Salam Sejahtera, pada 3.8.11, hari Rabu yang lepas, saya telah menghadiri kuliah Pengurusan Emosi yang diberikan oleh Dr Zamri, dan saya telah memperolehi banyak ilmu dan pengetahuan melalui kuliah tersebut.
Kuliah dimulakan dengan tajuk 'Ekspresi Muka Semula Jadi Izard', iaitu sambungan daripada kuliah yang lepas. Tajuk ini menunjukkan bahawa mekanisme saraf untuk ekspresi muka dan persepsi ekspresi adalah bersifat semula jadi. Emosi adalah semula jadi, dan pembelajaran hanya mempunyai impak yang kecil atas pengalaman emosi. Contohnya bayi biasanya dilahirkan untuk bersenyum, dan kajian budaya telah membuktikan teori Izard. Kajian 'Dilahirkan untuk Bersenyum' telah menunjukkan kewujudan ekspresi emosi pada kelahiran, perasaan marah dan terkejut semasa umur tiga, empat bulan, malu dan takut semasa lima, enam bulan, perasaan puas hati pada umur satu dan kesesalan pada awal umur dua. Namun begitu, kajian ini tidak disokong oleh kesusasteraan kajian bayi lain, dan telah dikritikkan kerana senyuman bayi tidak semestinya menunjukkan emosi gembiranya.
Selain itu melalui kajian budaya menyelang seperti kajian Ekman di Amerika Syarikat, Brazil, Chile, Argentina dan Jepun, mereka telah menunjuk gambar-gambar dan menyuruh subjek menyatakan emosi berikut, dan mendapati bahawa terdapat tahap persetujuan yang tinggi dalam lima budaya yang berbeza tersebut. Kritikan termasuklah literasi masyarakat. Ekman telah mengadakan lebih kajian di Borneo dan New Guinea, justeru keputusan telah ditentukan. Scherer dan Walbott 1994 telah mengkaji kajian daripada tiga puluh tujuh Negara dan lima kontinen, dan membuat kesimpulan bahawa terdapat bukti yang tertentu untuk stabiliti menyelang bentuk emosi respons. Ekman juga mengatakan bahawa ekspresi muka tidak semestinya semula jadi, dan ia diubah oleh pengalaman kebudayaan. Paul Ekman (1994) telah menyokong kesejagatan mimik muka dengan emosi. Analisis komputer gambar-gambar muka (Pilowsky & Katsikitis, 1994) telah digunakan dalam kajian-kajian (Ekman, 1971 – di Borneo & New Guinea) Wajah gembira (95-100%) lebih dominan dikenalpasti dari wajah takut (54-85%), secara kebudayaan menyelang. Scherer & Wallbott (1994) juga telah meneliti kajian-kajian meliputi tiga puluh tujuh Negara dan lima benua daan mendapati bahawa konsep kesejagatan enosi wajah adalah mantap dan stabil. Yang berbeza adalah bagaimana emosi itu dialami dan dikawal, bukan pada bagaimana emosi itu dizahirkan. Namun begitu, ekspresi sejak lahir boleh diubah sedikit sebanyak oleh pengalaman kebudayaan.
Tajuk seterus yang kami telah mempelajari ialah 'Teori Belajar dan Pengalaman'. Menurut teori ini, terdapat dua peranan belajar dan pengalaman, iaitu pengalaman secara biological, dan pengalaman secara teori belajar. Dari segi biologikal, pembelajaran memainkan peranan yang kecil. Plutchik mengatakan bahawa emosi merupakan ekspresi direct potensi genetik seseorang individu, dan pembelajaran berperanan untuk mengubahnya. Menurut Matsumoto, melalui kajian ke atas ekspresi dan intensity emosi dalam Caucasian, African American, Asian dan Hispanics, dia mendapati bahawa emosi asas adalah sama, tetapi perbezaan yang halus ekspresi adalah berbeza. Menurut Izard juga, activator merupakan situasi yang menyebabkan satu emosi untuk ditunjukkan. Contohnya emosi seperti ketakutan dirangsang dan ditunjukkan oleh activator yang berbeza dalam individu berlainan, unsur-unsur ketakutan termasuklah ketakutan kepada hantu, anjing, ketinggian, lipas dan sebagainya. Proses kognitif berbeza dari individu ke individu lain. Contohnya dalam satu situasi menghadapi pop-kuiz, ia kemungkinan besar merupakan satu malapetaka kepada kawan kamu, tetapi bagi kamu itu merupakan satu peluang untuk kamu mencapai keputusan yang baik. Emosi adalah semula jadi, ekspresi dan aktivasinya diubah oleh pembelajaran dan emosi.
