Tuesday, August 9, 2011

A131861 MOHAMAD FAEZ BIN IBRAHIM LJ02- DALAM KEBAHAGIAAN ADA....

      Assalamuailakum dan salam pembuka bahasa,
 
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih mengizinkan saya untuk menyambung tulisan jurnal saya untuk bahagian kedua bagi kuliah ketiga daripada Dr Zamri. Sebelum saya mengulas lanjut dan bercerita dengan lebih panjang tentang isi kandungan untuk kuliah pada 3 ogos lepas, saya ingin merumuskan bahawa kuliah lepas sangat menarik dan begitu interaktif.mengapa saya berkata sedemikian adalah kerana pada mingu lepas telah mula diadakan kuiz untuk pelajar bersama menyertai. Kuiz ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban pelajar untuk mengulang kaji kuliah-kuliah lepas selain menguji sejauh mana kefahaman pelajar tentang tajuk kuliah sebelum ini. Aku juga tidak ketinggalan menyertai kuiz ini. Daripada 20 soalan yang dikemukakan aku berjaya menjawab 17 daripadanya dengan betul bersama sahabatku Halim.
     Kembali berbicara tentang kuliah minggu lepas kami mula diperjelaskan tentang Izard's Innate facial expression dengan lebih mendalam. Menurut Izard"a mekanisme neural untuk eksperesi muka dan persepsi adalah semulajadi. Justeru itu pembelajaran hanya mempunyai impak yang kecil dalam ekspresi emosi ini. Pendapat Izard's ini telah disokong oleh Paul Ekman tentang keserajatan emosi ini. Menurut saya sendiri, pendapat Izard's ini amatlah relevan dan betul. Kita sendiri dapat melihat reaksi seseorang itu adalah berhadapan dengan situasi yang sama. Kajian terus dilakukan oleh beberapa theorist tentang teori yang dikemukakan Izard's ini. Scherer & Wallbott (1994) mendapati perbezaan pada seseorang individu itu hanyalah bagaimana  emosi itu dialami dan dikawal  bukannya cara emosi itu dizahirkan. Ini adalah hasil daripada kajian yang mereka lakukan meliputi 37 negara dan 5 benua dan mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil. Sudah tentu ini betul apabila kita melihat seseorang yang dalam keadaan tertekan akan bertindak lebih beremosi berbanding seseorang yang tenang. Jadi secara kesimpulannya, saya dapat ringkaskan disini bahawa terdapat dua jenis cara teori emosi ini diperoleh sama ada secara evolusi mahupun pembelajaran ataupun pengalaman.
     Kuliah kami berhenti rehat buat seketika dengan diisi dengan kuiz yang saya telah beritahu awal tulisan saya tadi. Setiap satu topik diberikan sepuluh soalan dengan satu soalan diperuntukkan 30 saat.  Jadi tajuk latihan kami minggu ini adalah pengenalan dan juga struktur dan ekspresi emosi.
     Bahagian kedua kuliah adalah bertajuk emosi positif dan negatif. Daripada tajuknya sudah menarik dan skopnya adalah meluas. Sebelum itu apa yang dimaksudkan dengan emosi positif itu sendiri ialah perasaan kita gembira, bahagia dan membawa diri kita untuk bergerak lebih kehadapan. Manakala emosi negative adalah berlawanan dengan emosi negative itu sendiri. Bagi aku kebahagian adalah bererti ketenangan yang diperoleh apabila kita melakukan sesuatu kebaikan terhadap diri sendiri dan orang lain. Aku akan berasa cukup gembira apabila aku dapat mengembirakan orang lain. Agama islam itu sendiri mengajar kita untuk mengembirakan hati orang disekeliling kita dimana kita melebihkan mereka daripada diri sendiri selagi ia tidak bertentangan dengan agama.
