HAPPY MINDS(people are just as happy as they make up their minds to be)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ini merupakan penulisan jurnal saya yang kedua. Pada 3 ogos 2011 yang lalu saya telah mengikuti dua kuliah ZT2253. Salah satu kuliah tersebut adalah sambungan daripada kuliah yang sebelumnya iaitu Struktur dan Ekspresi Emosi. Malalui kuliah ini saya telah didedahkan dengan teori yang keempat iaitu Izard's Innate Facial Expression dan teori yang kelima iaitu Learning Theory dengan lebih mendalam.
"Jika setiap emosi major berkait rapat dengan ekspresi wajah yang spesifik dan jika ekspresi wajah bersifat semulajadi. Maka emosi = bersifat semulajadi (innate)" Seorang ahli teori moden, Carroll Izard telah mencadangkan bahawa emosi telah beremosi selari dengan evolusi otak. Peningkatan kerumitan otak dapat dikaitkan dengan peningkatan jumlah emosi dan kerumitan untuk mengekspresi emosi tersebut. Menurut Izard, mekanisme saraf bagi ekspresi wajah dan persepsi untuk mengekspresi emosi itu adalah semulajadi. Tomkins juga percaya bahawapengalamn emosi diaktifkan oleh respons rangsangan saraf daripada wajah. Misalnya, senyuman menghasilkan kegembiraan. Maka pada pemerhatian saya, emosi ini sesuatu yang bersifat sejagat, universal dan semulajadi. Contohnya, seseorang yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akan semulajadinya mengeluarkan senyuman gembira dan pergerakan pada otot-otot muka pula dirangsang oleh saraf dan otak yang memberi 'signal' untuk menghasilkan "good-like feeling hormone" ke seluruh badan. Ianya sesuatu yang lahir secara semulajadi. Terdapat dua kajian yang menyokong teori Izard iaitu New Born Studies dan Cross Cultural Studies.
Dalam kajian yang pertama, telah mengkaji kesemua ekspresi emosi yang muncul ketika bayi lahir. Kemarahan dan terkejut(3 atau 4 bulan), malu dan takut(5 hingga 6 bulan), puas hati(hujung usia setahun), bersalah(awal 2 tahun). Namun,terdapat 'critism' yang mengatakan senyuman bayi itu tidak semestinya menunjukkan bayi itu gembira. Walaubagaimanapun, kebanyakan literature yang berkaitan dengan bayi baru lahir menyokong konsep ekspresi wajah adalah bersifat semulajadi. Dalam kajian yang kedua, jika ekspresi wajah bersifat semulajadi,ia sepatutnya sama dalam semua budaya. Paul Ekman (1994) menyokong kesejagatan mimik muka dengan emosi . Computerized analysis of facial photos (Pilowsky & Katsikitis, 1994) digunakan dalam kajian-kajian (Ekman, 1971 – di Borneo & New Guinea). Wajah gembira (95-100%) lebih dominan dikenalpasti dari wajah takut (54-85%). Scherer & Wallbott (1994) meneliti kajian-kajian meliputi 37 negara dan 5 benua dan mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil. Yang berbeza adalah BAGAIMANA emosi itudialami dan dikawal, bukan pada bagaimana emosi itu dizahirkan.
Bagaimana pula dengan peranan pengalaman dan pembelajaran terhadap emosi? Sesetengah ahli teori berpendapat pembelajaran hanya memainkan peranan kecil dan ada yang berpendapat emosi adalah dipelajari sepenuhnya iaitu bukan hanya melibatkan pengekspresan emosi tetapi emosi itu sendiri diperolehi malalui pengalaman. Terdapat 2 jenis iaitu pengalaman dari pandangan biologi dan pengalaman dari teori pembelajaran. Dari pandangan biologi, menurut Plutchik, emosi adalah ungkapan langsung potensi genetik individu, pembelajaran bertindak untuk mengubah suai mereka. Ini juga mempengaruhi frekuensi relative di mana pelbagai emosi yang berbeza-beza ditunjukkan. Kesan lain pembelajaran ialah mengubah tanda luaran emosi di mana individu yang berbeza mengekspresikan emosi yang sama dalam cara yang berbeza. Pembelajaran juga mempengaruhi kekuatan dan kestabilan emosi yang berkembang.
Matsumoto,ungkapan dikaji dan intensiti emosi dalam 4 etnik:Caucasian, Afrika Amerika,Asia dan Hispanik, mendapati emosi asas yang sama, tetapi nuansa bersuaraberbeza. 'Activators' pula adalah situasi yang menyebabkan emosi diekspresikan seperti takut kepada hantu dan perasaan gayat kepada ketinggian. Emosi yang semula jadi, dan ungkapan activations mereka dipengaruhi olehpembelajaran dan emosi. Pengalaman dari teori pembelajaran pula mengambil kira pandangan emosi bahawa emosi adalah sebenarnya biological dan dipengaruhi pembelajaran hanya dalam skop yang kecil. Menurut kajian miller, takut tidak mempunyai asas biologi.Kajian Albert menunjukkan manusia juga boleh memperoleh takut melalui prosespembelajaran.Takut dipelajari tetapi manusia secara genetik lebih bersedia untuk belajar takutbeberapa objek lebih daripada yang lain.
