Tuesday, August 9, 2011

A131534 Lim Ying Huey LJ02


Salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr. Ahmad Zamri Mansor.  Dalam jurnal ini, saya akan mengulaskan tajuk-tajuk yang telah diajar pada kuliah 3 Ogos 2011. Kuliah ini mengandungi  sambungan topic kuliah yang lepas, iaitu Struktur dan Ekspresi  Emosi dan juga Emosi Positif , di mana kebahagiaan sering dikaitkan.

            Pada awal kuliah ini, Dr telah memulakan dengan tajuk sambungan kuliah yang lepas, iaitu Struktur dan Ekspresi Emosi. Dalam kuliah ini, kami telah diperkenalkan Izard's Innate Facial Expression. Teori ini mengemukakan ekspresi emosi ialah semula jadi, pembelajaran mempunyai impak yang sedikit terhadnya. Terdapat dua bukti berkaitan dengan teori ini, iaitu Newborn's born to smile studies dan Cross-cultural studies. Dalam Newborn's born to smile studies mengatakan ekspesi emosi ini boleh dilihat secara semula jadi pada bayi. Contohnya, marah dan terkejut pada bulan 3-4, manakala malu dan takut boleh dilihat masa bayi itu dalam 5-6 bulan. Seseorang juga akan memahami perasaan kepuasan pada umur satu tahun dan perasaan berasa bersalah pada umur dua tahun. Namun begitu, kritikan juga muncul yang mengatakan bayi yang senyum tidak menampakkan dia dalam keadaan gembira.

 Ekman juga mengemukakan Cross- Cultural Studies. Dia menjalankan kajian ini di US, Brazil,Chile, Argentina dan Japan. Kajian ini dijalankan dengan cara setiap subjek dalam kajian ini telah diberi  gambar dan subjek perlu mengenalpasti emosi dalam gambar tersebut. Kajian ini juga terdapat kritikan kerana subjek di Negara ini mungkun dipengaruhi oleh pengetahuan mereka dalam menjawab soalan. Ekman juga menjalankan kajiannya di Borneo dan New Guinea. Ekman berpendapat bahawa ekspresi emosi bukan semula jadi dan akan dipengaruhi oleh pengalaman hidup atau budaya. Paul Ekman juga menyokong kesejagatan mimik muka dengan emosi. Daripada analisis gambar tersebut, menunjukkan wajah gembira (95-100%) lebih dominan dikenalpasti dari wajah takut. Scherer & Wallbott juga menyokong kajian Ekman dengan  meneliti kajian-kajian meliputi 37 negara dan 5 benua dan mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah dalah mantap dan stabil.  Perbezaan yang wujud ialah bagaimana emosi itu didalami dan dikawal, bukan pada bagaimana emosi itu dilahirkan. Ekspresi boleh diubahsuai disebakan pengalaman budaya.

Seterusnya, saya ingin membincangkan teori terakhir, iaitu 'Learning and Expression Theory'. Pembelajaran (learning) memainkan peranan yang sikit dalam emosi. Menurut Plutchik, emosi merupakan ekspresi langsung potensi genetik manusia, tetapi pembelajaran mampu mengubahsuainya. Matsumoto pula mengatakan bahawa emosi setiap orang adalah sama, tetapi pengalaman budaya mampu menimbulkan sedikit perbezaan. Di samping itu, Izard mengemukakan emosi merangsang bayi terhadap sekelilingnya dan membantu pembelajaran.

Kami telah diberi peluang menonton video muzik yang bertajuk 'You Came to Me' yang dinyanyikan oleh Sami Yusof. Beberapa nilai boleh diterapkan melalui video ini. Contohnya pegangan agama yang kuat merupakan satu unsur yang penting. Hal ini demikian kerana pegangan agama yang kukuh dapat mengatasi segala masalah yang dihadapi. Selepas itu, kuliah kami diteruskan dengan tajuk ketiga: Emosi Positif, iaitu emosi gembira, bahagian, dan kasih.

