Tuesday, August 9, 2011

A131876 Sim Linger LJ02 Gembira, Bahagia dan Kasih

               
 
  Salam sejahtera. Jurnal kedua saya ini adalah berkaitan dengan apa yang saya telah belajar pada kuliah yang lepas, iaitu pada 3 Ogos 2011. Pada awalnya, kami mempelajari tentang Izzard's innate facial expression dan topik ini meneruskan kuliah yang sebelumnya. Izzard's innate facial expression mengatakan bahawa mekanisme neural  bagi ekspresi muka dan persepsinya adalah secara semula jadi. Sebagai contoh, apabila bayi berasa gembira, maka dia akan senyum dan ketawa, ekspresi ini adalah semula jadi dan tidak periu diajar. Walau bagaimanapun, ada juga orang yang mengatakan bahawa bayi ketawa tidak semestinya membawa maksud bahawa bayi tersebut berasa gembira. Bukti yang lain bagi Izzard's innate facial expression ialah cross-cultural studies dan kajian ini telah diadakan di beberapa Negara seperti United States, Brzail, Chile, Argentina dan Japan.  Dalam kajian ini, subjek telah ditunjukkan gambar dan mereka dikehendaki meneka apakah emosi yang telah digambarkan oleh ekspresi wajah dalam setiap gambar itu, adakah ia gembira, terperanjat, takut, sedih atau jijik.  Keputusan telah menunjukkan bahawa kajian ini telah mendapat konsensus yang tinggi daripada 5 kumpulan budaya yang berbeza. Dalam kuliah yang lepas, Dr Zamri juga memberi kuiz yang menarik tentang cross-cultural studies, di mana kami dikehendaki meneka emosi yang ditunjukkan dalam gambar. Kumpulan saya telah mendapat 8 jawapan yang betul daripada 10 soalan itu disebabkan kami tidak dapat membezakan ekspresi terperanjat daripada takut.

                Paul Ekman membuat lebih banyak kajian selepas ini dan beliau mengatakan ekspresi wajah bukanlah kesemuanya secara semula jadi, ia juga akan diubah oleh pengalaman budaya. Beliau menyokong kesejagatan mimik muka dengan emosi. Scherer dan Wallbott (1994) mendapati bahawa kesejagatan emosi wajah ini adalah stabil dan yang berbeza adalah pengawalan emosi. Jika seseorang pandai mengawal emosinya sendiri, dia tidak akan menunjukkan ekspresi wajah yang marah walaupun dia berasa sangat marah sekali. Ekspresi seseorang itu juga akan diubah oleh pengalamannya. Sebagai contoh, seseorang yang tidak suka pada keadaan yang bising telah mengalami kebisingan tiap-tiap hari disebabkan tapak pembinaan berada di tepi rumahnya belakangan ini. Lama-kelamaan, individu tersebut akan membiasakan diri dengan keadaan tersebut dan tidak lagi akan menunjukkan wajah jijik.

                Seterusnya kami didedahkan dengan teori pembelajaran dan pengalaman. Dari segi biologikal, Plutchik dan Izard mempunyai penerangan mereka sendiri. Contoh yang diberi ialah ketakutan. Setiap individu mempunyai phobia/ rasa takut pada organisme yang berbeza. Saya pula berasa takut kepada lipas, ular dan cicak. Orang lain mungkin berasa bahawa lipas itu biasa sahaja dan tidak berasa takut terhadapnya. Proses kognitif juga berbeza antara setiap individu. Proses ini menyebabkan tindak balas fisiologi berbeza, contohnya ada orang yang berasa bahawa muzik rock itu amat menjengkelkan dan berasa  amat diganggu , manakala ada orang yang berasa jenis muzik itu sedap didengar dan berasa gembira. Dari segi teori pembelajaran, ketakutan boleh dipelajari tetapi secara genetik orang akan bersedia untuk berasa takut pada beberapa objek daripada yang lain. Kajian yang ada ialah Miller's study dan Albert's study.

