Salam sejahtera. Jurnal ini merupakan usalan reflektif kedua saya selepas menghadiri kuliah Pengurusan Emosi ZZZT2253 pada 3 Ogos 2011, Rabu lepas. Kuliah kali ini dibahagikan dengan dua iaitu, sambungan kuliah tentang teory Izard's Innate Facial Expression dan Emosi Positif.
Dalam kuliah tentang teori Izard Facial Expression, kita diajar bahawa emosi ialah semulajadi dan pembelajaran hanya member impak yang sedikit pada emosi. Izard telah membuat kajian untuk menyokong pendapatnya. Antara kajian ialah Newborn's 'born to smile' studies and Cross-cultural studies. Dalam Newborn's born to Smile studies, dia mendapati bahawa bayi yang dilahirkan sudah dapat senyum tapa diajar oleh sesiapa pun. Selain itu, bayi juga dapat menluahkan emosi marah dan hairan pada tiga atau empat bulan dan rasa malu dan takut pada bulan lima atau enam. Kajian ini menunjukkan emosi merupakan sesuatu yang boleh ditunjukkan oleh sseorang secara semulajadi tanpa perlu belajar. Walaubagaimanapun, ada sesetengah orang tidak begitu bersetuju dengan pendapat Izard engan berkata bahawa enyuman bayi tidak semestinya menunjukkan emosi kegembiraan dan kadang-kadang ia hanya satu proses fisiologi dalam badan bayi. Kririkan ini agak berpatutan kerana emosi bukan sekadarnya ditunjukkan di atas muka tetapi merangkumi empat komponen iaitu, perasaan, proses cognitive, perubahan fisiologi serta tingkahlaku.
Dalam kajian Ekman yang dibuat di US, Brazil, Chile, Argentina dan Japan, gambar ditunjukkan kepada subjek kajian menunjukkan bahawa mereka yang terdiri daripada lima buya yang berbeza turut menunjukkan kesejagatan emosi wajah.Selain itu, menurut kajian Scherer & Wallbott (1994) yang meliputi 37 negara dan 5 benua dan mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil. Apa yang membezakan mereka merupakan cara emosi itu dialami dan dikawal dan bukan bagaimana emosi itu ditunjukkan. Saya bersetuju dengan pendapat ini kerana rasa gembira dalam orang yang berbeza mungkin tidak sama atas pengalaman yang berbeza tetapi cara menunjukkan perasaan gembira adalah lebih kurang sama iaitu senyum dan bergelak.
Emosi juga boleh diterangkan dari segi biologi dan pembelajaran. Ada yang mengatakan emosi merupakan satu keupayaan yang dilahirkan semulajadi dan pemangkin ekspresi emosi boleh diperoleh dengan mempelajari. Plutchik bersetuju bahawa emosi ialah semulajadi dan merupakan ekspresi genetik manusia manakala pembelajaran hanya mengubahsuainya. Izard juga mengatakan bahawa emosi muncul dalam tempoh beberapa bulan pertama kehidupan dan mempengaruhi tingkah laku bayi. Emosi hanya menjadi lebih keseorangan disebabkan pembelajaran dan pengalaman. Dalam kajian Matsumi-studied expression and intensity of emostion dalam Caucasian, African, American.Asian dan Hispanics, emosi asas manusia ialah sama, hanya emosi ine yang berbeza. Cara menunjukkan emosi merupakan sama pada tahap bayi tetapi emosi akan jadi lebih individual dengan pembelajaran dan pengalaman. Dalam teori ini, emosi dikatakan akan diluahkan dengan adanya "activator" seperti hantu,peperiksaan, pertandigan, guru,dan lain-lain yang berbeza dalam setiap individu. Emosi ialah semulajadi tetapi diekspreskan dalam cara yang berbeza kerana proses konitif setiap orang adalah berlainan. Sebagai contohnya, dua orang yang takut pada lipas, seseorang mungkin akan bertindak memukulnya sampai mati tetapi orang yang kedua itu mungkin akan berlari mancari perlindungan.
Emosi juda boleh diterangkan dari sudut pembelajaran. Menurut teori ini, semua emosi adalah dipelajari. Miller's study mengatakan bahawa, perasaan ketakutan tidak mempunyai asas biologi. Albert study pula mengatakan bahawa manusia boleh belajar perasaan ketakutan. Ketakutan boleh dipelajari tetapi sesetengah orang boleh belajar untuk takut dengan lebih mudah terhadap sesuatu objek dari segi genetik.
