaan kita.Ekspressi muka semula jadi ini mungkin adalah disebabkan oleh pengalaman dan pembelajaran sepanjang hidup.

Pengalaman dan pembelajaran dalam hidup kita mengpengaruhi emosi kita. Setiap orang mengalami pembelajaran dan pengalaman yang tidak sama, tetapi kita semua menpunyai rangkaian emosi yang sama. Plutchik mengatakan bahawa emosi dipengaruhi oleh potensi genetik individu danpembelajaran untuk  bertindak bagi mengubahsuaikan kehidupan mereka. Selain itu,melalui Matsumoto,pengajianterhadap emosi dalam Caucasian, Afrika Amerika, Asia dan Hispanik, mendapati emosi asas yang sama, tetapi nuansa bersuara berbeza merupakan evidence bagi pengalaman dan pembelajaran itu menpengaruhi emosi dan eskpressi muka kita. Pembelajaran memainkan peranan yang agak kecil dalam emosi melalui aspek biologi.Denga kata lain, ekspressi muka dan emosi dilahirkan akibat pengalaman.Teori pembelajaran terhapad ekspressi muka adalah stimulasi ataupun penggeral menghasilkan emosi dan ekspressi muka.Contohnya,lipas(stimulasi) menakutkan banyak orang.Tetapi bukan semua orang takut lipas kerana pengajaran yang berbeza. Pengalaman dan pembelajaran yang berbeza menyebabkan kognitif sense kita pun tidak sama.


Kami diberi quiz bertentang kuliah minggu lepas,pengenalan dan struktur emosi.Saya tidak dapat menjawab dengan baik akibat banyak yang saya telah belajar telah saya terlupa.Saya berasa sedih pada masa itu kerana tidak dapat menjawab dengan baik .Selepas itu, Dr. zamri menyambungkan kuliah dengan tajuk kuliah ketiga iaitu "emosi positif: Gemibira, Bahagia dan kasih".Apakah yang menyebabkan kita berasa gembira, bahagia dan kasih. Kebahagiaan adalah satu keadaan emosi disebabkan oleh perasaan keseronokan dan puas hati. Ini mencerminkan kepentingan kebahagiaan terhadap manusia.Senyum adalah satu tanda kebahagian.Hal ini telah mencetuskan satu issue iaitu orang yang tidak siuman yang sentiasa bersenyum,adakah mereka sentiasa berasa gembira? Kepuashati seseorang akan menyebabkan kebahagian dan kegembiraan.Contohnya, bila saya dapat keputusan peperiksaan yang memuas hati saya,saya akan berasa gembira dan emosi ini akan menghasilkan tindakan(seperti pergi menonton wayang, pergi makan makanan yang istimewa).Orang yang pandai menyesuiakan kehidupannya adalah lebih pandai menyelesaikan masalah kehidupan mereka dan mereka cenderung menjadi kehidupan mereka bahagia.Faktor-faktor yang menpengaruhi kegembiraan melibatkan dua komponen iaitu faktor jangka panjang dan faktor jangka pendek(Komza et al,1992).Faktor jangka panjang adalah keadaan dan persekitaran seseorang dilahirkan.Ini bermakna latar belakang seseorang adalah sangat penting bagi kebahagian seseorang.Latarbelakang seperti keluarga, keadaan sosial, status kesihatan seseorang dan lain-lain dalam sepanjang hidup kita yang berbeza akan melahirkan kebahagian yang berbeza juga.Pada faktor jangka pendek pula, kegembiraan itu boleh berasal daripada suatu situasi secara sementara.Seperti,mendapat hadiah sebuah kereta menyebabkan kegembiraan.Melalui kata Freud, hubungan kita dengan ibu bapa kita semasa kanak-kanak adalah penentu yang penting pelarasan dan kebahagiaan kemudian. Kajian yang dilakukan oleh Argyle pada tahun 1987 terhadap contoh-contoh situasi yang menyebabakan kebahagian mendapati jatuh cinta adalah faktor jangka pendek(sementara) yang paling banyak membawa kepada kebahagian, seterusnya dengan mendapat keputusan dan sembuh dari penyakit parah.

 

Di samping itu,terdapat faktor-faktor yang lain di dalam kehidupan kita dapat menghasilkan kebahagian kehidupan kita.Antara faktor itu adalah perkahwinan,menpunyai anak-anak,kesihatan,agama,persahabatan,pekerjaan,rekreasi dan lain-lain.Faktor tersebut adalah berbeza terhadap setiap orang. Vanfossen pada tahun 1981, mengatakan perkahwinan boleh membawa kebahagiaan kepada pihak lelaki dan wanita. Pada tahun 1981, Veroff mengadakan satu kajian tentang perkahwinan dengan kebahagiaan. Keputusan kajian tersebut menunjukkan banyak lelaki dan wanita berasa bahagia setelah mereka berkahwin.Tetapi, ada juga pasangan yang tidak berasa bahagia selepas perkahwinan mungkin disebabkan latar belakang yang tidak sempurna dan faktor-faktor lain.Mengapakan agama merupakan faktor tersebut?hal ini disebabkan pegangan seseorang terhadap agama beliau. Gallup dan Keith Ward mengatakan bahawa orang yang beragama akan lebih bahagia daripada orang yang tiada agama keran mereka akan lebih mengharga diri,berfikiran positif dan nilai-nilai positif lain.Selain itu,manusia yang berpegangan kuat agama lebih cenderung melakukan perkara yang baik dan berfaedah dan tidak mudah terjejas oleh pengaruh buruk.Mereka juga mudah berpuas hati terhadap kehidupan mereka dan mereka tidak mudah menjadi stress.

Aritotle berfalsafah kebahagian adalah kejayaan dalam mengejar kegembiraan. Semua orang cuba mengejar kegembiraan dengan mengubahsuaikan kehidupan mereka.Plato pula mengatakan bahawa mulianya hidup merupakan salah satu faktor yang membolehkan kita mendapat kebahagiaan.Biasanya, saya menganggap kasih sayang itu adalah satu perasaan suka terhadap seseorang.Selapas kuliah tersebut,saya mengetahui bahawa kasih sayang itu sebenarnya lebih daripada perasaan suka terhadap seseorang dan terdapat tiga faktor kasih sayang.Antaranya,komitmen, keintiman dan keghairahan.Kasih sayang adalah benda yang tidak boleh kurang dalam kehidupan kita.Insan yang berkurangan kasih sayang mudah penyakit psikologi dan entiasa tidak bergembira.

 

Pada pendapatan saya, kebahagian merupakan satu perkataan yang tidak mudah diterangkan.Ia menpunyai banyak faktor yang menpengaruhinya seperti yang diceritakan di atas jurnal ini.Kita boleh menghasilkan kebahagian hidup dengan mengubahsuai kehidupan kita yang berkaitan dengan faktor-faktor kebahagian dan kegembiraan.Selepas kuliah tersebut saya lebih mengetahui pengetahuan bertentang struktur emosi-ekspressi muka, kebahagian dan kasih sayang.Oleh itu, saya boleh mengaplikasikan pengetahuan saya untuk mengawal emosi saya sendiri.Pengawalan emosi saya yang efektif menambah baik kualiti kehidupan saya dalam aspek sosial dan lain-lain.Selain itu, saya boleh mengejar kebahagian dengan mudah kerana saya mengetahui faktor-faktor kebahagian.Contohnya, saya boleh berkahwin dengan perempuan yang saya suka.Pengetahuan bertentang emosi adalah amat penting bagi mengejar kehidupan yang lebih baik.

 

Sekian, terima kasih.

 

No comments:

Post a Comment