Kegembiraan meliputi pelbagai perasaan seperti keseronokan, keamanan dan kepuasan.Beberapa pendapat telah dikemukakan, seperti Aristotle, Plato, dan Epicurean dan Mills. Aristotle mengatakan keamanan sering membawakan kegembiraan. Saya amat bersetuju dengan pemdapat Epicurean, beliau mengatakan kegembiraan ialah hasil penambahan riang kemuncak dan pengurangan sakit. Dalam kehidupan kita, kegembiraan akan dikaitkan dengan senyuman. Tindak balas yang paling ketara apabila anda dalam keadaan yang gembira ialah senyum. Namun begitu, saya berpendapat tahap kegembiraan membawakan senyuman yang berlainan. Sesetengah orang akan melonjak kegembiraannya apabila berada dalam keadaan gembira. Beberapa kajian telah dijalankan untuk menunjukkan kegembiraan dalam kalangan rakyat dunia. Penduduk di Utara America, Austrlia dan Europe merupakan kalangan rakyat yang sering dalam keadaan kegembiraan. Kegembiraan amat penting dalam kehidupan. Sebagai contoh, sekiranya anda sering dalam gembira, anda akan menjadi seorang yang riang dan dapat mengatasi kesukaran dengan mudah. Hal ini demikian kerana , saya percaya seseorang yang mahir membawa kegembiraan kepada diri sendiri dan orang sekitarnya merupakan seorang yang pandai mengawal emosinya serta seorang yang pandai mengawal tekanannya.

Di samping itu, terdapat dua faktor utama yang berkaitan dengan kegembiraan iaitu faktor jangka panjang dan faktor jangka pendek. Apakah faktor-faktor tersebut? Faktor jangka panjang meliputi masa dari kanak-kanak sehingga sekarang manakala faktor jangka pendek bergantung kepada perkara yang berlaku. Contohnya semasa saya memperoleh keputusan yang diingini, saya akan berada dalam kegembiran dalam masa tersebut.

Selain itu, faktor lain juga mempunyai kesan kepada kegembiraan .contohnya ialah hubungan sesama anak-anak dengan ibu bapanya pada zaman kecil.  Perkhawinan yang bahagia dengan adanya anak-anak akan menyebabkan seseorang lebih gembira. Argyle mengemukakan faktor persahabatan, kesihatan dan rekreasi mempunyai kesan terhadap kegembiraan.

Faktor penghayatan agama juga tidak boleh dinafikan memberi kesan kepada kegembiraan. Orang yang mempunyai kepercayaan kepada agama adalah lebih gembira dan kurang tekanan. Bukti pertama ialah melalui kajian yang dijalankan oleh Gallup telah membuktikan ini. Bukti kedua ialah seseorang yang mempunyai penghayatan agama mempunyai kebarangkalian penghisapan dadah adalah lebih rendah, dan mereka lebih senang mendapat kepuasan. Bukti ketiga menunjukkan kurang keyakinan, melakukan perbuatan yang salah lebih dikesan melalui orang yang kurang penghayatan agama. Terdapat juga bukti lain yang dijumpai.

Kasih sayang sering berkait dengan attachment, caring dan thrust. Tiga faktor utama kasih sayang ialah 'commitment, passion dan intimacy. Tarikan interpersonal individu memberi hasil kepada kasih sayang. Kasih sayang dapat dibentuk melalui hubungan romantik.

Akhirnya, Dr mengaitkan kekayaan dengan kegembiraan. Faktor ini seumpama Threshold income, berada di atas atau bawah tahap ini akan mengganggu kegembiraan. Dr juga menunjukkan satu cerita yang berkisahkan seoarang bapa asyik mencari wang melalui perkerjaannya dan mengabaikan keluarganya. Akhirnya dia berasa menyesal atas tindakan anaknya. Dia menyedari kebahagiaan dan kegembiraan dalam sesuatu keluarga tidak dapat dibeli melalui wang.

Sebelum kuliah berakhir, Dr telah memberi sesi menjawab. Sesi ini meningkatkan semangat para pelajar. Saya berpendapat bahawa kuiz ini membantu kami dalam ulang  kaji dan mampu menolong kami mengingati isi-isi kuliah. Kuiz ini juga mengurangkan kebosanan semasa kuliah dan memeriahkan kuliah.

     Konklusinya, kegembiraan merupakan sesuatu yang subjektif. Kegembiraann seseorang bergantung kepada diri sendirinya. Saya berasa kesyukuran sering berkait rapat dengan kegembiraan. Seseorang yang sudah bersyukur dengan kejayaannya akan mengurangkan tamakan dan tekannannya. Dia lebih mudah gembira berbanding dengan orang yang sering dalam ketamakan. Selain itu, saya juga berpendapat pembesaran seorang kanak-kanak dalam keluarga juga memainkan peranannya dalam kesan kegembiraan.  Hubungan keluarga yang rapat membolehkan seseorang itu mempunyai pihak yang sering mendengar rungutannya. Kegembiraan memberi kesan baik kepada setiap orang. Oleh itu, seseorang itu perlulah pandai mengawal emosinya supaya dalam keadaan yang  gembira dan semua aktiviti dapat dijalankan dengan lebih lancar.



No comments:

Post a Comment