Seterusnya, kami telah didedahkan tentang topik Emosi positif, iaitu emosi gembira, kasih sayang dan kebahagiaan. Menurut pemikir kono Plato, Aristotle, terdapat banyak intepretasi kebahagiaan dalam kehidupan manusia. Ada orang menyatakan bahawa kehidupan yang tanpa masalah merupakan kehidupan yang bahagia. Tetapi secara realiti, kehidupan tetap memberi cabaran terhadap setiap insan untk menghadapi. Pada pendapat saya, orang yang bahagia merupakan orang yang dapat melihat sebalik masalahnya dan meneruskan kehidupan dengan penuh harapan masalah akan selesai dan azam untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pendapat saya selari dengan penyelidikan 'Kajian Kebudayaan Menyelang' dan 'Kebudayaan Asian' di mana tujuan penyelidikan ini dilakukan adalah untuk menunjukkan statistik dan kadar penumpuan dan tempat di mana orang yang paling gembira berasal. Kajian ini dapat menunjukkan bahawa orang yang pandai menyesuaikan diri dengan cepat kepada sesuatu persekitaran yang baru ataupun terhadap sesuatu situasi yang baru merupakan orang yang lebih gembira dan bahagia berbanding dengan mereka gagal melakukannya. Dalam situasi yang sama, kerana kehidupan yang dinamik, kami harus menjadi dinamik dalam semua aspek untuk menjadi bahagia.
Selain itu. Orang yang bahagia lebih pandai dalam proses perubahan diri , individu yang mempunyai tahap perubahan yang tinggi dapat mengatasi masalah dengan lebi efisien dan betul. Faktor kegembiraan mempunyai 2 komponen yang utama (KOzma et all, 1992), iaitu "long term affective state" dan "short term affective state. Untuk jangka masa yang panjang, kegembiraan ini bermula daripada kanak-kanak sehingga sekarang. Manakala, bagi jangka masa pendek pula berdasarkan kejadian yang terkini dalam hidup sesorang individu tertentu. Contohnya ialah, mendapat cahaya mata atuapun gagal dalam peperiksaan.
Terdapat perhubungan antara pengamalan agama dengan tahap kebahagiaan. Dari perspektif saya, orang yang kuat pegangan agama dapat "melihat kebaikan dalam situasi yang buruk" dan mencari keazaman untuk hidup. Hal ini memberi impak yang signifikan terhadap kemahiran adaptasi seseorang. Kepercayaan terhadap satu "kebaikan yang terbesar dan universal" dapat menjadi seseorang itu berfikiran positif dan menerima cabaran sebagai ujian Tuhan.
Emosi positif seterusnya merupakan emosi kasih sayang. Menurut Kitab Injil buku 1 Korintus bab 13, ayat ke-4 and ke5, Ia menyatakan bahawa "kasih sayang itu menyabar; Kasih sayang itu murah hati; ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong. Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain." Hal ini menunjukkan dalam kebanyakan orang, cinta melebihi perasaan minat tapi melibatkan idea kepunyaan, idea penyayang dan amanah.
Sebelum saya mengakhiri refleksi saya ini, ingin saya share sebuah lagu cinta yang amat sedap dan cantik liriknya, 'If you're Not The One' oleh Daniel Beddingfield:
If you're not the one then why does my soul feel glad today?
If you're not the one then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine then why does your heart return my call
If you are not mine would I have the strength to stand at all
If you're not the one then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine then why does your heart return my call
If you are not mine would I have the strength to stand at all
If I don't need you then why am I crying on my bed?
If I don't need you then why does your name resound in my head?
If you're not for me then why does this distance maim my life?
If you're not for me then why do I dream of you as my wife?
I'll never know whatthe future brings
But I know you're here with me now
We'll make it through
And I hope you are the one I share my life with
I don't want to run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am?
Is there any way that I can stay in your arms?
'Cause I miss you, body and soul so strong that it takes my breath away
And I breathe you into my heart and pray for the strength to stand today
'Cause I love you, whether it's wrong or right
And though I can't be with you tonight
You know my heart is by your side
And I breathe you into my heart and pray for the strength to stand today
'Cause I love you, whether it's wrong or right
And though I can't be with you tonight
You know my heart is by your side
Kesimpulannnya, kegembiraan yang ikhlas (kegembiraan berasal dari hati sendiri- happiness truly from your heart) barulah akan mendapatkan kebahagiaan yang sempurna dan kekal. Kuliah kali ini menyebabkan saya memahami banyak perkara yang amat penting. Perkara ini merupakan perkara yang paling saya perlu belajar dan memahaminya kerana ini boleh membantu saya mengatasi masalah-masalah kehidupan saya.
No comments:
Post a Comment