Seterusnya, kami telah didedahkan tentang topik Emosi positif, iaitu emosi gembira, kasih sayang dan kebahagiaan. Emosi gembira merupakan emosi yang dikategorikan dengan perasaan menikmati, keseronokan, dan kepuasan. Emosi kegembiraan merupakan emosi pisitif yang amat penting dalam kehidupan. Orang yang mempunayai emosi gembira yang banyak, hidupnya pasti akan lebih positif dengan fikiran dan perbuatan yang positif juga.Menurut pemikir kono Plato, Aristotle, terdapat banyak intepretasi kebahagiaan dalam kehidupan manusia. Ada orang menyatakan bahawa kehidupan yang tanpa masalah merupakan kehidupan yang bahagia. Tetapi secara realiti, kehidupan tetap memberi cabaran terhadap setiap insan untuk menghadapi. Orang yang macam mana akan menjadi lebih gembira? Orang yang senang menyesuaikan dirinya akan jadi lebih gembira. Orang yang lebih gembira juga senang menyesuaikan diri. Ini menunjukkan perasaan positif memberi perbuatan positif dan perbuatan positif juga memberi perasaan positif. Emosi gembira dibahagikan kepada dua iaitu ssecara tempoh panjang dan secara tempoh singkat. Emosi gembira dalam tempoh yang panjang berkaitan dengan latar belakang emosi yang agak stabil seperti zaman kanak-kanak yang gembira member impak yang positif manakala emosi gembira dalam tempoh yang singkat pula berkaitan dengan peristiwa yang baru berlaku seperti menang dalam pertandingan.
Di samping itu, saya juga tahu tentang beberapa faktor yang memberi impak terhadap kebahagiaan seseorang. Faktor jangka masa pendek dan jangka masa panjang banyak menpengaruhi perasaan kebahagiaan. Selaras dengan Rim, 1993, dapat dilihat bahawa orang yang berasal dari keluarga yang sempurna dan bahagia dari kecil mempunyai azam tinggi untuk melihat kehidupan dengan optimistik, Walau bagaimanapun, kejadiaan dalam jangka masa pendek seperti kegagalan kursus akan menjejaskan tahap kebahagiaan seseorang. Namun begitu, tahap itu akan bertambah baik jika faktor jangka masa panjang wujud dengan jelas. Terdapat faktors (Argyle, 1987) yang menyumbang terhadap tahap kebahagiaan iaitu Kesihatan, Persahabatan, Kerja dan Rekreasi.
Pada pendapat saya, hidup tidak dapat dinafikan memang penuh dengan cabaran tetapi sekiranya seseorang itu dapat berani menempuh cabaran hidup dengan positifnya, rasa gembiralah yang dapat dibawa oleh cabaran itu! " Life is wonderful if you know how to live" Bagi saya, kegembiraan bukan bersamaan dengan apa yang saya dapat ataupun apa yang saya mencapai manakala saya akan berasa gembira dengan kehidupan yang mudah dan seimbang. Kalau orang yang saya sayangi dapat hidup dengan gembira dan sihat maka saya akan gembira juga. Masa yang paling bahagia dan gembira ialah masa saya bersama dengan keluarga saya kerana masa itu masa yang paling selesa. Perasaan disayangi meruoakan perasaan yang gembira bagi saya dan ini menjadikan saya lebih sayang pada diri juga.
Pada hari itu, kita juda diberi kuiz untuk menilai setahap mananya perfahaman kita terhadap kuliah hari ini yang berkaitan dengan teori Izard's Innate Facial Expression dan Emosi Positif. Pada mulanya, saya dan kawan saya berasa agak takut kerana perfahaman saya terhadap kuliah pengurusan emosi agak terhad tetapi selepas kuiz itu saya mendapati bahawa fahaman dan pengetahuan saya terhadap emosi telah meningkat. Saya berasa amat gembira dan gembira ini merupakan 'short-term'! Saya pasti pengetahuan emosi yang saya pelajari mesti dapat diaplikasikan dalam hidup saya dan saya yakin kegembiraan dan kebahagiaan menanti saya kalau saya percaya saya merupakan orang yang gembira dan bahagia serta mempunyai kebolehan untuk bergembira dan berbahagia! Sekian!
No comments:
Post a Comment