Matsumoto,ungkapan dikaji dan intensiti emosi dalam 4 etnik:Caucasian, Afrika Amerika,Asia dan Hispanik, mendapati emosi asas yang sama, tetapi nuansa bersuaraberbeza. 'Activators' pula adalah situasi yang menyebabkan emosi diekspresikan seperti takut kepada hantu dan perasaan gayat kepada ketinggian. Emosi yang semula jadi, dan ungkapan activations mereka dipengaruhi olehpembelajaran dan emosi. Pengalaman dari teori pembelajaran pula mengambil kira pandangan emosi bahawa emosi adalah sebenarnya biological dan dipengaruhi pembelajaran hanya dalam skop yang kecil. Menurut kajian miller, takut tidak mempunyai asas biologi.Kajian Albert menunjukkan manusia juga boleh memperoleh takut melalui prosespembelajaran.Takut dipelajari tetapi manusia secara genetik lebih bersedia untuk belajar takutbeberapa objek lebih daripada yang lain.
Kuliah yang kedua pula adalah pengurusan emosi. Kuliah ini berkisar tentang emosi positif seperti gembira, bahagia dan kasih. Gembira adalah perasaan suka,seronok dan kepuasan. Kasih pula bukan sekadar perasaan suka sahaja tetapi merangkumi atau diperkuat dengan rasa kebersamaan, kepercayaan dan mengambil berat. Bahagia pula subjektif,setiap individu pasti mempunyai definisi yang tersendiri berkaitan bahagia. Dan bahagia dan gembira juga hanya individu itu sendirilah yang boleh mengukurnya. Kadang kala kita tidak dapat mentafsir emosi dan perasaan seseorang walaupun ekpresi wajah mereka meyakinkan kita. Misalnya, seseorang yang sedang tersenyum gembira belum tentu gembira malah sebaliknya. Ada individu merasa bahagia dengan melakukan pekerjaan yang digemari . Selain itu terdapat juga banyak factor yang menjurus kepada kebahagiaan itu sendiri. Terdapat 2 komponen major iaitu jangka masa panjang dan jangka masa pendek kebahagiaan. Lain-lain factor ialah kesihatan, persahabatan,kerja,rekreasi dan juga faktor penghayatan agama (religiosity). Secara keseluruhannya perasaan individu yang gembira itu sendiri yang membuat mereka merasa gembira dan cara mengekspresikannya berbeza mengikut individu. "when ur heart fills with joyness and happiness,even when sorrow surround you, you still overpowered by your feeling and try to spread it to others". Bagi saya, kegembiraan dan kebahagiaan orang di sekeliling yang akan membuat saya rasa gembira. Hal ini kerana saya lebih senang dipengaruhi dengan suasana sekeliling saya. Walaupun saya tengah bersedih tetapi apabila rakan-rakan dan keluarga saya sedang gembira,ini secara tidak langsung akan merubah perasaan sedih itu dan mengurangkan beban atau masalah saya dan saya sering kali melupakan masalh tersebut. Saya percaya, untuk mencari kebahagian kita perlulah membahagiakn orang lain. Kebahagiaan yang sebenar ialah apabila kebahagiaan itu berkekalan lama dan melibatkan banyak pihak.
` Kebahagian amat berkait rapat dengan penghayatan agama kerana agamalah yang menjadi tunjang dan panduan dalam kehidupan kita. Dan apabila kita hilang panduan,maka kebahagian yang dicari adalah sia-sia. "The time when you pray is the sweetest time of a day , because you are talking to the One who loves you most" dan kita akan mengecapi kebahagiaan itu once kita appreciate or being grateful for what He give to us. Kebahagiaan juga berkait rapat dengan perhubungan terutamanya keluarga. Ada yang mengatakan seseorang itu mudah mencapai kebahagiaan apabila dia berasal atau mempunyai hubungan kekeluargaan yang akrab atau bahagia. Ini adalah benar kerana daripada rumah atau hubungan dengan ibu bapa atau adik beradik yang akan membentuk personaliti dan pembawakan kita di luar. Bagaimana cara kita mengadaptasi diri dalam pelbagai situasi akan member impak kepada emosi dan perasaan kita. Bagi saya, kedua-dua factor inilah yang boleh memberi jangka masa panjang kebahagiaan saya....
Kesimpulannya, kebahagiaan itu adalah hak milik individu masing-masing. Untuk mendapat emosi yang positif kita perlulah tahu untuk mengurus emosi negatif. Dan salah satunya adalah dengan sentiasa berfikiran positif dan berfikiran gembira...^^
No comments:
Post a Comment