     Bercakap tentang agama itulah merupakan erti kebahagian yang sebenar di dunia mahupun akhirat jika kita bergerak selari dengannya. Kita janganlah hanya mendahulukan kebahagiaan di dunia sahaja mahupun akhirat sahaja kerana kita akan menganggap aka nada kekosongan dalam diri ini yang masih perlu diisi. Jadi kita haruslah bergerak selari dengan tuntutan dunia dan akhirat. Rasanya bersesuaian untuk aku menyambung kisah Gia yang telah aku kisahkan sebelum ini. Apa yang berlaku padanya selepas kematian ibunya? Tentu semuanya tertanya-tanya apa yang berlaku selepas itu dan tidak kurang juga ada yang telah meramalkan nasib Gia ini. Akibat terlalu mengejar keseronakan di dunia Gia telah mengabai bukan saja ibu bapanya bahkan adik-beradiknya yang lain.beberapa bulan selepas kematian ibunya Gia telah disahkan mengandung anak yang kedua. Nasib baik tidak sering bersama Gia kerana dalam tempoh mengandung itu Gia telah menjadi mangsa penderaan suaminya yang tercinta akibat cemburu. Ada yang mengatakan ia disebabkan hasutan isteri tua atau dengan kata mudah madu tuanya sendiri. Tangan suaminya sering menjadi teman untuk pipi gebu Gia sehingga kemerahan-merahan. Adakala suaminya sering pulang dalam keadaan mabuk akibat tertekan dengan perniagaan yang dijalankannya yang dilihat agak merundum.
Pernah beberapa kali Gia cuba melarikan diri daripada sikap tidak berperikemanusiaaan suaminya itu namun beberapa kali itu jugalah cubaan itu gagal.
     Ada sekali tu cubaan Gia berjaya sehingga dia berjaya sampai ke rumah orang tuanya.namun hati Gia terlalu lembut sehingga terpedaya dengan pujukan suaminya itu yang balik ke kampung Gia untuk memohon maaf. Namun apakan daya, janji hanya tinggal janji yang hanya menjadi mainan kata. Sikap suaminya masih tidak berubah seperti  dulu. Sampai satu ketika Gia telah diceraikan ketika dia masih sarat mengandung. Rumah usang keluarga juga menjadi tempat Gia berteduh selepas penceraian itu. Ini juga mungkin merupakan ketentuan tuhan akibat sikap Gia sebelum ini .  itulah akibat terlalu mengejar keseronakkan di dunia semata-mata akibatnya penderitaan di dunia juga diperoleh. Teringat aku kata-kata nasihat yang pernah aku terbaca sebelum ini iaitu Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt... Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.....Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya...   
     Jadi sekadar persoalan adakah kebahagiaan yang kita ada sekarang akan berkekalan? Tentu sekali tidak kerana ia hanya menjadi pinjaman untuk tuhan menguji kita sejauh mana kita menghargai dan mensyukuri nikmat yang di kurniakanNYA. Justeru jika kita masih mempunyai ibu bapa hormatilah mereka kerana ia akan membuatkan merekasenang dan gembira. Kegembiraan mereka akan menyebabkan hidup kita dilimpahi keberkatan bukan saja di dunia tetapi juga di akhirat juga. Gunalah kesenangan yang diberi dengan sebaiknya, jabgab sesekali melupakan orang yang tidak senasib dengan kita kerana kesenangan itu boleh ditarik bila-bila masa apabila Allah mengkehendakkannya. Gunakanlah tubuh badan yang sihat untuk untuk kita beramal kepadaNya. Jangan sesekali menyalah gunakanNYA. Jadi sekadar kesimpulan ingin saya tekankan disini bahawa kebahagiaan amat berkait rapat dengan nikmat. Macam mana kita menghargai nikmat yang diberikan itu dengan sebenarnya. Akhir kata, sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini gunalah peluang ini untuk beramal dengan sebanyak mungkin kerana bulan ini dijanjikan pahala berlipat kali ganda kerana ini mungkin ramadhan yang terakhir buat kita. Insyaallah jika diizinkan tuhan dan umur panjang aku akan menyambung jurnal aku ini untuk berbicara tentang perkara lain pula. Akhir kata, setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Sekian          

No comments:

Post a Comment