                Tajuk seterusnya ialah mengenai emosi positif- gembira, bahagia dan kasih. Definisi  gembira ialah emosi yang mempunyai ciri seperti  keseronokan dan rasa kepuasan. Saya telah didedah oleh beberapa falsafah tentang kegembiraan daripada Aristotle, Plato, Epicurean dan Mills. Bagi saya, situasi yang akan menyebabkan gembira dan bahagia ialah mempunyai tubuh badan yang sihat, dapat menjalankan aktiviti kegemaran saya dan mengekalkan hubungan sosial yang baik. Saya gembira apabila saya sihat. Dengan adanya tenaga optimum, barulah saya boleh belajar, menjalankan aktiviti seharian dan bekerja. Saya  amat menghargai masa yang diluangkan bersama dengan ahli keluarga saya. Hal ini disebabkan saya menyayangi mereka dan berasa gembira dan bahagia di samping mereka. Saya gembira bersama dengan rakan saya. Seseorang boleh mempunyai ramai kawan, tetapi "soulmate" yang benar itu satu atau dua pun memadai. Saya berkongsi perasaan dengan mereka dan apabila saya sedih, mereka merupakan orang yang menggembirakan saya balik.  

                Pernah saya baca dalam satu novel yang bertajuk Hadiah daripada Ketidaksempurnaan (Gift of Imperfection), karya Brene Brown, yang mengatakan bahawa sebenarnya terdapat 10 petunjuk yang boleh kami hayati untuk hidup dengan lebih sahih dan gembira. Quote yang bermakna daripada novel itu:
"I'm convinced that owning our story and loving ourselves through the process is the bravest thing we'll ever do."
"Saya menekankan bahawa memiliki cerita dan mencintai kami sendiri sepanjang proses itu merupakan perkara yang paling berani yang pernah kami lakukan."
Senyuman tanda gembira  dan cross cultural studies (kajian) menunjukkan bahawa kegembiraan berbeza antara negara. Negara Asia menunjukkan tahap kegembiraan yang lebih rendah daripada orang yang mendiami Australia, Amerika Utara dan Eropa. Individu yang mempunyai tahap adaptasi yang lebih tinggi akan lebih gembira (Rim,1993). Dari pengalaman saya, keadaan ini telah berlaku pada masa matrikulasi di mana orang yang pandai menyesuaikan diri akan lebih gembira kerana mereka telah mengenali kawan baru dan tidak begitu "homesick", manakala orang yang tidak dapat menyesuaikan diri akan sentiasa membuat aduan dan berasa sedih dan marah kepada apa-apa sahaja yang berlaku pada mereka.

Menurut Kozma, kegembiraan ada dua komponen, iaitu afektif secara jangka panjang dan afektif secara jangka pendek. Kegembiraan secara keseluruhan merupakan tambahan daripada kedua-dua komponen tersebut. Bagi jangka panjang, ianya selalu dikaitkan dengan zaman kanak-kanak (dipengaruhi oleh hungungan dengan ibu bapa dan ahli keluarga lain), manakala bagi jangka pendek, ia dikaitkan dengan perkara yang baru berlaku, seperti kenaikan gaji. Contoh lain yang menyebabkan perasaan gembira adalah seperti perkahwinan, melancong, mendapat anak dan mendapat keputusan yang baik. Bagi saya, secara jangka panjang, saya  seorang yang gembira kerana saya dibesarkan dalam keluarga yang bahagia dan latar belakang keluarga saya juga normal, manakala untuk jangka masa pendek , saya gembira sebab saya mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan untuk module yang lepas. Faktor-faktor lain yang menyebabkan kegembiraan ialah penghayatan agama, rekreasi, persahabatan dan sebagainya. Kasih sayang mempunyai tiga faktor iaitu komitmen, keintiman dan keghairahan. Adalah dipercayai bahawa hubungan romantik yang merupakan hasil daripada tarikan interpersonal akan membawa kepada kegembiraan. Saya juga mendapati melalui kuliah ini bahawa wang duit mungkin akan membawa kegembiraan untuk jangka masa pendek, tetapi jikalau kami melupai siapakah diri kita demi kemewahan hidup, maka kami akan mengalami kehilangan secara keseluruhan.

Sebagai konklusi, melalui kuliah ini, saya telah mendalami  maksud sebenar gembira, bahagia dan kasih. Saya telah merujuk kepada internet untuk mencari info yang lebih banyak tentang falsafah yang dibentangkan oleh ahli falsafah. Saya juga mempelajari satu mnemonic yang menarik untuk membantu saya dalam mengingatkan teori yang mengenai struktur dan ekspresi emosi, iaitu "Pakcik Tumbuk Izard Lari naik lori". 

No comments:

Post a Comment